You are on page 1of 3

Kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform di sekolah kamu.

Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan tersebut.

..

Saya telah menyertai satu perkhemahan pada cuti penggal yang lalu. Perkhemahan
itu diadakan di sekolah dan dijalankan selama dua hari satu malam.

Pada pagi Sabtu kami semua berkumpul di sekolah. Kami


mendengar taklimat daripada Komandan Kem iaitu Cikgu Kamal Rahim. Selepas itu,
kami diagihkan mengikut kumpulan. Kami kemudian diarahkan untuk memasang
khemah masing-masing.

Selepas bersarapan, kami diarahkan mengemaskan khemah masing-masing.


Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik dan kemas. Kumpulan Razi
telah diumumkan sebagai pemenang.

Selepas itu, satu pertandingan memasak telah diadakan. Semua bahan


telah disediakan oleh guru-guru. Kami diminta memasak nasi, lauk-pauk dan
menggoreng ikan. Pemenang dikira berdasarkan keenakan dan susun atur serta
hiasan. Kali ini kumpulan aku telah muncul sebaga johan.

Selepas makan malam, persembahan malam kebudayaan diadakan. Setiap


persembahan mengikut unit uniform masing-masing. Antara persembahan adalah
seperti nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya. Kali ini kumpulan pengakap menjadi
johan dengan persembahan boria yang menarik.

Keesokan hari, kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak


perkhemahan. Penyampaian hadiah turut diadakan kepada pemenang. Selepas itu,
saya dan kawan-kawan pulang dengan perasaan yang gembira.
Perkhemahan Pengakap di Sekolah Saya

Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah menyertai perkhemahan pengakap yang
diadakan di sekolah saya selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah disertai
oleh 40 orang ahli pengakap dan diiringi oleh 7 orang guru penasihat.

Kira-kira pada pukul 7.00 pagi, kami telah berhimpun di padang sekolah. Ketua
perkhemahan, Cikgu Zairil memberikan taklimat ringkas kepada semua ahli pengakap
dan membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas. Kami
pasang telinga untuk mendengar arahan beliau.

Mula-mula, kami mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing.


Semua ahli pengakap berganding bahu untuk melaksanakan tugas yang diarahkan
oleh ketua kumpulan bagai aur dengan tebing. Selepas itu, kami menghadiri ceramah
pertolongan cemas di dewan sekolah. Cikgu Kamar dan beberapa orang ahli pengakap
senior mendemonstrasikan cara-cara memberi pertolongan cemas. Beliau juga
mengajar kami cara-cara membalut luka dengan kain anduh.

Pada waktu tengah hari, kami mengadakan pertandingan memasak. Setiap


kumpulan dikehendaki menyediakan satu hidangan tradisional. Kumpulan saya telah
menyediakan Nasi Goreng. Walaupun kami hanya berjaya mendapat tempat keempat,
namun saya berasa sangat gembira kerana dapat mempelajari cara-cara memasak
dan menikmati masakan sendiri walaupun tidak seenak masakan ibu.

Pada sebelah petang, kami berlatih kawad kaki di tengah padang. Semua ahli
pengakap mendengar arahan ketua denga teliti. Kami berkawad kaki dengan penuh
disiplin dan semangat berpasukan. Kemudian, kami mengutip kayu api untuk
menyalakan unggun api di hadapan khemah.

Selepas makan malam, kami duduk mengelilingi unggun api. Setiap kumpulan
mempersembahkan pertunjukan mengikut kreativiti masing-masing. Cikgu Wan turut
memetik gitar sambil menyanyi. Kami semua berasa gembira dan terhibur.

Pada keesokan pagi, semua ahli pengakap menjalankan aktiviti senaman dan
sukaneka di padang. Selepas bersarapan pagi, kami pun membersihkan tapak
perkhemahan dan berkemas untuk pulang ke rumah. Kami telah mendapat banyak
pengalaman dan pengetahuan yang berharga hasil daripada perkhemahan ini.
Anda menyertai suatu perkhemahan pengakap. Tuliskan pengalaman anda.

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan
perkhemahan di Hutan Lawin. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam.

Perkhemahan ini disertai oleh 35 orang murid dan 7 orang guru penasihat. Kami ke sana
dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami membawa khemah, barang-barang untuk
memasak, lampu suluh dan sebagainya.

Setelah tiba di tapak perkhemahan, guru penasihat membahagikan tugas. Pengakap lelaki
mendirikan lima buah khemah. Pengakap perempuan pula ditugaskan untuk mencari kayu api
dan memasak. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas,
dan mencari harta karun diadakan.

Pada waktu petang pula diadakan permainan sukaneka dan aktiviti mendaki gunung. Pada
waktu malam pula diadakan unggun api. Peserta perkhemahan membuat persembahan seperti
nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya.

Pada hari terakhir perkhemahan, peserta diberi sijil dan cenderahati. Sebelum pulang
kami bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan. Perkhemahan ini banyak memberi
pengetahuan dan pengalaman kepada kami.

Walaupun penat, kami berasa sungguh seronok. Perkhemahan seumpama ini dapat
mengeratkan perhubungan.

You might also like