You are on page 1of 53

Dari meja

ketua editor
Alhamdulillah satu lagi program Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) iaitu Jejak Inovasi mendapat tempat dihati pihak Kerajaan dan masyarakat awam. Kejayaan program ini meneruskan kesinambungan kejayaan program YIM yang lalu seperti Kuala Lumpur Innovation Forum, ASEAN Youth Forum on Innovation and Creativity (AYFIC) dan Kids Invent!. Kami percaya dengan sokongan pelbagai pihak, Program Jejak Inovasi sudah pasti akan berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan masyarakat. Pelaksanaan Program Jejak Inovasi adalah berasaskan kesedaran kami bahawa usaha membudayakan kreativiti dan inovasi perlu melibatkan semua lapisan masyarakat. Inovasi bukan milik sesiapa tetapi boleh dimiliki oleh semua, dan jika dijadikan budaya dan amalan hidup ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa. Inovasi adalah kunci kepada kemakmuran dan ketamadunan sesebuah negara. Saya mewakili warga YIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan inovatif yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Jejak Inovasi khususnya pihak MOSTI yang memberi sepenuh kerjasama dan sokongan berterusan. Pelaksanaan Program Jejak Inovasi khususnya di Melaka, Zon Pendalaman Sabah dan bahagian Mukah, Sarawak telah membuktikan bahawa melalui kerjasama pelbagai agensi, masyarakat setempat, rakan media serta para pereka cipta inovasi akar, pelbagai kreativiti dan inovasi akar umbi telah dapat diketengahkan. Program Jejak Inovasi di Melaka sebagai contoh telah mengenengahkan pelbagai kreativiti orang kampung. Antara inovasi-inovasi yang telah dikesan di Melaka ialah kolam ikan hibrid, sistem storm bullet bagi meningkatkan keupayaan kereta, inkubator telur dan sistem amaran, pembuatan parang daripada besi-besi terpakai, perangkap air pintar, papan tanda eksi, serbuk kerabu pelbagai guna, kiub asam pedas, seramik, pembuatan keris dan juga bunga api. Di Keningau dan Mukah pula, inovasi-inovasi yang telah dikesan lebih berhubung-kait dengan industri pertanian kerana ia merupakan aktiviti utama bagi masyarakat akar umbi di kawasankawasan ini. Di antara inovasi-inovasi yang telah menarik perhatian penjejak termasuklah mesin pelerai padi, mesin menuai padi, mesin memproses padi, penjana elektrik hidro mini dan sebagainya. Kejayaan para pencipta akar umbi ini memang menakjubkan kerana kebanyakan mereka hanyalah petani sahaja dan tidak pernah mendapat pendidikan formal ataupun didedahkan kepada ilmuilmu kejuruteraan ataupun yang berkaitan dengannya. YIM berharap akan dapat mencungkil lebih ramai lagi inovasi-inovasi akar umbi pada tahun hadapan, dengan potensi untuk dikomersilkan, apabila menjalankan jejak Inovasi di lokasi-lokasi lain di seluruh negara nanti. Sebagai sebuah entiti yang bertanggungjawab dalam mempromosi dan menyemai kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia, YIM akan terus meningkatkan segala usaha terutamanya dalam mencapai golongan kanak-kanak, belia, wanita, masyarakat luar bandar, orang kurang upaya dan organisasi-organisasi bukan kerajaan. Pada masa yang sama, kami turut mengalu-alukan peranan YIM dalam melaksanakan inisiatifinisiatif Gerakan Inovasi Nasional 2012 - yang akan membantu mengukuhkan ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan semua rakyat Malaysia. TERUSKAN BERINOVASI!

editorial
Penasihat:
Dato Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad

Ketua Editor:
Dr. Raslan Ahmad

Editor:
Datin Nur Wahidah Wong Abdullah Muhammad Aziph Dato Mustapha

Penulis:
Razman Mohammad Nurul Anuar Kari Fabian Labery

Kumpulan Kreatif:
Roshana Alma Ali Sharmila Mohamed Salleh Diyana Yang Abdul Razak Naterah Abdullah Sani

Fotogra
Mustafa Kamil Mokhtar Diyana Yang Abdul Razak Thareq Arifn Mohd Tajmi Azizul Hakim Abd Karim

Penerbit Bersama
MOSTI YIM

YBrs. DR. RASLAN AHMAD,


Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Jejak Inovasi / Innovation walk

01

Perutusan

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

SALAM INOVASI DAN SALAM 1MALAYSIA. Jejak Inovasi adalah satu lagi program yang dimulakan oleh MOSTI dengan Yayasan Inovasi Malaysia sebagai pelaksananya, dalam langkah kita memperhebatkan usaha membudayakan inovasi dengan mengiktira inovasi akar umbi Jejak Inovasi bertujuan menjejaki dan membuat penemuan inovasi akar umbi di kawasan luar bandar di mana masyarakat telahpun mencipta peralatan-peralatan inovatif mereka tersendiri yang telah membantu mempermudahkan kerja seharian mereka. Namun, potensi ciptaan-ciptaan ini tidak terdedah, lebih-lebih lagi dari aspek komersil. Sebagai Kementerian yang bertanggung jawab menggalakkan aktiviti kreativi dan inovasi di Malaysia, MOSTI amat berbangga dengan pencapaian Jejak Inovasi dalam menyumbang kepada peningkatan bakat-bakat inovatif negara. Melalui Jejak Inovasi, MOSTI dan YIM juga telah berjaya membantu mempromosi dan mengenengahkan kelebihan dan potensi hasil ciptaan inovasi akar umbi bagi pengetahuan masyarakat awam. Hasil kerjasama erat pelbagai agensi dan pemimpin setempat, Program Jejak Inovasi telah diserapkan ke dalam program Gerakan Inovasi Nasional 2012, seperti mana diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012. Gerakan Inovasi Nasional 2012 bertujuan untuk menghayati inovasi yang telah dikenal pasti sebagai pemangkin untuk meningkatkan rantaian nilai ekonomi ke peringkat yang lebih tinggi. Maka dengan ini, program Jejak Inovasi akan menjadi salah satu inisiatif kerajaan yang penting dalam mencapai agenda inovasi negara dengan memertabatkan hasil inovasi akar umbi. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Jejak Inovasi di Melaka, Pedalaman Sabah dan Mukah di Sarawak, dan semoga kejayaan ini akan mendorong anda untuk menjadikan Jejak Inovasi akan datang lebih berkesan lagi.

Y.B. DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI, J.P.

02

Jejak Inovasi / Innovation Walk

Sepatah Kata
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA, Terlebih dahulu syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya beberapa Program Jejak Inovasi telah dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang. Bidang sains, teknologi dan inovasi sememangnya amat penting dan merupakan penyumbang kepada kejayaan dalam ekonomi serba moden pada masa kini. Ia merupakan asas kepada pelaburan strategik bagi membina ekonomi yang lebih inovatif dan bertenaga untuk menghadapi cabaran dan ketidaktentuan dalam abad ke-21 ini. Justeru itu, pendedahan mengenai sains, teknologi dan inovasi harus diberikan kepada segenap lapisan masyarakat. Program Jejak Inovasi merupakan salah satu mekanisma dan pendekatan yang diambil oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menggalakkan pengaplikasian elemen sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian di peringkat akar umbi dan masyarakat luar bandar. Hasil daripada beberapa siri Program Jejak Inovasi yang telah dilaksanakan, terdapat banyak ciptaan yang menakjubkan telah dikenal pasti. Kebanyakan dari ciptaan tersebut dihasilkan oleh para pencipta yang tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan hasil ciptaan mereka. Sehubungan itu, MOSTI dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sedang dalam usaha bagi membantu para pencipta akar umbi ini mengembangkan produk-produk inovasi mereka sehingga ke peringkat komersil dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti pusat Innospace. Pusat Innospace ini berperanan sebagai pusat rujukan kepada masyarakat setempat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membantu pereka cipta membangunkan idea, membuat prototaip dan modeling melalui bimbingan daripada beberapa agensi lain di bawah MOSTI.

Usaha dan inisiatif ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan yang telah mengenal pasti inovasi sebagai mekanisma utama untuk memacu Malaysia agar terus maju dalam persekitaran ekonomi baru. Akhir kata, syabas saya ucapkan kepada semua tenaga kerja Program Jejak Inovasi terutamanya Yayasan Inovasi Malaysia di atas kejayaan mereka melaksanakan Program Jejak Inovasi di Melaka, Keningau dan Mukah. Saya berdoa agar mereka akan terus menempa kejayaan yang lebih baik untuk program-program yang akan datang. Wassalam.

YBHG. DATO MADINAH MOHAMAD

Jejak Inovasi / Innovation Walk

03

JEJAK INOVASI
Jejak Inovasi adalah satu program dianjurkan untuk menjejak pengetahuan tradisional dan hasil inovasi serta rekacipta yang dibangunkan oleh masyarakat negara di kawasan pedalaman dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Maklumat dan hasil penemuan ini dikumpulkan dalam bentuk pangkalan data (database) bagi memastikan pengetahuan dipelihara dan dapat dikongsi oleh masyarakat di kawasan lain. Jejak Inovasi melibatkan penyelidik, ahli sains, ahli reka cipta dan pelajar-pelajar universiti dalam tinjauannya. Penjejak Inovasi juga memberi khidmat nasihat dari segi teknikal bagi membantu penambahbaikan hasil inovasi masyarakat. Selain itu, hasil inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan juga dibantu dari segi memohon hak harta intelek serta proses pengkomersilan. Program Jejak Inovasi yang dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah berjaya menjejak 41 produk inovasi (sehingga 31 Oktober) yang dibangunkan secara individu mahupun berkumpulan telah berjaya didokumentasi. Daripada 41 produk tersebut, sebanyak 9 produk telah dikenalpasti berpotensi untuk dibangunkan ke peringkat pengkomersilan. MOSTI dan YIM akan membantu produk-produk berpotensi ini dari segi khidmat nasihat teknikal serta saluran bantuan dari segi piawaian dan dana yang disediakan oleh Kerajaan, bank dan pihak swasta. Contohnya Cradle Fund Sdn Bhd yang menawarkan bantuan kewangan seed untuk mengkomersilkan produk inovasi berasaskan teknologi. Pelaksanaan Program Jejak Inovasi sememangnya telah dan akan terus melibatkan golongan belia. Pelaksanaan Jejak Inovasi yang telah dilaksanakan di Melaka, Zon Pedalaman Sabah dan Mukah, Sarawak telah pun melibatkan golongan belia khususnya terdiri daripada golongan pelajar daripada Politeknik Merlimau Melaka dan Mukah, Giat MARA, UITM, Insitut Kemahiran Belia (IKM) dan pertubuhan belia serta sukarelawan setempat. Penyertaan belia dalam delegasi Jejak Inovasi bukan sahaja memberi kesempatan kepada mereka mengenali hasil ciptaan akar umbi, malah memberi kesempatan kepada mereka untuk memberikan pandangan dan berkongsi ilmu dan pengetahuan. Di samping memberi peluang kepada penyertaan belia di dalam Program Jejak Inovasi, tumpuan Jejak Inovasi juga memberi keutamaan kepada perekacipta muda sebagai contoh Jejak Inovasi di Melaka telah pun mengenengahkan rekacipta muda Cik Rozana Musa yang menghasilkan seramik dan cenderhati bermotifkan tradisi dan budaya Melaka dan rekaan serbuk kerabu daripada pelajar Politeknik Melaka.

KOMPONEN JEJAK INOVASI


Pemetaan
(MAPPING)

Penjejakan
(SCOUTING)

Penemuan
(DISCOVERY)

Pengkomersilan
(COMMERCIALIZATION)

Penilaian
(ASSESSMENT)

Penginkubasian
(INCUBATION)

Pengesahan
(VALIDATION)

Pendokumentasian
(DOCUMENTATION)

Pengiktirafan
(RECOGNITION)

04

Jejak Inovasi / Innovation Walk

Apa itu

Inovasi

Inovasi merangkumi pengamalan idea kreatif dengan menambah nilai kepadanya. Bersikap inovatif bermaksud menerapkan kaedah baru atau mempertingkatkannya untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, menukar idea kepada sesuatu yang menakjubkan, dan mengubah idea yang paling mudah menjadi produk yang canggih.

"Kita perlu berinovasi. Tiada negara akan berjaya melainkan ianya melibatkan inovasi dan aktiviti kreatif,"
YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

Siapakah golongan

Akar Umbi

Akar umbi membawa maksud peringkat bawah atau asas sesebuah komuniti. Golongan akar umbi adalah termasuk kanakkanak, belia, wanita, badan bukan kerajaan, masyarakat luar bandar dan juga mereka yang kurang berkemampuan. Golongan ini adalah tunjang masa depan negara dan disebabkan itu juga golongan ini hendaklah diberi pendedahan awal dan landasan untuk mereka melangkah lebih jauh.

Jejak Inovasi / Innovation Walk

05

Jejak Inovasi

Negeri Melaka

06

Jejak Inovasi / Innovation walk

Bumi Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah diberi penghormatan bagi memulakan satu episod bersejarah dalam usaha memartabatkan hasil inovasi peringkat akar umbi di negara ini menerusi satu program inisiatif bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Objektif Jejak Inovasi ialah mengenalpasti inovasi yang dihasilkan oleh golongan akar umbi dan memberikan khidmat nasihat tentang objektif utama, kaedah penambahbaikan dan ciri-ciri inovasi yang bermutu kepada perekacipta yang dijejak sepanjang tiga hari misi ini berlangsung. Produk inovatif yang dikenalpasti berpotensi akan dibangunkan lagi melalui pelbagai platform yang disediakan pihak kerajaan dan swasta misalnya Pusat Innospace MOSTI yang bertempat di pelbagai lokasi di negara ini. Hari pertama kami sebagai Penjejak Inovasi bermula sebaik selesai upacara Majlis Pelancaran Innospace serta Flag Off Jejak Inovasi sekitar jam 11.00 pagi. Pelancaran telah disempurnakan em mpur purnak nakan nak n Ketua Ke ua Ket a Menteri Melaka, Y.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Y.B. Datuk Hj Fadillah Hj Yusof di SIRIM, Batu Berendam, Melaka. Konvoi kami disertai tunggak utamanya iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Inovasi) MOSTI, Y.Bhg. Dato Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Y.Brs. Dr Raslan Ahmad, para pakar dalam bidang automotif, rekabentuk mesin, perkhidmatan, pembuatan, pemasaran n dan pegawai-pegawai YIM dan MOSTI, media cetak dan elektronik serta sukarelawan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) seramai 50 orang.

ejak Inovasi yang julung kali diadakan di negeri Melaka ini membabitkan tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah, selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Julai 2011 bertemakan Menjejak Inovasi Akar Umbi.

Jejak Inovasi / Innovation walk

07

Inovasi

hari

01

Kolam Hybrid brid


jumaat, 15julai 2011

Lokasi yang dituju pada hari pertama penjejakan ialah daerah Melaka Tengah. Kesemua Penjejak Inovasi berkumpul di Kampung Morten, Bandar Melaka sebelum memulakan penjelajahan. Cuaca yang bertukar mendung tidak mematahkan semangat kami untuk menjejaki perekacipta akar umbi di bumi Hang Tuah ini.

ekitar jam 3.30 petang, rombongan kami tiba di sebuah kampung di Jalan Bukit Gedong, Tanjung Keling. Hujan gerimis yang dingin kami redahi untuk tiba ke destinasi.

