You are on page 1of 5

BAB 1

Pengukuran – kaedah untuk menentukan nilai kuantiti fizik


Kuantiti fizik – kuantiti fizikal yang boleh diukur
Kuantiti asas – kuantiti fizik yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik yang lain
Kuantiti terbitan – kuantiti fizik yang diperolehi dengan menggabungkan kuantiti asas melalui operasi
pendaraban, pembahagian atau kedua duanya
Kuantiti skalar – kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja
Kuantiti vektor – kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah

BAB 2
Gerakan linear – gerakan dalam satu lintasan yang lurus
Jarak – jumlah panjang lintasan yang dilalui
Sesaran – jarak antara dua tempat yang diukur sepanjang laluan terpendek pada arah tertentu
Laju – kadar perubahan jarak
Halaju – kadar perubahan sesaran
Pecutan – kadar perubahan halaju (halaju bertambah dengan masa)
Nyahpecutan – kadar perubahan halaju (halaju berkurang dengan masa)
Halaju seragam – pecutan sifar
Halaju sifar – objek pegun atau dalam keadaan rehat
Halaju bertambah – pecutan
Halaju berkurang – nyahpecutan
Halaju negatif – objek bergerak pada arah yang bertentangan
Pecutan seragam/malar – halaju meningkat pada kadar seragam
Nyahpecutan seragam/malar - halaju berkurang pada kadar seragam
Gerakan jatuh bebas – jatuh disebabkan oleh daya graviti sahaja
Pecutan graviti – pecutan objek yang jatuh bebas disebabkan oleh daya tarikan graviti
Inersia – kecenderungan sesuatu objek untuk kekal dalam keadaan pegun atau terus berada dalam
gerakan seragam dalam garis lurus
Hukum gerakan newton pertama – suatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan
laju malar dalam garis lurus jika daya luaran yang bertindak padanya adalah sifar
Hukum gerakan newton kedua – kadar perubahan momentum bagi objek berkadar terus dengan daya
yang dikenakan pada arah yang sama dengan arah daya
Hukum gerakan newton ketiga – setiap daya tindakan mempunyai daya tindak balas yang bertindak
pada magnitud yang sama tetapi arah yang berlawanan
Momentum – hasil darab jisim dan halaju
Prinsip keabadian momentum – jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah
momentum selepas perlanggaran jika tiada daya luar bertindak
Daya – kadar perubahan momentum
Impuls – perubahan momentum
Daya impuls – kadar perubahan momentum atau kadar impuls
Berat – daya graviti yang bertindak terhadap objek

BAB 3
Daya graviti/daya semesta – dua jasad dalam alam semesta akan mengenakan daya antara satu sama
lain
Hukum kegravitian semesta newton – daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil
darab dua jisim dua jasad dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad
Daya memusat – daya yang membolehkan suatu objek bergerak mengikut laluan membulat dengan
arah sentiasa menuju ke pusat bulatan
Hukum kepler 1 – orbit bagi setiap planat adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya
Hukum kepler 2 – satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari akan mencakupi luas
yang sama dalam selang masa sama apabila planet bergerak dalam orbit
Hukum kepler 3 – kuasa dua tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya
Satelit – sebarang planet yang bergerak mengelilingi planet lain yang lebih besar saiznya
Satelit buatan manusia – objek objek buatan manusia yang dilancarkan ke angkasa lepas dan
mengelilingi bumi dengan tujuan tertentu
Halaju lepas – halaju minimum yang diperlukan oleh objek di permukaan bumi untuk mengatasi daya
graviti dan terlepas ke angkasa lepas

BAB 4
Haba – sejenis tenaga
Suhu – darjah kepanasan suatu objek
Keseimbangan terma – apabila dua objek bersentuhan secara terma, suhu objek panas menurun, suhu
objek sejuk meningkat, sehingga kedua dua sama, kadar pemindahan haba sama, kadar pemindahan
haba bersih adalah sifar
Muatan haba – kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu bahan sebanyak 1°C
Muatan haba tentu – kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1kg bahan sebanyak 1°C
Haba pendam tentu – jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menukar fasa 1kg bahan pada suhu
tetap
Haba pendam tentu pelakuran – jumlah haba yang diperlukan untuk menukar 1kg bahan daripada
pepejal kepada cecair pada suhu tetap
Haba pendam tentu pengewapan – jumlah haba yang diperlukan untuk menukan 1kg bahan daripada
cecair kepada gas pada suhu tetap
Huukum boyle – tekanan berkadar songsang dengan isi padu bagi suatu gas berjisim tetap pada suhu
malar
Hukum charles – isi padu adalah berkadar terus dengan suhu mutlak bagi suatu gas berjisim tetap
pada tekanan malar
Hukum gay lussac – tekanan adalah berkadar terus dengan suhu mutlak bagi suatu gas berjisim tetap
pada isi padu malar
Suhu mutlak - suhu –273 °C ialah suhu paling rendah
Hukum tekanan – bagi suatu gas yang jisimnya tetap, tekanannya berkadar langsung kepada suhu
mutlaknya jika isipadu gas adalah malar

