You are on page 1of 2

LAPORAN AJK MAKANAN

BINA INSAN GURU (BIG) FASA IIl- SEMESTER 3/ 2015


Pada 5 Mac 2015 yang lalu, seramai 100 orang guru pelatih daripada unit Pendidikan
Muzik, unit Pemulihan, unit Pengajian Bahasa Melayu, unit Pengajian Cina dan unit Sains
PISMP Semester 3 telah menyertai satu program Bina Insan Guru (BIG) yang berlangsung di
Sekolah Kebangsaan Kuala Telang, Pahang. Pelbagai aktiviti telah berjaya kami laksanakan.
Antaranya ialah aktiviti gotong-royong, melukis mural, mengecat bangunan sekolah dan
sebagainya.
Bagi AJK Makanan, kami telah menjalankan tugas sebelum hari program berlangsung
dalam telah membuat penyediaan menu untuk makanan seharian kepada semua guru pelatih
dan pensyarah pembimbing yang terlibat mengikuti program BIG pada kali ini. Setelah
perbincangan dijalankan bersama semua ajk makanan, kami sebulat suara memutuskan untuk
membuat tempahan makanan tengah hari dengan Kafe Aida, IPGKTAA.
Pada hari program tersebut, kami telah dijamukan dengan makanan berupa roti dan
biskut serta air teh O panas oleh pihak sekolah untuk sesi minum pagi. Seterusnya, tepat jam
12.00 tengah hari, kami semua diarahkan untuk bergerak ke kantin sekolah untuk menjamu
selera. Pihak pengurusan makanan telah menyediakan menu nasi ayam dan botol minuman air.
Kesimpulannya, kami AJK Makanan telah menimba banyak pengalaman dalam
mengendalikan makanan pada program BIG bagi semester ini. Semuanya menjadi panduan
kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima pelbagai jenis tugasan
bagi menguruskan organisasi kelak.

Yang menjalankan tugas,

10 Mac 2015

(MICHELLE TAN WEN JIN)


Ketua AJK Makanan,
BIG Fasa Ill,
IPG Tengku Ampuan Afzan,
26

Kuala Lipis, Pahang.

27

You might also like