Ketibaan kami disambut mesra oleh Encik Abdul Hamid Bin Ranting dan keluarga serta masyarakat. Turut menunggu ketibaan rombongan kami adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Y.B. Datuk Ab Rahaman Ab Karim serta Ahli Parlimen Tangga Batu, Y.B. Datuk Idris Haron. Hadir sama Timbalan Menteri MOSTI, Y.B. Datuk Hj. Fadillah Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan (R&DCIC) Jabatan Ketua Menteri Melaka, Prof Madya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah untuk menyokong usaha ini. Encik Abdul Hamid telah memberikan penerangan terperinci mengenai produk yang dihasilkannya sejak dua tahun lalu. Inovasi yang dimaksudkan itu adalah Kolam Hybrid yang merupakan gabungan teori kolam tanah dan kolam buatan. Beliau menjelaskan dengan lebih lanjut kepada peserta rombongan berkenaan kolam ciptaannya yang lebih murah berbanding kolam lain dan bagi menghasilkannya hanya memerlukan modal permulaan yang lebih kecil serta mudah untuk diselenggara. Menariknya, ciptaan kolam ini dapat menjadikan keadaan air dan ikan yang diternak itu lebih semulajadi (natural) berbanding kolam buatan simen, tangki atau kanvas sepenuhnya. Kami juga diberitahu bahawa kolam sebegini amat sesuai untuk dijadikan kolam nurseri dan kolam hiasan yang mempunyai hidupan di dalamnya. Menceritakan kembali bagaimana inovasi ini menjadi kenyataan, beliau menjelaskan bahawa ia diilhamkan berdasarkan pelbagai masalah yang timbul sekiranya menghasilkan kolam tanah dan kolam buatan. Antara masalah yang dihadapi jika menggunakan kolam tanah ialah kerosakan pada rupa bentuk muka bumi, kesulitan pemulihan dan rawatan semula kolam, kesukaran menternak secara padat serta hasil sukar untuk dituai. Bagi kolam buatan pula, masalah yang timbul seperti kos pembinaan yang mahal, memerlukan kawalan tenaga manusia sepenuhnya, saiz yang terhad serta masalah kos kawalan mutu.

Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti, beliau telah mula mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menghasilkan kolam yang dapat beroperasi dengan kos yang rendah dan memperoleh keuntungan tinggi. Justeru, bagi mencapai hasrat itu, beliau telah menjalankan sedikit kajian menerusi pelbagai pembacaan dan rujukan internet serta nasihat dan tunjuk ajar daripada jabatan dan agensi perikanan. Akhirnya, terhasillah inovasi yang dinamakan kolam Hybrid yang terletak berhampiran rumah beliau. Kolam ciptaan beliau itu mempunyai pelbagai kelebihan dan secara tidak langsung telah mencapai dua matlamat iaitu dapat beroperasi dengan kos yang rendah dan memperoleh keuntungan yang tinggi. Kolam Hybrid yang dihasilkan Encik Abdul Hamid ini mempunyai banyak kelebihan seperti boleh dibentuk kepada pelbagai saiz, dasar kolam tanah membantu mengekalkan habitat semulajadi ikan dan kolam yang digali masih menggunakan semula tanah tersebut. Selain itu, kolam ini lebih eksibel dan boleh diubah sama ada untuk dijadikan kolam tanah atau buatan dan boleh dibina secara bulatan serta tidak terhad kepada penternakan sahaja tetapi sesuai juga untuk kolam perhiasan. Pakar Penjejak Inovasi yang ditemui bersama rombongan ini menjelaskan bahawa hasil inovasi yang diusahakan Encik Abdul Hamid ini amat bagus kerana menurut mereka, penggunaan kolam yang diperbuat daripada tanah dapat mengurangkan kadar penukaran air kolam berbanding menggunakan kolam yang diperbuat daripada simen. Selain itu, hasil hidupan di dalam kolam tersebut iaitu ikan-ikan juga akan menjadi lebih besar.

Encik Abdul Hamid Bin Ranting Jalan Bukit Gedong di Tanjong Kling, Daerah Melaka Tengah, Melaka.

08

Jejak Inovasi / Innovation walk

Encik Abdul Hamid Bin Ranting Jalan Bukit Gedong di Tanjong Kling, Daerah Melaka Tengah, Melaka.

hari

01

Inovasi

Desa Cart
jumaat, 15julai 2011
Berkat usaha dan kegigihan mereka berdua sejak tahun 2000 lagi dengan t bermodalkan RM5,000, kini telah mendapat g pengiktirafan secara tidak langsung si apabila terdapat sekolah serta agensi u yang menjadikan ciptaannya sebagai satu gu daya tarikan untuk program seperti Minggu n, Kemahiran Hidup, Expo Perdagangan, Konvokesyen dan pameran. an Selain itu, beliau juga ada menerima tawaran daripada pelbagai pihak untuk mengajar dan ang memberikan ceramah berkenaan produk yang dak dihasilkan, namun semua tawaran itu tidak atan dapat dipenuhi kerana masalah kesihatan yang dialaminya. Sehingga kini, sebanyak tujuh buah kenderaan telah dihasilkan dengan pelaburan sebanyak lebih RM10,000 bagi menjayakan impiannya mencipta kenderaan ini. Pakar Penjejak Inovasi yang hadir sama membuat pemerhatian dan penilaian turut memberikan beberapa pandangan bernas terhadap ciptaan ini. Antaranya ialah Encik Hamid perlu mengambil kira aspek keselamatan terutama kepentingan menambah baik sistem brek sedia ada selain menukar tayar yang lebih sesuai dengan permukaan jalan yang digunakan. Selain itu, pandangan agar kenderaan ini berupaya untuk berundur seperti kereta sebenar turut diutarakan sebelum proses pengkomersilan dijalankan.

ncik Hamid Bin Ranting, 61, yang kini menjangkau usia emas masih mampu memanfaat kebolehan serta pengetahuannya bersama anaknya yang kini menuntut di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Selain daripada kolam hybrid, beliau juga menghasilkan satu inovasi yang dapat dibanggakan iaitu kenderaan 4 roda menggunakan enjin Honda C70 terpakai bagi kegunaan dalaman dan juga untuk rekreasi. Produk inovasi yang dihasilkan oleh beliau merupakan kenderaan pacuan 4 roda berkelajuan rendah dan boleh digunakan secara domestik bagi urusan mengangkut beban ringan sehingga 300 kg. Selain itu juga, produk yang dihasilkan ini mempunyai kelebihannya tersendiri kerana reka bentuk prototaipnya boleh diubah sama ada dari segi tayar, kedudukan penumpang dan juga kerangka asasnya. Selain itu, kenderaan ini mudah diselenggara kerana alat ganti yang digunakan mudah diperoleh serta murah. Mengimbau kembali idea asal untuk mencipta Desa Cart atau lebih dikenali sebagai KEMO (Kereta-Motor) ini sebenarnya bermula setelah beliau berhenti kerja apabila terbabit dalam satu kemalangan di tempat beliau bertugas. Hasil inovasi yang pada mulanya hanyalah hobi untuk menghasilkan sebuah kereta mainan bagi mengisi masa lapang, akhirnya berjaya menghasilkan satu produk yang mendapat tempat dalam program Jejak Inovasi di Melaka.

Jejak Inovasi / Innovation walk

09

hari

01

Inovasi

hydrofuel
jumaat, 15julai 2011

etelah menjejak inovasi di Tanjung Kling, rombongan kami seterusnya menuju ke satu lagi destinasi iaitu di Taman Bukit Cheng untuk mengenalpasti satu lagi inovasi ciptaan anak tempatan di bumi Hang Tuah ini. Dalam keadaan hujan yang renyai-renyai itu ketibaan rombongan kami pada jam 5.00 petang disambut mesra oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Y.B Datuk Tahir Hassan bersama barisan kepimpinan masyarakat. Menurut perekacipta produk inovasi ini, Encik Jamal Mohamed Bin Gulam Rasool, Hydrofuel merupakan satu alat iaitu sistem di dalam kenderaan yang berupaya menukarkan air (H2O) kepada gas hydrogen dan disuntik ke dalam enjin kenderaan. Katanya, tujuan produk ini dicipta kerana berlaku kenaikan mendadak harga minyak di pasaran sehingga RM2.80 seliter pada tahun 2008 dan kebimbangan terhadap kehabisan sumber gas asli menjelang pertengahan abad ini. Jamal memberitahu kami bahawa produk inovasi Hydrofuel ini menggunakan konsep elektrolisis untuk menukar H2O (air) kepada gas HH2 (hydrogen) dan hydrogen yang terhasil akan disalur kepada kaburator/fuel injection untuk menggantikan udara kepada hydrogen dan dicampur bersama petrol atau diesel. Jelasnya lagi, pemasangan boleh dilakukan ke atas semua jenis enjin kenderaan dan tidak terkecuali enjin yang menggunakan NGV. Alat ini juga menurutnya amat mudah untuk diselenggara kerana hanya perlu menambah air ke dalam Hydrofuel. Selain daripada penjimatan, alat ini juga menghasilkan pembakaran

yang lebih sempurna di dalam ruang pembakaran enjin. Ini adalah kerana hidrogen adalah gas yang lebih mudah terbakar berbanding oksigen. Keistimewaan produk ini adalah penjimatan minyak oleh pengguna sebanyak 30% hingga 35%. Ini bermakna pengguna akan memperoleh lebih perbatuan bagi setiap liter minyak. Ini juga secara tidak langsung RPM enjin dapat dikurangkan sebanyak 35% kerana enjin tidak perlu berputar dengan laju di samping dapat menambah jangka hayat enjin. Jelasnya, sehingga hari ini sebanyak 500 buah kenderaan telah menikmati keistimewaan daripada produk yang dihasilkan ini. Pada peringkat permulaan, produk ini telah dicuba oleh saudara-mara dan ternyata mendapat maklum balas positif dari segi penjimatan minyak terutama bagi perjalanan jarak jauh. Antara jenis kenderaan yang telah menggunakan produk ini seperti Toyota Estima, Honda Streem, MyVi, Persona dan Iswara. Pakar Penjejak Inovasi yang menilai inovasi berkenaan memberikan pandangan bahawa produk ini dapat mengurangkan minyak petroleum namun, nilai komersil produk in tidak terlalu tinggi kerana produk seperti ini telah terdapat di pasaran. Begitu juga dari aspek keselamatan, beberapa kriteria seperti pemasangan dan penggunaan berhemah perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang kemalangan semasa menggunakan produk ini.

Encik Jamal Mohamed Bin Gulam Rasool


Taman Bukit Cheng, Melaka.

10

Jejak Inovasi / Innovation walk

ejak Inovasi seterusnya membawa kepada satu lagi ciptaan oleh Encik Jamal Mohamed Bin Gulam Rasool iaitu Electric Saver atau Alat Penjimatan Elektrik yang berupaya mengurangkan penggunaan elektrik di sesebuah rumah.

Electric Saver merupakan satu alat yang digunakan pada kotak bekalan elektrik di rumah bagi membetulkan faktor kuasa sebanyak 30 serta dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik di rumah. Menurut Jamal, alat ini dapat mengurangkan kadar elektrik yang digunakan bagi setiap isi rumah sehingga 40% dan amat mudah digunakan dengan hanya memasang pada mana-mana soket di dalam rumah dan biarkan ia tanpa perlu dimatikan. Jelasnya lagi, bagi rumah kediaman 1 fasa alat yang perlu dipasang hanyalah 1 unit sahaja manakala bagi rumah kediaman 3 fasa pula hanya perlu dipasang 3 unit sahaja. Ini bermaksud bahawa bagi setiap 1 unit untuk 1 fasa. Pada peringkat awal, alat yang dicipta ini telah digunakan oleh saudara-mara terdekat serta rakan sahaja, namun berdasarkan maklum balas positif yang diperoleh kerana hasilnya amat menakjubkan ia telah dijual kepada rakan-rakan taulan dengan harga sekitar RM100 setiap unit. Jelasnya lagi, produk yang dihasilkan ini belum mendapat pengesahan daripada pihak SIRIM dan akan berbuat demikian pada masa depan. Namun, bagi meyakinkan pengguna yang menggunakan produknya, beliau akan memastikan bahawa sekiranya terdapat masalah atau tidak berkesan berkenaan produknya bolehlah memulangkannya semula. Namun, sehingga setakat ini tiada lagi pengguna yang memulangkan produk yang digunakan kerana tiada kesan negatif malah berterima kasih kerana alat ciptaannya dapat menjimatkan elektrik di rumah, jelas beliau. Encik Jamal turut menjelaskan bahawa penggunaan alat ini dibenarkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana penggunaannya tidak memerlukan sebarang proses mengubahsuai meter bekalan elektrik di rumah. Produk ini juga telah mendapat perhatian daripada beberapa syarikat yang menunjukkan minat terhadap kandungan komponen yang terdapat di dalamnya. Namun, Encik Jamal masih memelihara hakcipta beliau untuk perkembangan perniagaan beliau dimasa hadapan. Pakar Penjejak Inovasi yang hadir melihat demonstrasi produk ini telah mengemukakan beberapa pandangan bagi menambahbaik produk yang dihasilkan. Antara pandangan yang diberi adalah sebarang produk elektrik seperti yang dihasilkan ini perlulah didaftarkan kepada pihak yang arif mengenai peralatan elektrik seperti SIRIM bagi memastikan tahap keselamatannya lebih terjamin dan dapat meyakinkan pengguna.

Inovasi

hari

01

Alat Penjimatan Elektrik


jumaat, 15julai 2011

Encik Jamal Mohamed Bin Gulam Rasool


Taman Bukit Cheng, Melaka.

"Ciptaan adalah 1% inspirasi, 99% usaha dan keringat."

Thomas Edison

Jejak Inovasi / Innovation walk

11

Inovasi

hari

01

Storm Bullet System


jumaat, 15julai 2011

ejak Inovasi pada hari pertama berakhir di IKS Duyong dengan produk inovatif yang dihasilkan oleh Encik Afendi Ibrahim iaitu Storm Bullet System.

Storm Bullet System berfungsi sebagai alat penyedutan angin semulajadi mengikut kelajuan kenderaan yang membantu melancarkan perjalanan omboh turun naik tanpa memerlukan minyak yang banyak. Alat ini juga sesuai untuk kegunaan semua jenis nis kereta yang berfungsi menyalurkan an udara ke dalam enjin dengan lebih bih sempurna dan sistematik. Menurut beliau sistem ini telah h diuji lebih dua tahun lalu sebelum m ia diperkenalkan kepada umum m dan sehingga kini tiada kesan n sampingan terhadap kenderaan yang menggunakannya. Uniknya ciptaan beliau ini adalah pada cara ianya berfungsi iaitu dengan menggunakan kuasa motor yang menyedut udara dengan laju dan mampat dari luar melalui selenser masuk ke dalam sistem enjin kenderaan dan bekerja menolak piston naik bagi tujuan menjana kuasa pada komponen di i dalam enjin enjin. Selain itu, sistem ini berfungsi melalui kuasa penyedutan udara semulajadi yang berlaku mengikut kelajuan kenderaan dan ianya membolehkan kenderaan bergerak seumpama sistem super charge. Semakin laju kenderaan dipandu, semakin banyak kuasa yang akan diperoleh bagi menggerakkan komponen di dalam enjin.

Menurut beliau lagi, kenderaan akan menjadi bertambah ringan apabila udara yang diperlukan cukup mampat serta laju dan membolehkan ianya membantu menolak omboh turun naik hanya menggunakan udara. Bagi pengguna kenderaan yang menggunakan produk ini, terdapat tindak balas seperti dapat mengurangkan penggunaan minyak petrol sehingga 30-45% dan bagi perjalanan jauh boleh jimat melebihi 50%. Selain itu, j dapat mewujudkan sistem brek kaki yang lebih lembut serta memberik memberikan cengkaman yang kuat sehingga 70-80%. Bagi kenderaan automatik pula, ia dapat memberikan kepuasan bagi pertukaran g gear rendah ke tinggi dengan l lembut di samping dapat m memanjangkan jangka hayat c clutch plate. Selain itu, Top sp speed kelajuan kenderaan da dapat dipercepatkan dalam jar jarak dekat sehingga ke ta tahap 60-70% dan mampu me menambah dan meningkatkan kua kuasa pick-up pada kenderaan ke tahap 50-60%. Anta Antara pandangan pakar Penj Penjejak Inovasi terhadap produk ini adalah walaupun sistem ini berupaya menambah kelajuan kenderaan dan mengurangkan kadar penggunaan minyak, perekacipta perlulah menyelidik semula kadar asap yang terhasil kerana ianya mampu menjejaskan udara serta berkemungkinan akan mengurangkan tahap ketahanan enjin kenderaan. Produk seperti ini boleh dipasar dan dikomersilkan di Malaysia, tetapi mungkin sukar untuk memasuki pasaran luar negara kerana mereka memandang serius kepada isu-isu yang menjejaskan udara (air pollution).

Encik Afendi Ibrahim E


Mukim Duyong, Melaka.

