You are on page 1of 3

BAHAN KITAR SEMULA

OLEH :

SYAZANA SYAKIRAH BINTI SAHAFARUDDIN 1A2

Di kebanyakkan negara, isu tapak pelupusan sampah yang melimpah adalah masalah yang sukar ditangani dan ini tidak terkecuali dengan negara kita Malaysia. Ada sesetengah negara cuba mengatasi masalah ini dengan cuba membakar sisa-sisa ini. Ini boleh menimbulkan masalah lain lagi seperti keadaan udara yang tidak sihat Justeru itu kita perlu memainkan peranan kita dengan memastikan bahawa jumlah bahan pembuangan ini dihantar ke tapak pelupusan sampah dalam kadar yang minimum. Untuk itu bagi memastikan ini berjaya, beberapa langkah perlu diambil. Antaranya ialah dengan mengitar semula bahan-bahan buangan ini. Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Bahan- bahan yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, botol plastik, kaca, logam dan bahan tekstil. Kitar semula memberi banyak manfaat kepada kita. Antaranya ialah : i. ii. iii. iv. v. Pemuliharaan alam sekitar Memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan Mengurangkan penggunaan sumber semula jadi Mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal Menjana ekonomi negara

Antara aktiviti kitar semula yang boleh kita jalankan ialah : i. ii. iii. iv. Menyertai program kitar semula Menghasilkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula Mengasingkan sampah atau bahan buangan mengikut kategori bahan kitar semula Menggunakan bahan kitar semula

Projek kitar semula yang saya lakukan ini tertumpu kepada bahan buangan seperti kotak, bekas minuman dan majalah lama. Saya telah mengolah semula bahan-bahan tersebut menjadi bahan yang boleh digunakan. Berikut adalah perincian barangan yang telah saya hasilkan menggunakan bahan-bahan terbuang ini. i. Beg kertas/ beg hadiah Bahan yang digunakan ialah kotak, majalah lama, sisa riben dan manik terbuang ii. Dompet syiling Bahan yang digunakan ialah bekas minuman

iii.

Bingkai gambar Bahan yang digunakan ialah kotak dan majalah lama

iv.

Beg tangan wanita Bahan yang digunakan ialah bekas minuman dan manik terbuang.

You might also like