You are on page 1of 8

Resepi Biskut Jejari Roti

Coklat
Nabila Fieza August 9, 2013 My Stories, Recipe 64 Comments
13

First ku nak ucapkan.. SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri to korang sumer coz today
dah 2nd Day Raya, xde keja pagi ni aku nak kongsi satu resepi Biskut Raya @ Resepi
Kuih Raya yang Sangat Senang!! ye tak caya? oh tambah lagi Kuih raya ni bukan kuih
raya paling senang dan simple tapi paling sedap… bagi aku inilah Biskut Raya yang
paling senang & sedap.. bukan saja masa Hari Raya malah kalau waktu-waktu biasa
puan boleh try buat sebab ia senang dan tak menjemukan macam biskut raya yang
lain.

Sebenarnya aku baru je dapat discover resepi ni sedangkan aku dan pernah order
biskut Raya Jejari Roti Coklat ni telah aku rasa dari tahun lepas, budak-budak opis
aku pun memang suka order kat sorang kawan kepada kawan kita orang ni, memang
ramai yang order dan repeat order berkali-kali walau selepas raya. Tapi sangat pelik
juga sebab takde nama biskut raya ni, jadi susah bebenar la aku nak cari resepi or what
ever last last teka punya teka terpikir pulak aku nak celup kat air, sekali memang
sebenarnya ia adalah sepotong roti yang dibakar rangup !!! yes finally aku telah
mendapatkan resepi yang sangat berharga ni..

Jadi tak baiklah kalau aku simpan sorang-sorang jadi aku mahu berkongsi dengan
korang semua terutama yang pemalas macam aku leh cuba sebab sangat simple &
murah Resepi Biskut Jejari Roti Coklat ni. Ohya Nama Biskut Jejari Roti Coklat ni
aku yang letak haha.. tak tahu la aku kalau ada nama sebenar bagi biskut ni.. jangan
tersalah dengan biskut jejari coklat yer.. Biskut Jejari Roti Coklat ialah bukan Biskut
Jejari Coklat dan tiada kena mengena langsung hihi harap maaf la korang ye…
Wah panjang pulak intro ni, jom kita mulakan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat niiii

Bahan-Bahan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat ada 3 je tau!! diulangi hanya 3
bahan iaitu…

Dalam Resepi Biskut Jejari Roti Coklat yang aku buat ni aku telah mengunakan

1 pek besar roti High 5 ( sebenarnya aku telah cuba 3 jenis roti iaitu Gardenia,High 5
& yg x berjenama tapi dalam semua ni aku tgk paling crispy ialah High 5 Sure Value
ni sebab strukturnya yang berongga-rongga yang cantik)
1 pek Nestum Original (pek yang harga RM3++)
500gm Coklat Masakan (aku beli Beryls ni 1kg, aku cuma guna separuh ja.
sebenarnya beryls ni bukak coklat masakan haha tapi sedap)

okeh kita ke cara-cara menyediakan Resepi Biskut Jejari Roti Coklat :


1. Gunakan Gunting, potong bahagian tepi2 roti pastu potong panjang2 pastu potong
dua plak, dalam sekeping roti leh jadikan 7×2= 14. 14 biji ye korang! jadi 1 pek besar
roti dlm 200 biji gak la leh dapat. aku kira kosnya dalam RM15 gitu ja

2. Bakar roti : roti yang di dipotong tu aturkan atas dulang cam nak buat kuih raya tapi
rapat-rapat pun boleh bukan nak melekat. tapi jangan lapis banyak-banyak plak nanti
dia tak sekata lak. ( aku dah try huhu nak cepat tapi last2 ada yang tak rangup)

bakar pd suhu 120 darjah c dlm 15 minit. tp cek dulu la dh btul2 roti tu jd rangup x
dulu ye! jgn smpai itam lak kang! kuning2 gitu je nanti kaler roti tu. macam pic bawah
ni roti yang telah dibakar
3. Ok bila dah abis semua roti dibakar leh la mula mencelup lak. First cairkan coklat
masakan dengan cara double boiler iaitu masukkan coklat dalam mangkuk pastu letak
dalam periuk berisi air & rebus sambil mengkacau coklat tu hingga cair.

4. Pastu leh la mencelup.


5. Pastu terus letak dalam mangkuk berisi nestum & golek golekkannya & siap lah
Inilah dia Resepi Biskut Jejari Roti Coklat… hehe… senang je kan
berikut ialah gambar ringkssan resepi ni..
SHARING IS CARING:

You might also like