12

Jejak Inovasi / Innovation walk

enjejak Inovasi terus bersemangat untuk meneruskan penjelajahan ke daerah Jasin. Lokasi pertama pada hari kedua adalah di Sungai Rambai untuk melihat inovasi alat-alat senjata khususnya parang yang diperbuat daripada besi terpakai. Encik Ali Kasim, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ali menyambut ketibaan kami pagi itu bersama-sama dengan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman dan penduduk kampung yang lain. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di kawasan rumah Pak Ali, kami terus dibawa ke bengkel yang terletak di belakang rumahnya yang tidaklah begitu sempurna kerana tiada peralatan canggih. Menurut Pak Ali, beliau mula mengusahakan produk pembuatan parang ini sejak berumur 18 tahun dan membuat parang merupakan kepakaran yang diwarisi daripada datuk serta ayahnya dan ini merupakan sumber pendapatan utama baginya untuk menyara kehidupan seisi keluarga. Menceritakan pembabitan awalnya dalam bidang ini, Pak Ali beliau mula mempelajari bidang seni pertukangan parang sejak berusia belasan tahun setelah bapanya yang juga pembuat parang menghantarnya belajar dengan seorang tukang parang berpengalaman di Kampung Paya Dalam, Pasir Putih, Perak. Pak Ali melakukan kerja-kerja membuat parang dengan menggunakan mesin-mesin moden bagi memudahkan beliau memotong, mengasah dan sebagainya. Akan tetapi, kaedah tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun masih lagi digunakan seperti membakar besi dan membentuknya dengan menggunakan dapur arang. Selain parang, beliau juga boleh membuat pisau, sabit kelapa sawit yang direka berdasarkan tempahan. Menceritakan lebih lanjut proses pembuatan parang, Pak Ali menjelaskan bahawa dalam proses menghasilkan parang, beliau akan melukis coraknya terlebih dahulu dan kemudian mengukurnya berdasarkan kehendak pelanggan. Adakalanya beliau akan berbincang dengan pelanggan, kemudian barulah bermula proses seperti sepoh iaitu menitik besi yang telah dibakar untuk dihasilkan bentuk parang dan juga menajamkan mata parang tersebut menggunakan kaedah tradisional dan moden. Jelas Pak Ali lagi, beliau menghasilkan parang daripada besi terpakai dan juga membeli besi dari kilang dengan harga 35 sen setiap inci. Bagi setiap parang yang dihasilkan olehnya, Pak Ali mengambil masa lebih kurang setengah jam dan boleh menyiapkan lebih kurang 10 bilah parang dalam sehari. Selain menghasilkan parang, Pak Ali turut menerima tempahan membuat sabit kelapa sawit. Dari segi pemasaran pula, beliau berupaya menjual hampir kesemua parang yang dibuatnya melalui kaedah tempahan dan kunjungan penduduk kampung dengan membuat belian secara tunai di bangsal beliau. Ada ketikanya beliau tidak berupaya memenuhi kehendak pelanggan yang memerlukan parang terutama pada musim perayaan kerana beliau tidak mempunyai pembantu. Apabila ditanya berkenaan pendapatan yang diraih hasil membuat parang, Pak Ali tidak keberatan menjelaskan mengenai pendapatannya dalam sebulan yang boleh mencecah sehingga RM2000 hingga RM3000 bergantung kepada permintaan. Bagi pakar Penjejak Inovasi, produk yang dihasilkan Pak Ali memerlukan kajian lebih lanjut bagi meneliti proses pencarian dan penggunaan besi dengan campuran karbon. an Selain itu, pada masa yang sama, pihak kerajaan negeri dan k bahagian pelancongan digesa supaya menjadikan bangsal Pak i, , Ali sebagai destinasi utama pelancongan di Sungai Rambai, a Jasin seiring dengan namanya iaitu Gerbang Selatan. Secara n tidak langsung, tradisi membuat parang dapat terus dikekalkan di Melaka dan membantu mempromosikan bengkel Pak Ali supaya lebih ramai pengunjung datang ke situ sekali gus dapat meningkatkan penjualan parang Pak Ali.

Encik Ali Bin Kasim


Lorong Simen 3, Batu Gajah Pasir, Sungai Rambai, Melaka.

hari

02

Inovasi

Parang Besi
sabtu,16 julai 2011 11

Jejak Inovasi / Innovation walk

13

Inovasi

Multipurpose Kerabu Powder


sabtu,16 julai 2011

ari parang besi terpakai, Penjejak Inovasi beralih pula kepada produk yang dihasilkan oleh penuntut di Politeknik Merlimau, iaitu serbuk kerabu atau Multipurpose Kerabu Powder. Inovasi makanan ini merupakan bahan asas pembuatan kerabu yang diproses agar pembuatan kerabu menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Produk ini dihasilkan oleh tiga orang anak muda iaitu Encik Muhammad Illias Ahmad, Encik Mohd Amin Azahan Bin Saleh dan Encik Izzat Emir bin Ibrahim. Salah seorang ahli kumpulannya, Muhammad Illias Bin Ahmad, memberitahu bahawa disebabkan ketiga-tiga mereka berasal dari utara tanah air yang terkenal dengan masakan kerabu, maka ia telah menguatkan lagi hasrat untuk merealisasikan idea menghasilkan serbuk tersebut. Menurutnya, pelbagai ramuan seperti serai, bunga kantan, cili padi, daun limau, lada hitam, limau kasturi perlu dicampur bagi menghasilkan perencah kerabu yang lengkap dalam bentuk serbuk ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah merupakan bahan sama seperti di dalam penghasilan kerabu yang asal malah rasa dan teksturnya masih dikekalkan. Multipurpose kerabu powder boleh digunakan dalam membuat pelbagai jenis kerabu seperti kerabu mangga, tauge, perut dan boleh juga digunakan sebagai perencah segera dalam menghasilkan nasi goreng kerabu. Kami juga diterangkan mengenai proses penghasilan produk ini iaitu dengan menggunakan mesin khas untuk mengeringkan semua bahan yang digunakan. Bahan-bahan seperti serai, bunga kantan, cili padi, daun limau, lada hitam, limau kasturi dipotong halus kemudian dikeringkan. Setelah itu, bahan tersebut akan dikisar dan dikeringkan sekali lagi sebelum serbuk kerabu itu dibungkus.

Serbuk kerabu ini merupakan akan a penghasilan produk kerabu rabu rab u yang pertama di Malaysia da dan n ad an ia merupakan produk mesra dan ng an ngg senang diguna untuk pelanggan di dalam kehidupan seharian ehar h ian kerana dapat menjimatkan n ma masa s sa dan kos menghasilkan jua juadah dah ah kerabu, jelasnya. Menurutnya, penghasilan pro pr produk duk k tersebut amat bersesuaian n d dengan engan zaman moden ini kerana ianya mudah diaplikasikan dan n g penyediaannya juga hanya mengambil masa tidak kurang dari 10 minit. Dari segi keistimewaan produk ini pula adalah ia dihasilkan dalam bentuk serbuk sekali gus dapat memanjangkan tempoh ketahanan produk ini. Selain itu juga, penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia merupakan produk yang sihat dan tidak memudaratkan serta sesuai untuk semua peringkat usia termasuk untuk golongan vegetarian. Lebih membanggakan, produk ini telah tersenarai sebagai 5 produk terbaik daripada 40 produk yang dihasilkan di Politeknik Merlimau Melaka dan mereka juga sering diundang menyertai pameran dan demonstrasi masakan setiap kali program diadakan di politeknik ini. Mereka juga menyatakan hasrat untuk memasarkan produk ini ke seluruh Malaysia dan berharap agar ada syarikat atau pihak yang sudi untuk berkolaborasi bagi memasarkan produk ini. Pakar Penjejak Inovasi berpendapat bahawa produk ini boleh ditambahbaikkan lagi dengan mengambil kira faktor ketahanan, kandungan nutrisi dan pembungkusan. Para pakar penjejak juga telah mengenalpasti bahawa produk ini berpotensi untuk dipasarkan kerana resepi yang unik, rasanya yang enak dan mempunyai bungkusan pakej yang lengkap.

Encik Muhammad Illias Bin Ahmad Encik Mohd Amin Azahan Bin Encik Saleh Izzat Emir Bin Ibrahim
Diploma Pengurusan Hotel dan Katering Politeknik Merlimau Melaka

14

Jejak Inovasi / Innovation walk

Inovasi

Smart Water Trap


hari

02 M

sabtu,16 julai 2011


asih di Politeknik Merlimau Melaka, Penjejak Inovasi diperkenalkan pula dengan satu lagi penemuan yang unik iaitu Smart Water Trap. Ia merupakan suatu alat yang berupaya memerangkap dan menghalang bendasing, sampah sarap dan kotoran daripada melalui saluran air di dalam bilik mandi.

Menurut perekacipta alat ini iaitu Puan Noorhaslizah Bt Ahmad, Smart Water Trap digunakan sebagai menggantikan penutup berlubang yang menutup laluan air dan ianya amat mudah dibersihkan dan kekotoran yang terperangkap tidak dapat dilihat pada permukaan penutup. Menurut beliau berdasarkan pemerhatian didapati bahagian perangkap kotoran pada saluran air di lantai sering kali tersumbat tanpa disedari. Antara masalah lain yang dihadapi adalah seperti pemasangan perangkap kotoran yang tidak teguh, rosak atau tersumbat dan aras perangkap kotoran yang tidak betul. Menurutnya lagi, saluran dan perangkap kotoran yang rosak atau tersumbat merupakan masalah yang sering berlaku terutamanya di tandas-tandas yang melibatkan ramai pengguna seperti di tandas awam dan tandas di asrama pelajar. Masalah ini berpunca daripada sikap pengguna yang gemar membuang sisa-sisa dan kotoran seperti puntung rokok, tisu dan sebagainya di dalam tandas di samping sistem penyelenggaraan yang kurang terhadap perangkap lantai. Bagi mengatasi masalah ini, Smart Water Trap tercipta dengan melakukan penambahbaikan fungsi perangkap kotoran sedia ada. Alat ini membolehkan kotoran berkumpul dibawah penutup besi dan boleh dibuang dengan mudah semasa kerja pembersihan. Ia mengelakkan saluran air dari tersumbat sambil mengekalkan nilai estetikanya. Perangkap ini juga sangat sesuai digunakan pada bangunan seperti rumah, sekolah, pusat komersil, perindustrian dan pejabat bagi mendapatkan nilai estetika dan kemasan yang tinggi, kos penyelenggaraan yang rendah, mudah dikendalikan serta kebersihan yang lebih terjamin. Noorhaslizah memberitahu kami bahawa Smart Water Trap juga pernah menerima pengiktirafan sebagai Produk Terbaik bagi Projek Kejuruteraan Awam Sesi Januari 2010 dan Projek Terbaik Inovasi Politeknik Sesi Januari 2011. Antara pandangan pakar Penjejak Inovasi terhadap Smart Water Trap ini ialah, produk ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan pengguna seperti meminimumkan masalah tersumbat, operasi pemasangan dan pengendalian yang mudah, h me h, memud m mu ahkan ker e ja penyelenggar gar aran dan pembe m rsi mbe rs s han selain memberikan kemasan eksklusif terutamanya memudahkan kerja penyelenggaran pembersihan bagi bag ib anguna ang u n dan nr umah yan ng me m ementin bangunan rumah yang mementingkan nilai estetika. Alat Ala t in i n juga dapat meminimumkan masalah bau dan ini kemasukan serangga seperti lipas terutamanya di tandas atau di dapur dan ia amat sesuai digunakan pada mana-mana lantai, terutamanya di tandas dan menyelesaikan masalah Half Moon P Position yang sering berlaku pada penyambungan lubang perangkap, sekaligus dapat mengelakkan l lu m masalah tersumbat akibat daripada masalah ini. Pe Penjejak Inovasi berpendapat bahawa produk ini ber berupaya dipasarkan kerana mempunyai nilai komersil yan yang tinggi.

Puan Noorhaslizah Bt Ahmad


Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka.

Jejak Inovasi / Innovation walk

15

atu lagi produk menarik yang ditemui semasa menjejaki Politeknik Merlimau Melaka ialah Flexible Signboard. Ia merupakan suatu alternatif bagi papan tanda keselamatan ya yang digunakan oleh para pekerja penyelenggaran jalan raya untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan. Kelebihannya ialah lebih mudah digunakan berbanding papan tanda keselamatan yang sedia ada kerana lebih ringan, mudah dibawa dan mudah dibuka serta dipasangkan. Perekacipta hasil inovasi ini ialah Encik Mohd Fazli Abd Rahman dan Cik Babby Freskayani @ Izyani Binti Kaliwon dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka. Menurut Mohd Fazli, idea bagi menghasilkan produk ini tercetus setelah beliau mendapati beberapa kelemahan pada papan tanda keselamatan yang sedia ada. Antara kelemahan yang dikenalpasti bagi papan tanda sementara berdasarkan Arahan Teknik (Jalan) 2C/85 ialah, ia diperbuat daripada kayu lapis, berat dan besar saiznya untuk dibawa kemana-mana, tidak kalis cuaca, tidak tahan lasak, dan tidak mudah alih. Jelasnya kepada para penjejak, arahan dan perkataan yang tertera di papan tersebut biasanya hanya menggunakan cat yang tidak boleh memberikan pantulan cahaya yang baik. Selain itu, papan tanda yang sedia ada mempunyai dimensi yang besar dan susah untuk disimpan dalam kenderaan kecil. Bagi mengatasi masalah tersebut, Flexi Signboard telah dihasilkan dengan pelbagai keistimewaan. Antara keistimewaannya ialah boleh dilipat dan disimpan dalam kenderaan yang kecil dengan hanya menggunakan ruang yang minimum. Kedua, operasi pemasangan dan pengendaliannya juga mudah (easy installation) dan eksibel. Ini kerana ia amat mudah dipasang dan boleh diubah-ubah kedudukannya mengikut kesesuaian.

Keempat keistimewaannya ialah ia menggunakan reektor Keempat, yang berkualiti tinggi pada papan iaitu jenis kepingan Diamond Grade dan pantulan cahaya pada papan tanda lebih baik dan berkesan terutama pada waktu malam. Menariknya, produk ini pernah mendapat pengiktirafan apabila memperoleh Johan Pertandingan Projek Terbaik (Produk) sempena Hari Inovasi Projek Kejuruteraan Awam Politeknik Merlimau Melaka dan Johan Kategori Teknikal anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan Politeknik Merlimau Melaka. Beliau turut menjelaskan bahawa Flexi Signboard mempunyai reka bentuk inovatif yang dibangunkan dan dihasilkan menggunakan saiz yang sama iaitu 1200mm x 800mm tetapi dengan konsep yang lebih ringan, mudah disimpan, lebih pantulan cahaya pada waktu malam dan lebih eksibel. Konsep yang diaplikasikan adalah berdasarkan pintu dan kaki tiga boleh lipat manakala bahan-bahan yang digunakan untuk merealisasikan Flexi Signboard adalah daripada PVC, besi berongga dan pelekat pemantul cahaya. Selain itu, Flexi Signboard ini boleh dilipat menjadi kecil dan mudah dimuatkan ke dalam but kereta serta mudah dibawa ke mana-mana sebagai langkah pencegahan awal bagi kerja-kerja kecemasan. Kesimpulannya, produk FlexiSign ini telah mencapai keberkesanannya melebihi 90% berbanding papan tanda sedia ada hanya 54.5% keberkesanannya. Ini berdasarkan dapatan analisis daripada soal selidik yang dijalankan. Keputusan yang diperoleh mendapati bahawa FlexiSign mampu menyaingi dan lebih baik berbanding papan tanda lama. Penjejak Inovasi juga berpendapat bahawa produk ini juga menggunakan reektor berkualiti tinggi dan ia perlu dipatenkan dengan segera kerana merupakan produk yang mudah ditiru dan berupaya dipasarkan kerana mempunyai nilai komersil yang tinggi.

hari

02

Ketiga, produk ini memudahkan kerja penyelenggaraan kerana Flexi Signboard lebih ringan dan lebih efektif digunakan oleh semua pengguna jalan raya serta pekerja tapak semasa untuk kerja-kerja kecemasan dan penyenggaraan.

