You are on page 1of 9

SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

TOPIK 8 TERMODINAMIK: HUKUM TERMODINAMIK KEDUA

Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang Hukum Termodinamik Kedua yang merangkumi konsep entropi,
konsep enjin haba dan kecekapan terma, konsep pam terma dan prestasi meliputi peti sejuk, penyaman
udara dan pam haba, aplikasi kitaran Carnot dan kecekapan, dan Hukum Termodinamik Ketiga.

Hasil Pembelajaran Topik


Di akhir topik ini, pelajar dapat;
8.1 Menghuraikan Hukum Termodinamik Kedua
8.2 Menjelaskan konsep entropi
8.3 Menjelaskan konsep enjin haba
8.4 Menghitung kecekapan terma untuk enjin haba
8.5 Menjelaskan konsep pam terma
8.6 Menghitung pekali prestasi untuk pam terma
8.7 Menjelaskan aplikasi kitaran Carnot dalam enjin haba
8.8 Menghitung kecekapan Carnot unggul
8.9 Menyatakan hukum termodinamik ketiga

8.1: Hukum Termodinamik Kedua dan Entropi

Objektif:
Untuk (a) menghuraikan hukum termodinamik kedua, dan
(b) menjelaskan konsep entropi
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

Hukum Termodinamik kedua

Hukum termodinamik kedua ialah prinsip umum yang meletakkan kekangan pada arah
pemindahan haba dan kecekapan enjin haba yang boleh dicapai.

Secara umum, hukum termodinamik kedua terpakai kepada semua bentuk tenaga. Mesin sebenar
mempunyai kecekapan biasanya kurang 100%, iaitu kerja output biasanya kurang daripada
tenaga input.

Hukum termodinamik kedua dinyatakan dalam kitar terma ialah tenaga haba tidak boleh
sepenuhnya ditukar kepada kerja mekaninal.

Entropi

Terdapat beberapa intepretasi yang berbeza tentang entropi:


 Entropi ialah ukuran tertib dan tidak tertib, iaitu sesebuah sistem secara semulajadi bergerak ke
arah tidak tertib yang lebih besar.
 Entropi menentukan arah masa. Ia adalah “anak panah masa” yang menunjukkan arah aliran ke
arah hadapan sesuatu kejadian, membezakan kejadian lepas dari yang akan datang.
 Entropi ialah ukuran kebolehan sistem untuk membuat kerja yang bermanfaat. Apabila sistem
kehilangan kebolehan untuk membuat kerja, didapati entropi meningkat.

Entropi ialah perubahan dalam sistem entropi (ΔS) apabila jumlah haba (Q) ditambah atau dikeluarkan
oleh proses berbalik pada suhu tetap ialah

ΔS = Q/T perubahan entropi pada suhu tetap (8.1)


Unit SI entropi ialah joule per kelvin (J/K)

Tertib dan tidak tertib

Entropi boleh ditafsirkan dalam terma tertib dan tidak tertib. Satu ketul ais, mempunyai molekul H 2O
pada kedudukan yang tetap, berstruktur dan tersusun dikatakan tertib. Jika dibandingkan dengan sepiring
air dimana ais tadi telah cair, molekulnya tidak tersusun dan terorganisasi iaitu molekul cecair bebas
bergerak dari satu tempat ke tempat lain dikatakan tidak tertib.

Haba diperlukan untuk mencairkan ais dan menghasilkan keadaan tidak tertib. Didapati, haba mengalir
ke dalam sistem dan menambah entropi sistem, mengikut ∆ S= ( QT ) ,R bermaksud berbalik, maka
R
menambah tidak tertib. Kita mengaitkan bahawa peningkatan dalam entropi, maka peningkatan dalam
tidak tertib. Sebaliknya, kita mengaitkan iaitu penurunan dalam entropi, maka penurunan dalam tidak
tertib.
ΔS bertambah
Seketul ais batu Sepiring air

ΔS berkurang
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

Rajah 8.1 Perubahan entropi bagi seketul ais batu dan air.
Entropi alam semesta bertambah

Proses tidak berbalik juga dipanggil proses semulajadi kerana semua proses berlaku pada alam semulajadi
adalah proses tidak berbalik. Proses semulajadi berlaku kerana kecerunan tertentu diantara dua jasad:
inilah fakta tentang aliran semulajadi haba sebagai contoh air mengalir dari tempat tinggi kepada rendah,
arus mengalir dari keupayaan tinggi kepada keupayaan rendah, dan sebagainya.

