You are on page 1of 20

Analisis Tugasan : Teknik Menggoreng

Kemahiran : Menggoreng ‘Corn Dog’

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Menyediakan bater untuk ‘Corn Dog’
3. Menggoreng ‘Corn Dog’

Bahan-bahan : Hot dog (12 batang), tepung gandum (200g), telur (sebiji), susu
(120 ml), serbuk penaik (sesudu), garam, minyak.

Alat-alatan :

a. Mangkuk – mengisi bater corn dog


b. Kuali - untuk menggoreng
c. Garpu – kacau bater corn dog dengan sebati
d. Gelas tinggi – mengisi bater corn dog untuk memastikan hot dog disaluti dengan
seragam
e. Sudu – menyukat serbuk penaik
f. Basin – mengisi hot dog semasa proses nyahbeku
g. Lidi – mencucuk hot dog
h. Cawan penyukat – menyukat cecair seperti susu
i. Penyukat dapur – menyukat bahan pepejal seperti tepung gandum
j. Tong – menyepit corn dog dari kuali
k. Kertas doli – menyerap minyak

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Berdiri sekurang-kurangnya 30cm dari kuali semasa menggoreng.
6. Jangan mencelup tangan ke dalam minyak panas.

Fasa 1 : Mencucuk Hot dog pada lidi

1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.


2. Menyahbekukan Hot dog dalam basin dengan merendam hot dog dalam air
selama 30 minit.
3. Keringkan hot dog dengan membuang air di dalam basin.
4. Cucuk setiap hot dog dari hujung dengan lidi.

Fasa 2 : Menyediakan bater ‘Corn dog’

1. Menyukat 200g tepung gandum pada penyukat dapur.


2. Menuangkan tepung gandum dalam mangkuk.
3. Menyukat 120 ml susu dengan cawan penyukat.
4. Tuangkan susu ke dalam mangkuk.
5. Tambahkan sebiji telur ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan sesudu serbuk penaik dengan sudu.
7. Tambahkan garam secukup rasa.
8. Kacaukan bater sehingga sebati dengan garpu.
9. Tuangkan bater ke dalam gelas tinggi.

Fasa 3 : Menggoreng ‘Corn dog’

1. Tuangkan minyak sebanyak 350ml ke dalam kuali.


2. Panaskan minyak dengan api serderhana.
3. Celupkan hot dog dalam bater sehingga hot dog disaluti dalam bater.
4. Letakkan Corn dog ke dalam kuali.
5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga semua hot dog digoreng.
6. Goreng sampai warnanya bertukar keemasan.
7. Lapikkan pinggan dengan kertas doli.
8. Keluarkan ‘corn dog’ dari kuali dengan tong.

Langkah Kemasan :

1. Cuci semua alat sehingga bersih.


2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.
Analisis Tugasan : Teknik Menggoreng

Kemahiran : Menggoreng cekodok pisang

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Menyediakan bater untuk cekodok pisang
3. Menggoreng cekodok pisang

Bahan-bahan : pisang emas (12 batang), tepung gandum (200g), gula, garam,
minyak, air, kertas doli.

Alat-alatan :

a. Pisau – memotong pisang kepada ketulan kecil


b. Mangkuk – Mengisi dan memudahkan proses mencampur semua bahan
c. Kuali – digunakan semasa proses menggoreng
d. Gelas – digunakan untuk menlenyekkan ketulan pisang
e. Penyukat dapur – menyukat bahan pepejal seperti tepung gandum.
f. Cawan penyukat – menyukat bahan cecair seperti minyak
g. Tong – digunakan untuk mengangkat cekodok pisang dari kuali.
h. Kertas doli – menyerap minyak

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Berdiri sekurang-kurangnya 30cm dari kuali semasa menggoreng.
6. Jangan mencelup tangan ke dalam minyak panas.

Fasa 1 : Menyediakan sebatian cekodok pisang

1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.


