You are on page 1of 6

TAJUK :

3 daripada 10 aspirasi teras DPLB dan bincangkan secara terperinci bentuk cabaran
yang dihadapi oleh luar bandar bagi setiap aspirasi.

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


1.0 PENGENALAN

Terdapat 10 teras aspirasi pembangunan luar bandar yang saling menyokong untuk mencapai
visi dan misi Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB). Maka, penulisan ini akan
membincangkan hanya 3 teras aspirasi dan cabaran teras aspirasi tersebut di kawasaan luar
bandar.

2.0 PERBINCANGAN
2.1 TERAS EKONOMI BERDAYA SAING DAN MAMPAN

Teras ini merupakan teras pembangunan ekonomi luar bandar yang penting dalam
usaha meningkatkan serta menjadikan aktiviti ekonomi di luar bandar terus maju
dalam usaha ke arah perubahan revolusi industri 4.0. Teras ini bertujuan untuk
memberi peluang dan nilai tambah kepada penduduk di luar bandar untuk mengakses
sumber tempatan bagi menjana kekayaan, keusahawanan, dan peluang pekerjaan bagi
membina dan mengeluarkan produk yang unik. Keadaan ini mampu menarik
pelaburan swasta dan mewujudkan aglomerasi ekonomi di kawasan luar bandar.

Bentuk cabaran yang dihadapi oleh penduduk luar bandar bagi teras aspirasi ini
adalah ekonomi yang kurang dinamik. Keadaan di luar bandar yang tidak begitu maju
dari segi ekonomi berbanding di kawasan bandar telah menyebabkan kawasan luar
bandar ekonominya kurang berkembang. Hal ini demikian kerana kawasan luar bandar
yang tidak mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi dari segi jalinan jalan raya,
teknologi yang rendah, tahap kemahiran buruh yang rendah, pasaran modal yang kecil,
pasaran yang berskala kecil yang menyebabkan sukar untuk tembus di peringkat
global, dan produktivit yang rendah. Keadan inilah yang menjadi cabaran utama di
kawasan luar bandar.

Cabran yang seterusnya adalah kemiskinan. Penduduk atau masyarakat di kawasan


luar bandar kebanyakkannya mempunyai pendapatan yang rendah yang saiz
ekonominya yang kecil. Selain itu, peluang pekerjaan yang terhad di kawasan luar
bandar juga telah mempengaruhi jumlah pendapatan penduduk luar bandar menjadi
rendah. Hal ini akan mempengaruhi kuasa beli mereka yang menyebabkan kuasa beli
mereka menurun dan tidak boleh untuk memboleh kelengkapan aset untuk
pengeluaran produk bagi tujuan peningkatan produk. Maka, isu ini amat sukar untuk
ditangani dan menjadi cabaran bagi penduduk luar bandar.

2.2 KEUSAHAWANAN PEMACU PEMBANGUNAN EKONOMI

Keusahawanan merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya di kawasan luar


bandar. Hal ini demikian kerana di kawasan luar bandar amat memerlukan usahawan
bagi meningkatkan kemajuan dari segi ekonomi di kawasan luar bandar. Pembangunan
luar bandar dari segi keusahawanan merupakan pemacu pembangunan ekonomi luar
bandar. Tetapi terdapat bebrapa cabran yang dihapai oleh luar bandar dalam usaha
pembangunan ke arah keusahawanan.

Antara cabaran bagi teras aspirasi keushawanan di kawasan luar bandar adalah
mendepani transformasi ekonomi digital dan revolusi industri 4.0. Masalah dan
cabaran yang timbul adalah apabila kawasan luar bandar ini tidka mempunyai
kecanggihan teknologi seperti di bandar yang telah maju. Hal ini demikian kerana
keusahawanan dalam perniagaan hari ini telah maju kehadapan seiring dengan
kemajuan teknologi. Maka, ketiadaan teknologi yang canggih dan kemahiran terhadap
penggunaan teknologi akan menyukarkan penduduk luar bandar untuk terus
melakukan pembangunan. Hal ini juga akan menyukarkan penduduk luar bandar untuk
melakukan perniagaan atau pasaran yang dipanggil “placeless” oleh kerana rangkaian
telekomunikasi yang tidak efisien di kawasan luar bandar.

Cabaran yang seterusnya adalah pembudayaan keushawanan dan inovasi yang


mantap di antara penduduk luar bandar. Hal ini menjadi cabran yang perlu ditangani
bagi mewujudkan ekonomi yang maju di kawasan luar bandar. Pembudayaan
keusahawanan di kawasan luar bandar adalah penting dalam kumpulan sasaran seperti
belia, wanita, mahupun graduan. Perubahan budaya dan inovasi yang bagus [erlu
dilakukan seperti transformasi ekonomi digital yang membuka ruang yang luas dalam
pengeluaran produk, pemasaran, dan lain-lain.

