You are on page 1of 2

Pengenalan

Sanitasi makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan


dan penyimpanan makanan supaya makanan tidak tercemar.Dalam kehidupan
manusia, makanan amat penting bagi membekalkan zat-zat makanan yang
diperlukan untuk mempunyai badan yang sihat. Jika makanan yang kita makan telah
rosak atau tercemar, dan tidak bersih akan mengandungi bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit berjangkit seperti taun, typhoid, keracunan makanan,
penyakit

kuning,

dan

sebagainya.

Penyakit-penyakit

bawaan

makanan

ini

merupakan salah satu masalah kesihatan awam yang sangat meluas di merata
tempat di seluruh dunia serta menjadi penyebab utama penurunan produktiviti dan
ekonomi sesebuah negara
Aplikasi prinsip kebersihan perlu diamalkan semasa mengendalikan makanan. Ini
kerana jika kita tidak mengamalkannya, tanpa kita sedari terdapat pelbagai jenis
punca pencemaran makanan yang mendatangkan bahaya kepada manusia iaitu
bakteria atau mikroorganisma berbahaya atau toksin yang dihasilkan oleh
mikroorganisma dalam makanan, bahan kimia seperti racun makhluk perosak dan
racun semulajadi seperti yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan seperti ubi
kayu, cendawan, ikan dan sebagainya.

KESIMPULAN
Pencemaran yang disebabkan oleh mikroorganisma merupakan pencemaran
yang utama. Ia berpunca daripada aspek-aspek yang tidak memuaskan seperti
pemilihan bahan mentah, kebersihan diri serta tabiat pengendali-pengendali
makanan, pengendalian dan penyimpanan makanan. Elakkan membeli makanan
yang disimpan bersama bahan kimia atau bahan bukan makanan. Pastikan
makanan tidak berkulat, bertukar warna, berbau busuk atau berulat.

You might also like