You are on page 1of 2

Temubual Bersama Project Team @ Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam

Soalan ; Boleh Encik Fahmi terangkan berkenaan konsep bangunan bercirikan Hijau ini
dari segi rekabentuknya dan inovasi yang terdapat pada bangunan ini?

Jawapan ; Sebagai satu usaha untuk mengurangkan kesan pembangunan kepada alam
sekitardi samping mengambil faedah daripada insentif yang ditawarkan oleh kerajaan,
reka bentuk ini memberi penekanan kepada reka bentuk hijau. Inisiatif yang
dicadangkan dalam pembangunan ini secara ringkasnya adalah seperti berikut:

1. Reka bentuk yang mengurangkan kemasukan hawa panas ke dalam bangunan secara
pasif dan aktif.

2. Strategi pencahayaan yang menekankan penggunaan cahaya matahari dan


pengurangan kebergantungan kepada penggunaan lampu elektrik.

3. Memaksimakan hubungan visual ruang dalaman dan persekitaran luar.

4. Memperkenalkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti sel suria


untuk penjanaan elektrik.

5. Perancangan tapak dan reka bentuk bangunan yang meminimakan gangguan ekologi
(ecological intervention) kepada keadaan semulajadi sediada.

6. Memaksimakan ruang terbuka untuk penggunaan awam.

7. Mengurangkan kesan pulau panas (heat island effect) secara keseluruhan daripada
aktiviti pembangunan baru.

8. Insiatif penadahan air hujan untuk dikitar semula bagi kegunaan bangunan di
samping cadangan penggunaan kelengkapan bilik air yang menjimatkan penngunaan
air (water efficient toilet fittings).

9. Daripada segi reka bentuk hijau, elemen yang paling penting di dalam reka bentuk ini
adalah konsep bumbung hijau. Bumbung bangunan akan ditanam dengan rumput
khas yang mempunyai kadar penyeliaan yang rendah, dibina khas untuk bumbung hijau
bertenaga rendah. Sistem rumput ini mempunyai system pengairan sendiri yang hanya
memerlukan perapian atau kemasan setahun sekali. Daripada aspek penanaman, ia
tidak memerlukan tanah yang tebal. Anggaran keseluruhan ketebalan tanah untuk
penanaman rumput khas ini adalah 2 inci, termasuklah sistem pengairan. Keseluruhan
kawasan bumbung bercerun hijau juga boleh digunakan sebagai kawasan rekreasi
awam seperti mengadakan konsert mini, pawagam luar, tempat berkelah dan
sebagainya.
Soalan 2 ; Boleh Encik Safwan terangkan bagaimana penggunaan tenaga yang boleh
diperbaharui seperti sistem solar ini berfungsi untuk pengoperasian bangunan ini?

Jawapan ; Bangunan ini menempatkan pemasangan Solar Evacuated Tube dengan


keluasan 1,111 meter bagi menjana tenaga untuk Solar Air-Conditioning System.

Soalan 3 ; Saya difahamkan bangunan Ibu Pejabat PKNS ini menggunapakai sistem
penguraian air hujan. Boleh Encik Safwan jelaskan?

Jawapan ; Untuk makluman, kegunaan sumber air yang dibekalkan oleh pihak Air Selangor
hanya 40% sahaja berbanding 60% kegunaan sumber air adalah melalui penguraian
semula air hujan. Sistem pengumpulan air hujan di bangunan ini dirangka untuk
mengumpul sebanyak 12,000 m setahun melalui 3 lokasi pengumpulan iaitu di tangki
aras 5 blok A sebanyak 100 m, tangki aras 5 blok B sebanyak 100 m serta di tangki aras
LG iaitu sebanyak 300 m yang digunakan untuk pengepaman air ditandas serta
penyiraman pokok. Sistem ini juga disokong oleh bekalan Air Selangor sekiranya
berlaku musim kemarau.

Soalan 4 ; Selain penggunaan tenaga solar untuk sistem pendingin hawa dan sistem
penguraian air hujan boleh Encik Safwan ceritakan antara inovasi yang terdapat pada
bangunan ini ?

Jawapan ; Bangunan ibu pejabat ini juga mempunyai Hentian Bas Solar dengan pendingin
hawa yang pertama di Malaysia termasuk menyediakan perkhidmatan Eco Bus atau Bus
Elektrik secara percuma untuk kegunaan pekerja juga pengunjung yang datang
berurusan di PKNS.

Soalan 5 ; Boleh Encik Safwan terangkan mengenai sistem yang terdapat pada bangunan
Hijau ini serta serba sedikit teknik ataupun kaedah bagi proses operasi dan
penyelenggaraan yang dijalankan?

Jawapan ; Keperluan bagi sistem Mekanikal dan Elektrikal telah direkabentuk agar selaras
dengan konsep yang menerapkan rekabentuk hijau dan ikonik. Sehubung itu segala
komponen di dalam sistem Mekanikal dan Elektrikal akan mengambilkira produk mesra
alam dengan teknologi yang terkini di pasaran. Bangunan ini beroperasi melalui kaedah
Computerised Maintenance Management System (CMMS).

You might also like