Cabaran yang seterusnya adalah aksesibiliti terhadap teknologi dan sokongan


R&D. Dalam cabaran ini pihak berwajib yang perlu memainkan peranan demi
menyediakan kemudahan teknologi yang canggih dan berkualiti dalam usaha
melahirkan usahawan yang hebat di kawasan luar bandar. Selain itu, pihak berwajib
perlu memberi sokongan terhadap ushawan luar bandar tidak kira dari segi kewangan
atau pun ilmu pengetahuan agar ushawan di luar bandar dapat meningkatkan proses
pengeluaran mereka yang dapat dipasarkan secara global. Cabaran yang seterusnya
adalah membangunkan usahawan yang berskala besar di luar bandar.

2.3 MODAL INSAN YANG BERKUALITI

Untuk melahirkan masyrakat yang mempunyai modal insan yang tinggi di


kawasan luar bandar adalah amat sukar. Tetapi dengan adanya usaha maka hal ini
tidak mustahil untuk berlaku. Modal insan yang berkualiti, berdaya sains, mampan,
dan berfikaran jauh atau kreatif boleh dilahirkan dengan cara sisitem pendidikan yang
berkualiti disediakan di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana modal insan
yang berkualiti di luar bandar menjadi aset kepada pembangunan luar bandar itu
sendiri. Tetapi untuk melahirkan maysrakat yang bermodal insan mempunyai beberapa
cabaran.

Antara cabarannya adalah seperti keciciran pelajar, kurang akses kepada


pendidikan awal kana-kanak, insfrastruktur pembelajaran yang kurang lengkap,
kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan berpengetahuan, dan sebagainya.

Selain itu, cabaran dari segi minda juga merupakan cabaran dalam melahirkan
modal insan terutama di kawasan luar bandar. Kebanyakkan penduduk luar bandar
dari segi pemikiran mereka mundur kebelakang dan hanya mengharapkan pihak
kerajaan membantu.

Dalam pada itu, Cabaran dari segi tenaga kerja mahir contohnya kekurangan
tenaga kerja tempatan dalam setiap sektor akan menggalakkan kerajaan untuk
mengimport tenaga buruh asing untuk bekerja. Hal ini menyebabkan rakyat tempat
enggan untuk bercampur bekerja dengan buruh asing yang menyebabkan
pengganguran buruh tempatan meningkat. Hal ini telah memberi kesan kepada
produktiviti buruh tempatan yang menjejaskan modal insan.

3.0 KESIMPULAN
Pembangunan luar bandar perlulah dipertingkatkan dengan kadar segera bersesuaian
dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB). Kesemua dasar, strategi, dan langkah
perlu diseleraskan agar pelaksanaannya tidak mempunyai apa-apa masalah atau cabaran.
Maka, diharap semua pihak perlu berganding bahu dalam membngunkan kawasan luar
bandar agar setanding dengan kawasan bandar.
4.0 RUJUKAN

Aizul Fidy Kamaruddin & Suhana Saad. (2017). Kepimpinan Transformasi Dalam Kalangan
Kepimpinan JKKK Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan. dalam Malaysian
Journal of Society & Space. 13. Issue (29-41)

Ani Ahmad & Abu Daud Silong. (2011). “Issues and Challenge Affecting Village Leadership
Effectiveness For Rural Community Development in Malaysia”. Economy Policy, 1-9.

Asan Ali Golam Hassan & Muszafarshah Mohd Mustafa. (2012). Income Distribution to
Regional Disparities: a Cumulative Causation from Malaysia’s Experience. In Aris Ananta &
Rick Barichello (eds). Poverty, Food, and Global Recession in Southeast Asia. Institute of
Southeast Asian Studies, Singapore.

Asan Ali Golam Hassan. (2004). Growth, Structural Change and Regional Inequality in
Malaysia. Ashgate Publishing Ltd, England.

Azima A.M, Zaimah R, et al., (2015). Cabaran dalam mempertahankan tanah adat: kajian kes
tanah NCR Suku Kaum Bidayuh Sarawak. Prosiding PERKEM 10, (2015) 426 – 433.

Idris, N. D. M., Siwar, C., Talib, B. A., & Berma, M. (2012). Socioeconomic Impact On
Farmers in Malaysia: A Case Study on Integrated Agricultural Development Project.
American Journal of Applied Sciences, 9(4), 579-583.

Ismail Alias. (2006). Pembentukan Minda Kelas Pertama Berdasar Perspektif Psikologi
(kognitif). Journal Pengurusan Awam. Disember 2006. m.s. 45-63.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2016). Dasar Perancangan Fizikal Negara 2030.
Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia.

Ibrahim Ngah. (2009). Rural Development in Malaysia. in Ishak Yussof. Malaysia’s


Economy: Past Present & Future. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre. pp.
23-60

Kementerian Pembangunan Luar Bandar. (2019). Dasar Pembangunan Luar Bandar.


Putrajaya: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR.

You might also like