You are on page 1of 6

(Resepi) Kek Batik yang senang dan sedap!

Banyak-banyak kek, kek batik lah kek yang paling senang nak buat dalam dunia. Tak payah
susah-susah nak bake, tak payah pakai tepung, bahan-bahan nak buat kek ni pon senang nak
dapat dan murah!

ok ni lah bahan-bahan nya:

1 paket Milo (yang paling kecik tau)


1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis
boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan
sebab terlampau manis)
Cara-cara nak buat:

Masukkan seketul butter, sepaket milo kecik tu (habiskan je terus) dengan susu di dalam
kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je, jangan bagi dia berketul ok. Sebab mende
alah ni senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat
syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu)
Pastu, kalau dah tengok dia macam blup blup blup buih menggelegak tu, masukkan biskut
marie pulak. Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat . Tutup api.

Jangan kacau lama sangat atas api, karang dia lembik pulak

Masuk kan dalam loyang, pastu tekap tekap kan permukaan kek batik tu guna sudu, kasi
mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang hak dan
saksama.

Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Dalam 4 jam masuk dalam peti ais,
boleh keluarkan. Nak semalaman sejuk kan pon boleh

Disebab kan aku tak sabar nak makan, baru 2 jam sejuk kan dah nak makan, macam berserpih
serpih lak kek batik aku ni. Pastu disebab kan aku BIJAK sangat, aku boleh pulak pergi letak
aluminium foil tu sapu dengan butter dalam loyang. Bila potong, melekat-lekat aluminium
foil tu. So jangan lah buat kesilapan sengal aku ni. Letak je dalam loyang, tak payah nak
aluminium foil sangattt
Dah siap! Dan boleh lah di makan begitu sahaja.

Senang je kan nak buat kek batik ni? Dah lah senang pastu sedap pulak. Dulu zaman-zaman
sekolah rajin gila buat kek batik ni. Tapi kek batik ni ada macam-macam versi. Ada yang
guna telur. Tapi aku tak pasti kalau guna telur lagi sedap ke apa, sebab aku tak pernah buat
guna telur.
Ada sesetengah orang suka yang lembik, ada gak suka yang rangup,ada yang suka yang
sebijik macam kek. Macam aku, aku suka kek batik tu macam melekit sikit, bila makan tu
sticky dekat tangan, ada sesetengah orang tak suka yang sticky, so ikut tekak masing-masing
lah

Kalau nak sedap, boleh tambah nestum dengan kacang jugak.

You might also like