You are on page 1of 10

Resepi : Puding Karamel Atkins

Bahan-Bahan
5 biji telur
1 cawan krim berat
1 cawan air
5 paket pengganti gula atau rasa manis
1 penutup penuh dengan ekstrak badam
Buah pala atau kayu manis

Cara-Cara
1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
2. Pukul lima bahan pertama dalam pengisar selama 3 hingga 4 minit.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan taburkan atas dengan hirisan buah pala atau kayu
manis.
4. Letak loyang dalam ketuhar dengan kaedah double boil ( letak loyang dalam bekas yang
berisi air)
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga ditetapkan pada 350 darjah.

## Boleh juga guna kaedah kukus. Kukus mungkin ambil masa sekejap sahaja. Try
dahulu ye
Maklumat pemakanan untuk 1/6 slice Puding Karamel Atkins :
Fat : 12.0gm
Cholestrol : 204.4mg
Total Carbs : 2.1gm
Dietary Fibre : 0.2gm
Protein : 5.7gm

Resepi : Kek Gulung @ Swiss Roll Coklat Atkins

Bahan-Bahan
cawan mentega ( cair )
cawan serbuk koko
2 skop bioprotein(pilihan)
7 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
cawan gula ( Guna gula tiruan/stevia, perasa ikut pilihan )
whipping cream

Cara-Cara
1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
2. Pukul mentega cair bersama gula.
3. Masukkan serbuk koko dan bioprotein(pilihan), pukul hingga sebati.
4. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati. Ketepikan.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kental (meringue)
6. Kaup sebatian koko(4), dan masukkan ke dalam bekas meringue(5). Lakukan proses
kaup-balik.
7. Sediakan loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak atau baking paper.
8. Masukkan sebatian coklat + meringue tadi ke dalam loyang dan bakar selama 1517minit.
(15m = kek lembab, 17m = kek lembut)
9. Setelah 15-17m, keluarkan dari ketuhar. Sila hati-hati. Pakai sarung tangan untuk
mengeluarkan
10.

Dalam

kek
bekas

secara
lain,

putar

telangkup.
whipping

Sejukkan
krim

hingga

kek.
kental.

11. Sapu whipping krim di atas kek coklat dan gulung. Potong 10 bahagian sama besar.
Maklumat pemakanan untuk 1/10 Kek Gulung @ Swiss Roll Coklat Atkins:
Total Carbs : 6.0gm

Resepi : Macaroon Kelapa Atkins

Bahan-Bahan
(30biji)
3-4biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
5-8 peket stevia/pemanis tiruan ( Ikut pilihan )
150-200gm kelapa parut sederhana
1/2 tsp vanilla extract
1/4 tsp garam

Cara-Cara
1. Letakkan kertas minyak atau baking paper atas dulang pembakar
2. Masukkan kelapa parut ke dalam food processor. Pulse selama 60saat. Jangan terlalu
halus.
3. Campurkan putih telur , pemanis , garam da vanilla dalam satu mangkuk. Mix sampai
sebati.
4. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk (3) dan gaul sebati.
5. Paipkan/gunakan sudu untuk letakkan campuran ke atas dulang pembakar secara
bulat2 atau
sederhana tinggi. Sejukkan dan keringkan macaroon kelapa buat seketika
sebelum bakar ke
dalam ketuhar.
6. Panaskan ketuhar kepada 425. Bakar macaroon kelapa sehingga mereka mula
bertukar
warna kekuningan (5-7 minit)
7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Berhati2 semasa mengangkat macaroon
kelapa,
bimbang pecah atau terurai. Simpan dalam bekas kedap udara selama 5hari.
Maklumat pemakanan untuk 2 keping Oopsie Bread Atkins:
Fat : 3.5mg

Calories : 39mg
Total Carbs : 1.0gm
Fibre : 0.8gm

Protein : 0.8mg
Fasa Atkins :Sesuai untuk fasa 2,3 dan 4 sahaja.

Resepi : Oopsie Bread Atkins

Bahan-Bahan
(6-8keping)
100gm krim cheese
3 biji telur
secubit garam
1sudu serbuk penaik/krim tartar
pemanis tiruan (pilihan)

Cara-Cara
1. Asingkan putih telur dan kuning telur dalam bekas yang berlainan.
2. Pukul putih telur bersama garam hingga kental (meringue - telingkup mangkuk, bahan
tak jatuh)
3. Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan krim cheese. Masukkan serbuk penaik/krim

tartar untuk menjadikan roti lebih elok.


4. Kaup kuning telur(3) ke dalam bekas putih telur(2) dan lakukan proses kaup balik
secara lembut.
5. Jadikan 6-8 bulat oopsie bread di atas dulang pembakar. Boleh tabur hirisan cheese
kalau nak tambah perasa.
7. Bakar dalam ketuhar 300darjah selama 10-15minit atau bertukar kekuningan.

Maklumat pemakanan untuk 2 keping Oopsie Bread Atkins:


Fat : 11.2gm
Total Carbs : 1.2gm

Protein : 6.2gm

Resepi : Lime Mint Soda Juice Atkins

Bahan-Bahan
Daun pudina (6-8 setiap satu)
1 sudu jus limau segar
1 1/ 2 sudu teh berbutir pengganti gula (Stevia)
4 Auns soda
ketul ais

Cara-Cara
1. Masukkan daun pudina,jus limau segar dan gula ke dalam gelas. Pijit bahan dengan
sudu supaya bahan2 bercampur dengan sempurna.
2. Tuang soda ke dalam gelas. Kacau dan masukkan ketulan ais.
3. Sedia untuk minum.

