You are on page 1of 2

Tiga Jenis Bahaya

Bahaya biologikal termasuk bakteria include bacteria, parasit, kulat dan virus.
Mereka boleh membiak dalam makanan yang tidak dekendalikan dengan betul
ataupun melalui pencemaran sumber luaran. Contohnya, toksin makanan laut
boleh terjadi apabila bakteria membiak di dalam ikan yang telah memakan alga
yang telah dijangkiti. Dapatkan sumber ikan atau makanan laut dari pembekal
yang boleh dipercayai, terutama sekali jika anda bercadang untuk
menghidangkannya secara mentah. Jiak anda syak makanan anda telah
tercemar, buang dan hapuskan dengan segera.
Bahaya kimia merangkumi bahan-ahan merbahaya seperti racun perosak,
minyak pelincir mesin, logam cair ataupun additif makanan yang terlalu banyak.
Bahaya ini wjud di setiap peringkat mengendalian makanan termasuk di dapur
anda sendiri. Contohnya; pada suhu yang amat tinggi, kuali tidak melekat atau
non-stick boleh mengurai lalu mengeluarkan asap beracun. Kurangkan risiko
dengan bersikap lebih berwaspada apabila mengendali dan menyimpan kimia
yang digunakan dalam operasi harian perniagaan.
Bahaya fizikal merujuk kepada objek yang bukan sebahagian daripada
sesuatu makanan; tidak sepatutunya menjadi sebahagian daripada sesuatu
makanan tetapi dengan tidak sengaja termasuk ke dalam makanan berkenaan.
Contohnya ialah cebisan gelas atau besi, barang kemas dan kayu sugi.
Sekiranya terjumpa sebarang bahaya fizikal di dalam makanan, pelanggan akan
menjadi cemas kejadian sebegini perlu dielakkan sama sekali dengan memberi
lebih perhatian semasa penyediaan makanan.

F untuk Food atau Makanan


Makanan yang kaya dengan protein dan karbohidrat lebih mudah dijangkiti
patogen melainkan ia dikendalikan dengan betul. Patuhi peraturan di atas agar
dapat menghentikan pembiakan patogen dalam makanan sebegini.
A untuk Acid atau Asid
Makanan rendah asid atau yang mempunyai kandungan asid yang sedikit seperti
ayam, ikan, tenusu, telur dan daging lebih berkemungkinan dijangkiti patogen. Ini
dapat dielakkan menerisu pengendalian yang betul.
T untuk Temperature atau Suhu
Mikroorganisma membiak dalam zon suhu merbahaya ataupun Temperature
Danger Zone (TDZ) di antara 5C sehingga 56.7C. Malangnya, suhu ini juga
merupakan suhu bilik biasa. Amalkan penyimpanan yang baik dan elak daripada
meninggalkan sebarang makanan terdedah.

T untuk Time atau Masa


Jangan biarkan sebarang makan dalam zon suhu merbahaya ataupun TDZ lebih
daripada 4 jam. Masa sepanjang 4 jam itu membolehkan patogen membiak dan
mencemar makanan anda.
O untuk Oksigen
Oksigen membantu mikroorganisma membiak. Pastikan makanan sentiasa
ditutup agar dapat melambatkan pembiakan bakteria.
M untuk Moisture atau Kelembapan
Tahap kelembapan yang tinggi menggalakkan pembiakan mikroorganisma
teruatam sekali di dalam makanan seperti ayam, daging dan telur mentah.
Hadkan tahap kelembapan dan pastikan permukaan ruang dapur bekerja
sentiasa bersih dan kering.
Dengan memahami penyakit bawaan makanan serta cara-cara untuk
mencegahnya, anda mampu menjamin keselamatan pelanggan anda. Pelajari
bagaimana lagi anda boleh membuat dapur anda lebih selamat.

You might also like