You are on page 1of 3

KONSEP KITAR SEMULA

Konsep kitar semula bermaksud proses buangan untuk menghasilkan


barangan baharu supaya boleh digunakan semula. Konsep ini dapat membantu
mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara.

Proses kitar semula juga melibatkan usaha mengumpul, memproses dan


menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar
semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin.

Sebagai contoh, tin minuman terpakai telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan
untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk
menyingkirkan benda asing. Tin-tin minuman terpakai kemudiannya digunakan untuk
menghasilkan tin-tin baharu.
JENNIS-JENIS BAHAN DAN AMALAN KITAR SEMULA

Bahan kitar semula yang biasanya dilakukan oleh penduduk kawasan rumah
saya ialah kertas dari surat khabar, majalah, buku tulis, tekstil dari kain baju, kain
perca dan kaca dari botol kaca, cermin dan tingkap.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk rumah saya ialah
menjual bahan-bahan kitar semula dapat menjimatkan perbelanjaan. Contohnya,
menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti
bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.

Selain itu, terdapat penduduk saya yang sudi bekerjasama memberi


sumbangan bahan-bahan kitar semula kepada pihak sekolah. Ini secara tidak
langsung akan menambah pendapatan ibu bapa dan pihak PIBG bagi menampung
program-program sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai
ringgit yang tinggi di pasaran.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan
seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan bahan kitar semula.
KEPENTINGAN KITAR SEMULA

1) Kitar semula untuk menjimatkan perbelanjaan


Kepentingan utama amalan kitar semula kepada manusia adalah dapat
menjimatkan perbelanjaan secara mikro dan makro. Dari segi mikro, masyarakat
tidak perlu berbelanja lebih sekiranya mereka mengitar semula barangan keperluan
seperti pakaian dan buku. Secara makro pula, amalan kitar semula dapat
menjimatkan perbelanjaan dalam pengurusan sampah.Kos penyelenggaraan tapak
pelupusan sampah semakin meningkat dari hari ke hari berikutan kuantiti sampah
yang turut meningkat.

2) Kitar semula dapat menyelamatkan hutan


Untuk menghasilkan 800 helai kertas, sebanyak satu setengah tan pokok
digunakan. Oleh itu kita perlu memelihara dan memulihara hutan kita kerana ia
merupakan nadi utama yang memberi oksigen kepada kita secra tidak langsung.

3) KItar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokkan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar
semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar.

You might also like