You are on page 1of 15

RANCANGAN PERNIAGAAN

PROJEK TANAMAN SAYUR


1. PENGENALAN

Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami / melalui


pelbagai proses perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional
kepada proses pengeluaran berteknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran
makanan yang semakin kompetitif.

Bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersil, pendekatan yang


lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha
bagi peningkatan hasil pengeluaran dan pendapatan.

Sistem penanaman di atas tanah merupakan combinasi tenologi terkini yang


semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang pertanian, di mana
ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur
pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil yang tinggi serta berkualiti dan
merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional tanpa system
pengairan.

Page | 1
2. LATAR BELAKANG PROJEK

2.1. Objektif, Visi dan Misi

a) Pengeluaran Hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan


pertanian yang baik dan sistematik.
b) Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti
tinggi dan penjimatan tenaga buruh.
c) Misi saya ialah untuk memberi pulangan yang besar dan menghasilkan produk
yang berkualiti dan sistematik.

2.2. Maklumat Asas Projek

Nama Projek Penanaman Sayuran Berbuah Di atas tanah secara


sokongan system pengairan.
Lokasi -
Keluasan Tanah 1 ekar
Kapasiti Tanaman +- 10,000 pokok
Struktur Sistem batas
Sistem Pengairan Pengairan Titis Automatik
Nama Pengusaha -
Anggaran Kos
RM50,000.00
Projek
Anggaran Hasil
30,000 kg semusim
Pengeluaran
Anggaran Kasar
RM180,000.00 semusim
Pendapatan

Page | 2
3. RANCANGAN PENGELUARAN/OPERASI

3.1. Aliran Proses Operasi

Penyediaan Penyediaan
Tapak Media Tanaman

Penanaman dan Pemasangan


Penjagaan Sistem

PERKARA BUTIRAN
Penyediaan  Kerja-kerja awalan melibatkan pembersihan kawasan dari
Tapak tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok
kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
 Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk
mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air
apabila hujan.
 Penyediaan bangsal untuk teduhan tangki air, pusat
pengumpulan hasil tuaian, peralatan ladang, dan rumah
tuaian.
Penyediaan  Penyediaan batas seperti plough, dan rotor
Media
Tanaman
Pemasangan  Pemasangan system pengairan seperti paip utama dan
Sistem driptape
 Pemasangan tangki
 Poli tank 2200 liter
 Pam air 2hp Leo
 Digital timer
 Poly paip 63mm

Page | 3
 Pvc Pipe 2”
 Qav valve set rubber grommet
 EC meter
 Dicsh filter 2”
 PH meter
Penanaman  Penyemaian benih.
dan Penjagaan  Direndam semalaman dicampur dengan racun kulat.
 Kedalaman benih ialah 0.5-1cm
 Tray yang telah siap diisi benih perlu dibasahkan
supaya benar benar lembap. Tutup dengan plastik
hitam.
 Perhatikan selepas 4-5 hari, sekiranya bercambah
buang plastik hitam dan letak dalam rumah semaian
sehingga 20 hari
 Rendaman tray perlu dilakukan sehingga anak benih
berumur 10 hari.
 Penanaman pokok
 Anak pokok berumur 20 hari perlu dipindah kedalam
polibeg pada sebelah petang hingga malam
 Media tanaman hendaklah berada dalam keadaan
lembap.
 Anak pokok ditanam tegak.
 Pembajaan pertama pada keesokan hari selepas
pemindahan pada kadar 1 liter sehari.
 Pembuangan tunas
 Dibuang agar pokok tumbuh dengan sekata.
 Mula kelihatan pada minggu kedua anak pokok.
 Mengikat pokok
 Cabang Y akan mula kelihatan ketika umur pokok 2-3
minggu
 Ikatan pertama pada cabang Y pertama (ikatan tidak
sempit)
 Ketika pokok berusia sebulan, ikatan antara tiang
sebelah dalam dan luar pokok perlu dilakukan.
 Pembajaan
 Baja A (Kalsium nitrat, ferum)
 Baja B (Pottassium nitrat, magnesium, MKP, Hibor,
Mangan, Zink, CU, AMM Malibdate, ABC)
 1-2 minggu pertama (4 kali penyiraman)
 2-4 minggu (5 kali penyiraman)

Page | 4
 1-1.5 bulan (6 kali penyiraman)
 1.5-2 bulan (7 kali penyiraman)
 2-5 bulan (8 kali penyiraman)
 Meracun
 Jenis racun (Abamectin, Solomon, asicon, mencozeb,
imidacloprid, cypermetrin)
 Tuaian
 Cili boleh dipetik selepas 60-70 hari tanaman selepas
berwarna hijau kemerahan.
 Dikutip pada waktu pagi atau lewat petang.

