You are on page 1of 5

LAPORAN MASAKAN SOLAR

PATROL KENANGA MENU SARDIN


Nama Ahli:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Devatarsini a/p Loganathan


Chin Yi Yee
Jeyamalar a/p Gopi
Lee Siaw Hiong
Ling Chin Yin
Vivian Wong Jiin Lin
Pada 8 Julai 2015, hari Rabu yang lepas, ahli-ahli Pandu Puteri Kadet

Malaysia telah menjalankan aktiviti masakan solar di IPG Kampus Tuanku Bainun.
Masakan solar ini diperkenalkan sebagai salah satu cara penyediaan makanan
tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari
sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga
solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah sebagai satu cara mendidik ahli
supaya

melindungi

alam

sekitar

yang

semakin

terancam,

mengurangkan

pencemaran pembakaran bahan api, mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.


Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik. Objektif utama bagi aktiviti ini
adalah memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan dengan sumber-sumber tenaga
alternatif dan menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara
cekap dan bijaksana.
Sebelum menjalankan aktiviti masakan solar, kami patrol Kenanga terlebih
dahulu menyediakan dapur masak yang diperbuat daripada kotak. Alat-alat dan
bahan-bahan yang diperlukan untuk membina dapur masak ialah kotak besar,
aluminium foil, gunting, pita pelekat dan pembaris. Ukuran dapur adalah seperti
berikut:

Gambar 1: Ukuran saiz dapur masak solar.


Langkah pertama untuk membina dapur masak adalah memotong kotak
mengikut ukuran yang ditetapkan, satu sebagai tapak dapur dan satu lagi dijadikan
dinding dapur. Langkah kedua adalah membalutkan aluminium foil pada sebelah
dalam dapur sebagai konduktor kepada periuk. Akhirnya adalah melekat kotak-kotak
dengan menggunakan pita pelekat.

Gambar 2: Ahli-ahli patrol Kenanga sedang membina dapur masak Solar.

Seterusnya,

pemilihan

dan

penyediaan

periuk

yang

sesuai.

Kami

menyediakan dua jenis periuk iaitu aluminium dan keluli. Periuk telah dicat dengan
warna hitam supaya boleh menyerap haba dengan lebih berkesan.
Semasa menjalankan aktiviti masakan solar, pensayarah penasihat dan ahliahli PPKM telah berkumpul pada 10.00 pagi untuk menyediakan bahan-bahan
masakan. Kumpulan kami ditugaskan untuk menyediakan menu sardin. Kami patrol
Kenanga

telah

mengagihkan

tugas

dengan

sama

rata.

Beberapa

orang

menyediakan bahan masakan yang diperlukan. Kami membuka tin sardin dan tuang
ke dalam periuk. Selepas itu, menambahkan sedikit bawang dan cili yang telah
dipotong. Kemudian, tutup dan masukkan periuk ke dalam beg plastik yang
dimeteraikan.

Gambar 3: Periuk dimasukkan dalam beg plastik yang dimeteraikan.


Manakala beberapa orang lagi mula menubuhkan dapur masak solar. Kami
meletakkan beberapa batu kecil di bawah periuk supaya ada aliran haba. Selepas
itu, kami meletakkan periuk tadi di atas dapur dan membiarkannya untuk masak
selama 6 jam. Pastikan dapur tersebut menghala ke arah cahaya matahari supaya
mendapat haba yang secukupnya. Setelah kami meletakkan bahan masakan dalam
periuk, kami membersihkan tempat-tempat persediaan membuat masakan solar dan
balik ke kelas.

Selepas 6 jam, kami mengambil makanan yang telah dimasak dalam dapur
masak solar. Kami berasa sangat teruja untuk rasa masakan solar tersebut. Ahli-ahli
kumpulan mengambil periuk dari dapur masak solar dan membuka periuk makanan.
Sardin yang kami sediakan telahpun masak. Kami rasa sardin tersebut bersamasama dengan patrol lain. Kami mendapati masakan solar ini amat sedap dan
berkhasiat.

Gambar 4: Masakan solar yang berjaya disediakan oleh ahli-ahli PPKM

Gambar 5: Ahli-ahli PPKM bersama-sama menikmati makanan yang


dihasilkan melalui cara masakan solar

Selepas itu, ahli-ahli PPKM pun mencuci periuk dan mengemaskan kawasan
kantin. Kami juga telah mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Pada
akhirnya, kami diberi tanggungjawab untuk menyiapkan laporan masing-masing
yang berkaitan dengan masakan solar. Kami berasa sangat gembira kerana dapat
menjalankan aktiviti ini dengan berjaya. Percubaan masakan solar ini merupakan
satu pengalaman yang amat bermakna dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan
pada masa hadapan.

Gambar 6: Ahli-ahli patrol Kenanga bersama dengan dapur masak solar yang
telah dibina.

Gambar 7: Ahli-ahli PPKM mengambil gambar bersama pensyarah penasihat.

You might also like