Maklumat pemakanan untuk Lime Mint Soda Juice Atkins:


Cholestrol : 70.4mg
Total Carbs : 1.3gm
Dietary Fibre : 0.2gm
Protein : 0.1mg

Resepi : Atkins Crustless


Cheesecake

Bahan-Bahan
340gm keju krim lembut
4 peket Splenda
1 sudu kecil Vanilla Extract
1 cawan Krim Berat (heavy cream)
1/2 cawan strawberi segar (Pilihan)

Cara-Cara
1. Menggabungkan keju krim, Splenda, dan ekstrak vanila ke dalam mangkuk dan gaul
rata.
2. Pukul krim berat di dalam mangkuk berasingan sehingga ia membentuk lembut.
3. Masukkan krim berat(2) yang dipukul ke dalam campuran keju krim(1).
4. Memindahkan campuran ke dalam loyang dan sejuk dengan membungkus plastik,
sekurangkurangnya 25 minit. Topping dengan beri/strawberry jika anda suka. Hidangkan segera
atau
simpan, ditutup dengan bungkus plastik, di dalam peti sejuk sehingga 2 hari.
Hidangan untuk 6kali dengan 3gm karbohidrat setiap hidangan
(lebih karbohidrat jika anda menambah di beri)
Maklumat pemakanan untuk 1/6 slice Atkins Crustless Cheesecake :
Fat : 34.7gm
Cholestrol : 117.8mg
Total Carbs : 3.1gm
Dietary Fibre : 0.0gm
Protein : 5.1gm

Resepi : Fat Bombs Coklat

Bahan-Bahan
3/4 cawan cair minyak kelapa
150g almond butter
60 titis (kira-kira 3/8 sudu kecil ) Cecair Stevia (kalau pakai serbuk, sila sukat ikut
pilihan)
3 sudu besar serbuk koko
9 sudu besar mentega masin cair

Cara-Cara
1. Campur semua bahan dalam 1 bekas, kemudian kacau hingga sebati.
2. Rasa dahulu. Kalau dah okey, tak perlu tambah apa-apa bahan lagi.
3. Isikan bahan yang siap sebati tadi dalam bekas muffin atau candy. Ingat, letak
dahulu
kertas minyak atau baking paper supaya tak melekat bila sejukkan nanti.
4. Sejukkan dalam peti selama 30minit.
5. Kemudian, keluarkan fat booms coklat dari bekas muffin atau candy.
6. Masukkan dalam bekas/plastik, kemudian letak dalam peti. Kalau tak letak, nanti
coklat
cair! Nak makan, ambil dari peti.
Maklumat pemakanan untuk satu Fat Bombs Coklat:
145 kalori
Lemak 14.7g ( 91.2 %)
Protein 1.53g (4.2%)
Karbohidrat 1.67g (4.6%)

Resepi : Kaya Pandan Atkins Version


sumber : Google

Bahan-Bahan
10-15 helai daun pandan
1 1/2 kotak santan kara
1/2 kotak whipping cream
1/2 tsp garam
3 biji telur basuh
5-8 peket stevia/splenda (ikut pilihan, kalau boleh kurangkan, tawar takpe)

Cara-Cara
1. Basuh daun pandan. Kemudian masukkan dalam blender bersama 350ml air. Tapis dan
ketepikan.
2. Pukul telur, garam,splenda/stevia dan whipping cream. Jangan terlalu kembang. Rasa
dahulu. Kalau perlu tambah/kurang stevia/splenda.
3. Satukan santan, extract pandan(1) dan telur(2) ke dalam periuk dan masak dengan api
sederhana dengan menggunakan kaedah double boil. Kalau nak masak direct, gunakan
api
kecil.
4. Masak hingga pekat. Kebiasaanya ambil masa dalam 30-45minit. Pastikan dikacau
selalu.
5. Sekiranya kaya menjadi ketul2, masukkan dalam blend, blend hingga sebati.
6. Kaya yang siap perlu disejukkan dalam suhu bilik dahulu. Bila dah betul2 sejuk, baru
letak
dalam botol/bekas kedap, dan masukkan dalam peti sejuk
Maklumat pemakanan untuk per serving Kaya Pandan Atkins Version :
Total Carbs : 3gm

##Boleh makan bersama roti flexseed atau oopsie bread. Tapi hati-hati. Jangan ambil
banyak. 1sudu sehari takpe.

I just made this for my breakfast. As a result, it taste way much more better than cream
cheese pancake and its so filling. I love this so much! Here's is the recipe.
Bahan2 (Pancake):

1 cup of flaxseed
1 tbsp of butter (soften)
2 eggs
Salt
1 tsp Choco powder
1 tsp Choco Flavor
1 tsp baking powder

Cara2:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Campurkan ke semua bahan2 kering dan gaul rata.


Masukkan telur dan gaul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 lain sehingga menjadi bancuhan pancake.
Tambah sedikit susu sekira bancuhan agak kering.
Masak di atas no stick pan sehingga sedikit garing.
Sedia dihidang.

Bahan2 (Syrup):
- 1 cup of Stevie/Splenda Sugar
- Cinnamon Stick

- 3/4 cup of water


Cara2:
1.
Satukan air, gula dan panaskan di atas api kecil sehingga gula larut.
2.
Masukkan cinnomon stick dlm beberapa seketika.
3.
Biarkan sirap sejuk di dalam botol.

Total Carb (<5g)

You might also like