Encik Mohd Fazli Bin Abd Rahman Cik Babby Freskayani @ Izyani Binti Kaliwon Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka.

Inovasi

Flexible Signboard
sabtu,16 julai 2011

16

Jejak Inovasi / Innovation walk

ntara produk yang menjadi tumpuan Penjejak Inovasi ialah Kiub Asam Pedas yang dihasilkan seorang anak muda bernama M. Firdaus bin Mustafa, 21, seorang pelajar dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau, Melaka. Menurutnya, inovasi makanan ini dihasilkan kerana asam pedas merupakan makanan tradisonal yang popular di kalangan masyarakat Malaysia khususnya Melaka, namun faktor kesibukan serta kesuntukan masa masyarakat pada hari ini menyukarkan makanan tersebut dimasak. Selain dari itu bahan-bahan utama penyediaan asam pedas sukar didapati terutamanya daun kesum dan bunga kantan. Menurut Firdaus, kiub asam pedas yang dihasilkan ini menggunakan ramuan dan resipi tradisi tersendiri yang merupakan perencah makanan yang memudah dan meringkaskan penyediakan makanan tradisi Melaka iaitu Gulai Asam Pedas. Kami turut diberitahu bahawa bagi menghasilkan kiub asam pedas, beberapa proses penting perlu dilalui iaitu pengeringan, kisar, dan pembentukan. Semua proses ini dilakukan dengan bersih dan teliti bagi memastikan kualiti terbaik dihasilkan.

Beliau turut mendemonstrasikan cara memasak asam pedas dengan menggunakan kiub tersebut. Yang jelas, kita hanya perlu mendidihkan air, mencampurkan bahan-bahan mentah dan seterusnya masukkan kiub Asam Pedas. Secara keseluruhannya, proses menyiapkan sajian ini untuk dihidangkan mengambil masa 10 hingga 20 minit. Dari segi kos masakan secara konvensional adalah lebih tinggi iaitu RM7.14 bagi satu hidangan berbanding RM3.63 sahaja sekiranya menggunakan kiub. Dari segi masa pula, masakan menggunakan kiub hanya mengambil masa 20 minit manakala secara konvensional sehingga 40 minit. Para Penjejak Inovasi berpendapat bahawa produk ini memerlukan pengsijilan HALAL dan berpotensi untuk dipasarkan kerana resepi yang unik, memudahkan sajian, rasanya yang enak dan mempunyai bungkusan pakej yang lengkap.

Inovasi

Kiub Asam Pedas Melaka


sabtu,16 julai 2011

hari

02
Encik Firdaus Bin Mustafa Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau, Melaka.

"Sometimes when you innovate, you make mistakes. It is best to admit them quickly, and get on with improving your other innovations."

Steve Jobs

Jejak Inovasi / Innovation walk

17

Inovasi

Jack Hang Door


sabtu,16 julai 2011

hari

02
Nora menjelaskan bahawa bagi mengatasi masalah kos buruh yang tinggi serta mengurangkan implikasi kesihatan kepada pekerja binaan, beliau terpanggil untuk mencipta Jack Hang Door. Dengan menggunakan konsep Sistem Takal Tetap yang menggunakan besi tahan karat (hollow metal) serta bolt dan nut, Jack Hang Door boleh diaplikasikan oleh seorang pekerja sahaja dengan menggunakan kekuatan kaki dan kestabilan tapak. Antara komen Penjejak Inovasi terhadap produk ini ialah dari pembungkusan agar lebih mudah di bawa ke tapak pembinaan, pemasangan alat penapak getah yang eksibel pada base plat Jack Hang Door sekiranya permukaan lantai tidak rata dan penambahbaikan dari segi pelarasan ketinggian agar setara dengan ketinggian yang dikehendaki. Produk ini juga berpotensi untuk dipasarkan kerana mempunyai nilai komersil yang tinggi.

ara penjejak inovasi turut didedahkan dengan satu lagi ciptaan unik daripada Politeknik Merlimau, Melaka yang dinamakan Jack Hang Door. Alat ini dapat membantu memudahkan kerja-kerja pemasangan pintu dengan lebih cepat tanpa sebarang masalah, mengurangkan risiko kecederaan serta dapat mengurangkan kos tenaga kerja di dalam bidang pembinaan serta individu yang ingin memasang pintu sendiri di rumah. Menurut penciptanya, Puan Nora Bt Ismail, idea bagi menghasilkan Jack Hang Door ini berdasarkan beberapa permasalahan yang dapat dikenalpasti ketika kerja-kerja pemasangan pintu dijalankan iaitu pihak majikan terpaksa mengeluarkan kos buruh yang tinggi, berlaku kecederaan kepada pekerja dan implikasi kesihatan seperti sakit di bahagian pinggang. Selain itu, kerja-kerja pemasangan pintu sering kali mengambil masa yang agak lama disebabkan pekerja terpaksa berhatihati semasa mengangkat pintu ke kerangka dan barulah engsel boleh dipasang. Kebiasaannya, kerja-kerja pemasangan pintu dilakukan sekurang-kurangnya oleh dua orang tenaga kerja ataupun lebih, itu pun bergantung kepada saiz pintu dan keperluan pelaksanaan. Ini memerlukan keadaan pintu stabil yang dipegang dengan diselaraskan pada jenang pintu kemudian skru akan dimasukkan pada engsel yang tersedia dilekatkan pada pintu tadi. Menurut beliau lagi, terdapat juga pintu yang terlalu berat serta besar mengikut kesesuaian pada struktur bangunan yang dibina. Perkara tersebut akan menyebabkan kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lama.

Puan Nora Bt Ismail Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka.

18

Jejak Inovasi / Innovation walk

ara Penjejak Inovasi seterusnya meneliti produk yang dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja mengecat dan menjimatkan masa berbanding menggunakan berus biasa iaitu Multifunction Brush And Tool Equipment (MBATE).

Reka bentuk Multifunction Brush And Tool Equipment (MBATE) telah diilhamkan melalui pemerhatian yang dibuat berdasarkan pengalaman tentang pengurusan kerja binaan yang dihadapi daripada pelbagai bahagian seperti kontraktor, pekerja persendirian daripada sektor awam dan swasta Jelasnya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukannya, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pekerja seperti memerlukan banyak pergerakan untuk menukar berus atau alatan lain yang selalunya melibatkan penggunaan tangga dan juga pergerakan badan. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh pekerja ialah seperti risiko terjatuh daripada tangga. Inovasi ini dapat mengurangkan tenaga, memudahkan kerja-kerja mengecat dan mengelakkan berlakunya kemalangan sekali gus dapat memastikan keselamatan para pekerja. Alat rekaan istimewa ini juga boleh digunakan untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada permukaan dinding atau siling. Inovasi ini dicipta menerusi penggabungan dua sistem iaitu sistem kunci hinge dan sistem bebola ber. Selain itu, produk ini akan menghasilkan sesuatu yang ringkas dan sesuai dalam pelbagai jenis kerja-kerja mengecat yang melibatkan sama ada pada permukaan rata luaran atau dalaman sesuatu bangunan. Pakar Penjejak Inovasi yang melihat alat yang dihasilkan ini berpandangan bahawa produk ini amat sesuai digunakan semasa kerja-kerja mengecat kerana ianya dapat membantu mempercepatkan proses mengecat di samping berupaya mencapai tempat yang lebih tinggi.

Inovasi

hari

02

Multifunction Brush And Tool Equipment (MB MBATE)


sabtu,16 julai2011 sabtu

Puan Nora Bt Ismail Cik Hasniza Bt Harun Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka.

Jejak Inovasi / Innovation walk

19

Inovasi

hari

02

I-Fad Trash Chute


sabtu,16 julai 2011

-Fad Trash Chute (IFCT) merupakan inovasi reka bentuk pelongsor sampah yang telah dihasilkan bagi mengatasi kelemahan pada pelongsor sampah konvensional sedia ada. Menurut perekacipta alat ini iaitu Cik Siti Marlinna a Chu Mohd Rizal dari Jabatan Kejuruteraan Awam, pada era ini, kejuruteraan awam m merangkumi bidang yang luas serta melibatkan pembinaan, penyelenggaraan dan an perlindungan alam sekitar. Oleh kerana berlakunya peningkatan dalam sektor pembinaan, maka aspek pek keselamatan menjadi keutamaan di tapak pembinaan yang memerlukan satu sistem tem saluran pembuangan sampah yang lebih sistematik serta menjamin keselamatan atan pekerja di tapak binaan. Bagi mengatasi masalah pembuangan sampah di kawasan pembinaan, beliau bersama rsama rakannya Ayu Wirdawati Bt PoA dan Juliyana Bt Hussin telah menghasilkan satu produk inovasi yang dapat menggantikan pelongsor sampah yang lama untuk digunakan kan di tapak binaan.

Beliau menjelaskan kepada para Penjejak Inovasi bahawa pelongsor sampah ini dibina daripada bahan seperti keluli, kanvas poliester, plastik politena, kabel, pengapit, bolt, nat plug dinding dan takal. Selain itu, pelongsor sampah ini dihasilkan untuk digunakan di bangunan dua tingkat dan tidak melebihi lima tingkat. Keunikan reka bentuk produk yang diberi nama IFTC ini adalah pada bahan yang digunakan dan proses mendirikannya yang melibatkan pemasangan tiga bahagian utama iaitu pangangkut (hoist), kabel dan kanvas. Jelasnya, Hoist atau pengangkut berfungsi untuk menetapkan kedudukan pelongsor, kabel pula berfungsi untuk menaik dan menurunkan kanvas manakala kanvas pula berfungsi sebagai saluran bahan buangan. Antara pandangan pakar Penjejak Inovasi terhadap produk ini adalah ianya sangat berguna dan memudahkan kerja-kerja pembuangan sampah bagi penduduk di pangsapuri atau apartment yang tidak memerlukan mereka untuk turun membuang sampah.

Cik Siti Marlinna Chu Mohd Rizal Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka.

"Saya tidak gagal. Saya telah berjaya menemui 10000 cara ianya tidak berhasil ."

Thomas Edison

20

Jejak Inovasi / Innovation walk

Inovasi

hari

02

RPS Fire Nozzle


sabtu,16julai 2011

ara penjejak Inovasi seterusnya berkesempatan an mendengar penerangan berkaitan satu produk unik k yang dihasilkan untuk mencegah atau mengurangkan n masalah kebakaran yang semakin banyak berlaku terutama di i kawasan tanah gambut dan kawasan pengumpulan sampah h sarap. Alat tersebut diberi nama RPS Fire Nozzle yang dihasilkan oleh Cik Rahayu Binti Ali daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka. Menurut Rahayu, idea bagi menghasilkan produk ini tercetus berdasarkan pengalaman dan analisis kebakaran yang diperolehi oleh pihak Bomba dan Penyelamat ketika melakukan tugasan memadamkan kebakaran. Berdasarkan maklumat yang beliau perolehi, pihak Bomba pada a masa kini terpaksa berhadapan dengan kes-kes kebakaran berisiko tinggi seperti di bangunan-bangunan tinggi dengan reka bentuk unik, kompleks membeli-belah dan kawasan perindustrian yang menyimpan bahan kimia yang mudah terbakar. Kebakaran paling sulit dan memakan masa untuk dipadamkan ialah kebakaran di tanah gambut seperti di kawasan pertanian dan hutan yang sering berlaku pada musim kering atau kemarau. Pada musim kering, kedalaman air tanah turun sehingga melebih dari 150 cm, sehingga menyebabkan lapisan atas atau permukaan gambut menjadi kering dan mudah terbakar. Walaupun api di permukaan tanah berjaya dipadamkan, namun bara api yang berada di bawah permukaan tanah masih tidak dapat dipadamkan. Tempoh masa pemadaman api di tanah kawasan tersebut bergantung kepada keluasan tanah, kedalaman bara api di dalam tanah dan bekalan air untuk memadamkannya. Kebakaran sampah di tapak timbunan sampah juga menyulitkan pihak bomba kerana masalah yang sama seperti kebakaran tanah gambut iaitu bara api di bawah permukaan sampah.

Selain itu, terdapat juga masalah teknikal iaitu alatan pemadam api sedia ada yang digunakan oleh pihak bomba hanya mampu memadam kebakaran di atas permukaan sahaja terutama kebakaran di kawasan tanah gambut ataupun kawasan pengumpulan sampah. Pihak bomba juga kadangkala terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadam kebakaran tersebut dengan mencarih tanah selapis demi selapis untuk memadam bara yang masih berada di dalam tanah. Oleh yang demikian, RPS Fire Nozzle yang dihasilkan ini adalah suatu sistem pemadaman kebakaran yang diinovasi menerusi pengubahsuaian yang dibuat dengan menambahbaik rekaan pada nozel pemadaman untuk menghasilkan pemadaman yang lebih cepat dalam proses pemadaman kebakaran. Keunikan pada produk ini ialah proses pembuatannya menggunakan penyambungan besi tahan karat dengan melalui proses pengimpalan dan komponen serta bahan yang digunakan adalah mengikut spesikasi yang ditetapkan. Istimewanya alatan ini, ianya mampu memadam kebakaran di dalam tanah untuk memadam bara yang masih menyala di dalam tanah ataupun di kawasan pelupusan sampah kerana kawasan ini mudah terbakar dengan adanya kayu-kayu kering dan pelbagai jenis bahan yang mampu terbakar dengan sendirinya mengikut cuaca seperti panas terik. Produk ini yang mempunyai kepanjangan 1-2 meter hanya perlu disambungkan dengan nozel sedia ada dan dicucuk ke dalam tanah dan amat mudah untuk digunakan serta tidak memerlukan tenaga manusia yang ramai. Antara pandangan pakar Penjejak Inovasi terhadap produk ini adalah ianya sangat berguna kerana boleh digunakan di kawasan yang besar serta mengurangkan tenaga buruh dan ahli bomba yang diperlukan bagi memadam kebakaran. Akan tetapi, keburukan produk ini adalah ia masih memerlukan sumber air yang kuat dari pili bomba. Produk ini juga amat berpotensi untuk dipasarkan kerana mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Cik Rahayu Binti Ali Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka.

Jejak Inovasi / Innovation walk

21

Inovasi

hari

02

Bendang Studio
sabtu,16julai 2011

enjejak inovasi meneruskan jejak ke sebuah tempat yang unik dari segi namanya iaitu Bendang ndang Studio yang terletak di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka. Bendang Studio yang telah dimulakan sejak empat tahun lalu ini dimiliki oleh Cik Rozana Binti Musa, 29.

Nama Bendang Studio ini digunakan sempena tapak studio ini yang pada asalnya merupakan tanah bendang d milik keluarga Rozana yang terbiar di kampung halamannya. Oleh kerana tidak mahu melihat tanah itu terbiar begitu sahaja dan atas inisiatif dan kreativiti yang ada pada dirinya, Rozana membuka studio sebagai tempat untuknya menjalankan kerja-kerja memproses dan membuat produk seramik dan cenderahati. Sebaik sahaja kami menjejak ke dalam studio yang nampak biasa sahaja dari luar, tetapi keunikannya begitu terserlah kerana terdapat pelbagai hasil karya seramik yang dihasilkan oleh seorang gadis yang merupakan seorang graduan universiti tempatan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Studio yang kami lihat mungkin tidak sehebat studio artis lain tetapi keunikannya terletak pada ketuhar rekaannya sendiri biarpun tidak begitu sempurna dan secanggih alat pembakar lain, namun sudah cukup untuk menghasilkan tembikar yang cantik dan menarik. Menurut Rozana, alat pembakaran itu direka sendiri sebagai alternatif kepada alat pembakaran sebenar kerana proses pembuatan seramik memerlukan tanah liat yang dibakar dalam suhu tinggi dan beliau tidak mampu membelinya kerana harganya yang mahal sehingga mencecah berbelas ribu ringgit. Namun, setelah berbincang dengan pensyarahnya, maka terhasillah alat ketuhar atau tano yang diperbuat daripada ber berharga RM3,000. Menurut Rozana, beliau bekerjasama dengan rakannya yang memiliki kepakaran dalam bidang percetakan untuk mencetak motif atau gambar yang sinonim dengan negeri Melaka pada seramiknya kerana mahu menonjolkan ciri negeri Melaka dari sudut berbeza berbanding dengan apa yang ada di pasaran dan mengikut kepakaran yang dimilikinya.. Beliau juga ada memberitahu bahawa akan meneliti bangunan-bangunan yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) untuk dijadikan motif dalam hasil seni. Antara pencapaian yang membanggakan anak gadis ini adalah beliau pernah menyertai Festival Kesenian di Singapura 2011 untuk mempamerkan hasil kraftangannya di sana. Lebih membanggakan, hasil karyanya bukan sahaja dipasarkan di dalam negara tetapi juga mendapat tempahan hingga ke Singapura. Bagi memperluaskan pasarannya, dia sering menyertai pelbagai pameran seni di dalam mahupun luar negara selain mencari idea untuk menghasilkan lebih banyak seramik menarik. Antara pandangan pakar Penjejak Inovasi berkaitan produk ini adalah lokasi Bendang Studio adalah merupakan lokasi yang sangat strategik untuk dijadikan lokasi pelancongan kerana ianya terletak di jalan utama. Bagi produk inovasi di Bendang Studio ini pula iaitu ketuhar membakar seramik, ianya pernah dihasilkan dan penunjuk suhu perlu direka untuk penambahbaikan.

