You are on page 1of 2

Jawapan soalan 1 : Punca-punca keracunan makanan

Keracunan makanan ialah penyakit-penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang
tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu benda atau bahan
yang tidak seharusnya berada di dalamnya. Punca keracunan makanan yang pertama ialah
benda asing. Benda asing yang dimaksudkan boleh memasuki makanan semasa kerja
memproses, menyedia, memasak, menyaji dan menyimpan makanan. Sebagai contoh,
rambut, paku, butang, cincin, kertas, serpihan kayu, pin dan pasir. Terdapat juga kes-kes
yang tidak disengajakan, misalnya serbuk atau bahan pencuci terjatuh ke dalam periuk
makanan tanpa disedari. Semua ini boleh menimbulkan gejala keracunan yang boleh
membahayakan mereka yang memakannya.

Seterusnya, keracunan makanan juga disebabkan oleh tambahan bahan kimia yang
berlebihan dalam makanan. Penambahan asid benzoik yang banyak dalam makanan,
seperti dalam mi kuning, dan laksa boleh menyebabkan sakit perut dan sakit kepala kepada
mereka yang memakannya. Tanaman yang ditabur dengan baja daripada bahan kimia, dan
racun makhluk perosak secara berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan makanan.
Hal ini demikian disebabkan bahan kimia tersebut masih ada pada bahan makanan mentah,
dan jika bahan makanan mentah itu tidak dibersihkan dengan sempurna dan tidak dimasak
dengan cara yang betul, bahan kimia tersebut masih kekal. Pengambilan makanan yang
sedemikian, terutamanya jika berlebihan bukan sahaja menyebabkan keracunan, malah
dalam jangka panjang boleh menyebabkan penyakit berbahaya.

Di samping itu, tindak balas enzim merupakan punca keracunan makanan. Tindak
balas enzim dalam makanan mempercepatkan makanan cepat masak. Kesan tindak balas
enzim pada makanan menyebabkan buah-buahan menjadi perang, ranum dan cepat masak.
Seterusnya, mikrooraganisma juga merupakan punca keracunan makanan. Bahan makanan
boleh dicemari oleh bakteria disebabkan makanan itu telah busuk atau bahan makanan
mentahnya telah terdedah dan dikerumuni oleh serangga, seperti lalat. Makanan yang telah
busuk dan berkulat mengandungi mikroorganisma yang boleh menyebabkan seseorang
sakit perut atau muntah apabila memakannya. Makanan dalam kotak atau dalam tin yang
sudah luput juga boleh menyebabkan keracunan. Susu kotak, jem, kek, kuih, dan makanan
berjadual yang lain jika telah tamat tempoh, lebih baik dibuang daripada dimakan kerana
risiko keracunan adalah tinggi. Selain itu, bahan makanan juga boleh tercemar jika
pemprosesan, penyimpanan, dan pengendaliannya tidak sempurna

Selanjutnya, haiwan dan serangga perosak merupakan punca keracunan makanan.


Makanan dan minuman yang sedia dimasak dan dihidang sekiranya tidak diurus dengan

1
betul boleh menyebabkan masalah tersebut. Sebagai contoh, makanan yang tidak ditutup
dengan sepenuhnya boleh dikerumuni oleh lalat, lipas, semut, dan sebagainya yang boleh
menjadikan makanan tercemar. Kadang-kadang di dalam lauk-pauk yang terdedah, terdapat
telur lalat yang boleh menyebabkan mereka yang alahan diserang penyakit apabila
memakannya.

You might also like