Poin penting tentang proses tidak berbalik:


i) Keadaan awal sistem dan persekitaran tidak boleh kembali kepada keadaan akhir.
ii) Semasa proses tidak berbalik, pelbagai keadaan sistem pada laluan perubahan dari mula hingga
akhir berada dalam keadaan tiada keseimbangan antara satu sama lain.
iii) Semasa proses tidak berbalik, entropi sistem bertambah dan tidak boleh dikurangkan kepada nilai
entropi asal.

Contoh 8.1:
Takungan panas pada suhu 650 K dan takungan sejuk pada suhu 350K. Haba sebanyak 1200 J mengalir
secara spontan melalui rod tembaga yang bersambung dari takungan panas kepada takungan sejuk.
Tentukan perubahan entropi pada alam semester disebabkan proses berbalik tersebut. Anggapan iaitu
tiada perubahan lain berlaku.

Taakulan:
Aliran haba dari panas ke sejuk adalah proses tidak berbalik. Persamaan ∆ S= ( QT ) R
tidak digunakan
secara terus kepada proses tersebut. Nilai ΔS juga digunakan untuk proses tidak berbalik, oleh itu
digunakan keadaan pada awal dan akhir, bukannya laluan antara kedua takungan.

Penyelesaian:
Jumlah perubahan entropi pada alam semesta ialah jumlah perubahan entropi pada setiap takungan.

∆ S alamsemulajadi =entropi hilang olehtakungan pana+entropi diperolehi oleh takungansejuk


1200 J 1200 J
¿− + =+1.6 J / K
650 K 350 K

Ini menunjukkan, proses tidak berbalik menyebabkan entropi alam semulajadi meningkat sebanyak +1.6
J/K untuk contoh ini.

Entropi sistem ialah fungsi kepada keadaan sistem. Setiap keadaan sistem mempunyai nilai entropi
tertentu dan perubahan entropi hanya bergantung kepada keadaan awal dan akhir proses atau
∆ S=S 2−S1 . Perubahan entropi dapat digambarkan oleh geraf T lawan S untuk proses isoterma seperti
Rajah 8.2. Dalam proses haba dipindah terhadap pembolehubah suhu T ialah sama dengan luas di bawah
lengkuk T-S. Ungkapan TΔS ditafsirkan sebagai luas segi empat tepat yang kecil. Jumlah haba mengalir
semasa proses ialah dengan menjumlah semua luas segiempat tepat dengan mengambil kira ΔS sangat
kecil Untuk memudahkan pengiraan, dianggapkan bahawa geraf T-S adalah satu garis yang lurus.

Dalam keadaan tertentu , adalah mungkin untuk memperolehi ΔS = 0. Oleh itu, hukum termodinamik
kedua dapat digeneralisasikan dalam terma entropi ialah:

Semasa sebarang proses, entropi alam semester boleh meningkat atau kekal ( ∆ S ≥ 0 ¿.
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

TΔS

ΔS

Rajah 8.2 Graf T lawan S untuk proses isoterma

Tenaga yang tidak boleh membuat kerja

Apabila proses tidak berbalik berlaku dan entropi alam semester meningkat, maka tenaga untuk membuat
kerja adalah berkurangan atau tenaga yang tidak boleh membuat kerja meningkat.

LO 8.2: Enjin Haba dan Pam Terma

Objektif:
Untuk (a) menjelaskan konsep enjin haba
(b) menghitung kecekapan terma untuk enjin haba
(c) menjelaskan konsep pam terma
(d) menghitung pekali prestasi untuk pam terma

Enjin haba

Enjin haba ialah sebarang alat yang menukar tenaga haba kepada kerja. Hukum Termodinamik Kedua
menghalang gerakan kekal, kerana sebahagian daripada haba yang dibekalkan kepada enjin haba akan
hilang.
Enjin haba ialah alat yang mengambil haba dari sumber suhu tinggi (takungan panas), menukar
sebahagiannya kepada kerja yang berguna, dan menukar selebihnya kepada persekitaran (suhu sejuk atau
takungan suhu rendah).