Cik R Rozana B Bt M Musa Kampung Sungai Petai, Melaka

22

Jejak Inovasi / Innovation walk

Inovasi

Keris Nibong
Encik Idris Bin Abd Ghani Kampung Ramuan China Kechil, Masjid Tanah, Melaka.

sabtu,16 julai 2011

hari

02

estinasi yang menarik dijejak oleh para penjejak dan rombongan pada hari kedua adalah di sebuah kampung yang terletak di Ramuan China Kechil, Masjid Tanah, Melaka. Kali ini, para penjejak didedahkan dengan proses menghasilkan keris yang diperbuat daripada pokok nibong. d P Perekacipta yang dimaksudkan itu adalah pengusaha produk keris b berasaskan pokok nibong, iaitu Encik Idris Bin Abd Ghani, 54, merupakan seorang pesara Telekom. se Ke Ketibaan rombongan ini disambut meriah oleh kepimpinan di situ yang diketuai ole oleh Yang Berhormat Amiruddin Yusof ADUN Ayer Limau. Sebaik ucapan aluan disempurnakan YB Amiruddin, Dr Raslan mengemukakan pelbagai soalan dis untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan inovasi yang dihasilkan Encik Idris unt atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Deris. ata Menurut sejarahnya, rakan-rakan sekerja memanggilnya Idris Nibung kerana Men menurut cerita, beliau dikatakan tidak boleh nampak pokok nibong pasti ada men yang ingin dilakukan terutamanya membuat keris. Proses pembuatan keris nibong ini tidak memerlukan peralatan yang begitu canggih, hanya menggunakan sebilah parang yang tumpul sahaja. Menurut beliau, parang yang tumpul lebih selamat berbanding dengan parang yang tajam bagi mengelakkan luka-luka pada tangan. Beliau memulakan aktiviti ini berdasarkan minat yang mendalam serta keseronokan menghasilkan sesuatu yang unik sejak tujuh tahun yang lalu di samping dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang mendatangkan faedah. Ilham untuk menghasilkan keris nibong ini pada mulanya terhasil sewaktu berada di tepi sungai suatu ketika dahulu apabila melihat banyak batang nibong terbiar. Lalu terkir untuk menghasilkan sesuatu yang boleh mendatangkan pulangan dan berdaya maju. Kemudiannya, ilham itu dapat diteruskan dengan bantuan seorang rakannya yang merupakan gurunya dalam menghasilkan keris ini. Guru yang dimaksudkan itu adalah Encik Zainudin Bin Bachik. Beliau banyak mengajarnya mengenai teknik menghasilkan keris yang betul dan sifat-sifat keris yang lebih cantik sehingga boleh dikomersilkan.

Menurut Encik Zainudin, walaupun beliau boleh mengajar Pak Idris menghasilkan keris nibong itu, namun beliau sendiri tidak mampu untuk melakukan seperti Pak Deris. Beliau menjelaskan bahawa kayu nibong amat sukar diperoleh kerana terdapat di kawasan hutan dan memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkannya kerana terpaksa menempuh pelbagai rintangan iaitu durinya yang tajam dan untuk memilihnya pula memerlukan pengalaman. Pak Deris juga menerangkan bagaimana sesuatu bilah keris ini dihasilkan bermula dengan mencari batang pokok nibong dan terpaksa menempuh halangan serta memerlukan ilmu perhutanan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. Kemudian, setelah tiba di dalam hutan, perlu memilih pokok yang benar-benar cukup tua dengan melihat daunnya yang sudah kurang menandakan sudah cukup tua dan boleh ditebang. Dalam setiap batang nibong itu, terdapat terasnya yang boleh digunakan untuk menghasilkan keris manakala bahagian hujung dan pangkalnya boleh dijadikan tempat letak keris dan sebagainya. Beliau juga berminat untuk menurunkan ilmunya kepada golongan belia yang berhajat untuk mendalami ilmu ini. Bagi beliau yang paling penting adalah minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Setakat ini produk keris nibong yang dihasilkan dijual di gerai-gerai kraftangan sahaja dan kepada individu yang berminat sahaja. Belum ada permintaan secara borong setakat ini dan tempahan terhadap keris nibong ini juga tidak menggalakkan, jelasnya. Menurut beliau, bagi setiap sebilah keris yang lengkap dihasilkan, harga boleh mencecah sehingga RM150. Antara pandangan pakar Penjejak Inovasi terhadap inovasi ini adalah, lokasi perumahan Encik Idris perlu dijadikan lokasi pelancongan dan seni pembuatan keris oleh beliau adalah merupakan tradisi yang perlu dipertahankan di negara ini. Dari segi rekaan dan penjenamaan keris, untuk meningkatkan lagi inovasi dan keunikan, rekaan keris perlu dipelbagaikan bagi menghasilkan sesuatu yang lebih unik dan mempunyai identiti dari sudut pelancongan seperti Melaka terkenal dengan Lagenda Hang Tuah bersaudara. Justeru, setiap nama tersebut mungkin boleh digunakan sebagai nama bagi keris yang dihasilkan.

Jejak Inovasi / Innovation walk

23

Encik Ismail Bin Jantan Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka

hari

02

Inovasi

Bunga Api Buluh


sabtu,16julai 2011
enai proses pembuatan buluh itu menyebabkan Kesungguhan beliau bercerita mengenai penjejak ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan cara penjagaan dan kualiti bunga api buluh ini. Ismail dengan penuh semangat menjelaskan bahawa bunga api buluh ini memerlukan penjagaan yang rapi dalam proses penyimpanannya dan penjagaan untuk lebih tahan lama. Menurutnya lagi, pada kebiasaannya bunga api yang telah siap hendaklah disimpan di dalam kotak agar ia dapat digunakan sehingga tiga atau empat hari. Sekiranya disimpan melebihi empat hari, bunga api yang terhasil tidak dapat naik tinggi dan kelihatan tidak cantik. Menyentuh berkenaan pasaran produk yang dihasilkannya itu, Ismail memberitahu bahawa pendapatan jualan bunga apinya amat bergantung kepada permintaan pelanggannya daripada jabatan-jabatan kerajaan seperti pihak polis, tentera dan juga orang perseorangan. Jelasnya, pada musim perayaan dan majlis kenduri kahwin, bunga api buluh ini mendapat sambutan dan permintaan menggalakkan terutama daripada pelanggan tetap dan ini sekali gus meningkatkan pendapatan berbanding hari biasa. Bunga api buluh yang dihasilkan secara tradisional ini ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan kepada para pelanggannya iaitu RM15 bagi setiap batang. Berbicara pula mengenai perancangan masa depan berkenaan bunga api buluh ini, beliau mahu memastikan bahawa ia terus dikekalkan keasliannya dengan menggunakan buluh walaupun terdapat bahan lain yang boleh menggantikannya. Beliau berharap dapat melakukan penambahbaikan dari segi bahan yang digunakan bagi menghasilkan bunga api yang berwarna-warni pada masa hadapan dan sebelum ini pun, ada pihak universiti tempatan yang telah membuat kajian terhadap bunga api ini bagi memastikan produk yang dihasilkan ini lebih berkualiti dan berdaya saing. Beliau juga amat berharap agar suatu hari nanti bunga api ciptaannya akan mendapat tempat di pasaran dan menjadi produk pelancongan negeri Melaka. Pakar-pakar Penjejak Inovasi yang meninjau secara dekat proses pembuatan bunga api buluh ini begitu kagum dengan hasil ciptaan pereka ini. Mereka berpendapat bahawa, bagi memenuhi kehendak perekacipta untuk menjadikan percikan api pada bunga api berwarna-warni, seorang uk pakar bidang kimia diperlukan untuk da menambahbaik lagi produk ini. Pada ar masa yang sama, kumpulan pakar k turut mencadangkan agar aspek n keselamatan diberi perhatian i khusus sekiranya produk ini hendak bersaing di pasaran luar.

ejak inovasi pada hari kedua menjejak seorang perekacipta yang inovatif iaitu Encik Ismail Jantan, 43, seorang pembuat bunga api buluh yang tinggal di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Sebaik rombongan tiba di kediamannya pada sebelah petang, kami dapat melihat beliau hanya menjadikan belakang rumahnya sebagai lokasi tempat menghasilkan produk yang boleh dianggap setanding dengan bunga api yang diimport dari negeri China. Perusahaan ini walaupun diusahakan tanpa peralatan canggih dan moden, apatah lagi tempat yang sesuai, sebenarnya ia amat berpotensi menjadi punca pendapatan bagi sesiapa yang mengusahakannya. Beliau bersama ahli keluarganya yang merupakan generasi ketiga masih aktif menjalankan perusahaan yang dimulakan oleh allahyarham datuknya, Limon Nordin sehingga ke hari ini. Beliau tidak keberatan menceritakan kepada kami para penjejak yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai proses penyediaan bunga api buluh yang merupakan tradisi unik peninggalan datuknya sejak 80 tahun lalu, yang dikatakan berasal daripada tentera Jepun. Kami diberitahu bahawa proses menyediakan bunga api buluh ini memerlukan kesabaran dan langkah keselamatan yang tinggi bagi memastikan perkara yang tidak diingini terjadi. Menurut Ismail, antara bahan-bahan yang diperlukan ialah buluh, arang yang diperbuat daripada kayu gajus atau kayu getah, belerang, serbuk yang dipanggil siaw dan tanah busut. Tambahnya, jika dahulu beliau menggunakan kayu gajus untuk dijadikan arang, namun kerana kesukaran untuk memperolehnya, kini beliau menggunakan kayu getah kerana mudah diperoleh dan harganya juga murah. Selain itu, beliau menjelaskan bahawa semua jenis buluh boleh digunakan kecuali buluh lemang kerana buluh tersebut nipis dan tidak sesuai. Hanya buluh yang tebal sahaja digunakan supaya ia tidak mudah pecah. Bagi menghasilkan bunga api buluh ini, proses dimulakan dengan memotong buluh mengikut ruas yang panjangnya kira-kira enam hingga tujuh inci setiap satu dan kemudian buluh itu akan dijemur beberapa hari supaya benar-benar kering. Kemudian, dibuat satu lubang sebesar anak jari di bahagian ruas untuk dijadikan lubang sumbu. Setelah itu, buluh yang telah kering tadi diikat ketat di bahagian atas dan bawah menggunakan tali raa supaya tidak mudah pecah. Langkah seterusnya, tanah busut akan dimasukkan ke dalam buluh dan dimampatkan sebelum bahan lain dimasukkan. Setelah benar-benar mampat, ke semua bahan campuran seperti arang, belerang serta siaw dimasukkan dan akan diketuk sekali lagi sehingga mampat. Proses terakhir adalah memasukkan sekali lagi tanah busut bagi menutup semua bahan-bahan campuran itu dan kemudian dimampatkan untuk kali yang terakhir sebelum siap untuk digunakan. Setelah siap dan bersedia untuk dinyalakan, kita boleh menggunakan puntung rokok untuk mencucuh pada sumbu bunga api itu dan kita dapat lihat percikannya yang cantik.

24

Jejak Inovasi / Innovation walk

"Inovasi bukan lagi milik sesiapa, bukan milik mana-mana negara dan bangsa. Ia boleh dimiliki oleh semua dan jika ia dijadikan amalan budaya hidup, ia boleh memperkasakan sesuatu bangsa"
YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

"The way to succeed is to double your failure rate."


Thomas J. Watson, Sr

"I believe that education is all about being excited about something. Seeing passion and enthusiasm helps push an educational message."
Steve Irwin

"Innovation is the specific tool of entrepreneurs, the means by which they exploit change as an opportunity for a different business or a different service. It is capable of being presented as a discipline, capable of being learned, capable of being practiced. Entrepreneurs need to search purposefully for the sources of innovation, the changes and their symptoms that indicate opportunities for successful innovation. And they need to know and to apply the principles of successful innovation."
Peter F. Drucker

Jejak Inovasi / Innovation walk

25

Jejak Inovasi
Zon pedalaman sabah
SABAH, Negeri di Bawah Bayu menjadi destinasi kedua Jejak Inovasi, program inisiatif bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selepas pertama kali diadakan di Melaka pada Julai 2011.

26

Jejak Inovasi / Innovation walk

ejak Inovasi Zon Pedalaman Sabah yang bermula 17 hingga 19 September 2011 rata-rata mengurai rahsia idea kreatif dan ciptaan penduduk di pedalaman yang melangkaui semua kekangan faktor geografi, pendidikan dan sosioekonomi mereka untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga dan penduduk setempat.

Seperti Jejak Inovasi siri pertama di Melaka pada Julai lalu, siri kedua ini bukan sahaja memberi pengiktirafan malahan membuka jambatan kepada agensi-agensi kerajaan yang dapat membantu membangun dan mengkomersilkan produk terpilih bertemu terus dengan pereka inovasi. Dr. Raslan berharap siri Jejak Inovasi bukan sahaja dapat mendokumentasi malahan akan berkongsi idea dan rekacipta akar umbi dengan semua sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Penting bagi kita berkongsi maklumat ini agar semua rakyat Malaysia tahu ada hasil rekacipta walaupun di kawasan pedalaman, membuktikan inovasi itu tiada sempadan. YIM dan agensi kerajaan berkaitan juga akan cuba membantu dalam aspek bimbingan dan bantuan untuk pengkomersilan produk berpotensi dan terpilih, seterusnya menghasilkan Peta Inovasi Malaysia (Innovation Hotspot) sebagai rujukan dan galakan untuk semua kelak, katanya. Memegang amanat inovasi itu oleh dan untuk semua, pasukan ekspedisi bergerak merungkai kreativiti dan inovasi tanpa batasan yang boleh dilakukan sesiapa sahaja, di mana sekalipun dan dalam apa jua bentuk di Negeri Bawah Bayu.

Membabitkan daerah Keningau, Tenom dan Tambunan, 10 inovasi warga Sabah dirungkai dan dikongsi bersama pakar industri dan wakil-wakil agensi kerajaan berkaitan untuk dinilai dari sudut pembangunan untuk dikomersilkan. Hari pertama ekspedisi bermula dengan Majlis Perasmian Program Penggalakan Sains dan Matematik 2011 Peringkat negeri Sabah sebelum upacara Flag Off pasukan ekspedisi Jejak Inovasi sekitar pukul 1 petang. Majlis pelancaran ekspedisi telah disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Y.B. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili di Dewan Masyarakat Keningau. Konvoi ekspedisi turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Inovasi) MOSTI, YBhg. Datuk Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, YBrs. Dr. Raslan Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengalakan Sains dan Inovasi, YBhg. Datin Nur Wahidah Wong Abdullah, pakar-pakar industri reka bentuk mesin, perkhidmatan, pembuatan, pemasaran, pegawai-pegawai YIM dan pegawai MOSTI serta wakil-wakil media cetak dan elektronik.

