You are on page 1of 7

PRINSIP-PRINSIP DAN HUKUM-HUKUM FIZIK

BAB 2 : DAYA DAN GERAKAN


Prinsip Keabadian Prinsip keabadian momentum menerangkan bahawa
Momentum dalam suatu sistem yang terdiri daripada beberapa
objek yang bertindak balas, jumlah momentum adalah
malar jika tiada daya luar bertindak ke atas sistem itu.
Hukum Gerakan Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu
Newton Pertama dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan dengan
halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas
objek itu.
Hukum Gerakan Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa F = ma
Newton Kedua kadar perubahan momentum adalah berkadar terus F : Daya
dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu
pada arah yang sama dengan arah tindakan daya m : Jisim
paduan itu. a : Pecutan
Hukum Gerakan Hukum Gerakan Newton Ketiga menyatakan bahawa
Newton Ketiga untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak
balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah
yang bertentangan

Prinsip Leraian Daya Leraian daya ialah satu proses di mana satu daya
tunggal boleh diuraikan kepada dua komponen. Proses
ini merupakan songsangan kepada prinsip paduan
daya.
Prinsip keabadian Prinsip keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga
tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh
berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
Hukum Hooke Hukum Hooke menyatakan bahawa pemanjangan F = kx
suatu bahan kenyal berubah secara langsung dengan F : Daya regangan
daya regangan yang bertindak terhadapnya jika daya
itu tidak melebihi had kekenyalan bahan itu. k : pemalar
x : pemanjangan
BAB 3 : DAYA DAN TEKANAN
Prinsip Pascal Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang F1 F2
dikenakan pada permukaan suatu bendalir dalam A1 A2
bekas tertutup akan dipindah dengan seragam ke F : Tekanan
seluruh bahagian bendalir itu.
A : Luas permukaan
Prinsip Archimedes Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila satu
objek direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam
suatu bendalir, objek itu akan mengalami satu daya
apungan ke atas yang sama dengan berat bendalir
yang tersesar.
Berat di udara = Berat sebenar
Berat dalam bendalir = Berat ketara

Prinsip Bernoulli Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju


aliran bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir itu
berkurang.
*udara, gas, cecair dan air adalah bendalir, maka
kesemua ini mematuhi prinsip Bernoulli.
BAB 4 : HABA
Hukum Boyle Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas P1V1 P2V2
yang tetap, tekanan gas itu adalah berkadar songsang
P : Tekanan
dengan isi padunya jika suhu gas itu adalah tetap.
V : Isipadu
Hukum Charles Hukum Charles menyatakan bahawa bagi suatu jisim V1 V2
gas yang tetap, isi padu gas itu berubah secara T1 T2
langsung dengan suhu mutlaknya jika tekanan gas itu V : Isipadu
adalah tetap.
T : Suhu
Hukum tekanan Hukum Tekanan menyatakan bahawa bagi suatu jisim P1 P2
gas yang tetap, tekanan gas itu berubah secara T1 T2
langsung dengan suhu mutlaknya jika isi padu gas itu P : Tekanan
adalah tetap.
T : Suhu
BAB 5 : CAHAYA
Hukum pantulan i) Sudut pantulan, r adalah sentiasa sama dengan sudut
tuju, i.
ii) Sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal berada
pada satah yang sama.
Hukum pembiasan Hukum Pembiasan menyatakan bahawa apabila suatu sin i n
sin r
sinar cahaya merambat dari satu medium ke medium
yang lain, i : Sudut tuju
i) Sinar tuju, sinar pembiasan dan garis normal terletak r : Sudut pembiasan
pada satah yang sama. n : Pemalar
ii) Nisbah sin i kepada sin r ialah suatu pemalar.
BAB 6 : GELOMBANG
Prinsip superposisi Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila dua
atau lebih gelombang bertindih pada satu titik pada
satu masa yang tertentu, sesaran paduan gelombang
pada titik itu adalah sama dengan hasil tambah
sesaran setiap komponen gelombang individu pada
masa itu.

BAB 7 : MEDAN ELEKTRIK DAN PENGALIRAN CAS


Hukum Ohm Hukum Ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir V IR
melalui suatu konduktor adalah berkadar langsung
V : Beza keupayaan
dengan beza keupayaan merentasi hujungnya, dengan
keadaan suhu dan keadaan fizikal yang lain adalah I : Arus elektrik
tetap. R : Rintangan
V I
BAB 8 : KEELEKTROMAGNETAN
Hukum Lenz Hukum Lenz menyatakan bahawa arus teraruh yang
terhasil sentiasa mengalir pada arah yang menentang
perubahan yang menghasilkannya.
Hukum Faraday Hukum Faraday menyatakan bahawa, magnitud daya
gerak elektrik teraruh berubah secara langsung dengan
kadar perubahan fluks magnet yang melalui suatu
konduktor.
BAB 10 : KERADIOAKTIFAN
Prinsip Kesetaraan Menurut prinsip ini, jisim dan tenaga adalah setara E mc 2
Jisim-Tenaga Einstein tetapi dalam bentuk yang berlainan.
E : tenaga tindak balas
nukleus atau tenaga
(joule)
m : cacat jisim (kg)
c : halaju cahaya dalam
vakum ( 3 108 ms 1 )

You might also like