Berikut adalah persetujuan tanda yang digunakan:


Untuk enjin, tumpuan adalah terhadap kerja, W yang dibuat oleh gas ke atas persekitaran.
Semasa pengembangan, gas membuat kerja positif. Semasa mampatan, kerja dibuat oleh gas ialah
negatif. Anggapan bahawa “bahan yang bekerja” (bahan yang menyerap haba dan bahan yang membuat
kerja) berkelakuan seperti gas unggul.

Menambah haba kepada gas boleh menghasilkan kerja. Supaya output yang berterusan diperlukan, enjin
haba yang praktikal beroperasi dalam kitaran terma atau siri-siri proses yang membawa sistem kembali
kepada keadaan asal. Kitar enjin haba termasuk enjin stim
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

Takungan suhu tinggi

Input haba per kitar Qin=Qh

Wnet=Qh – Qc

Output kerja mekanikal


Output haba per kitar Qout=Qc per kitar
Takungan suhu rendah

Rajah 8.3: Enjin haba

nota: h merujuk kepada hot dan c merujuk kepada cold.

Pada rajah kitaran termodinamik segi empat tepat (yang unggul) sistem melalui kitar (1-2-3-4-1), iaitu
kembali kepada keadaan asal, mengandungi 2 isobar dan 2 isomet. Apabila gas mengembang, ia
membuat kerja (positif) sama dengan luas di bawah isobar. Membuat kerja positif adalah output yang
dikehendaki bagi sebuah enjin.
Walaubagaimanapun, terdapat mampatan (dari 3-4) bagi gas untuk membawa ia kembali kekedudukan
asal. Semasa fasa ini, kerja yang dibuat oleh gas ialah negatif. Dalam perkataan lain, sebahagian dari
kerja positif yang dibuat oleh gas “dibatalkan” oleh kerja negatif semasa mampatan.

Tekanan, P
1
2
Wnet

3
4

Isipadu, V

Rajah 8.4: Kitaran termodinamik segi empat tepat

Kuantiti yang penting dalam reka bentuk enjin bukanlah jumlah pengembangan kerja, tetapi lebih kepada
kerja bersih, Wnet. Kuantiti ini digambarkan secara grafik iaitu kawasan tertutup oleh lengkok-lengkok
proses yang membentuk kitar. Output kerja bersih per kitar ialah luas segi empat tepat yang dibentuk
oleh laluan-laluan proses.

Kerja bersih, Wnet

Sekumpulan jurutera ditugaskan membuat rekabentuk engin haba. Mereka telah mengecilkan pilihan
mereka kepada tiga jenis kitar. Mereka perlu menentukan enjin haba yang mana akan menghasilkan
paling banyak kerja bersih, Wnet. Bolehkah anda membantu mereka?
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

Anggapan: Dalam semua kes, gas bermula pada keadaan yang sama dan semua pengembangan
melibatkan ganda dua daripada isi padu asal.
Berikut adalah tiga rekabentuk yang anda perlu pertimbangkan:
(Kitar 1) Gas mengembang secara isobarik, kemudian tekanan menjadi separuh secara isometrik.
Akhirnya, secara isoterma mengalami mampatan kepada keadaan asal.
(Kitar 2) Gas mengembang iaitu mengalami proses isobarik dan kemudian tekanan menjadi separuh
secara isometrik. Akhirnya, mengalami mampatan sepanjang garis lurus (pada rajah P-V)
kepada keadaan asal.
(Kitar 3) Gas mengembang secara isoterma, kemudian tekanan digandakan secara isometrik. Akhirnya,
kembali kepada keadaan asal secara isobarik.

Taakulan dan jawapan:


Caranya adalah dengan membina grafik yang menunjukkan luas kawasan daripada ayat keterangan yang
diberi oleh soalan. Setiap kitar dilukis mengikut skala dan kawasan berlorek tertutup, luasnya
dibandingkan.