3.2. Penyelenggaraan Tanaman

GERAK
HARI/MASA AKTIVITI
KERJA
Persediaan 25 Hari  Mengira keperluan baja.
Awal Sebelum  Membuat pesanan pembelian baja mengikut
Tanam keperluan.
 Membuat pesanan pembelian keperluan lain
seperti biji benih, medium semaian peat moss,
dulang semaian ’tray’, kayu pancang, tali rafia,
bilah buluh, dawai bersalut, hand sprayer,
racun serangga dan kulat yang biasa
digunakan dan keperluan lain.
Penyemaian 20 Hari  Menyediakan dulang semaian.
Benih Sebelum  Mengisi dulang semaian dengan
Tanam mediumpercambahan peat moss.
 Melembapkan medium percambahan.
 Merawat anak benih dengan racun kulat.
 Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1
lubang 1 plug).
 Menyemai biji benih (1 bijidalam 1 lubang).
 Menutup lubang berisi biji benih.
 Menyembur dulang semaian berisi biji benih
dengan air bersih menggunakan handsprayer.
 Menutup dulang semaian dengan helaian
plastic hitam untuk memberi haba dan
mengawal lembapan mediumpercambahan
supaya tidak kering.

Page | 5
Penyediaan 19 Hari  Membersihkan takung pembesaran.
Takungan Sebelum  Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih.
Pembesaran Tanam  Memastikan pam kecil akuarium berfungsi
denganbaik.
 Menetukan alat pengatur masa pam akuarium
boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6
kalisehari (boleh berubah mengikut keadaan,
jenis dan umur tanaman).
Penimbangan 18 Hari  Menimbangkan baja menggunakan formulasi
Baja Sebelum yang betul.
Tanam  Membancuh baja stok.
 Gunakan tong (tebusguna) muatan 100 liter.
Pembesaran 16 Hari  Membuka plastik yang menutup dulang
Anak Benih Hingga 1 Hari semaian.
Sebelum  Memindahkan dulang semaian ke dalam
Tanam taking pembesaran.
 Memasang alat pengatur masa dan pam air
dihidupkan.
 Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5
 Memerhatikan pertumbuhan anak pokok.
 Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit
atau serangga perosak.
 Membuat kawalan segera sekiranya terdapat
tanda tanda kerosakan.
Penyediaan 20 Hingga 5  Menghidupkan pam dan memeriksa semua
Polibeg Hari Sebelum paip pengagihan termasuk alat penitis untuk
Tanaman Tanam memastikan tidak ada mana-mana paip yang
bocor atau penitis tersumbat.
 Menghidupkan pam untuk membasahkan
medium tanaman di dalam polibeg tanaman.
Penanaman 0 Hari  Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam
kawasan tanaman.
 Mengorek lubang 4cm x 4cm x 4cm untuk
dimasukkananak benih.
 Mencabut anak benih dengan cermat dengan
memicit bahagian bawah plug dahulu
sebelum mencabut anak benih. Dengan cara
ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak
tertinggal di dalam lubang tray.