2. Buang kulit pisang.
3. Potong isi pisang kepada ketulan besar dengan pisau.
4. Letakkan pisang di dalam mangkuk.
5. Lenyekkan pisang dengan bahagian bawah gelas.
6. Tambahkan tepung gandum
7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
8. Gaulkan sebatian sehingga sebati dengan tangan.

Fasa 2 : Menggoreng cekodok pisang

1. Tuangkan minyak sebanyak 300ml ke dalam kuali.


2. Panaskan minyak dengan api serderhana.
3. Jemput sebatian dengan tangan.
4. Letakkan sebatian ke dalam kuali.
5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga semua cekodok digoreng.
6. Goreng sampai warnanya bertukar keemasan.
7. Lapikkan pinggan dengan kertas doli.
8. Keluarkan cekodok dari kuali dengan tong.

Langkah Kemasan :
1. Cuci semua alat sehingga bersih.
2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.
Analisis Tugasan : Teknik Merebus

Kemahiran : Merebus spaghetti dalam sosej

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Menyediakan spagheti dalam sosej.
3. Merebus spagheti dalam sosej.

Bahan-bahan : sosej (10 batang), spaghetti (400g), garam, air.

Alat-alatan :

a. Basin – digunakan untuk mengisi sosej semasa proses nyahbeku


b. Periuk – merebus spaghetti dalam sosej
c. Pisau – memotong sosej
d. Penapis spagheti – mengeringkan spagheti

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Berdiri sekurang-kurangnya 30cm dari kuali semasa merebus
6. Jangan mencelup tangan ke dalam air panas.

Fasa 1 : Mencucuk spagheti pada sosej

1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.


2. Menyahbekukan sosej dalam basin dengan merendam sosej dalam air selama
30 minit.
3. Keringkan sosej dengan membuang air di dalam basin.
4. Potong setiap sosej kepada 3 bahagian.
5. Cucuk setiap potongan sosej dengan 5 batang spaghetti yang tidak dimasak.

Fasa 2 : Merebus Spagheti dalam sosej

1. Mengisi periuk dengan air sehingga separuh penuh.


2. Masak air sehingga didih dengan api perlahan.
3. Tambah garam secukup rasa ke dalam periuk.
4. Letakkan spagheti dalam sosej ke dalam periuk.
5. Merebus selama 15 minit sehingga spagheti lembut.
6. Keringkan spagheti dalam sosej dengan penapis spagheti.

Langkah Kemasan :

1. Cuci semua alat sehingga bersih.


2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.
Analisis Tugasan : Teknik Merebus

Kemahiran : Merebus jagung

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Mengupas jagung.
3. Merebus jagung.

Bahan-bahan : jagung manis (3 batang), garam, air.

Alat-alatan :

a. Basin – membersihkan dan mengupas jagung


b. Periuk – merebus jagung.

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Berdiri sekurang-kurangnya 30cm dari kuali semasa merebus
6. Jangan mencelup tangan ke dalam minyak panas.

Fasa 1 : Mengupas dan membersihkann jagung

1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.


2. Mengupas daun jagung.
3. Letakkan jagung di dalam basin yang besar.
4. Cuci jagung dengan air.

Fasa 2 : Merebus jagung

1. Mengisi periuk dengan air sehingga separuh penuh.


2. Masak air sehingga didih dengan api perlahan.
3. Tambah garam secukup rasa ke dalam periuk.
4. Letakkan jagung ke dalam periuk.
5. Merebus selama 20 minit sehingga jagung masak.
6. Angkat jagung untuk dihidang.
Langkah Kemasan :

1. Cuci semua alat sehingga bersih.


2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.
Analisis Tugasan : Teknik Membakar

Kemahiran : Membakar Kentang ‘Hasselback’

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Mengupas dan membersihkan ubi kentang
3. Membakar kentang ‘Hasselback’

Bahan-bahan : ubi kentang Russet (4 biji),keju (4 keping), ham ayam (4 keping),


lada hitam, garam, planta.

