You are on page 1of 7

TAJUK: Sejarah perkembangan Chicken Grill di Restoran Sajian Sazlee Ipoh , Perak dari

tahun 2016 hingga 2020.

1.PENGENALAN

Restoran Sajian Sazlee terletak di Dataran Sunway City Ipoh , Perak . Pengurus Restoran

Sajian Sazlee kini adalah En. Mohd Sazlee Bin Mohd Yusof . Pada tahun 2016 Restoran

Sajian Sazlee telah ditubuhkan bagi cawangan pertama yang terletak di kawasan Tambun

Ipoh , Perak . Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan , akan tetapi terdapat

makanan yang dibawa masuk iaitu Chicken Grill .

2.OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini ditulis bagi melaksanakan kajian asal usul Chicken Grill di Restoran Sajian

Sazlee Tambun Ipoh Perak. Berdasarkan kajian yang ditulis masyarakat lebih mengetahui

tentang perkembangan Chicken Grill.

Selain itu, kajian ini dibuat bagi mengenalpasti bahan yang digunakan dalam pembuatan

Chicken Grill dari tahun 2016 hingga kini.

Seterusnya. kajian ini dibuat bagi mengenalpasti cabaran yang dihadapi dalam

perkembangan Chicken Grill hingga kini di Restoran Sajian Sazlee.


3.PERMASALAHAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah diadakan bagi mengkaji latar belakang pembuatan Chicken Grill

yang dibuat oleh Encik Mohd Sazlee Bin Mohd Yusof.

Kajian ini dibuat bagi memberi pengetahuan baharu kepada masyarakat tentang apakah

bahan yang digunakan dalam pembuatan Chicken Grill tersebut oleh Encik Mohd

Sazlee.

Akhirnya,kajian ini dibuat bagi mengenalpasti apakah cabaran dihadapi Encik Mohd

Sazlee dalam pembuatan Chicken Grill.

4.SKOP KAJIAN

Skop kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tempoh kajian , Kawasan kajian dan

aspek kajian. Dari segi tempoh kajian , kajian ini diliputi dari tahun 2016 hingga 2020.

Tempoh kajian ini selama 4 tahun dipilih kerana banyak perkembangan yang telah

dicapai oleh Encik Mohd Sazlee dalam pembuatan Chicken Grill.

Dari segi kawasan , kajian memfokuskan di kawasan Restoran Sajian Sazlee Tambun

Ipoh Perak. Kawasan ini mempunyai kedudukan yang strategik iaitu dikelilingi penduduk

yang ramai serta berdekatan dengan taman tema air dan mudah untuk memperoleh

pelanggan yang ramai.


Di samping itu, aspek yang dikaji ini merupakan aspek yang menumpukan kepada

sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha Restoran Sajian Sazlee iaitu Encik

Mohd Sazlee dalam perniagaan Chicken Grill. Dengan membuat kajian ini, orang ramai

dapat menjadikan Encik Mohd Sazlee sebagai inspirasi mereka.

5.SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat kajian berkaitan pembuatan Chicken Grill. Pembuatan Chicken Grill sudah

pernah dikaji oleh para pengkaji terdahulu. Antara pengkaji ialah , Muzdalifah dalam

laman webnya https://kambingperap.my/asal-usul-chicken-chop-yang-ramai-orang-tak-

tahu . Dalam penulisannya, beliau menceritakan tentang asal usul Chicken Grill serta

latar belakang tentang Chicken Grill.

Seterusnya , Nurul Anis telah menulis artikelnya https://theresepi.com/resepi-chicken-

grill-yang-sedap-dan-lembut/ yang bertajuk “ Resepi Chicken Grill yang sedap dan

lembut” . Penulisannya telah memudahkan masyarakat untuk membuat hidangan Chicken

Grill tersebut.

Akhir sekali, Chef Jennifer Segal telah menghasilkan sebuah blog

https://www.onceuponachef.com/recipes/perfectly-grilled-chicken-breasts.html yang

bertajuk “The Best Grilled Chicken”. Dalam penulisannya beliau menyentuh tentang cara

untuk membuat perapan Chicken Grill.


6.KAEDAH KAJIAN

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan

maklumat perkembangan sejarah Chicken Grill ini. Pertama , pengkaji menggunakan

kaedah temu bual. Sebarang pertanyaan soalan yang akan dikemukakan telah dibuat

terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat. Antara yang terlibat dalam kaedah temu

bual hanya pengkaji dan Encik Mohd Sazlee iaitu pengusaha Restoran Sajian Sazlee.hasil

dari kaedah ini akan memperoleh maklumat tersebut seperti , perkembangan yang

diperoleh dan cabaran yang dihadapi oleh Encik Mohd Sazlee.

Seterusnya , pengkaji menggunakan kaedah lapangan. Pengkaji akan meninjau kawasan

yang dikaji iaitu di Restoran Sajian Sazlee Tambun Ipoh Perak bagi melihat sendiri lokasi

tersebut. Melalui kaedah kajian lapangan tersebut, pengkaji dapat memperoleh data

maklumat kawasan tersebut dengan tepat .

Akhir sekali, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan sumber

primer dan sekunder. Kajian penyelidikan yang dilakukan di internet bagi mendapatkan

maklumat tentang resepi dan sejarah berkaitan Chicken Grill.


7.PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan , isi dan kesimpulan.

Di bahagian pengenalan, pengkaji dapat menyatakan latar belakang pembuatan Chicken

Grill di Restoran Sajian Sazlee Tambun Ipoh Perak.

Kemudian pada bahagian isi, pengkaji dapat menyatakan dari aspek asal usul sejarah

Chicken Grill . Di samping itu , pengkaji juga dapat menyatakan tentang bahan serta

ramuan yang digunakan dalam pembuatan Chicken Grill tersebut. Selain itu , pengkaji

juga dapat memperolehi maklumat tentang cabaran yang dihadapi oleh pengusaha

Restoran Sajian Sazlee.

Akhir sekali, iaitu bahagian kesimpulan , pengkaji dapat menghasilkan maklumat akhir

yang telah diperoleh daripada perkembangan pembuatan Chicken Grill yang telah

disajikan oleh Encik Mohd Sazlee Bin Mohd Yusof.

8.PENUTUP

Chicken Grill merupakan makanan ciptaan tempatan Tanah Melayu yang digemari oleh

masyarakat di Malaysia dari zaman dahulu lagi sehingga kini. Di samping itu,kita

hendaklah mengekalkan citarasa Chicken Grill supaya tidak berubah pada zaman akan

datang.Chicken Grill dijadikan makanan yang dapat mengeratkan hubungan sesama

masyarakat di setiap negeri mahupun negara luar.


9.BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

NAMA: Mohd Sazlee Bin Mohd Yusof

UMUR: 42 Tahun

PEKERJAAN: Pengusaha dan Chef Restoran Sajian Sazlee

TARIKH TEMUBUAL:

LOKASI: Restoran Sajian Sazlee Tambun Ipoh Perak

SUMBER SEKUNDER

Muzdalifah , “ Asal usul Chicken Chop yang ramai tak tahu”, 2021.

Nurul Anis , “ Resepi Chicken Grill yang sedap dan lembut” , 2022.

Jennifer Segal , “The Best Grilled Chicken” , 2003.

You might also like