You are on page 1of 1

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

Bahan-Bahan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat ada 3 je tau!! diulangi hanya 3


bahan iaitu…

Dalam Resepi Biskut Jejari Roti Coklat yang aku buat ni aku telah mengunakan

1 pek besar roti High 5 ( sebenarnya aku telah cuba 3 jenis roti iaitu Gardenia,High
5 & yg x berjenama tapi dalam semua ni aku tgk paling crispy ialah High 5 Sure
Value ni sebab strukturnya yang berongga-rongga yang cantik)
1 pek Nestum Original (pek yang harga RM3++)
500gm Coklat Masakan (aku beli Beryls ni 1kg, aku cuma guna separuh ja.
sebenarnya beryls ni bukak coklat masakan haha tapi sedap)
okeh kita ke cara-cara menyediakan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat :

1. Gunakan Gunting, potong bahagian tepi2 roti pastu potong panjang2 pastu
potong dua plak, dalam sekeping roti leh jadikan 7×2= 14. 14 biji ye korang! jadi 1
pek besar roti dlm 200 biji gak la leh dapat. aku kira kosnya dalam RM15 gitu ja

2. Bakar roti : roti yang di dipotong tu aturkan atas dulang cam nak buat kuih raya
tapi rapat-rapat pun boleh bukan nak melekat. tapi jangan lapis banyak-banyak plak
nanti dia tak sekata lak. ( aku dah try huhu nak cepat tapi last2 ada yang tak rangup)

bakar pd suhu 120 darjah c dlm 15 minit. tp cek dulu la dh btul2 roti tu jd rangup x
dulu ye! jgn smpai itam lak kang! kuning2 gitu je nanti kaler roti tu. macam pic
bawah ni roti yang telah dibakar

3. Ok bila dah abis semua roti dibakar leh la mula mencelup lak. First cairkan coklat
masakan dengan cara double boiler iaitu masukkan coklat dalam mangkuk pastu
letak dalam periuk berisi air & rebus sambil mengkacau coklat tu hingga cair.

4. Pastu leh la mencelup. 5. Pastu terus letak dalam mangkuk berisi nestum & golek
golekkannya & siap lah.

You might also like