P P P

k
P1 P1 P1

P1 P1 P1
2 2 2
V V V
V1 2V1 V1 2V1 V1 2V1
(1) (2) (3)

Rajah 8.5 Geraf PV bagi Kitar 1, Kitar 2 dan Kitar 3 enjin haba

(Kitar 1) Pengembangan isobarik digambarkan oleh satu garis mendatar ke kanan dan menggambarkan
kerja positif yang dibuat oleh gas. Mampatan isometrik digambarkan oleh garisan tegak dan
tiada kerja dilakukan. Pada kedudukan ini, magnitiud suhu sama dengan asal, dimana

tekanan diseparuhkan dan isi padu digandakan, maka pf V f = ( p2 )(2 V )= p V =nRT


i
i i i .

Dengan itu, proses isoterma membawa gas kepada keadaan asalnya.

(Kitar 2) Pengembangan isobarik digambarkan oleh satu garis mendatar ke kanan dan menggambarkan
kerja positif yang dibuat oleh gas. Mampatan isometrik digambarkan oleh garisan tegak dan
tiada kerja dilakukan. Gas tidak kembali kepada kedudukan asal oleh proses isoterma.

(Kitar 3) Pada awalnya, pengembangan isoterma berlaku dimana tekanan menjadi separuh dan isi padu
digandakan. Gas membuat kerja positif. Seterusnya tekanan bertambah kepada magnitiud
tekanan asal, tetapi tiada kerja dilakukan. Akhirnya, mampatan isobarik membawa gas kepada
keadaan asal.
Rajah (3) bukanlah enjin haba kerana ia membuat lebih kerja untuk melakukan mampatan
berbanding kerja yang dilakukan terhadap persekitaran.

(Kitar 1) membuat lebih kerja bersih berbanding (Kitar 2), maka Wnet, 1 ˃ Wnet, 2 . Kesimpulannya, Kitar 1
terpilih sebagai menghasilkan kerja bersih tertinggi dan Kitar 2 menghasilkan kerja bersih kedua tinggi.
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

Kecekapan terma

Kecekapan terma adalah satu parameter yang penting digunakan untuk menilai enjin haba. Kecekapan
terma, ε bagi enjin haba ditakrifkan sebagai

kerja bersih W net


ε= = =kecekapan terma bagienjin haba (8.2)
haba input Q¿

Kecekapan memberitahu tentang berapa banyak kerja yang berguna (Wnet) yang enjin lakukan berbanding
haba input yang diterima (Qin). Sebagai contoh, enjin bagi kereta moden mempunyai anggaran kecekapan
1
kira-kira 25%. Ini bermakna hanya kira-kira haba dihasilkan melalui pencucuhan udara dan campuran
4
gas, bertukar kepada kerja mekanikal, yang memutar roda kereta dan sebagainya. Dalam perkataan lain,
3
sisa enjin iaitu kira-kira daripada haba, akhirnya dibuang ke atmosfera melalui sistem ekzos yang
4
panas, sistem radiator dan enjin logam.

Untuk satu kitar gas unggul bagi enjin haba, Wnet ditentukan dengan menggunakan Hukum Termodinamik
Pertama untuk satu kitar lengkap. Q hanya menggambarkan magnitiud sahaja, haba yang keluar adalah
negatif maka Qout ditulis sebagai –Qc (negatif bagi kuantiti positif menunjukkan pengaliran haba keluar
dari enjin ke takungan sejuk. Qin adalah positif dan ditulis sebagai +Qh.

Hukum Termodinamik Pertama digunakan pada bahagian pengembangan kitar dan kerja dibuat oleh gas
sebagai W = +Wexp , Oleh itu, ΔUh = + Qh – (+Wexp ) = +Qh - Wexp. (8.3)

Untuk bahagian mampatan pada kitar, kerja dibuat oleh gas ditunjukkan adalah negatif iaitu W = -Wcopm
dan ΔUc = -Qc – (- Wcomp ) = -Qc + Wcomp . (8.4)

Untuk gas unggul, ΔUcycle = ΔUh + ΔUc = 0.