Jejak Inovasi / Innovation walk

27

hari

01
Tambahnya, sebuah mesin dapat disiapkan dalam masa satu minggu dengan bilangan pekerja yang membantunya kini dan pembeli mungkin terpaksa menempah dahulu jika sudah kehabisan stok mesin yang sudah siap dipasang. Antara maklum balas kumpulan penyelidik termasuk penambahbaikan teknologi dan kemungkinan pengeluaran besarbesaran mesin tersebut untuk mengurangkan kos dan harga jualan. Walaupun bermula di kampung kecil dan menggunakan enjin pam air, mesin pelerai padi itu membuktikan faktor geogra dan taraf pendidikan tidak menghalang sesiapapun melahirkan inovasi tersendiri. Mengambil kira kemungkinan inovasi serupa telah dicipta di tempat lain, reka bentuk ringkas mesin itu akan dinilai untuk penambahbaikan dan mungkin juga bantuan-bantuan khusus mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Inovasi

Mesin Pelerai Padi


sabtu,17 September 2011

ari pertama Jejak Inovasi Sabah bermula di tengahtengah Keningau sekitar tengah hari bagi melihat mesin pelerai padi ciptaan Encik Siteo Akang.

Uniknya mesin ini, ia diperbuat daripada besi terpakai dan barang gantian kenderaan serta direka sepenuhnya berpandukan ilham Siteo yang mahu memudahkan kerja pesawah yang dahulu terpaksa menghempas padi menggunakan tangan. Menceritakan pengalamannya ketika mula mereka cipta mesin tersebut 12 tahun lalu, Siteo menjelaskan usahanya itu bukan mudah dicapai dengan lima unit pertama dihasilkan tidak begitu memuaskan. Bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus membuat penambahbaikan sehinggakan kini telah berjaya menjual lebih 100 unit mesin pelerai padi di Keningau, Tambunan, Tenom dan Ranau. Walaupun sudah mula dikomersilkan di pasaran setempat, Siteo yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi tetap berusaha memajukan lagi teknologi mesin tersebut mengikut pengalaman dan logik akal untuk mudahkan hidup petani setempat. Mesin tersebut dikatakan mampu meleraikan satu ekar padi daripada hampasnya dalam masa 2 jam berbanding kaedah hempas padi menggunakan kudrat tangan yang memerlukan masa lebih satu hari untuk satu ekar sawah. Di samping tidak membazirkan banyak tenaga, mesin pelerai padi itu mengurangkan jumlah padi terbuang dengan ketara, jauh lebih sedikit berbanding menggunakan tangan. Menurut Siteo, kos mesinnya itu bergantung kepada harga besi semasa dengan anggaran harga sekitar RM2,000 hingga RM3,000 termasuk dengan enjinnya, jika harga besi mahal.

Encik Siteo Bin Akang Bandar Keningau, Sabah

28

Jejak Inovasi / Innovation walk

hari

01

Inovasi

Penanaman Buah Limau Barli Terbaik


sabtu,17 September 2011

kspedisi Jejak Inovasi Sabah kemudian bergerak ke Tenom untuk melawat ladang limau barli milik Encik Yong Vui Kiong yang diperakui sebagai pengeluar buah limau barli terbaik di Malaysia.

Walaupun tidak pernah mendapat latihan, beliau meneruskan usaha membangunkan ladang tersebut dengan kajian bersama beberapa agensi kerajaan lain tetapi masih menyimpan beberapa rahsia tersendiri melalui kaedah membaja dan sistem penjagaan yang diamalkan. Dengan kemampuan keluaran sedia ada, ladang tersebut mampu menghasilkan sekitar 60 metrik tan buah limau barli setahun daripada 2,000 pokok dengan pendapatan tahunan RM140,000 atau sekitar RM12,000 sebulan. Saiz dan rasa buah yang sekata di ladang tersebut bukan sahaja bergantung kepada bekalan airnya, kaedah kawalan biologi untuk serangga (feramon lalat buah) dan pencegahan penyakit malahan berkait rapat dengan jenis tanah dan keadaan cuaca setempat. Hasil soal selidik, ladang tersebut boleh dianggap cukup berjaya dan masalah yang timbul cuma dari sudut menambah saiz ladang dan tanaman untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa dan meningkatkan jenama produk sebagai Limau Barli Tenom.

Bukan sahaja mengusai pasaran di Malaysia, Singapura dan Brunei, buah limau barli keluaran ladang miliknya turut menembusi pasaran negara lain termasuk Indonesia. Selain pernah menang sebagai juara kebangsaan, limau barli keluaran ladang tersebut turut menerima pengiktirafan Jabatan Pertanian Malaysia, Sijil Amalan Ladang Baik Malaysia dan pengiktirafan Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Melalui penjelasan Pegawai Pertanian Tenom, Encik Osman Marzuki, ladang dengan jumlah keluasan 19.65 hektar itu berjaya menjaga kualiti buah agar sekata bentuk dan saiznya dengan kemanisan isi buah yang konsisten. Sumber air yang diambil dari telaga tiub turut dirawat dan diuji untuk logam berat sebelum dialirkan ke kolam takungan untuk kegunaan ladang. Selain itu, pencegahan dan kawalan serangga, parasit dan tumbuhan perosak turut diutamakan sebelum timbulnya sebarang penyakit pada pokok. Menggunakan pengalaman selama 12 tahun sebagai petani sepenuh masa, Vui Kiong tidak banyak menggunakan racun bagi mengelakkan tanah tercemar di samping menambah baja organik jenis najis ayam yang telah dirawat bagi memastikan kesuburan pokok di ladangnya.

Encik Yong Vui Kiong Kg Sindungon Panjang, Tenom, Sabah

Jejak Inovasi / Innovation walk

29

ari kedua ekspedisi bermula di awal pagi dengan pasukan Jejak Inovasi Sabah ke Kampung Bayangan di Keningau bagi melihat pembuatan perabot dan produk lain daripada tayar terpakai.

Namun, Seripin bersedia menurunkan ilmu menghasilkan perabot tersebut kepada generasi muda yang berminat dan mungkin meneruskan usahanya itu jika mendapat bantuan kemudahan kelengkapan mesin. Beliau sebelum ini telah berkongsi pengalaman bersama 10 pemuda yang dihantar Kementerian Belia dan Sukan pada 2007 yang berjaya menyiapkan empat set perabot dalam masa satu minggu. Sambil menunjukkan produk pertama yang dihasilkannya yang masih bertahan, beliau turut memaklumkan pembaharuan telah dibuat dengan penggunaan skru pada produk yang terbaru, memudahkan komponen perabot dileraikan untuk pengangkutan. Berdasarkan maklum balas bersama anggota ekspedisi, perabot tayar terpakai ini boleh dikomersilkan dengan lebih meluas jika mendapat bantuan mesin dan tenaga kerja terutamanya melihatkan kos bahan mentah yang rendah. Di samping itu, Seripin juga boleh membuka kelas khas bagi mengajar belia yang berminat untuk mengembangkan ilmu dan pengalamannya menghasilkan produk berasaskan tayar terpakai.

Encik Seripin Sudin yang mula mengusahakan produk daripada tayar terpakai sejak 2001 menunjukkan beberapa perabot di rumahnya yang diperbuat daripada tayar lori balak yang dipotong dengan parang dan tukul, seterusnya dilentur menggunakan tangan sahaja. Sepanjang beliau masih sihat, sebanyak 10 set perabut telah siap dihasilkan dan dijual dengan setiap set terdiri daripada sebuah meja dan empat kerusi yang dibuat sepenuhnya daripada tayar terpakai. Walaupun ada pihak mencadangkan perabot tersebut dijual dengan harga RM1,800 untuk satu set, beliau hanya menjualnya pada harga RM800 hingga RM900 sahaja. Beliau menceritakan ilham untuk menghasilkan perabot berkenaan timbul ketika diminta membuat pasu bunga daripada tayar traktor, kemudian diminta meneruskan membuat produk lain berasaskan tayar terpakai. Jelas Seripin, meja lebih mudah dan lebih cepat disiapkan berbanding kerusi yang memerlukan sekitar satu minggu untuk siap sepenuhnya. Penghasilan produk berkenaan juga dibuat secara sambilan memandangkan beliau mempunyai pekerjaan tetap lain dan ditambah ketiadaan mesin untuk memudahan proses menghasilkan perabot berkenaan serta masalah kesihatan yang menyukarkannya menerima banyak tempahan.

Inovasi

hari

02

Pembuatan Perabot Dari Tayar Terpakai


ahad,18September2011

Encik Seripin bin Sudin Kampung Bayangan, Keningau, Sabah

30

Jejak Inovasi / Innovation walk

Encik Taufik Siadam Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah

hari

02

Inovasi

Pembuatan Pais atau Pisau Kampung


ahad,18 September2011
Menjual produknya mengikut saiz antara RM100 hingga RM250, Tauk juga mengambil inisiatif menghasilkan ukiran halus pada kayu sarung parang dan pedang yang dihasilkannya. Ukiran tangan pada kayu keras yang tahan lama itu dan bentuk bilah yang dihasilkan juga boleh ditempah mengikut kehendak pelanggan dengan bentuk pedang ala Samurai merupakan bentuk bilah terbaru yang dihasilkannya. Walaupun inovasi serupa pernah ditemui sebelum ini, ciri tradisional Pais, kaedah penghasilan dan bahan mentah yang digunakan agak berbeza dan unik kepada kawasan pedalaman Sabah. Hasil maklum balas bersama peserta ekspedisi, produk tersebut boleh dikomersilkan sebagai produk tradisional untuk pelancong di samping memenuhi keperluan penduduk setempat. Ciri unik produk dan kaedah penghasilannya dapat dibangunkan lagi dengan bantuan kelengkapan dan bahan mentah berkualiti yang mungkin dapat meningkatkan lagi nilai dan harga jualan bilah Pais, parang atau pedang yang dihasilkan untuk pasaran tempatan di Sabah, seluruh Malaysia mahupun antarabangsa.

kspedisi Jejak Inovasi Sabah seterusnya memulakan perjalanan jauh ke kawasan pedalaman di Tambunan bagi menjejaki produk inovasi berikutnya.

Meredah jalan tanah merah melalui kawasan berbukit bukau, kumpulan ekspedisi akhirnya sampai ke kawasan kediaman Encik Tauk Siadam di Kampung Libang Ulu yang dikelilingi sawah padi dan anak sungai jernih dengan sambutan meriah penduduk kampung. Beliau yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi mengambil inisiatif menghasilkan Pais atau pisau kampung tradisional di Sabah daripada besi buruk dan komponen kenderaan terpakai untuk memenuhi keperluan dan permintaan penduduk setempat. Mengusahakan penghasilan Pais secara kecil-kecilan di sebuah bengkel di belakang rumahnya, Tauk turut mengajak penduduk kampung bersama membantunya dalam menghasilkan reka bentuk Pais, parang dan pedang yang pelbagai mengikut permintaan pembeli termasuk pembeli dari kampung bersebelahan. Menurut beliau, usaha tersebut telah dijalankan sejak 11 tahun lalu dengan beratus-ratus bilah Pais dan parang dihasilkan dan dijual kepada penduduk kampung di samping menerima tempahan daripada penduduk kampung-kampung sekitar.

Jejak Inovasi / Innovation walk

31

Inovasi
Encik Abdul Hamid Jasmin Kampung Libang Laut, Tambunan, Sabah

hari

02

Empangan Mini Hidroelektrik


ahad,18September2011

asukan ekspedisi kemudiannya bergerak kembali naik dan turun lereng bukit untuk ke kampung bersebelahan bagi melihat inovasi empangan hidroelektrik mini.

Dengan hanya menambah kotak gear, beliau berjaya meningkatkan putaran kincir air daripada 40 kali putaran seminit (RPM) kepada kadar 1,500 RPM yang diperlukan enjin bagi menghasilkan tenaga elektrik secukupnya. Reka bentuk ringkas empangan itu yang tidak pernah rosak sejak 2003 juga telah menarik penyelidik dari beberapa universiti tempatan datang beberapa kali bagi mengkaji rahsia kejayaannya. Abdul Hamid menjelaskan, tiga lagi empangan mini telah dibina di kawasan perkampungan lain dengan satu lagi dalam perancangan berhampiran Kota Kinabalu. Beliau bagaimanapun berharap bantuan dapat diberikan dari sudut menambah baik struktur asas empangan dengan penggunaan simen dan konkrit agar dapat mengukuhkan lagi ketahanannya kelak. Melihatkan faktor geogra yang menyukarkan sambungan elektrik ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak, reka bentuk ringkas ciptaan Abdul Hamid boleh memberi alternatif kepada penduduk luar bandar yang belum menerima bekalan elektrik. Antara ciri yang ditekankan beberapa peserta ekspedisi Jejak Inovasi Sabah adalah reka bentuk ini sudah tersedia dan cuma perlu dikomersilkan sahaja untuk kegunaan kawasan pedalaman lain dan mungkin juga sesuai untuk ke pasaran antarabangsa.

Anggota ekspedisi dibawa terus ke empangan yang dibina Encik Abdul Hamid Jasmin di Kampung Libang Laut yang telah berfungsi membekalkan elektrik kepada 14 buah rumah sejak tahun 2003. Bukan sahaja berjaya membina empangan di sebuah sungai kecil, reka bentuk ringkas turbin yang disambung kepada enjin, kotak gear dan dinamo membolehkan penduduk kampung tersebut menikmati bekalan elektrik tanpa putus, 24 jam sehari. Selepas beberapa kali mencuba dan membuat pengubahsuaian sendiri, beliau akhirnya berjaya menghasilkan empangan hidroelektrik bersaiz mini dengan kos sekitar RM10,000 dan kini diselenggara dengan kos sekitar RM15 sebulan daripada setiap penduduk kampung yang berkongsi belakan elektrik. Walaupun tiada pendidikan tinggi dan cuma bekerja sebagai penjaga generator minyak kampungnya, itu semua tidak menghalang Abdul Hamid mempelajari apa yang perlu untuk membolehkan ciptaannya memberi manfaat kepada penduduk kampung. Bergantung kepada bentuk muka bumi dan saiz sungai, rekaannya itu boleh diubah suai bagi membolehkan turbin menjana cukup tenaga elektrik bagi kegunaan penduduk setempat.

32

Jejak Inovasi / Innovation Walk

hari

02

Inovasi

Pelbagai Produk Tuhau


ahad,18 September 2011
Dengan pokok Tuhau banyak tumbuh meliar sekitar kampungannya, Wasinah yakin tiada masalah mendapatkan bahan mentah di samping usaha beliau sendiri mengajak penduduk kampung menjadikan pokok tersebut sebagai tumbuhan terpelihara dan dijaga rapi untuk dikomersilkan sebagai produk herba. Namun, disebabkan kekurangan modal, beliau hanya membuat pengeluaran secara kecil-kecilan di rumahnya bersama suami dan anak-anak mengikut permintaan penduduk setempat. Walaupun serunding Tuhau keluarannya dapat bertahan sehingga enam bulan, Wasinah masih mengkaji bagaimana untuk membolehkan produk keluarannya tahan lebih lama dan boleh dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya pada musim perayaan. Ditanya mengenai perancangan jangka panjang, beliau menyatakan hasrat membuka kilang pemprosesan Tuhau seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada ibu-ibu dan remaja kampung. Beliau juga berharap produk berasaskan Tuhau dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui pemprosesan, pembungkusan dan menyenaraikan kandungan nutrisi lengkap dan lebih sistematik. Di samping itu, Wasinah juga mahu status halal produknya diperakui memandangkan pendaftaran produk halal memerlukan tempat dan tapak pemprosesan khusus untuk produk berkenaan. Melihatkan potensi produk Tuhau untuk di komersilkan, beberapa panduan dikongsi wakil agensi kerajaan berkaitan bagi memudahkan Wasinah membangunkan industri Tuhau di Sabah.

asukan ekspedisi kemudian bergerak ke Kampung Kumawanan untuk makan tengah hari dan menyaksikan inovasi makanan penduduk setempat yang berpotensi dikomersilkan.

Tuhau, sejenis tumbuhan menyerupai pokok Kantan merupakan spesies asli yang tumbuh meliar di negeri Sabah sahaja. Oleh itu, Puan Wasinah Kuntagil mengambil inisiatif menjadikan tumbuhan itu sebagai produk makanan melalui variasi serunding, sambal, kerabu, salad dan jeruk. Wasinah yang dahulunya pernah bertugas sebagai guru agama Islam di Ranau mula bekerja sendiri sejak 2002 dan menyertai program usahawan Sabah pada 2005. Kini memberi fokus kepada makanan tradisional orang Dusun yang halal dan selamat, beliau cuba mengkomersilkan serunding Tuhau ke pasaran melangkaui negeri Sabah. Selain rasanya yang sedap, Tuhau juga dipercayai mempunyai khasiat kesihatan tetapi usaha merekodkan kandungan nutrisi produk tersebut masih belum disiapkan sepenuhnya.