Alat-alatan :

a. Basin – membersihkan ubi kentang


b. Pengupas kulit – mengupas kulit ubi kentang
c. Ketuhar – membakar ubi kentang
d. Pisau – memotong dan membentuk celah-celah pada ubi kentang
e. Tong – Memegang dan memusingkan ubi kentang agar masak dengan
seragam
f. Garpu – digunakan untuk mencucuk ubi kentang agar ubi kentang boleh masak
pada bahagian dalam
g. Berus telur – menyapu planta pada ubi kentang
h. Sarung tangan ketuhar – Memegang dan mengeluarkan dulang ketuhar yang
panas.
i. Dulang ketuhar – meletakkan ubi kentang di atasnya
j. Senduk nasi – memastikan potongan yang dibuat pada ubi kentang tidak terlalu
mendalam.

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Jangan sentuh ketuhar dengan tangan, gunakan sarung tangan ketuhar.

Fasa 1 : Mengupas dan membersihkann kentang


1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Mengupas kulit kentang dengan pengupas kulit.
3. Letakkan ubi kentang di dalam basin yang besar.
4. Cuci ubi kentang dengan air.

Fasa 2 : Membakar ubi kentang dengan ketuhar

1. Memanaskan ketuhar pada 200 ˚C selama 20 minit.


2. Sapukan planta pada permukaan dulang ketuhar.
3. Cucuk beberapa bahagian ubi kentang dengan garpu agar ubi kentang cepat
masak pada bahagian dalam.
4. Letakkan ubi kentang di atas dulang.
5. Membakar ubi kentang pada 250 ˚C selama 30 minit.
6. Pusingkan ubi kentang dengan tong bagi setiap 10 minit.
7. Keluarkan ubi kentang dari ketuhar dengan sarung tangan ketuhar.

Fasa 3 : Membentuk ubi kentang ‘Hasselback’

1. Letakkan ubi kentang pada senduk nasi dengan tong.


2. Potong ubi kentang setebal 1 cm untuk membentuk ubi kentang ‘hasselback’
dengan pisau.
3. Letakkan ubi kentang di atas dulang ketuhar.
4. Potong ham ayam kepada kepingan bersaiz 5cm x 5cm dengan pisau.
5. Potong keju kepada kepingan bersaiz 5cm x 5cm dengan pisau.
6. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa pada ubi kentang.
7. Letakkan satu kepingan keju dan ham pada setiap celah di ubi kentang.
8. Sapukan planta pada permukaan setiap ubi kentang dengan berus telur.
9. Membakar ubi kentang pada 250 ˚C selama 10 minit.
10. Hidangkan ubi kentang.

Langkah Kemasan :

1. Cuci semua alat sehingga bersih.


2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.
Analisis Tugasan : Teknik Membakar

Kemahiran : Membakar roti telur

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Menyediakan bater untuk membuat roti telur
3. Membakar roti telur dengan ketuhar

Bahan-bahan : tepung gandum (secawan), susu (secawan), mentega cair


(sesudu),gula (3 sudu), garam, serbuk penaik (separuh sudu),
ekstrak vanilla (separuh sudu), telur (4 biji).

Alat-alatan :

a. Mangkuk – mengisi semua bahan yang diperlukan


b. Ketuhar – membakar roti telur
c. Acuan – memberikan bentuk kepada roti
d. Pemukul telur – mencampur semua bahan yang diperlukan dengan sebati
e. Sarung tangan ketuhar – mengeluarkan roti dari ketuhar
f. Cawan penyukat – menyukat bahan-bahan
g. Sudu – menyukat bahan-bahan seperti gula dan mentenga

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Jangan sentuh ketuhar dengan tangan, gunakan kain basah.

Fasa 1 : Menyediakan bater roti

1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.


2. Tuangkan tepung gandum dan susu ke dalam mangkuk besar.
3. Tambahkan sebiji telur, sesdudu mentega cair dan separuh sudu ekstrak vanilla
ke dalam mangkuk.
4. Tambahkan separuh sudu serbuk baking, 3 sudu gula dan secubit garam ke
dalam mangkuk.
5. Kacau bater dengan whisk sehingga sebati.