Page | 6
 Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke
dalam lubang tanaman yang telah disediakan.
 Kemaskan lubang Bersama akar anak benih
supaya tidaklonggar.
Penyeliaan 1 Hari Hingga  Memeriksa semua pokok. Memerhatikan
Selepas 7 Hari tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan
Menanam Selepas perosak.
Tanam  Memastikan bahawa mediumtanaman tidak
terlalu basah sehingga air bertakung didalam
polibeg.
 Melarutkan pati baja ke dalam tangki larutan
baja. Bacaan E.C ialah 2.5
 Menghidupkan pam sekali pada awal pagi.
Pemberian larutan baja sekali sehari
10 Hari  Membuang tunas supaya pokok kekal
Hingga 35 mengeluarkan satu batang utama sahaja
Hari Selepas sehingga cabang Y keluar.
Tanam
Pengurusan 1 Hari  Membuat rawatan pencegahan penyakit akar.
Penyakit dan Selepas  Larutkan racun (abamectin 20ml, Solomon
Serangga Tanam 20ml, asicon 20ml, mencozeb 50grm.
Perosak  Meracun dilakukan sehari selepas tanam
sehingga hari ketiga.
 Diteruskan pada hari ke 6 sehingga hari ke 8.
Sehingga minggu ketiga. Seterusnya hanya
meracun pada hari isnin dan khamis sahaja.
8 Hari Hingga  Memeriksa pucuk-pucukpokok untuk
180 Hari mengesanserangan hama dan jugakutu trips.
Selepas Lihat di bawahdaun-daun di
Tanam bahagianpertengahan ( 2/3 bahagianpokok)
untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat
putih(white fly). Serangan ulatpelombong
daun jelasnampak serangannya padadaun-
daun separa tua.
 Memeriksa sistem fertigasiagar sentiasa
berfungsidengan baik.
Mengikat 30 Hari  Mengikat dahan-dahan pokokcili pada tali
Pokok Hingga 150 atau dawaipenyokong bagimengelakkan
Hari Selepas dahan-dahandaripada patah disebabkanberat
Tanam buah (dilakukanmengikut keperluan).

Page | 7
Iadilakukan berterusan apabilaperlu.
Membilas 25 Hari  Membilas medium tanamandengan air bersih
Medium Selepas iaitudengan memberikan airtanpa baja
Tanaman Tanam dan kepada semuapokok mengikut
Seminggu kekerapanyang sedia ada.
Sekali  Ini bertujuan untukmembersihkan
timbunangaram-garam galian
danmeningkatkan pH mediumtanaman bagi
mengelakkanproses air keluar dari
pokok(deplasmolisis) yang
bolehmenyebabkan pokok mati.
28 Hari  Menambahkan kekerapanpenitis larutan baja
Selepas kepada 4kemudian menjadi 5seterusnya
Tanam menjadi 6 kalisehari mengikutpertumbesaran
pokok.
Memetik 55 Hari  Memetik buah cili masak
Buah Selepas  Membuat penggredan buah cili
Tanam dan  Memasarkan buah cili
Selang 3 Hari
Menamatkan 150 Hari  Memetik buah yang masak termasuk juga
Tanaman Selepas hijau
Tanam atau  Mengasingkan yang masak dengan yang
Apabila hijau
Sesuai  Mencabut semua pokok bersama akar.

Page | 8
4. RANCANGAN PEMASARAN

4.1. Sasaran dan Trend Pasaran

Pasaran cili di Malaysia tidak mempunyai banyak masalah kerana rakyat


Malaysia menggunakan cili dalam kehidupan seharian. Setiap isi rumah di
Malaysia akan menyimpan cili untuk kegunaan harian. Sasaran pasaran cili
adalah semua kaum di Malaysia (melayu, cina, india dan kaum-kaum yang lain).

Pasaran akan lebih menumpukan kepada pasaran domestic. Pasaran domestik


cili boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu institusi, isi rumah dan
juga kilang. Jangkaan penggunaan cili bagi enam tahun akan datang akan
meningkat berikutan pertumbuhan ekonomi, pertambahan bilangan penduduk,
trend pengguna dan gaya hidup mempengaruhi permintaan cili di Malaysia.

4.2. Persaingan

Daya saing pasaran cili Malaysia sangat tinggi dari segi persaingan dari negara
luar dimana Malaysia terpaksa bersaing dengan Thailand dan China. Negara-
negara lain menjual cili dengan harga yang lebih murah berbanding Malaysia.
Tetapi Malaysia juga terpaksa bergantung kepada negara luar kerana kurangnya
bekalan cili di Malaysia.

Daya saing antara pengeluar di Malaysia juga tinggi kerana ramai pengeluar
yang mengeluarkan cili setiap musim. Tetapi persaingan tersebut tidaklah begitu
sengit memandangkan permintaan terhadap cili sentiasa meningkat dan
Malaysia kekurangan bekalan cili. Rakyat Malaysia memerlukan cili setiap hari
dan ini membuatkan terpaksa mengimport bekalan cili dari Thailand dan China.