Puan Wasinah Kuntagil Kampung Kumawanan, Tambunan, Sabah

Jejak Inovasi / Innovation walk

33

hari

02

Inovasi

Makanan Produk Halia


ahad,18 September 2011

Encik Henry Charles


Kampung Botong, Tambunan, Sabah

ari kedua Jejak Inovasi Sabah diakhiri di Kampung Botong, Tambunan untuk melihat industri makanan dan minuman berasaskan halia.

Antara masalah utama perusahaan baru itu adalah berkaitan mesin memproses halia memandangkan tiada rujukan industri halia di tempat lain sebelum ini. Mesin pengupas halia yang digunakan di bengkelnya kini juga merupakan satu inovasi kecil memandangkan ia diadaptasi daripada mesin pengupas ubi kentang dari China. Dengan memotong cabang-cabang halia mengikut bentuk bulat kentang, sekitar 80 peratus kulit halia dapat diasingkan dan seterusnya dijadikan sebagai baja tanaman. Dengan penggunaan mesin tersebut, lapan kilogram halia dapat dikupas dalam masa tiga minit berbanding lima kilogram dalam satu hari jika menggunakan tangan. Dengan mempercepatkan proses pengupasan kulit halia, produk-produk berasaskan halia keluarannya juga dapat disiapkan lebih cepat untuk dipasarkan. Halia tua dan muda juga diasingkan bagi memenuhi kesesuaian penggunaannya mengikut produk yang ingin dihasilkan. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk industri ini termasuk mesin untuk pembungkusan, mesin automatik untuk pemprosesan dan juga penyejuk beku untuk bahan mentah bagi mengatasi masalah harga barang yang tidak stabil.

Diusahakan Encik Henry Charles di sebuah bengkel kecil, pelbagai produk makanan dan minuman yang telah menerima sijil pengesahan halal seperti halwa halia, halia madu, serbuk minuman halia, kordial halia dan sos cili halia diusahakan. Menurut Henry, beliau telah mengusahakan bengkel tersebut selama tiga tahun dengan bantuan agensi kerajaan selaku usahawan bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Projek itu juga merupakan satu inisiatif di bawah program 1Daerah 1Industri di Tambunan untuk mengeluarkan beberapa produk berasaskan halia. Dengan bantuan lima pekerja dan beberapa mesin asas untuk pemprosesan dan pembungkusan, beliau kini telah memasuki pasaran setempat melalui beberapa pengedar terutamanya di restoran dan kedai makanan yang mempunyai aliran tunai lebih pantas. Beliau juga aktif menyertai ekspo di dalam dan luar negara bagi mengenengahkan dan mempromosikan produk berasaskan halia yang dikeluarkan. Menceritakan bagaimana memulakan perniagaan itu, Henry menjelaskan Tambunan dahulunya lebih kepada penanaman dan pertanian tetapi dengan bantuan MARDI, beberapa produk halia dapat dikomersilkan.

34

Jejak Inovasi / Innovation walk

ari ketiga ekspedisi dimulakan pada awal pagi di Kampung Kepayan Lama, juga di Tambunan bagi melihat inovasi saksafon dan alat muzik lain yang diperbuat daripada buluh. Dimulakan Encik Philipus Jani pada 1993, beliau akhirnya berjaya menghasilkan saksafon buluh pertama pada 2005 yang menghasilkan muzik hampir sama dengan saksafon besi. Produk ciptaannya itu bukan sahaja berjaya menarik pengkaji muzik, profesor universiti dan peminat muzik seluruh negara, malahan telah membawanya ke pentas antarabangsa di Jepun. Ilhamnya itu juga telah membawa rezeki sampingan melalui kontrak persembahan kumpulan muzik buluh di sebuah resort berhampiran Kota Kinabalu. Menceritakan kembali permulaan kisahnya, Philipus menjelaskan ia bermula apabila terpaksa memulangkan saksafon besi rakannya yang dipinjam tetapi beliau sendiri tidak mampu membelinya. Beliau seterusnya mendapat inspirasi membuat saksafon sendiri dengan mengambil inisiatif menggunakan bahan mentah tempatan yang banyak di sekitarnya iaitu buluh.

Berkat usaha berterusan, beliau akhirnya berjaya selepas 12 tahun mencuba dan kini telah mengembangkan inovasi itu untuk menghasilkan 12 alat muzik berbeza berasaskan buluh. Ini termasuk saksafon, ut, dram dan gitar elektrik daripada buluh di samping telah menjual sekitar 60 unit saksafon buluh dengan harga sehingga RM1,000 untuk yang besar dan sekitar RM500 untuk yang kecil. Dengan menggunakan ilmu dan pengalamannya menghasilkan produk berasaskan buluh, Philipus kini mampu menukar sebatang buluh yang dijual pada harga RM2 kepada kilang, menjadi beberapa alat muzik bernilai sekitar RM4,000. Sebuah saksafon dapat disiapkannya dalam masa empat hari dengan jenis bunyi yang dihasilkan dapat disesuaikan dengan jenis buluh dan dikatakan mampu mencapai semua nada muzik seperti buluh besi. Philipus juga mempunyai perancangan membesarkan bengkel membuat alat muzik berasaskan buluh miliknya dengan penggunaan mesin automatik di samping membuka kelas mengajar bermain peralatan muzik buluh. Dengan potensi unik produk inovasi ini, terdapat cadangan agar beliau turut mengeluarkan alat muzik buluh mini sebagai perhiasan dan cenderahati untuk pelancong.

hari

03

Inovasi

Alat Muzik Saksafon Dari Buluh


isnin,19 September 2011

Encik Philipus Jani


Kampung Kepayan Lama, Tambunan, Sabah

Jejak Inovasi / Innovation walk

35

Inovasi

Minuman Kesihatan Lihing No. 1


isnin,19 September2011
Kumpulan ekspedisi seterusnya bergerak ke Pusat Resort Lembah Tambunan (TVRC), Kampung Karanaan, Tambunan untuk melihat inovasi minuman tradisional masyarakat Kadazan Dusun Murut yang diperbuat daripada beras. Dikenali sebagai Lihing No.1, produk keluaran Encik David Kitingan itu melalui proses hampir serupa dengan penghasilan tapai di Semenanjung tetapi diperam lebih lama seperti mana wain dihasilkan di Barat. Bau di kilang pemprosesan Lihing tidak jauh bezanya dengan bau tapai tetapi diselubungi bau alkohol yang agak kuat. Ini kerana kandungan alkohol Lihing yang tinggi, sekitar 20 peratus yang terhasil daripada penapaian selama satu hingga enam bulan dan paling lama sehingga satu tahun. Menurut penjelasan David, minuman Lihing lebih sedap dan lebih bagus jika disimpan (ditapai) lebih lama tetapi kebiasaannya dihasilkan mengikut tempahan. Beliau menegaskan beras pulut adalah yang terbaik untuk proses penapaian kerana menghasilkan Lihing yang banyak tetapi bergantung kepada bekalan beras dari Semenanjung dan Thailand. Uniknya penghasilan Lihing itu masih mengekalkan kaedah tradisional termasuk penggunaan tempayan khas dikenali sebagai Tajau.

hari

03

Setiap tempayan dapat memuatkan sembilan kilogram beras yang dimasak menjadi tapai sebelum ditambah dengan ragi (yis) hingga sebati sebelum disimpan beberapa bulan. Kandungan Lihing dan tapai dalam tempayan akan diasingkan bila tiba masa yang ditetapkan atau untuk memenuhi permintaan dan tempahan pembeli. Lihing yang siap dikumpul akan dimasak sekali lagi sehingga a mendidih sedikit tetapi tidak terlalu lama kerana dikhuatiri akan kehilangan kandungan alkoholnya, sebelum disejukkan dan diisi ke dalam botol-botol untuk dijual. Sisa beras juga tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya dibancuh menjadi minuman lain dan dijual dengan harga serendah RM5. David juga selesa mengekalkan jenama produknya sebagai Lihing No.1 sejak sekian lama kerana telah dikenali penduduk setempat dan cuma dijual sekitar RM6.50 sebotol. Selain diminum, Lihing juga dikatakan baik untuk perempuan yang baru bersalin sama ada diminum atau digunakan secara luaran bagi tujuan mencuci luka. Kebanyakan pelanggan datang membeli i sendiri Lihing di kilang tersebut tetapi David menjelaskan ada perancangan untuk membawa produk tersebut ke peringkat antarabangsa.

Encik David Frances


Kampung Karanaan (Tambunan Valley Resort Center, TVRC)

36

Jejak Inovasi / Innovation walk

hari

03

Inovasi

Mesin Penuai Padi Dari Mesin Pemotong Rumput


isnin,19September2011

Ekspedisi Jejak Inovasi Sabah seterusnya bergerak ke tapak inovasi terakhir di Kampung Dabata, Tambunan bagi melihat ciptaan mesin penuai padi yang diubahsuai daripada mesin pemotong rumput. Ciptaan Encik Julius Peter, mesin penuai padi itu merupakan satu variasi baru kepada beberapa ciptaan mesin serupa yang dihasilkan pesawah di kawasan lain. Apa yang diusahakannya itu dikatakan bermula untuk menyenangkan diri sendiri dalam menjalankan kerja menuai padi memandangkan usia dan kesihatan menyebabkannya sering sakit pinggang selepas menanam dan menuai padi. Mencari jalan memudahkan kerja dan meringan beban tulang belakangnya, Julius membuat sedikit perubahan kepada rekaan yang telah digunakan beberapa orang lain sebelum ini. Jelasnya, apa yang memotivasikan beliau membuat perubahan terhadap mesin penuai padi itu adalah dari segi pembaziran butir padi ketika proses menuai sehinggakan biji padi bertaburan di sana sini. Selepas cuba mengenal pasti punca pembaziran itu, beliau mendapati apa yang diperlukan cuma sekeping zink tambahan pada hujung bilah pemotong mesin tersebut. Dengan inovasi ringkas itu, beliau berjaya mengurangkan jumlah pembaziran biji padi dengan memasukkan setiap batang padi yang dipotong ke dalam kepingan zink tersebut untuk dikumpul. Beliau turut membuat demonstrasi bagaimana pergerakan mudah yang digunakan untuk memotong dan mengasingkan padi ke tepi sawah dengan perlahan untuk dikumpulkan kemudian. Walaupun bilahnya lebih berat kerana menggunakan mata gergaji besi berbanding dawai untuk memotong rumput, mesin ini memudahkan kerja pesawah terutamanya mengurangkan beban kepada tulang belakang ketika menuai. Ia juga memberikan kepelbagaian kerana mata gergaji besi itu boleh dicabut untuk dipasang dawai dan seterusnya membolehkan mesin itu digunakan bagi memotong rumput. Walaupun inovasi ini kelihatan kecil, tetapi kesannya mendalam terutama kepada pesawah berusia dan juga bagi mengurangkan pembaziran biji padi ketika menuai.

Encik Julius Peter


Kampung Dabata, Tambunan, Sabah

Aplikasi teknologi ini juga dilihat sesuai digandingkan dengan inovasi pertama iaitu mesin pelerai padi bagi memudah dan mempercepatkan kerja pesawah menuai hasil untuk dijual. Anggota ekspedisi kemudiannya berangkat ke majlis penutup Jejak Inovasi Sabah bagi menyampaikan sijil pengiktirafan dan cenderahati kepada para pereka inovasi di negeri tersebut.

Jejak Inovasi / Innovation walk

37

Jejak Inovasi
Bahagian Mukah, sarawak

Jejak Inovasi, program inisiatif bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneruskan penjejakan mereka di Sarawak, Bumi Kenyalang pada 21 hingga 23 Oktober 2011.

38

Jejak Inovasi / Innovation walk

ali ini rombongan Jejak Inovasi mengadakan kunjungan ke Bahagian Mukah iaitu sebuah kawasan persisiran pantai tengah negeri ini yang subur dengan tanaman kelapa sawit dan rumbia sebagai komoditi utamanya.

Flag off Jejak Inovasi Bahagian Mukah diadakan bersempena Symposium on Public Appreciation of Science, Technology And Innovation dan Program Penggalakan Sains & Matematik Sarawak 2011 di Politeknik Mukah. Aktiviti penjejakan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Sarawak, YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif YIM, YBrs. Dr Raslan Ahmad dan Setiausaha Bahagian Penggalakan Sains dan Inovasi, YBhg Datin Nur Wahidah Wong Abdullah.

Dalam masa tiga hari tersebut, seramai 70 orang pakar dari pelbagai bidang termasuk industri rekabentuk mesin, perkhidmatan, pembuatan, pemasaran, ahli akademik dan pegawai-pegawai MOSTI, SIRIM dan YIM, wakil-wakil media dan sukarelawan telah turut serta dalam Jejak Inovasi Bahagian Mukah kali ini. Sebanyak sebelas inovasi akar umbi penduduk setempat telah ditemui dan daripada jumlah itu enam adalah hasil ciptaan penduduk pedalaman Daerah Mukah, Daerah Dalat dan Daerah Kecil Balingian, manakala lima daripadanya adalah ciptaan pelajar Politeknik Mukah (PMU).

Jejak Inovasi / Innovation walk

39

hari

01

Inovasi

Alat Pembersih Kipas Siling


jumaat,21oktober2011

Encik Amir Afuan Nordin Chan Yew Ning Encik Muhammad Z aki Bin Encik Mohammmad Salleh Cik Fetty Z uriani Binti Mohammad Encik Mohd Shidiq Fadhill Bin Dilah Encik Lorenzo Felippe Belare Politeknik Mukah, Sarawak

alam Dewan Serbaguna PMU, pertama sekali kami diperkenalkan dengan Celling Fan Cleaner (C.F.C), alat proses pembersihan bilah kipas yang menjimatkan masa, mudah dan efektif. Ia adalah ciptan bersama sekumpulan pelajar diketuai oleh Amir Afuan Nordin, Chan Yew Ning, Muhammad Zaki Bin Mohammmad Salleh, Fetty Zuriani Binti Mohammad, Mohd Shidiq Fadhill Bin Dilah dan Lorenzo Felippe Belare. Menurut jurucakap kumpulan pelajar, Amir Afuan, projek tersebut memakan masa 10 minggu untuk dihasilkan. Kami hanya melakukan inovasi 5 jam seminggu, selama 10 minggu. Masa ini adalah termasuk penambahbaikan selepas analisis dan dapatan beberapa ujilari. Selain itu kami juga telah menghasilkan 3 prototaip C.F.C, katanya.

Mengenai kelebihan C.F.C, Amir menjelaskan ia mempunyai enam kebaikan seperti berikut: i. Mampu dimiliki bagi setiap pengguna; ii. Mudah dikendali; iii. Berupaya membersih debu-debu pada bilah kipas dengan mudah; iv. Boleh mengawal debu yang berterbangan sewaktu pembersihan dan vi. Menjimatkan masa, mudah dan efektif dengan hanya empat (4) langkah proses pembersihan bilah kipas. Kami mendapat idea ini berdasarkan pemerhatian kami terhadap perubahan sikap penduduk Malaysia yang akan menuju ke arah negara maju (2020). Di mana di negara maju, masa dan faktor keselamatan adalah satu perkara yang amat penting,ujarnya.

40

Jejak Inovasi / Innovation walk

emudian Jejak Inovasi diperkenalkan dengan Eccentric Turning Tools (Alat Bantu Mengajar) hasil inovasi Encik Khairul Nizam Bin Kamarudin

Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas, jelas beliau Khairul. Beliau berkata, dapatan kajian menunjukkan faktor keberkesanan ABM dikalangan pelajar-pelajar adalah pada tahap yang amat baik. Cadangan dikemukakan kepada pihak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah Sarawak dalam menggalakkan para pensyarah bagi menghasilkan dan mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan ABM amnya agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih praktikal dan berkesan khususnya kepada kursus amalan bengkel mekanikal. Dalam bahagian ini hasil dapatan kajian yang diperoleh dari analisis borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 47 orang responden yang terdiri daripada pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Mukah Sarawak. Analisis bagi bahagaian B dan C dibuat berdasarkan dapatan data yang diperoleh mengikut pecahan perkara bagi menjawab persoalan kajian dalam tinjauan keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar, ABM, Eccentric Turning Tools oleh pelajarpelajar semester empat dan lima dalam proses pengajaran dan pembelajaran amalan bengkel mekanikal. Sebanyak lima item masing-masing (bahagian B dan bahagian C) telah dikemukakan kepada responden untuk menjawab soalan.

