You are on page 1of 6

1.

Pendahuluan

Reka bentuk dan teknologi ( RBTS3023) merupakan satu bidang yang amat
luas merangkumi pelbagai aspek pengurusan rumah tangga dan pengurusan diri.
Dalam kursus ini, guru pelatih akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
yang berkaitan dengan sanitasi makanan, pengendalian makanan, pengurusan
sajian serta jahitan asas. Kandungan kursus ini secara tidak langsung disesuaikan
dengan keperluan asas Teknologi Rumah Tangga yang di ajar dalam mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah menengah dan juga
sekolah rendah. Dalam kursus ini, kami dinilai dengan beberapa jenis penilaian
iaitu penilaian berasaskan peperiksaan akhir bertulis iaitu sebanyak 30%,
penulisan laporan amali masakan 15%, penulisan laporan amali jahitan iaitu 15%
dan kerja amali jahitan iaitu 40%.

2. Penerangan

Kuih tempatan ialah kuih yang disediakan dengan menggunakan sumber-


sumber tempatan seperti keledek, keladi, kelapa, sagu, tepung pulut dan
sebagainya. Di negara kita terdapat pelbagai jenis kuih tempatan yang boleh
didapati dalam dua jenis iaitu jenis manis dan savouri. Kebanyakan kuih
tempatan dimasak dengan cara mengukus, membakar menggoreng dan
sebagainya. Kuih tempatan mengandungi banyak nutrien seperti karbohidrat
dan lemak. Ia boleh dihidangkan untuk sajian sarapan, minum pagi, petang dan
hidangan majlis keramaian. Antara contoh kuih tempatan yang terdapat di
Malaysia ialah koci, abok-abok, kuih lapis,ketayap, onde-onde, lepat pisang dan
sebagainya.

Jadual menunjukkan contoh-contoh kuih tempatan berdasarkan kaedah


memasak :

Kaedah Jenis Kuih Tempatan


Memasak
Mengukus Koci

Membakar Bingka ubi


Memanggang Pulut Panggang

-merebus Buah melaka

-menggoreng Keria

3. Resipi Pilihan : Kuih Ketayap

Bahan-bahan (kulit) 20 biji

300 gm tepung gandum


1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
Air daun padan

Bahan-bahan (inti)

250 gm kelapa parut


3 keping gula Melaka
1 helai daun pandan
1 cawan air

4. Kaedah-kaedah penyedian: ****( Sertakan Gambar)

Penyediaan Inti

Langkah-langkah Gambar

1. Untuk inti, panaskan air di dalam


periuk.

2. Masukkan gula Melaka dan cairkan.

3. Kemudian masukkan kelapa parut


dan daun pandan. Kacau hingga
sekata.
Penyedian Doh

Langkah-langkah Gambar

1. Untuk kulit, blend kesemua bahan


sehingga sekata. Pastikan adunan
tidak terlalu pekat.

2. Panaskan kuali leper dengan api


yang sederhana. Sapu sedikit minyak
pada kuali. Ambil sedikit adunan dan
layangkan kuali supaya adunan
menjadi bulat. Biar sehingga masak.

3. Selepas siap, angkat dan masukkan


inti dan gulung. Cara gulung lipat
bahagian tepi dan gulung.

4. Siap untuk dihidangkan


5. Rumusan/Refleksi

Pada amali masakan kali ini telah mengkehendaki guru pelatih untuk melaksanakan

amali berkaitan cara penyediaan kuih tempatan. Kami dibahagi kepad beberapa

kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3 ahli. Walau bagaimanapun,

kekurangan kos dan peruntukan menyebabkan amali masakan ini sudah beberapa

kami ditangguhkan. Namun begitu ia bukan menjadi penghalang untuk saya dan

rakan kelas untuk tidak mengadakan kelas amali tersebut. Saya dapat melihat

ketidaksabaran dan semangat kawan-kawan saya serta saya sendiri untuk membuat

kelas amali kerana kami sememangnya perlu merasai pengalaman menyediakan

kuih tempatan yang dipilih.

Langkah yang paling penting dalam membuat kuih ini ialah sukatan bahan-bahan

mestilah tepat supaya kuih dapat dihasilkan dengan baik. Saya dan kumpulan saya

memilih kuih ketayap sebagai resepi pilihan kerana kuih ketayap merupakan kuih

tradisional dan sedap untuk dimakan. Oleh itu, secara tidak langsung ia menarik

minat kami untuk mempelajari cara membuat kuih tradisional tersebut.

Saya memulakan langkah untuk membuat adunan kuih . Saya menggayakkan

tepung...............................

Kesilapan yang dilakukan ialah sepatutnya saya perlu ...........................

Di situ saya telah memperoleh ilmu berkenaan


Seterusnya adalah sesi penilaian oleh pensyarah. Beliau memberi komen yang

positif kepada kumpulan saya kerana tekstur kuih kami menjadi dan lembut tetapi da

hiasan pada kek tidak begitu menyerlah dan perlu diperbaiki. Oleh itu, beberapa

penambahbaikan perlu dilakukan. Melalui amali yang dijalankan ini ia membantu

kami untuk mengenalpasti kelemahan kumpulan kami dan memberi peluang kami

untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang.

You might also like