You are on page 1of 26

Bab 11:

Kitar
semula

Zulhazlia bt Zulkifli
SMK Seri Berang
Kuala Berang, Hulu Terengganu
Di akhir pembelajaran, murid dapat

11.1 Menerangkan elemen kitar semula ( 3R- Reduce,


Reuse, Recycle)
11.2 Menghuraikan amalan kitar semula
11.3 Menjelaskan melalui contoh aktiviti kitar semula
11.4 Membandingkan amalan kitar semula di negara
lain
Apakah ia kitar semula?

– Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam


2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran.
– Di Malaysia, pihak kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa
pepejal isi rumah secara berperingkat mulai 1 SEPTEMBER
2015.
– Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta
672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah
persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Perlis dan Kedah.

– Pada masa ini, kadar kitar semula di Malaysia adalah sekitar 5% sahaja
dan kerajaan mensasarkan nilai ini akan bertambah menjadi 22%
menjelang 2020
Apakah maksud 3R?
3 R merujuk kepada singkatan “Reduce, Reuse, Recycle”
Reduce - mengurangkan
– Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana
di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang
digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan
sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian
kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.
Reuse – guna semula
– Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang
kali, dan dengan berbuat demikian penjanaan sisa dan pembuagannya
dapat dikurangkan

Recycle – kitar semula


– "Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi"
dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar
Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran
Mengapakah kita perlu kitar semula?

– Kitar semula merupakan cara terbaik bagi memelihara dunia


yang kita diami sekarang
– Jumlah sisa yang dihasilkan oleh penduduk dunia
semakin meningkat kerana
a) Pertambahan populasi penduduk
b) Gaya hidup dan kuasa beli yang tinggi
c) Pengeluaran produk pembungkusan yang tinggi
Apakah faedah yang boleh diperolehi daripada
kitar semula?

Faedah kepada manusia


– Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sedia
ada
– Mengurangkan perbelanjaan mengurus sampah
– Memelihara sumber semula jadi
Apakah faedah yang boleh diperolehi
daripada kitar semula?
Kepada alam sekitar
– Mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa
pepejal
– Memelihara habitat dan kemusnahan hutan
– Memelihara sumber sedia ada daripada kepupusan
Apa yang boleh dikitar semula?
Segmen Video Geografi

Proses Kitar
Semula Kertas
Bagaimanakah amalan kitar semula boleh
dipraktikkan dalam kehidupan kita?
Perbandingan program kitar semula di
Malaysia dengan negara lain

Denmark Sweden

Jerman Kitar semula Taiwan


di negara
lain
Kitar Semula DiJerman
Ordinan Pembungkusan
– melibatkan pihak pengilang dan pemasaran
- Mereka perlu mengutip semula bungkusan daripada
pengguna

Duales Systems Deutschland


- Semua kotak ditanda dengan tanda hijau oleh pengilang
- Pengilang akan membayar kepada agensi untuk mengutip
semula kota

Pungutan bahan terbuang untuk dikitar semula


- Tong sampah kitar semula disediakan di banyak kawasan
- Penduduk diberi plastik kitar semula untuk bahan kitar
semula secara percuma
Tahukah anda?
– Di Jerman, anda boleh dapat €0.25
untuk setiap botol plastik yang dikitar
semula melalui mesin dan bayaran
tunai kepada bayaran deposit yang
telah anda bayar semasa membeli.
.
Ini adalah salah satu sebab kenapa
jalan kat sana bersih tanpa botol
plastik. Contoh kitar semula yang
bagus!
.
Tambahan pula , rakyatnya boleh
buat pendapatan tambahan di sana.
.
Sumber: FB Public Health Malaysia
Kitar Semula Di Denmark

Program
Pengembalian
Deposit

Program Program Cukai


Aflaldsbekendigoerelsen Hijau
1999

Denmark
Program Subsidi Program Cukai Sisa
Sisa

Program Waste 21
1998 - 2004
Kitar Semula di Sweden

Pencegahan
sisa

Pemulihan
Pelupusan
tenaga

Kitar Guna
semula semula
Kitar Semula di Taiwan

Akta Pelupusan Garis Panduan


Sisa Kitar Semula

Program 4 Kempen Kitar


Dalam 1 Semula
Segmen Video Geografi

Menghasilkan Produk Baharu


Daripada Bahan Terbuang
Fikir dulu sebelum buang..
Aktiviti Berkumpulan :
Menghasilkan bahan baharu daripada bahan
kitar semula

1. Bentuk kumpulan yang terdiri daripada


beberapa ahli
2. Bincangkan bahan baharu yang ingin
dihasilkan
3. Bekerjasama dalam kumpulan untuk
menghasilkan bahan baharu
# Fakta nombor
- 215 kilogram sisa makanan dibuang setiap isi rumah setiap tahun.
- 90 peratus sisa daripada operasi pasar raya, restoran adalah sisa makanan.
- 26 juta tan sisa makanan dihasilkan setiap tahun, penyumbang ketiga terbesar
sisa buangan.
- 2.3 juta tan barang boleh kitar semula dengan anggaran nilai mencecah RM900
juta, dibuang ke tapak pelupusan sampah di Malaysia setiap tahun.
- 33,000 tan sehari penjanaan sisa negara direkodkan pada 2013, meningkat
daripada 19,000 tan pada 2005.
- 6.7 peratus purata pertambahan sisa pepejal setahun linear di negara ini, lebih
tinggi berbanding 3 peratus kadar purata pertambahan di peringkat global.

You might also like