You are on page 1of 3

PENGENALAN MAIN COURSE

Hidangan utama terdiri daripada daging,ayam,ikan,karangan laut dan vegetarian


yang dihidangkan bersama sos atau kuah. Untuk melengkapkan lagi hidangan
pelbagai sayuran dan bahan berkarbohidrat dihidang sebagai pengiring. Antara
bahan karbohidrat yang sesuai ialah kentang,nasi,roti dan pasta yang dipelbagaikan
cara penyediaan. Hiasan dan persembahan hidangan utama yang menarik
membantu merangsang selera

Main course dihidangkan selepas hidangan pembuka selera (appetizer) dan


sebelum pencuci mulut (dessert). Hidangan utama merupakan set penghidang
lengkap yang merangkumi hidangan utama termasuklah hidangan utama
termasuklah hidangan pengiring antara contoh-contoh hidangan utama masakan
barat yang popular dan biasa terdapat di Negara kita seperti chicken chop,beef
steak,lamb chop dan fish&chip.

Bahan utama dalam hidangan utama ialah tertumpu kepada bahan yang mempunyai
sumber protein yang tinggi seperti ayam,ikan dan daging. Selain sumber protein
ini,main course juga dihidangkan bersama sos seperti black pepper
sauce,mushroom sauce,brown sauce dan sos salad seperti sos thousand island dan
sos tartar.
BAHAN BAHAN UTAMA DALAM PENGUALARAN HIDANGAN UTAMA

1 DAGING
-Daging ialah sumber protein dari haiwan. Daging terdiri daripada pejal, sel lemak dan tisu
perantara. Daging pejal terdiri daripada gentian otot yang mengandungi jus daging dan
protein. Otot ini terikat dengan tisu perantara kolagen dan elastic. Kolagen boleh ditukar
kepada gelatin oleh haba lembap tetapi elastin tidak lembut apabila dimasak.

You might also like