You are on page 1of 4

Resepi dan cara buat Puding Jagung:

Bahan yang perlu ada:


1 cawan kastard
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis dalam tin (Ayam brand)
2 cawan santan pekat
2 cawan air

Caranya mudah sahaja: Hanya campurkan kesemua bahan dalam satu periuk.
Masak dengan api yang sederhana, sambil terus dikacau-kacau dengan senduk
kayu sehingga campuran menjadi likat dan berkilat. Biarkan masak lama sikit,
InsyaAllah kueh akan lebih tahan lama. Dah sempurna masak, tuangkan ia ke
dalam loyang. Tunggu sejuk sedikit baru sambung sejukkan dalam petiais. Sedap
dimakan sejuk-sejuk, nyaman rasa tekak.. he he










Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
2 1/2 cawan air kosong
1 tin jagung manis
3 sudu besar tepung jagung


Cara-cara:

campurkan semua bahan, kacau-kacau sampai semua bahan sebati. lepas tu,
masak atas dapur guna api sederhana sampai likatttttt. tapi kan, aku guna api
agak besar tapi memang non stop kacau sebab takut hangit. tapi kan, kalau guna
api besar ni, lenguh mengacau tu kejap aje. heee. so, it's up to you :)) Lepas tu sila
sejukkan dulu sebelum masuk peti ais. biar dulu dalam peti ais tu lame sikit takpe.
janji tak lembik masa nak makan. Hehehe




Puding marble

ratnasari@myresipi.com
pencuci mulut yang mudah dan sedap untuk di cuba.


Bahan-bahan ( 8-10 org )
1 paket agar-agar
6 cawan air
2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
1 camca besar serbuk koko
1 biji telur
1 camca kecil esen vanila
secubit garam
1 tin susu cair
Cara-cara
1. Didihkan air dan agar-agar hingga larut.
2. Masukkan gula,susu cair, esen vanila, tepung kastard yang telah dibancuh
dengan sedikit air,telur yang telah dipukul dan garam.
3. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan.
4. Bahagikan dua. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko yang telah
dibancuh. Bahagian kedua biarkan dengan warna asal.
5. Tuangkan agar-agar kuning ke dalam acuan berselang-seli dengan warna
coklat. Buat begini sehingga habis. Simpan di dalam peti sejuk.

You might also like