You are on page 1of 2

1.

0 PENDAHULUAN
Kajian tindakan ini akan dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Kaedah Stesen
dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KVK dalam kalangan murid
lembap.

1.1 Pengenalan

Membaca merupakan suatu aktiviti yang dilakukan pada setiap hari persekolahan.
Kemahiran membaca harus dikuasai oleh setiap murid termasuklah murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran. Mariam Buyong dalam buku Azman Wan Chik (1986),
menyatakan bahawa membaca merupakan satu proses mengenal dan menterjemah simbol
bertulis atu bercetak kepada bunyi-bunyi suara dan memahami makna terkandung di dalam
bahan-bahan yang bertulis dan bercetak. Menurut Abd.Aziz (2000) dalam buku Khairuddin,
kefahaman merupakan aspek penting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Justeru, membaca
boleh dianggap sebagai satu aktiviti memahami hasil pemikiran penulis atau menyebut
maklumat daripada bahan yang telah ditulis.

Kemahiran membaca sangat penting kerana melalui pembacaan, seseorang individu


memperolehi maklumat yang diperlukan. Proses membaca yang asas bermula dengan
penguasaan suku kata. Penguasaan KV merupakan asas dalam kemahiran membaca suku
kata. Penguasaan KV didefinisikan sebagai seseorang murid boleh mengajuk bunyi dan
mengeja suku kata yang diberitahu tanpa bimbingan guru. Apabila seseorang murid berjaya
menguasai kemahiran asas membaca suku kata KV, maka murid dapat menguasai
kemahiran asas yang seterusnya iaitu, KVK. Kaedah Stesen merupakan satu kaedah yang
sering digunakan oleh guru bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
stesen sering dikatakan sebagai kaedah yang menarik minat murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam kelas.
Saya guru pelatih telah menjalani praktikum selama 3 bulan di sekolah SK Chepor.
Dalam tempoh tersebut saya mendapati murid-murid pendidikan khas yang sangat lemah
dalam kemahiran membaca perkataan KV+KVK. Saya akan menjalankan kajian untuk
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KVK bagi murid-murid lembap.

******MASUKKAN KATA-KATA PENGKAJI LUAR

1.2 Konteks
1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. Saya
telah menjalani praktikum selama tiga bulan. Dalam tempoh praktikum, saya mendapati
bahawa murid-murid pendidikan khas sangat lemah dalam membaca.

Daripada pemerhatian saya murid-murid pendidikan khas sukar untuk


menggabungkan suku kata yang dieja oleh mereka untuk menjadi perkataan yang betul.
Sebagai contoh, murid boleh mengeja suku kata ‘bo” dan “tak” tetapi, mereka tidak dapat
menggabungkan suku kata tersebut menjadi perkataan “botak”.

Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk menjalankan kajian kepada murid-
murid untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KVK
dengan mudah dan secara tidak langsung mencari punca masalah ini. Kegagalan murid
untuk membaca perkataan-perkataan KV+KVK ini sedikit sebanyak akan mengganggu
kelancaran proses pengajaran. Ini kerana, sekiranya diberikan ayat yang mengandungi
perkataan KV+KVK, murid tidak dapat memahami ayat yang dibaca kerana mereka
mengalami kesukaran dalam membaca perkataan KV+KVK. Apabila murid tidak memahami
ayat yang dibaca, maka mereka secara tidak langsung mereka tidak akan mendapat
maklumat yang sepatutnya diperoleh. Ini jelas menunjukkan bahawa masalah ini sangat
rumit dan perlu diselesaikan.

Perkara ini telah menjadi rasional utama yang menyebabkan saya mengambil
keputusan untuk mengkaji masalah ini dengan lebih lanjut dan seterusnya mengenalpasti
penyelesaian yang sepatutnya. Saya juga menggunakan kaedah yang membolehkan murid
membaca dengan baik.

TAMBAH LAGI semuka atau 2 mukasurat

You might also like