Fasa 2 : Membakar roti telur dengan ketuhar

1. Memanaskan ketuhar pada 200 ˚C selama 20 minit.


2. Tuangkan bater ke dalam acuan sehinnga ¾ penuh.
3. Pecahkan sebiji telur di tengah-tengah acuan.
4. Ulangkan langkah-langkah 2 dan 3 bagi acuan kedua dan ketiga.
5. Membakar roti pada 200 ˚C selama 15 minit.
6. Keluarkan roti dari ketuhar dengan kain basah.
7. Biarkan roti sejuk selama 10 minit.
8. Hidangkan roti.

Langkah Kemasan :

1. Cuci semua alat sehingga bersih.


2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.
Analisis Tugasan : Teknik Memanggang

Kemahiran : Memanggang peha ayam

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Memerap peha ayam dengan cara yang betul.
3. Menghidupkan api dengan cara yang betul dan selamat.
4. Memanggang peha ayam dengan arang.

Bahan-bahan : Peha ayam tanpa tulang dan kulit (6 ketul), garam, lada hitam
(sesudu), gula (sesudu), sos cili (dua sudu), bawang putih (lima
biji), kicap cair (tiga sudu), jus limau nipis (2 sudu) planta (sesudu).

Alat-alatan :

a. Mangkuk – mengisi bahan-bahan semasa proses pemerapan


b. Arang – untuk dibakar
c. Tong – untuk memegang dan mengubah kedudukan peha ayam
d. Lesung batu – melenyekkan bahan-bahan perap
e. Kerajang aluminium – menjadi lapik
f. Bata – menghasilkan dinding untuk mneghidupkan api
g. Kawat jala – untuk meletakkan ayam di atas.
h. Sudu – menyukat bahan-bahan pepejal dan cecair
i. Berus telur – menyapu planta pada peha ayam.

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Berdiri sekurang-kurangnya 30 cm daripada pemanggang semasa
memanggang.

Fasa 1 : Memerap peha ayam

1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.


2. Letakkan lima biji bawang putih ke dalam lesung batu.
3. Tumbuk bawang putih sehingga lumat.
4. Letakkan bawang putih di dalam sebuah mangkuk.
5. Tambahkan sesudu gula, tiga sudu kicap cair, dua susu jus limau nipis, dua
sudu sos cili, lada hitam dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk.
6. Kacau sehingga sebati dengan sudu.
7. Susun enam ketul peha ayam dalam sebuah mangkuk yang besar.
8. Sapukan bahan perap pada setiap ketul peha ayam dengan berus telur.
9. Biarkan peha ayam selama sejam.

Fasa 2 : Menghidupkan api arang

1. Sediakan arang, bata merah, dan kawat jala.


2. Susun bata merah berbentuk segi empat secara dua lapisan.
3. Letakkan arang ke dalam rangka bata yang dihasilkan.
4. Bakar sekeping surat khabar lama dengan mancis.
5. Letakkan surat khabar yang terbakar di celah arang.
6. Kipaskan arang secara bersesuaian.
7. Letakkan kawat jala secara rata di atas rangka bata.

Fasa 3 : Membakar peha ayam

1. Lapikkan kawat jala dengan kerajang aluminium.


2. Sapukan planta pada kerajang aluminium.
3. Letakkan peha ayam di atas kerajang aluminium dengan tong.
4. Bakar ayam sehingga keemasan.
5. Sapukan planta ke atas permukaan peha ayam.
6. Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga setiap bahagian kepak ayam kelihatan
keemasan
7. Hidangkan peha ayam.

Langkah Kemasan :

1. Cuci semua alat sehingga bersih.


2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.
Analisis Tugasan : Teknik Memanggang

Kemahiran : Memanggang satay ayam dengan nanas

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Mengenali alat-alatan yang diperlukan.


2. Memerap peha ayam dengan cara yang betul.
3. Menghidupkan api dengan cara yang betul dan selamat.
4. Memanggang satay ayam dengan arang.

