You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 4

(4 OGOS 2014 8 OGOS 2014)


Masalah
Minggu ini merupakan minggu keempat saya menjalani praktikum di Sekolah
Jenis Kebangsaan Yok Eng. Sepanjang minggu praktikum ini, saya telah
memasuki kelas 2K untuk mengajar Pendidikan Jasmani pada kali
pertama.Walaupun saya pernah masuk kelas 2K untuk mengajar Pendidikan
Seni, saya masih mengalami masalah semasa mengajar PJ di kawasan yang
terbuka ini. Saya telah mendapati bahawa saya tidak mempunyai masa yang
cukup untuk menjalankan aktiviti saya seperti yang telah saya rancangkan
dalam Rancangan Pengajaran Harian.
Analisis Masalah
Saya telah mendapati bahawa murid saya sukar untuk menerima arahan
apabila saya sedang membuat penjelasan. Hal ini telah menyebabkan saya
telah membuang banyak masa untuk menegur mereka dan memastikan
mereka mendengar apa yang saya ingin sampaikan. Bukan sahaja masalah
murid sukar menerima arahan, saya juga telah membuat refleksi dan
mendapati bahawa penerangan saya terlalu panajang sehingga anak murid
saya telah bosan mendengar penjelasan saya. Hal ini merupakan saya
kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti saya.
Cadangan
Setelah berbincang dengan pensyarah, saya telah membuat refleksi bahawa
saya haruslah elakkan banyak bercakap dan banyakkan masa murid untuk
bermain. Hal ini kerana murid akan melepaskan tekanan semasa waktu PJ.
Oleh yang demikian, mereka akan berlari dan bermain dengan bersungguh-
sungguh pada masa tersebut. Sebagai seorang bakal pendidik, saya haruslah
sentiasa utamakan anak murid saya. Mereka seharusnya bermain sambil
belajar. Saya akan cuba untuk elakkan penerangan tetapi memberi peluang
kepada murid untuk mencuba dan meneroka.
Tempoh Penyelesaian
4 Ogos 2014 12 September 2014
Tindakan Susulan
Aktiviti yang dirancangkan harus menarik dan tidak membosankan murid.
Guru kurangkan bercakap dan bagi peluang kepada murid untuk mencuba.
Guru sebagai pembimbing sahaja kepada murid apabila murid tidak
melakukan kemahiran dengan betul.
Catatan
Murid bukan punca masalah kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti tetapi
guru itu sendiri.







Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Guru Pembimbing:



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

You might also like