You are on page 1of 3

Nota Ringkas Kuantiti fizik: Kuantiti yang boleh diukur atau dikira pada sesuatu objek atau kejadian

Kuantiti fizik asas: Kuantiti fizik yang tidak boleh ditakrifkan dalam kuantiti lain. Kuantiti fizik terbitan: Kuantiti fizik yang diterbitkan daripada gabungan kuntiti-kuantiti asas Kuantiti scalar: Kuantiti yang mempunyai magnitud sahaja Kuantiti vector: Kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah Kepekaan: Keupayaan untuk mengesan perubahan yang sangat kecil dalam kuantiti yang diukur Kepersisan:Keupayaan alat pengukur untuk mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten Kejituan: Darjah kehampiran nilai pengukuran kepada nilai yang sebenar Laju purata: Kadar perubahan jarak, v= Halaju purata:Kadar perubahan sesaran, v= Pecutan: Kadar perubahan halaju, a= Hukum gerakan Newton pertama: Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju malar dalam garis lurus jika tiada daya luar bertindak. Momentum: Hasil darab jisim dan halaju sesuatu objek, p= jisim (kg) halaju (m ) p= mv

Prinsip keabadian momentum: Sesuatu perlanggaran antara dua atau lebih objek dalam sesuatu system tertutup, jumlah momentum system itu adalah malar. Daya seimbang: Kesan daripada semua daya yang bertindak itu saling membatalkan satu dengan yang lain agar daya bersih adalah sifar. Daya tidak seimbang: Boleh menggerakkan sesuatu objek, memecutkannya, menyahpecutkannya atau memberhentikannya. Hukum gerakan Newton kedua: Daya yang dikenakan kepada sesuatu objek adalah berkadar terus dengan kadar perubahan momentum objek itu Daya impuls: Kadar perubahan momentum, F= Impuls: Perubahan momentum, Ft= mv-mu Kekuatan medan gravity: Daya gravity, g=

Kerja: Hasil darab daya yang dikenakan, F, dengan sesarannya, s. W= Fs Kuasa: Kadar perubahan tenaga atau kadar kerja dilakukan. P= atau P= Kecekapan: Nisbah tenaga output kepada tenaga input yang diungkapkan dalam peratus. 100% Kekenyalan: Kebolehan suatu jasad untuk kembali kepada bentuk asalnya apabila daya yang dikenakan terhadapnya dialihkan. Hukum Hooke: Daya, F, yang dikenakan pada bahan kenyal adalah berkadar terus dengan pemanjangan atau pemampatan spring itu, iaitu: F = Tekanan dalam cecair: Prinsip Pascal: Tekanan yang dikenakan pada cecair dalam sebuah bekas tertutup dipindahkan dengan seragam ke semua arah dalam cecair tersebut. =

Prinsip Archimedes: Apabila sesuatu objek direndam sebahagiannya atau sepenuhnya di dalam sesuatu bendalir, objek itu mengalami daya tujah ke atas sama dengan berat bendalir yang tersesar. Prinsip Bernoulli: Tekanan bendalir yang bergerak berkurangan apabila kelajuan bendalir bertambah dan sebaliknya. Suhu: Ukuran tenaga kinetic purata atom atau molekul dalam sesuatu bahan Haba: Tenaga yang dipindahkan dari satu objek ke satu objek yang lain kerana perbezaan suhu. Keseimbaangan terma: Keadaan apabila beberapa objek yang berada dalam sentuhan terma mencapai suhu yang sama dan tiada pengaliran haba bersih berlaku antara objek-objek itu. Muatan haba tentu: Jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengubah suhu satu kilogram bahan itu sebanyak 1 atau 1 K. Haba pendam: Jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengatasi daya antara molekul yang kuat dan bukan untuk meningkatkan tenaga kinetic. Haba pendam tentu pelakuran: Jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg pepejal kepada cecair pada takat lebur. =

Haba pendam tentu pengewapan: Tenaga haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg cecair pada takat didih kepada gas. =

Hukum gas: Hukum yang menghubungkaitkan suhu, tekanan dan isi padu suatu gas yang berjisim tetap. = Hukum Charles: Hukum yang menyatakan bahawa bagi suatu gas berjisim tetap pada tekanan malar, isi padu berkadar terus dengan suhu mutlaknya atau pemalar. =

Hukum Tekanan: Hukum yang menyatakan bahawa bagi suatu gas berjisim tetap pada isi padu malar, tekanan berkadar terus dengan suhu mutlaknya pemalar. =

Hukum pantulan: Sudut tuju sama dengan sudut pantulan. Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal pada titik tuju berada pada satah yang sama Pembiasan cahaya: Indeks biasan: Hukum Snell: Sudut genting: Logamaya:

You might also like