Bahan-bahan : Peha ayam tanpa tulang dan kulit (enam ketul), garam, lada
hitam (sesudu), gula (sesudu), sos tomato (dua sudu), kicap cair
(tiga sudu), jus limau nipis (sesudu), jus nanas (dua sudu), planta
(sesudu).

Alat-alatan :

a. Mangkuk – mengisi bahan-bahan semasa proses pemerapan


b. Arang – untuk dibakar
c. Kerajang aluminium – menjadi lapik
d. Bata – menghasilkan dinding untuk mneghidupkan api
e. Kawat jala – untuk meletakkan ayam di atas.
f. Sudu – menyukat bahan-bahan pepejal dan cecair
g. Berus telur – menyapu planta pada peha ayam.
h. Pisau – memotong peha ayam kepada ketulan yang kecil
i. Lidi – mencucuk ketulan ayam dan nenas

Langkah keselamatan :

1. Memakai pakaian yang sesuai (apron dan kasut)


2. Ikatkan rambut dengan kemas bagi murid yang berambut panjang.
3. Kuku yang panjang perlu dipotong.
4. Basuh tangan dengan sabun sebelum memasak.
5. Berdiri sekurang-kurangnya 30cm daripada pemanggang semasa
memanggang.

Fasa 1 : Memerap peha ayam


1. Memperkenalkan setiap alat-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Letakkan dua sudu sos tomato di dalam sebuah mangkuk.
3. Tambahkan sesudu gula, tiga sudu kicap cair, sesudu jus limau nipis, dua sudu
sjus nanas, lada hitam dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk.
4. Kacau sehingga sebati dengan sudu.
5. Potong peha ayam kepada ketulan yang kecil.
6. Letakkan ketulan peha ayam dalam sebuah mangkuk yang besar.
7. Tuangkan bahan perap ke dalam mengkuk ketulan peha ayam.
8. Kacau sehingga setiap ketulan ayam disaluti dengan bahan perap.
9. Biarkan peha ayam selama sejam.

Fasa 2 : Mencucuk satay ayam nanas

1. Potong nanas kepada ketulan kecil dengan pisau.


2. Potong bawang merah besar kepada ketulan kecil dengan pisau.
3. Cucuk seketul peha, seketul nanas dan seketul bawang merah dengan lidi.
4. Ulang langkah 3 sehingga ¾ lidi dicucuk dengan peha ayam, bawang dan
nanas.
5. Ulang langkah-langkah 3 dan 4 untuk 7 lidi yang lain.

Fasa 3 : Menghidupkan api arang

1. Sediakan arang, bata merah, dan kawat jala.


2. Susun bata merah berbentuk segi empat secara dua lapisan.
3. Letakkan arang ke dalam rangka bata yang dihasilkan.
4. Bakar sekeping surat khabar lama dengan mancis.
5. Letakkan surat khabar yang terbakar di celah arang.
6. Kipaskan arang secara bersesuaian.
7. Letakkan kawat jala secara rata di atas rangka bata.

Fasa 3 : Membakar peha ayam

1. Lapikkan kawat jala dengan kerajang aluminium.


2. Sapukan planta pada kerajang aluminium.
3. Letakkan peha ayam di atas kerajang aluminium dengan tong.
4. Bakar ayam sehingga keemasan.
5. Sapukan planta ke atas permukaan satay ayam.
6. Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga setiap bahagian satay ayam kelihatan
keemasan
7. Hidangkan satay ayam.

Langkah Kemasan :

1. Cuci semua alat sehingga bersih.


2. Letakkan semua alat di tempat yang asal.

Menggoreng (corn dog, cecodok pisang)

https://www.youtube.com/watch?v=VUg4HrtlZm4

https://www.youtube.com/watch?v=Lb4_X2J5MV4

Merebus (spaghetti dalam sosej, jagung)

https://www.youtube.com/watch?v=x07qxawGoxI

Memanggang

Membakar

You might also like