You are on page 1of 1

1.

4 PENGETAHUAN KEPADA HABA , SUHU , TEKANAN DAN TOLOK TEKANAN

Tekanan
Molekul gas sentiasa bergerak secara rawak. Terdapat dua jenis perlanggaran iaitu
perlanggaran antara molekul dengan molekul dan perlanggaran antara molekul dengan
dinding. Apabila molekul gas berlanggar dengan dinding bekas, suatu daya dikenakan ke atas
dinding. Molekul akan melantun semula (perlanggran kenyal). Oleh itu, tekanan gas
dihasilkan.

Suhu
Molekul gas mempunyai laju yang tinggi pada suhu yang tinggi. Apabila suhu bertambah,
suatu jumlah tenaga terma yang lebih besar ditukar menjadi tenaga kinetik molekul gas. Ini
menyebabkan molekul gas bergerak dengan lebih cepat pada suhu yang tinggi.

Haba
adalah pertukaran tenaga haba antara dua badan yang mempunyai suhu yang berlainan.
Unit SI bagi haba ialah joule. Kaitan antara haba dan tenaga sama dengan kaitan antara kerja
dan tenaga. Haba mengalir antara kawasan yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan
haba; haba mengalir dari kawasan yang bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.
Semua objek mempunyai tenaga dalaman yang berkaitan dengan pergerakan rawak atom
dan molekul dalam jirim. Tenaga dalaman ini berkadaran terus kepada suhu objek itu.
Apabila dua objek yang berlainan suhu bersentuhan secara terma, mereka akan menukar
tenaga dalaman sehinggalah suhu kedua-dua objek sama. Jumlah tenaga yang dipindah
adalah jumlah tenaga yang ditukar.

You might also like