(+Qh - Wexp) + (-Qc + Wcomp ) = 0


- Wexp + Wcomp = - Qh + Qc
Wexp - Wcomp = Qh - Qc ,
dimana Wnet = Wexp - Wcomp, maka Wnet = Qh - Qc (Q menggambarkan magnitiud di sini) (8.5)

Kecekapan terma bagi enjin haba boleh ditulis semula dalam bentuk aliran haba seperti berikut,

W net
ε= (8.6)
Qh
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

Q h−Q c Qc
ε= =1− kecekapan enjin haba bagi gas unggul (8.7)
Qh Qh

Kecekapan terma biasanya dinyatakan dalam peratus. Persamaan 8.7 menunjukkan bahawa enjin terma
boleh mencapai kecekapan 100%, jika Qc adalah sifar. Keadaan ini bermaksud, tiada tenaga haba hilang
dan semua haba input (takungan panas) ditukar kepada kerja berguna. Walaubagaimanapun, keadaan ini
adalah mustahil berdasarkan Hukum Termodinamik Kedua.
Hukum termodinamik kedua ialah tiada kitar enjin haba boleh menukar haba input sepenuhnya
kepada kerja.

Menghitung kecekapan terma untuk enjin haba

Contoh 8.2
Satu enjin petrol menyerap 800 J tenaga haba dari takungan suhu tinggi (cucuhan campuran gas dan udara
dan menyebabkan 700 J ke takungan suhu rendah (ke udara luar, melalui penyejukan sirip) Apakah
kecekapan terma enjin?

Taakulan: Untuk mengira ε, kita perlu mengetahui magnitiud Wnet dan Qh.

Penyelesaian:
Senaraikan data-data.
Diberi: Qh= 800 J
Qc= 700 J Cari : ε (kecekapan terma)

Kerja bersih, Wnet dibuat oleh enjin per kitar ialah


W net =Qh −Qc=800 J – 700 J= 100 J

W net 100 J
Kecekapan terma, ε = = = 0.125
Qh 800 J

Dalam bentuk peratus, ε =0.125 ×100 %=¿ 12.5%

Latihan selanjutnya:
(a) Apakah kerja bersih per kitar bagi enjin dalam contoh 8,1, jika kecekapan dinaikkan kepada 15%
dan haba input per kitar dinaikkan kepada 1000 J. Berapakah haba akan disingkirkan dalam kes ini?

Contoh 8.3
Satu engin kenderaan mempunyai kecekapan 22.0% dan menghasilkan 2510 J kerja. Berapa banyakkah
haba disingkirkan oleh engin?

Taakulan:
Pemuliharaan tenaga menunjukkan jumlah haba disingkirkan ke tadahan sejuk ialah bahagian input haba
yang tidak ditukar kepada kerja. Jumlah Qc disingkirkan ialah Qc = QH -Wnet , rujuk persamaan (8.5).
Untuk menggunakan persamaan tersebut, kita perlukan nilai haba input QH.

Penyelesaian:
Senaraikan data-data.
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Hukum Termodinamik Kedua

Diberi: ε= 0.220
Wnet= 2510 J Cari : Q c (haba disingkir)

W 2510 J
Q H= = =11 400 J
ε 0.220

Haba disingkir, Q c =Q H −W net=11 400 J −2510 J =¿ 8900 J

Fenomena seharian melibatkan Hukum Termodinamik Kedua, Enjin Haba


7.5:
dan Pam Terma

1. Dalam keadaan tertentu , adalah mungkin untuk memperolehi ΔS = 0.

Latihan:
Bincangkan proses yang mungkin memperolehi ΔS = 0.

2. Enjin haba dalam contoh kehidupan seharian ialah enjin stim, enjin diesel dan enjin petrol pada
kenderaan.

Latihan:
Berdasarkan rajah enjin stim yang dipermudahkan, bincangkan bagaimana enjin stim bekerja berdasarkan
hukum termodinamik kedua.

Rujukan

1. Wilson, Buffa & Lou (2009). College Physics. 7th Ed. Prentice Hall. New Jersey.

You might also like