You are on page 1of 2

Tabung uji

Pilih tabung uji dengan lip. Pilih tabung uji yang diperbuat daripada kaca tahan haba
(pyres, kimax) jika pemanasan adalah diperlukan. Dimensi purata panjang yang biasa
bagi tabung uji adalah 150 mm dan diameter 15mm.
Kelalang
Semua kelalang untuk kegunaan umum harus diperbuat daripada kaca tahan panas.
Kelalang biasanya didapati dalam dua bentuk: bentuk bulat dan bentuk kon. Saiz
kelalang yang biasa digunakan adalah 250, 600 dan 1000ml.
Bikar
Bikar boleh diperbuat daripada plastik atau kaca yang tahan panas. Walaupun bikar
plastik tidak mudah pecah akan tetapi ia tidak sesuai dipanaskan. Beberapa saiz bikar
biasanya dijumpai di makmal sains adalah 250, 600 dan 1000ml.

Radas dan peralatan yang digunakan di sekolah rendah untuk kerja amali yang
berkaitan dengan bateri termasuk wayar, klip wayar, mentol dan suis.
Bateri atau sel kering

Penggunaan sel-sel alkali dan nikel-kadmium patut dielakkan kerana output yang lebih
besar mereka boleh menyebabkan pemanasan wayar halus berlebihan. Penggunaan

pemegang bateri yang mempunyai klip digalakkan kerana ia mudah digunakn.

Mentol
Mentol harus mempunyai voltan yang sama dengan sel-sel kering yang akan membekal
tenaga kuasa kepada mereka.
Dawai/wayar kuprum
Wayar kuprum untuk kegunaan umum di sekolah rendah perlu mempunyai nombor
tolok kira-kira 20. Wayar garis mempunyai diamter tersebut adalah fleksibel dan mudah
untuk dimanipulasi murid-murid. Walaupun wayar 18 tolok boleh diterima, ia adalah
lebih keras; 22 dan 24-tolok dawai juga diterima tetapi agak ringan. Untuk boleh
digunakan semula, wayar yang diperoleh untuk sekola rendah perlu bersalut plastik.
Radas dan peralatan sains lain yang juga digunakan di sekolah rendah adalah seperti berikut:
Bar magnet
Neraca spring
Kompas
Mesin timbang
Termometer
Jam randik
Tala bunyi
Takal
Pembaris meter
dan lain-lain

You might also like