You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI IKHTIAR HIDUP Aktiviti ikhtiar hidup merupakan aktiviti yang dijalankan pada hari kedua iaitu

pada 10/9/2013 (Selasa) selepas aktiviti kembara ilmu di dalam hutan. Ahli Pandu Puteri seramai 46 orang telah bekerjasama untuk membawa semua alat mengikut kehendak aktiviti ikhtiar hidup ini. Kami telah diberi kebenaran untuk memasak di persekitaran kawasan perkhemahan. Pada hari tersebut, makanan mentah yang telah disediakan ialah kentang 5 biji, telur 4 biji, dan campuran bahan untuk kek. Bahan untuk menghidupkan api pula ada fire starter, getah tayar ,arang, dan pembalut aluminium. Kami telah menjalankan aktiviti mengikut kumpulan masingmasing. Kami telah diberi taklimat tentang cara memasak makanan sendiri. Kali ini merupakan kali pertama ahli pandu puteri memasak bersama dengan menghidupkan api menggunakan ranting kering, arang,fire starter dan juga getah tayar tanpa menggunakan gas. Sebagai seorang ahli pandu puteri, saya berasa bangga dengan semua ahli pandu puteri. Hal ini kerana melalui aktiviti ini, kami bukan sahaja belajar cara memasak makanan tanpa gas malah kami belajar untuk hidup bersama, bekerjasama untuk mencari makan. Perkara yang amat saya rasa menarik ialah apabila kipaskan arang untuk menghidupkan api. Ahli kumpulan masing-masing bertungkus lumus untuk menghidupkan api. Apabila api berjaya dihidupkan, ia merupakan satu kepuasan bagi kami. Selain itu, ubi kentang yang telah dibalut dengan kertas aluminium telah dibakar. Ubi kentang yang telah masak amat wangi dan sedap dimakan. Kami telah cuba untuk masak telur tetapi ada banyak yang tidak berjaya kerana telur tersebut pecah. Puan rohaya telah memasukkan tepung ke dalam kertas aluminium dan balutkan. Kami telah meletakkan kek tersebut di atas rak BBQ untuk dibiarkan masak. Selepas itu, satu pertandingan telah dijalankan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghidangkan makanan yang telah dimasak seperti makanan yang perlu dihidangkan kepada Raja. Kumpulan Raflesia telah

menang dalam pertandingan ini. Mereka berjaya membuat hiasan yang cantik dan menarik untuk dihidangkan. Walaupun kumpulan kami tidak menang, saya tetap berasa gembira kerana dapat mendapat pengetahuan melalui masakan rimba kali ini. Akhir sekali, saya berharap kami mempunyai peluang untuk belajar membuat solar cooking pada masa akan datang.

Disediakan oleh: .. (OLIVER WONG XIANG LIANG)

You might also like