You are on page 1of 3

JAWAPAN BAGI MODUL 1

BAHAGIAN A

1. Kita mestilah bersenam tiga kali seminggu untuk kesihatan tubuh badan kita.

2. Kita seharusnya menjauhkan diri daripada gejala merokok bagi mengekalkan


kualiti kesihatan fizikal kita.

3. Kita patutlah mendapatkan rehat yang secukupnya supaya mendapat tenaga


yang secukupnya.

4. Kita hendaklah mengambil pemakanan yang seimbang mengikut piramid


pemakanan untuk membina fizikal tubuh badan yang cergas dan sihat sepanjang
masa.

5. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah
bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

JAWAPAN BAGI MODUL 2

BAHAGIAN A

1. Beberapa orang murid melukis mural yang bertemakan nasionalisme bagi


menunjukkan semangat patriotisme .

2. Sekumpulan murid mewarnakan tayar menggunakan warna pelakar untuk


menceriakan kawasan sekolah.

3. Dua orang murid perempuan melekatkan informasi tentang tokoh negarawan


pada papan kenyataan sebagai rujukan semua warga sekolah.

4.Dua orang murid lelaki membuat replika Menara Berkembar Petronas


menggunakan bahan-bahan terpakai bagi melahirkan rasa bangga akan
pencapaian negara.

5. Dua orang pengawas sekolah memasang bendera Jalur Gemilang untuk


digantungkan pada sekitar kawasan sekolah.
JAWAPAN BAGI MODUL 3

BAHAGIAN A

1. Kita mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah bagi mengekalkan


kebersihan kawasan kantin sekolah.

2. Kita haruslah makan dengan sopan ketika berada di kantin supaya tidak
mengganggu ketenteraman orang lain.

3. Kita patutlah mencuci tangan sebelum dan selepas makan untuk mengelakkan
daripada sakit perut.

4. Kita hendaklah meletakkan pinggan di tempat yang betul bagi memudahkan


pengusaha kantin mencuci pinggan.

5. Kita juga seharusnya beratur ketika mengambil makanan supaya keadaan kantin
menjadi teratur dan berjalan dengan lancar.

JAWAPAN BAGI MODUL 4

BAHAGIAN A

1. Seorang remaja lelaki mencuba kasut di ruangan kasut sebelum membuat


keputusan untuk membelinya.

2. Seorang pekerja perempuan melayan pelanggan dengan sabar sambil menunggu


pelanggannya mencuba kasut.

3. Seorang ibu bersama anaknya melhat dan memilih kasut yang mempunyai harga
promosi di rak kasut.

4. Beberapa orang pelanggan membelek kain dan baju kerana mempunyai potongan
harga yang lumayan.

5. Seorang pekerja menyambut dengan mesra pelanggan yang berkunjung ke kedai


mereka untuk menambat hati pelanggan yang datang.
JAWAPAN BAGI MODUL 5

BAHAGIAN A

1. Kita mestilah mengisi masa lapang dengan membuat ulang kaji pelajaran
untuk mengukuhkan kefahaman kita .

2. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan memancing ikan bagi merehatkan
minda Kita.

3. Kita boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti bercucuk tanam di kebun untuk
mengeluarkan peluh.

4.Kita haruslah menonton rancangan televisyen yang berunsurkan pendidikan


selain daripada membaca buku.

5.Kita hendaklah melakukan aktiviti riadah untuk kesihatan fizikal dan mental.

You might also like