You are on page 1of 3

1.

AKTIVITI DARAT

Mendaki gunung merupakan salah satu aktiviti yang dikategorikan sebagai sukan
yang lasak dan jenis sukan ini lebih sesuai dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai
ketahanan badan atau stamina yang tinggi.
Program Bina Insan Guru telah mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Arong di
Mersing. Ekspedisi mendaki Gunung Arong merupakan salah satu aktiviti di dalam program
Bina Insan Guru, di samping menguji ketahanan mental dan fizikal pendaki. Ekspedisi kali ini
disertai oleh 57 orang siswa siswi dari opsyen Bimbingan & Kaunseling, Pendidikan Khas
dan Bahasa Tamil iaitu 13 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan.Turut
mengiringi oleh 5 orang pensyarah iaitu, Encik Abdul Latiff Bin Awi, Puan Ainee Bt Ahmad,
Encik Ahmad Puad B.Aris, Puan Kalaivani dan Puan Sugunah.
BIG ini telah berjaya membantu kami menjadi seseorang yang lebih yakin kepada
kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Pada pagi pukul 10.30 kami
semua bersedia untuk mendaki gunung. Aktiviti kembara / Kajian Tempatan mendaki
Gunung Arong yang berhampiran diketuai oleh Jurulatih Encik Latiif Bin Awi. Pendakian
yang dilakukan juga agak mencabar dengan terdapat peserta yang mempunyai saiz badan
yang agak besar. Walaupun begitu semangat pasukan yang terjalin memberikan satu
anjakan adrenalin kepada mereka menghabiskan kembara.
Sebelum kami bergerak jurulatih atau pensyarah kami iaitu Encik Abdul Latiff Bin Awi
telah memberi sedikit taklimat tentang mendaki gunung. Beliau memberi keterangan tentang
menjaga keselamatan, tingkah laku diri sendiri semasa berada di hutan dan juga tugasan
yang perlu kami melaksanakan sepanjang aktiviti darat ini. Tugasan yang telah diberikan
kepada kami ialah kami perlu mencari beberapa jenis flora dan fauna, memasak di hutan
dan menyediakan stretcher dalam kumpulan. Selepas taklimat, kami melakukan senaman
memanaskan badan. Dalam perjalanan ke Gunung Arong kami dapat melihat kampungkampung dipersekitaran. Pada masa yang sama kami menjumpai flora dan fauna di kelilingi
kami, Encik Latiff sebagai jurulatih darat kami telah memperkenalkan banyak jenis flora dan
fauna tersebut kepada kami. Kami sedar terdapat pelbagai kegunaan bagi tumbuhtumbuhan di alam sekitar selepas penerangan dari jurulatih kami. Sebagai contoh, pucuk
daun palas boleh digunakan untuk membuat ketupat dan daunnya boleh digunakan sebagai
hiasan. Kita haruslah menghargai apa yang kami ada dan menggunakannya dengan
sepenuhnya supaya pembaziran tidak berlaku.

Demi keselamatan kami, kami berjalan secara berpasangan mengikut sepanjang


perjalanan kami. Batu bata disana berbentuk berbeza- beza. Batu yang besar adalah lebih
kukuh berbanding dengan batu yang lebih kecil dan halus. Perjalanan batu bata adalah
rintangan yang susah tetapi proses perjalanan boleh meningkatkan daya ketahanan dan
kekuatan jasmani, emosi dan rohani dan kami dapat dilatih supaya sabar. Selain itu, sikap
prihatin juga dipupuk dan dikukuhkan dalam kalangan kami semasa aktiviti ini dijalankan.
Ketika aktiviti jungle trecking, terpaksa mendaki Gunung Arong yang ketinggiannya
mencecah 880 meter.

Walaupun kami tidak pandai mendaki dan takut pada mulanya,

namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah kami dan juga semangat yang diberikan oleh
rakan-rakan akhirnya berjaya melakukannya juga.
Kami berjaya menjejaki kaki ke kemuncak gunung. Kami dapat menghirup udara
dingin pagi yang bersih lagi nyaman, menikmati pemandangan matahari dan laut. Kami
diberi selama satu jam untuk membuat persediaan makanan tengah hari.

Dalam sesi

memasak, tiada masalah bagi kami untuk mencari bahan- bahan yang sesuai untuk
menyalakan api seperti ranting kayu, daun kering, batang kayu halus dan sebagainya.
Namun begitu, kami menghadapi masalah menyalakan api kerana ranting kayu dan daun
kering yang kami jumpai dalam keadaan lembab selepas hujan.

Dengan semangat tidak

putus asa dan akhirnya, kami berjaya menyalakan api.


Sementara sebahagian antara kami menyalakan api, sebahagian kami membuat
persediaan untuk memasak. Melalui pengalaman ini, kami bersyukur kerana kami tidak
perlu menyalakan api dengan cara ini dalam kehidupan harian. Dalam hidupan harian, kami
hanya perlu menekan butang atau memusing suis, dapatlah kami menyalakan api atau
mendapat haba untuk memasak.Kami dalam kumpulan dengan sepenuh kerjasama
memasak nasi, sardin sambal dan kubis. Selepas memasak kami semua sama- sama
menjamu selera.
Selepas beberapa ketika kami bertolak turun semula ke tempat persinggahan
seterusnya ke kaki gunung. Semasa itu kami telah mencari bahan untuk menyediakan
stretcher dalam kumpulan. Selepas kami tiba berhampiran dengan tempat perkhemahan
kami telah menyediakan satu stretcher mengikut kumpulan dan mengagngkut seorang
pesakit yang mempunyai badan besar dalam stretcher itu. Kini kami berasa lebih yakin
untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang kami faham bahawa sesuatu perkara yang
mungkin sukar dilakukan pasti kami boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan
tunjuk ajar dari orang lain.Walaupun pelbagai rintangan telah menghalangkan perjalanan
yang lancar kami, tetapi kami turut berseronok semasa mengatasi rintangan-rintangan

tersebut.Kami berbual-bual dan menikmati pemandangan yang begitu indah sekali.Kami


turut mengambil gambar dengan jurulatih darat kami semasa menjumpai sepohon pokok
yang

tertumbang

dengan

kesenian

yang

boleh

dijadikan

kami.Selepas 45 minit, kami telah tiba di tempat perkhemahan.

pemandangan

gambar

You might also like