Page | 9
4.3. Strategi Pemasaran

Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan daya saing tanaman cili
bagi pasaran tempatan dan eksport:

i. Strategi Produk

Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran cili


domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat pasaran, strategi
produk perlu berkualiti dengan mempunyai saiz yang bersesuai dengan
piawai dan akan lebih menarik perhatian pengguna untuk membeli.
Pengguna lebih tertarik dengan cili yang segar dan sihat untuk itu perlu
menitik beratkan kepada pembungkusan, penggredan dan perlabelan. Untuk
pasaran jangkamasa panjang, cili Malaysia perlu melepasi standard piawai
bagi membolehkan perluasan pasaran ke negara-negara seperti Jepun,
Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA.

ii. Strategi Harga

Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan produk-


produk yang diimport daripada negara jiran. Kedudukan harga cili dari
Thailand agak rendah jika dibandingkan dengan cili tempatan. Maka bagi
menyaingi harga tersebut, harga perlu diturunkan dengan menggunakan
harga pasaran. Harga pasaran ini ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri
Malaysia dimana pihak ini mengawal setiap harga cili di Malaysia.

Page | 10
iii. Strategi Promosi

Pendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perlu dilaksanakan.


Pihak pekebun akan berganding bahu bersama dengan Pertubuhan
Peladang untuk mempromosikan cili tempatan kerana kempen galakan
memakan sayur-sayuran tempatan dan produk-produk pertanian tempatan
giat dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, pekebun
akan mempromosikan cili kepada pasaraya segar sekitar bandar – bandar di
Kelantan.

iv. Strategi Pengedaran

Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan semua hasil-
hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Pengedaran cili sangat
penting kerana cili tidak tahan lama. Pihak pekebun akan bekerjasama
dengan Pusat Pengumpulan yang ada di kelantan dan pada masa yang sama
mengedarkan cili kepada pasaraya besar di Kelantan.

Page | 11
5. RANCANGAN KEWANGAN

Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan
(hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu permulaan projek untuk 1ekar
bersamaan 10,000 pokok cili menggunakan sistem batas di atas tanah.

5.1. Anggaran Hasil dan Pulangan

I. Jumlah hasil yang diperoleh dianggarkan darpada pokok yang ditanam


adalah:

Bilangan Tanaman Setahun 2


Tempoh Kitaran Tanaman 6 Bulan/Semusim
Kadar Kematian 10%
Bilangan Pokok Setiap Musim 10,000
Hasil Tuaian Satu Polibeg 3kg
Jumlah Hasil Semusim 30,000 kg

II. Pulangan pendapatan semusim

Bilangan Tanaman Setahun 2


Tempoh Kitaran Tanaman 6 Bulan/Semusim
Kadar Kematian 10%
Bilangan Pokok Setiap Musim 10000
Hasil Tuaian Satu Polibeg 3kg
Harga Jualan RM6/kg
Jumlah Hasil Semusim 30,000kg
Jumlah Pendapatan Semusim RM 180,000
Pendapatan Setahun RM 360,000

Page | 12
4. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah batas yang


mempunyai system pengairan ini mampu memberi keuntungan yang lumayan
kepada pengusahaannya dalam jangka masa panjang. Walaupun kos permulaan
yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkan kos bahan input seperti
baja dan racun namun ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi
cili di pasaran.

Pelaksanaan dan penglibatan dari semua pihak adalah diperlukan yang mana
mencakupi bidang khidmat nasihat teknikal, GAP, kawalan musuh dan penyakit
serta pemasaran, diantara Jabatan dan Agensi yang diperlukan ialah Pertubuhan
Peladang Kawasan, Jabatan Pertanian, Fama, dan pengusaha-pengusaha.

Projek ini berasaskan kepada tanggung sosial semua pihak supaya membantu
golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan, kejayaan atau kegagalan
projek ini menjadi penanda aras (kayu pengukur) dan akan menjadi panduan
dimasa hadapan, jika sekiranya usaha ini berjaya, projek ini akan diperluaskan
lagi.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi
serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkan
kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan
pesaing domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusaha tanaman cili di
Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yang


mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak pengusaha yakin dan percaya
bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang
lumayan dalam jangka masa panjang.
Page | 13

You might also like