You are on page 1of 1

Skema jawapan

IDEA UTAMA:Kitar semula melibatkan usaha mengumpul,memproses,dan menggunakan bahan-bahan


yang terbuang itu semula.Bahan-bahan ini merupakan punca berlakunya pencemaran alam sekitar

. IDEA SOKONGAN 1: Berbagai-bagai bentuk kempen dilakukan oleh kerajaan untuk memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang kepentingan kitar semula.Kini,orang ramai mula positif tentang program
tersebut.

IDEA SOKONGAN 2: Sampah yang kita buang,jika dikitar semula boleh meningkatkan lagi nilainya apabila
menghasilkan barang-barang baharu.Hal ini boleh mengurangkan pengimportan bahan-bahan kitar
semula dari luar Negara

. IDEA SOKONGAN 3: Pembuangan yang sewenang-wenangnya boleh mencemarkan alam sekitar dan
boleh menjejeskan industri pelancongan negara,Selain itu ruang pelupusan sampah dapat diselamatkan.
IDEA SOKONGAN 4: Program kitar semula dapat menjimatkan kos dari segi penyelenggaraan kawasan
pelupusan,kerja-kerja memungut sampah,dan kos pertambahan lori sampah.

IDEA SOKONGAN 5: Kitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan pokok yang ditebang untuk
menghasilkan kertas.Proses penebangan harus dikawal kerana hutan merupakan sumber oksigen
kepada semua hidupan di muka bumi ini.

You might also like