You are on page 1of 5

Refleksi SBE/ PBS ( Pengalaman Berasaskan Sekolah) Posted by arieDRifke at 5:14 PM REFLEKSI KENDIRI Pada 22 hingga 26 Mac 2009,

saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut(SKKB). Pada hari pertama berada di SKKB merupakan hari yang paling mendebarkan diri saya kerana ini merupakan kali pertama saya menjalani PBS dan merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan setelah hampir 3 tahun saya meninggalkan alam persekolahan ini. Seawal jam 7.10 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar SKKB iaitu En. Che Husin bin Ismail di pejabat beliau. Beliau sebagai guru besar SKKB begitu mengalu-alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti majlis perhimpunan mingguan sekolah bersama-sama para pelajar dan guru yang lain. Ini merupakan kali pertama saya berada di barisan hadapan sebagai seorang bakal guru dan saya berasa amat teruja sekali. Ketika majlis berlangsung, saya telah diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan semua guru dan pelajar dan menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa perkara lain lagi. Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan persekitarannya dimana amat sukar bagi saya melihatnya disekolah-sekolah lain. Para pelajar disini saya lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil berat terhadap kebersihan. Pada awal bagi iaitu seawal jam 7.25 pagi, para pelajar sudah berada di kawasan persekitaran kelas mereka dan mula membersihkan kawasan mereka. Kawasan sekolah begitu ceria dan bersih sekali sehinggakan begitu sukar untuk saya melihat sampah walaupun dikawasan yang agak tesorok. Hari pertama berada di SKKB begitu mengujakan saya. Selepas majlis perhimpunan tamat, saya dan beberapa rakan lain yang menjalani PBS di SKKB perlu menghadiri satu taklimat khas berkaitan beberapa perkara tentang PBS ini yang diberikan oleh guru pembimbing iaitu guru penolong kanan 1 SKKB. Hari pertama saya di SKKB tidak berakhir begitu sahaja, saya dikejutkan dengan latihan kebakaran yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak Bomba Besut. Hari pertama ini saya catatkan sebagai hari yang begitu menarik kerana pelbagai ragam dan pelbagai perkara yang tidak pernah saya lalui atau sudah lama saya tidak rasai dapat saya rasai kembali pada hari ini sebagai seorang bakal guru. Walaupun baru hari pertama, saya telah mula menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada saya agar saya tidak kelam kabut pada saat-saat terakhir seterusnya memberi saya lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya telah mula bersuai kenal dengan guru-guru disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk didekati. Sebagai orang luar, saya begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar tidak mencemarkan maruah saya dan maruah IPGM Kampus Kota Bharu. Guru-guru yang terdiri dari pelbagai peringkat umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya dalam berkomunikasi dengan mereka. Pada hari kedua berada di SKKB, saya begitu bersemangat untuk meneruskan tugasan saya dan pada hari ini saya dikejutkan dengan begitu banyak perkara. Saya telah diberikan tugas oleh penolong kanak 1 untuk menggantikan kelas guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada program diluar sekolah. Saya begitu terkejut, berdebar dan seronok kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana pelajar belajar dalam kelas.

Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik sekali dan segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui sebelum memasuki kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para pelajar juga saya lihat begitu senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka selesa untuk bersama saya dan ini memang memberikan saya satu tanggapan positif terhadap suasana belajar di sekolah ini. Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik minat saya. Selain menggantikan kelas, saya juga diminta untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat sekolah mengenai majlis maulidur rasul yang akan diadakan pada hari khamis ini. Ketika menghadiri mesyuarat itu, saya telah banyak menimba pengalaman dan belajar tentang suasana dan cara bermesyurat dan segala ilmu yang telah saya pelajari telah saya praktikkan. Ketika mesyuarat tersebut, saya telah diberikan tugas untuk menyelia makanan dan minuman untuk guru dan para pelajar. Pada hari ini, saya lebih banyak fokus kepada persekitaran sekolah seperti kantin, taman sains, tapak perkhemahan dan banyak lagi. Antara tempat yang paling menarik minat saya ialah kantin dan taman sains. Kawasan kantin sangat bersih sama ada sebelum, ketika dan selepas waktu rehat pelajar. Ketika di kantin, para pelajar dilihat beratur untuk membeli makanan dan tidak membuat bising. Suasana dikantin juga begitu ceria dan penuh dengan pelbagai input pengetahuan buat para pelajar seperti sifir-sifir diletakkan di atas meja, dan banyak lagi input lain. Ini selaras dengan pendekatan untuk mewujudkan pembelajaran berterusan, menarik, bila-bila masa dan dimana juga. Taman sains SKKB juga merupakan satu tempat yang begitu indah dan penuh dengan ketenangan. Bersesuaian dengan ini, satu tempat untuk para pelajar belajar di kawasan taman telah diwujudkan dan ianya begitu menarik minat para pelajar untuk belajar disana ketika rehat ataupun ketika waktu petang. Terletak bersebelahan dengan pondok belajar didalam taman sains, dua buah kolam ikan air tawar telah dibina dan antara ikan yang dipelihara oleh SKKB ialah ikan keli dan ikan patin. Program ini sungguh menarik dimana para pelajar boleh belajar diluar bilik darjah dan bersesuaian dengan topik atau subjek yang mereka pelajari. Hari keempat berada di SKKB merupakan hari Rabu iaitu hari kokurikulum. Pada hari ini dapat saya lihat semua pelajar dan guru memakai pakaian seragam unit berunifom masingmasing seperti pengakap, tunas puteri dan lain-lain lagi. Oleh kerena tidak memakai pakaian seragam seperti mereka, saya berasa agak tidak selesa untuk bergerak kerana sentiasa menjadi perhatian orang lain. Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat dan lalui hari keempat di SKKB dengan penuh semangat seperti biasa. Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di SKKB, program maulidur rasul dijalankan. Kami berarak dari SKKB hinggalah ke Pekan Besut melalui jalan pantai. Sambil berarak, kami semua berselawat hinggalah sampai ke dewan terbukan di Pekan Besut. Selepas program maulidur rasul di dewan tamat, kami berarak pulang dan di SKKB diadakan jamuan untuk para pelajar dan guru-guru. Ketika ini, perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di SKKB. Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana banyak membantu saya selama saya berada di SKKB dan telah banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka bersama saya. Saya juga berasa sedih untuk melangkah keluar dari SKKB setelah dapat mengenali ramai para pelajar yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam

meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Hari-hari berada di SKKB begitu bemakna dalam hidup saya kerana begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada PBS yang seterusnya saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P Posted by arieDRifke at 4:31 AM Pelajar perlu lebih latihan berkaitan . Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / . Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah. Murid berjaya menguasai konsep .. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang. 7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji. 8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid. 9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru. 10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka. 11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas. 12. Periksa sama ada murid membawa .. ke dalam kelas. 13. Cari lebih banyak contoh .. untuk membantu murid lebih memahami .. 14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka. 15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan semasa pengajaran. 16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan . 17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang. 18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan. 19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang. 20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup. 21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini. 22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan . 23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana .. 24. Gerakan . Dan ke hadapan pada P&P akan datang. 25. Beri pujian kerana usaha yang bersungguh-sungguh. sumber 1. 2. 3. 4. 5. 6. Masalah Murid Semasa Praktikum Fasa I Posted by arieDRifke at 8:22 AM Banyak perkara saya pelajari semasa menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan. Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti masalah peribadi (5%), masalah emosi (15%), masalah akademik (25%), masalah sosial (20%) dan masalah salah laku ( 35%).

Berdasarkan kepada jadual kekerapan masalah murid yang telah dibuat, masalah yang sering berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku, iaitu murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian ke atas kerja rumah pada setiap kali diberikan aktiviti susulan. Untuk mengenal pasti murid yang bermasalah, saya telah mengajak murid-murid untuk berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan mencungkil masalah daripada murid. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan rekod anekdot untuk mengumpul maklumat tingkah laku murid tanpa bahasa. Berdasarkan kepada laporan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti bahawa puncapunca masalah ini adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai. Kebanyakan murid adalah bersikap negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran mereka dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid berpendapat bahawa angkaangka yang dipelajari itu kurang relevan dengan kehidupan seharihari. Mereka sukar memahami bagaimana topik seperti ?Ayatayat matematik itu berguna dalam kehidupan mereka ? Oleh itu, mereka akan berasa bosan dan tidak berminat untuk membuat latihan Matematik. Banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas. Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum balas murid melalui aktiviti susulan. Kedua, kesan terhadap aktiviti pembelajaran dan tabiat murid, seperti tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas dan tidak bertanggungjawab. Pada pendapat saya, pujian dan katakata perangsang ialah satu jenis alat rangsangan yang tidak terlazim. Warna juga boleh dijadikan sebagai alat rangsangan yang tidak terlazim, seperti warna merah. Ia boleh merangsangkan seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan dengan banyak. Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat dengan warna yang terang seperti merah, kuning atau biru.Untuk memberikan rangsangan kepada murid, saya telah menggunakan teknik peneguhan positif, iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan katakata perangsang untuk menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi, penyelesaian ini tidak berkesan dan kurang memuaskan, kerana motivasi yang diberikan oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan tingkah laku positif, iaitu menyiapkan kerja rumah Matematik. Pemikiran murid tidak jauh dan kurang mementingkan masa depan mereka. Selain daripada itu, golongan murid ini jarang mendapatkan dorongan untuk menyiapkan kerja rumah daripada ibu bapa atau rakan sebaya. Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau menghindari kepada murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid, terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan 7?2 tahun. Mereka lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya, merotan murid dengan cara yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat berkesan, kerana ia dapat memberikan demonstrasi kepada murid dengan jelas dan nyata, iaitu merotan murid itu di depan muridmurid lain apabila tidak menyiapkan kerja rumah.

Dengan itu, saya telah membuat satu eksperimen pada muridmurid, iaitu mana satu kumpulan yang telah kalah dalam kuiz matematik, mereka akan didenda kehilangan lima minit masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya menunjukkan bahawa murid adalah lebih mengambil perhatian dan penumpuan terhadap peneguhan negatif, kerana mereka takut menghadapi kesankesan peneguhan negatif dan pula tidak mahu kehilangan layanan yang baik daripada guru. Oleh itu, saya telah menahan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah di dalam kelas untuk menyiapkan kerja rumahnya semasa rehat ataupun selepas sekolah. Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah matematik. Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak, radas dan kad jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan muridmurid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja Matematik. Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik. Untuk memahami dan menyelesaikan masalahmasalah murid ini, saya telah mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan keduadua orang guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing. Selain daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumatmaklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini. Catatan: Refleksi ini dibuat oleh seorang pelatih semester 4 yang menjalankan Praktikum Fasa I. Tumpuannya ialah masalah murid-muridnya dalam kelas matematik. Diharap refleksi ini boleh dijadikan satu kes kajian untuk perbincangan dalam bilik kuliah.

You might also like