You are on page 1of 2

ULASAN 1 : Tindakan yang wajar dilakukan semasa jerebu

Jerebu merupakan salah satu pencemaran udara. Jerebu berpunca daripada pembakaran
terbuka, pelepasan asap kilang dan juga asap kenderaan. Jadi, sewaktu berlakunya jerebu, kita
hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah mengurangkan aktiviti di luar rumah. Hal ini bagi
mengelakkan kita daripada terdedah kepada udara yang tercemar. Kita juga perlu memastikan udara
di dalam rumah sentiasa bersih dengan tidak merokok. Sekiranya kita berada di luar rumah, kita
hendaklah memakai penutup hidung dan mulut bagi memastikan kita terhindar daripada menghidu
udara kotor. Selain itu, kita perlu memeinum air dengan banyak bagi menggantikan air di dlam
badan. Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa membasuh muka dan tangan untuk mengelakkan kuman
melekat pada tangan dan muka kita.

Konklusinya, kita perlu mengambil tindakan yang sewajarnya semasa jerebu melanda supaya
kita tidak dihinggapi penyakit.

ULASAN 2 : Ciri-ciri keluarga bahagia

Carta menunjukkan tentang ciri-ciri sebuah keluarga yang bahagia. Antaranya adalah
memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak supaya mereka dapat berdikari pada masa akan
datang. Selain itu, ibu bapa juga perlulah menjaga keselamatan ananknya agar mereka dapat
menjaga ibu bapa mereka sewaktu mereka telah dewasa kelak.

Di samping itu juga, ibu bapa perlu memberi didikan agama dan pelajaran agar mereka
dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan usaha ibu bapa yang sedemikian, sudah pasti anak
mereka berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

Konklusinya, anak hendaklah membalas jasa ibu bapa kerana ibu bapa banyak berkorban
dalam usaga memelhara dan mendidik mereka.

ULASAN 3 : Iklan Kedai Buku Bestari

Terdapat banyak buku yang dijual di Kedai Buku Bestari. Kedai Buku Bestari beroperasi
bermula jam lapan pagi hingga pukul enam petang. Kedai buku ini beroperasi bermula pada hari
Ahad hingga Khamis.

Antara jenis buku yang dijual ialah buku rujukan, buku teks, akhbar, alat tulis , pelbai jenis
buku bimbingan dan buku cerita. Antara jenis buku rujukan yang dijual ialah buku rujukan UPSR,
PMR, SPM, dan STPM. Manakala buku teks pula terdiri daripada buku teks sekolah rendah, sekolah
menengah dan tadika.

Sebagai kesimpulan, Kedai Buku Bestari sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua.
Membacalah untuk menambahkan ilmu. Banyak membaca, luas pengetahuan.
ULASAN 4 : Jadual Temasya Sukan Sekolah

Jadual menunjukkan keputusan pungutan mata Temasya Sukan Sekolah yang terdiri
daripada empat buah rumah sukan iaitu Merah, Kuning, Biru dan Hijau.

Pasukan Merah mendapat enam belas pingat emas, dua belas pingat perak, lapan belas
pingat gangsa dan enam pingta tempat keempat. Keseluruhan pingat yang diperolehi oleh Rumah
Merah adalah berjumlah lima puluh dua pingat. Pasukan kuning

You might also like