BAB 5
Gelombang – dihasilkan oleh sistem yang berayun atau bergetar
Gelombang progresif – profil gelombang merambat dengan masa
Gelombang pegun – profil gelombang tidak merambat dengan masa
Gelombang mekanik – gelombang yang memerlukan medium untuk merambat dari satu titik ke titik
yang lain
Gelombang elektromagnet – gelombang yang tidak memerlukan medium untuk merambat dari satu
titik ke titik yang lain
Gelombang melintang – gelombang di mana arah getaran zarah zarah mediumnya berserenjang
dengan arah perambatan gelombang
Gelombang membujur – gelombang di mana arah getaran zarah zarah mediumnya selari dengan arah
perambatan gelombang
Resonans – apabila frekuensi tenaga luar sama dengan frekuensi asli sistem tersebut, maka sistem itu
akan bergetar dengan amplitus maksima
Pelembapan – apabila suatu sistem yang berayun dibiarkan berayun dalam satu jangka masa yang
lama, amplitudnya akan berkurang disebabkan
Pantulan gelombang – berlaku apabila gelombang terkena halangan seperti pematul satah, cermin dan
dinding
Pembiasan gelombang – perubahan arah perambatan gelombang disebabkan oleh perubahan laju
gelombang apabila ia merambat dari satu medium ke medium yang lain
Pembelauan gelombang – penyebaran gelombang melalui satu bukaan atau bergerak mengelilingi
suatu halangan
Pembelauan cahaya – berlaku apa bila cahaya melalui satu celah kecil atau lubang jarum yang kecil
Superposisi gelombang – apabila dua gelombang bertemu, mereka akan bertindih
Prinsip superposisi – apabila dua gelombang bertindih, amplitud paduan adalah sama dengan jumlah
amplitud kedua dua gelombang tunggal tersebut
Superposisi membina – apabila amplitud paduan bertambah ketika kedua dua gelombang itu bertemu
Superposisi memusnah – apabila amplitud paduan berkurang ketika kedua dua gelombang itu bertemu
Interferans – superposisi dua sumber yang koheran
Gelombang koheran – gelombang yang mempunyai frekuensi sama dan dengan beza fasa yang tetap
Interferens cahaya – apabila dua sumber chaya koheran bertindih atau bersuperposisi
Interferens gelombang bunyi – apabila dua sumber bunyi koheran bertindih atau bersuperposisi
Gelombang elektromagnet – terdiri daripada medan elektrik dan medan magnet yang berayun secara
serenjang dengan satu sama lain

BAB 6
Pembiasan – pembengkokan cahaya merambat melalui medium yang berbeza ketumpatan optik
disebabkan oleh perubahan halaju cahaya
Indeks biasan – kebolehan medium membengkokkan cahaya apabila merambat dari udara ke suatu
medium / nisbah laju cahaya di dalam vakum kepada laju cahaya di dalam medium
Garis normal – garis berserenjang dengan sempadan
Sinar tuju – sinar pada medium pertama
Sudut tuju – sudut antara sinar tuju dan garis normal
Sinar biasan – sinar pada medium kedua
Sudut biasan – sudut antara sinar biasan dan garis normal
Hukum pembiasan – sinar tuju, sinar biasan dan normal bertemu pada satu titik tuju dan berada pada
satah yang sama
Pusat optik – titik di mana sinar yang bergerak melalui titik ini akan melalui kanta dalam garis lurus
Paksi utama – garis lurus yang melalui pusat optik ke satah kanta
Paksi kanta – garis lurus yang menerusi pusat optik dan berserenjang dengan paksi utama
Titik fokus – titik di mana semua sinar selari menumpu
Panjang fokus – jarak di antara titik fokus dan pusat optik
Jarak objek – jarak objek dari pusat optik
Jarak imej – jarak imej dari pusat optik
Imej nyata – imej yang boleh terbentuk pada skrin
Imej maya – imej yang tidak boleh terbentuk pada skrin
Pembesaran linear – nisbah saiz imej kepada saiz objek
Cermin cekung – permukaan dalam bahagian yang terpotong memantulkan cahaya
Cermin cembung – permukaan luar bahagian yang terpotong memantulkan cahaya
Paksi utama – garis lurus yang menerusi pusat lengkungan dan kutub cermin sfera
Pusat lengkungan – pusat sfera yang menghasilkan cermin cekung atau cermin cembunug
Jejari kelengkungan cermin – jarak di antara kutub cermin sfera dengan pusat kelengkungan
Titik fokus – satu titik yang terletak pada paksi utama cermin sfera
Jarak objek – jarak dari objek ke kutub cermin sfera
Jarak imej – jarak dari imej ke kutub cermin sfera
Panjang fokus – jarak di antara titik fokus dengan kutub cermin sfera

You might also like