Alat ini memudahkan pengguna semasa proses memegang benda kerja pada ragum; menjimat masa pengguna semasa menetapkan kedudukan benda kerja pada ragum; mengurangkan penggunaan tenaga pengguna dalam memegang benda kerja dan memastikan benda kerja berkedudukan tetap pada ragum. Satu kajian kes telah dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar, Eccentric Turning Tools yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus amalan bengkel mekanikal di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah, Sarawak. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan ABM ini mempengaruhi dari masa, penggunaan tenaga serta keyakinan proses pengajaran dan pembelajaran amalan dijalankan. sama ada faktor segi penggunaan pelajar sepanjang bengkel mekanikal

Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari semester empat dan lima yang mengambil kursus amalan bengkel mekanikal di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah, Sarawak.

Inovasi

hari

01

Eccentric Turning Tools


jumaat,21oktober2011

Encik Khairul Nizam Bin Kamarudin Politeknik Mukah, Sarawak

Jejak Inovasi / Innovation walk

41

hari

01

Encik Norazam Bin Aliman Ketua Projek Politeknik Mukah, Sarawak

Inovasi

Kit Mikropengawal 8052


Inovasi tersebut digunakan sebagai litar pensuisan bagi penggerak mekanikal atau peranti elektrik berkadar 240 VAC, 7A maksimum. Oleh kerana teknologi ini berkembang dengan sangat pantas, inovasi ini merupakan satu pilihan yang boleh digunakan oleh pelajar atau pensyarah atau sesiapa sahaja kerana ia ringkas, mudah alih dan kit mikropengawal ini menggunakan bekalan kuasa daripada USB atau sumber lain, katanya. Mengenai Robot Pengangkut pula, Norazam menjelaskan ia dihasilkan bagi memindahkan barang dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia mengaplikasikan konsep pick and place dan line follower. Robot ini boleh bergerak secara ulang alik untuk memindahkan tray dari Platform A ke Platform B. Kebanyakan proses kerja memindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat yang dekat atau jauh memerlukan tenaga manusia. Proses kerja yang sama secara berterusan akan menyebabkan kesan kepada kesihatan, ketidak selesaan dan membosankan, terang beliau. Berdasarkan masalah ini, sebuah model robot dicipta untuk menggantikan tugas manusia memindahkan barang. Ia menggunakan konsep line follower dan pick and place untuk mengangkat barang yang telah diletakkan dalam tray pada satu platform yang telah ditetapkan dan memindahkannya pada platform di lokasi lain. Robot ini menggunakan modul Kit Mikropengawal 8052 dan Litar Pensuisan sebagai unit kawalan.

jumaat,21 oktober2011
eterusnya Jejak Inovasi beralih kepada Mikropengawal dikenali sebagai Kit Mikropengawal 8052 dan Litar Pensuisan untuk P&P dan Aplikasi sebenar hasil idea Encik Norazam Bin Aliman selaku ketua projek. Beliau bersama 11 ahli kumpulan projek Encik Mohd Fahies Bin Ismail, Gerald Corinthian Ling, Mohd Azlan Bin Lamat, Henry Anak John Francis, Redzuan Bin Lani, Heree Bin Ahmad, Fatimah Ayu Binti Sah-Menan, Percy Phylix Anak Terry Manak, Geva Teming Anak Andrew Ladi, Lawrence Anak Mayau dan Co,rina Anak Kuang Kit Mikropengawal 8052 dan Litar Pensuisan ini dibangunkan bagi membantu pensyarah, pelajar atau sesiapa sahaja dibidang mekanikal, elektrik dan elektronik yang ingin membuat inovasi, penyelidikan atau proses P&P terhadap pergerakan mekanisma mekanikal yang perlu digerakkan secara semi automatik atau automatik sepenuhnya, Norazam. Selain itu katanya, ia juga boleh dijadikan kit pengajaran bagi pensyarah atau pelajar untuk mempelajari mikropengawal menggunakan bahasa pengaturcaraan C. Keseluruhan unit mikropengawal menggunakan bekalan kuasa 5V DC. Ia menggunakan perisian Keil Vision2 untuk membuat program dalam pengaturcaraan C atau perisian-perisian lain dan menukarkannya kepada kepada HEX le. HEX le ini kemudiannya akan dibenamkan ke dalam ingatan mikropengawal menggunakan litar pembenam dan perisian ATMEL AT89SXX ISP Flash Programmer V1.3. Switching Circuit digunakan sebagai unit suis yang dikawal oleh mikropengawal.

42

Jejak Inovasi / Innovation walk

idak kurang menarik perhatian rombongan Jejak Inovasi ialah Almari Pengering Pakaian ciptaan lima pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Maknikal iaitu Encik Jefferson Kong Kha Sheng, Encik Daniel Langat, Encik Mohd Iskandar Bin Mohd Zunaidi dan Encik Jacob Ivan Lim di bawah seliaan Encik Muhd Anas Bin Muhd Sayuti. Kumpulan ini telah membangunkan sebuah Almari Pengering Pakaian Automatik yang mudah dan cepat; Menambah ruang jemuran; melindungi pakaian daripada terkena kotoran dan Membangunkan cara jemuran pakaian yang baru. Ternyata ia adalah suatu projek yang dapat menyelesaikan masalah pakaian tidak kering, pencemaran alam, ruang ampaian yang tidak mencukupi dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Jurucakap kumpulan, Norsharvina berkata, elemen yang mempengaruhi proses pengeringan ialah kesan pemanasan (yang diberikan oleh pengawal kepanasan) dan sirkulasi udara (yang diberikan oleh blower). Pembangunan perisian mikropengawal iaitu termostat sebagai radas pilihan suhu yang berjulat dari 30C sehingga 110C dan micrometer timer switch sebagai radas penetapan masa yang bertindak untuk mengawal operasi sistem ini secara automatik berupaya untuk memenuhi kehendak masyarakat kita yang memerlukan produk baru untuk memudahkan mereka menjalani rutin harian mereka. Konsep kerja yang kami gunakan adalah bekalan kuasa 240V AC yang dibekalkan akan menghidupkan blower dan heater. Blower dan heater beroperasi mengikut masa yang ditetapkan pada timer dan suhu yang ditetapkan pada heater. Apabila masa tesebut dicapai, litar terbuka terhasil dan bekalan arus elektrik akan terputus dan heater dan blower akan off secara automatik. Elemen pemanas akan melakukan kerja-kerja pemanasan apabila bekalan kuasa dibekalkan, kata. Elemen atau bahan yang berbeza akan rnemberikan tindak balas yang berbeza terhadap aliran arus elektik.

Bahan itu dikatakan bukan konduktor yang baik sekiranya ia menghasilkan nilai rintangan yang tinggi terhadap arus elektrik yang dibekalkan. Menghapuskan bakteria Haba akan terhasil apabila terdapat arus elektrik yang melalui eleman disebabkan oleh rintangan tersebut. Suhu berada pada paras 50C yang dapat menghapuskan bakteria dan kulat sehingga 99.9%. Pengoperasian yang senyap Pengoperasian yang sangat senyap tanpa mengganggu ketika tidur. Melindungi pakaian daripada sinar UV matahari yang boleh melunturkan pakaian. 360 darjah kitaran udara panas yang boleh mengeringkan setiap pakaian. Melindungi pakaian daripada kekotoran, debu dan bakteria yang boleh menyebabkan bau hapak.

Demikianlah Menurut mereka, projek almari itu mampu disiapkan dalam masa 18 hari mengandungi enam lapisan termasuk aluminium di bahagian dalam serta polestrin dan plywoood di bahagian tengah. Bedasarkan projek akhir yang kami jalankan, kami dapat mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang telah kami pelajari sepanjang menyiapkan projek ini. Kami juga dapat menimba pengalaman dalam membuat Almari pengering pakaian, mendisiplinkan diri untuk menyiapkan kerja kerja fabrikasi dan kertas kerja. Projek yang kami bangunkan ini telah pun mencapai objektif dan mengatasi masalah yang dihadapi pengguna. Bagaimanapun mereka mengakui masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diatasi terutama berhubung kait dengan keselamatan pengguna kerana ia dijana oleh tenaga elektrik.

Inovasi

hari

01

Almari Pengering Pakaian


jumaat,21 oktober2011
Encik Jefferson Kong Kha Sheng Encik Daniel Langat Encik Mohd Iskandar Bin Mohd Zunaidi Encik Jacob Ivan Lim Politeknik Mukah, Sarawak

Jejak Inovasi / Innovation walk

43

hari

02

Inovasi

Mesin Pemprosesan Padi dan Beras


sabtu,22 oktober 2011
Hampas padi yang terhasil dari proses tersebut tersebut dijual kepada orang tengah dengan harga RM1 setin yang kemudiannya diedarkan pula kepada para pembuat sagu di sekitar ini. Datuk Fadillah ketika menyampaikan ucapan ringkasnya memberi komen bahawa mesin itu perlu ada penambahbaikan terutama dari segi kecekapan untuk menghasilkan beras yang lebih berkualiti. Mengenai daya usaha Encik Bau, Datuk Fadillah menekankan bahawa kreativiti dan kebolehan seseorang menghasilkan ciptaan bukan diukur dari tahap pendidikan seperti yang dibuktikan oleh Bau. Katanya, kebolehan Bau membuktikan bahawa kejayaan bergantung kepada usaha yang berterusan tanpa jemu sehingga boleh menampakkan hasil, sekali pun beliau tidak didedahkan dengan pendidikan teori.

ada pagi hari kedua rombongan Jejak Inovasi berangkat ke Kuala Balingian. Perjalanan mengambil masa sejam dari Bandar Mukah dan rombongan diketuai oleh Timbalan Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi, YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof. Sejam kemudian kami dibawa berkunjung ke rumah panjang Encik Bau ak Lumpoh, untuk melihat penggunaan enjin motosikal Honda terpakai yang diguna semula untuk menghasilkan enjin memproses padi/beras. Enjin motosikal tersebut diubahsuai dan menggunakan kuasa elektrik bagi mengasingkan hampas dengan padinya. Menurut Bau, mesin berkenaan yang diinovasinya sejak 10 tahun lalu terus menghasilkan beras, dan diletakkan di sebuah pondok khas di tepi rumah panjang beliau. Selain dari kegunaan sendiri, Bau juga mengambil upah memproseskan padi yang dihasilkan oleh penduduk setempat.

Encik Bau ak Lumpoh Rh. Bau, Kuala Balingian, Mukah, Sarawak

44

Jejak Inovasi / Innovation walk

Encik Bahrun Bin Keram Kampung Pulat, Kuala Balingian, Mukah, Sarawak

hari

02
P

Inovasi

Thunder Manyit
sabtu,22oktober 2011
Menurut Bahrun, beliau mendapat bimbingan daripada Encik Halpi Bin Tiwi seorang pakar ubah suai enjin juga merupakan Pengerusi Kelab Perlumbaan Petanak. Selain bahagian starting, pengubahsuaian paling ketara ialah di bahagian head di mana lubang saluran minyak dan ekzosnya telah digerudi supaya lebih luas. Lubang itu telah membesar kira-kira 40 peratus daripada lubang asalnya. Pengubahsuaian sebeginilah antara yang telah meningkatkan kuasa kudanya. Menurut En. Halpi, pengubahsuaian terhadap karburator juga memain peranan penting untuk mencapai tahap keupayaan maksima semasa ia beraksi di sungai. Setelah mendengar penerangan selama 10 minit, Thunder Manyit diperbuat daripada plywood dan sejenis kayu tahan air diangkat empat orang menuju ke jeti yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah Bahrun. Rombongan yang diketuai oleh YB Datuk Fadillah berkesempatan menyaksikan pertunjukan Thunder Manyit di Sungai Balingian di bawah sinar terik matahari.

ada pukul 10 pagi rombongan Jejak Inovasi kembali ke selatan daerah Mukah. Di sana rombongan berkesempatan menyaksikan sederet bangunan kayu dua tingkat berusia lebih 100 tahun dengan kepanjangan kira-kira 80 meter. Sekali pandang ia kelihatan seolah-olah mereka berada di studio pekan koboi di Amerika Syarikat seperti di dalam lem. Sejurus kemudian rombongan lebih 70 orang itu berjalan melalui perkampungan Melanau Islam sejauh lebih 400 meter sebelum sampai ke rumah Encik Bahrun Bin Keram, pemilik Thunder Manyit. Thunder Manyit merupakan nama yang diberikan kepada bot lumba kecil yang menggunakan kuasa enjin pam air 7.5 kuasa kuda. Thunder bererti petir, manyit bererti tajam gabungan dua nama itu ialah petir yang kuat, kata Bahrun yang menginovasikan enjin itu dengan bantuan seorang rakannya dari Mukah. Enjin pam air itu asalnya hanyalah 6.5 kuasa kuda, tetapi selepas pengubahsuaian di bahagian tertentu dilakukan maka keupayaan kuasa kuda enjin meningkat 40 peratus. Thunder Manyit sering diuji dan menyertai pertandingan lumba air di peringkat dalam bahagian Mukah dan luar Mukah.

Jejak Inovasi / Innovation walk

45

Inovasi

Mesin Pembuangan Hampas Padi


sabtu,22 oktober 2011

hari

02

ari Balingian, rombongan Jejak Inovasi seterusnya menjejaki Enjin Pembuangan Hampas Padi hasil inovasi Encik Meringai Ak Tuah pada awal 1980-an.

Ia diguna setiap kali selepas musim menuai padi biasanya sebelum pertengahan tahun. Jumlah hasil tuaian padi agak banyak, tapi dengan mesin ini ia dapat dibuat dengan pantas, katanya yang telah mempraktikkannya hampir 20 tahun. Berdasarkan rekaan, ia tampak ringkas sahaja di mana bilahan kipas disambung kepada lubang penyambungan pada mesin pam air terpakai yang diubahsuai sedikit bagi membolehkan ia disambung dan diketatkan dengan skru. Menurut Meringai daun bilah kipas diperbuat daripada paip PVC: yang dipotong sesuai dengan kegunaan kepada dua keratan sepanjang kira-kira 30 sentimeter setiap satu. Kemudian PVC itu dibakar sebelum dibentuk menjadi bilah kipas yang keras sesudah pada suhu biasa. Kos bagi menghasilkan inovasi tersebut hanya menelan sekitar RM300 termasuklah bahagian penyambungan kipas tersebut enjin pam air terpakai serta skru. Sebelum adanya inovasi tersebut penduduk di sana menggunakan cara lama yang disebut sebagai ngbau suatu proses mengipas menggunakan tangan untuk mengasingkan padi daripada hampas. Proses pengipasan menggunakan capau (kipas) diperbuat daripada dahan rumbia yang dianyam serta dililit dengan rotan.

Setiba di ruai rumah panjang lebih 20 pintu itu, sekali lagi khidmat penterjemah dari Pejabat Residen digunakan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh Meringai dalam ucapan alu-aluannya. Menurut Meringai beliau terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas kesudian rombongan datang ke tempatnya. Para penjejak yang turut di sertai oleh YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah berkesempatan menyaksikan demo membuang hampas padi dengan kaedah pengipasan sambil dijana menggunakan enjin pam air terpakai berkuasa rendah. Ia kelihatan ringan semasa diangkat setinggi aras dada si pembawa. Kerja mengasingkan hampas padi dilakukan dua orang iaitu seorang memegang mesin mengikut arah angin, manakala seorang lagi menuang secara perlahan padi di hadapan kipas sedang berpusing. Angin hasil putaran kipas yang bertiup membawa bersama hampas yang lebih ringan, manakala beras yang lebih berat terus jatuh di atas tikar diletakkan di bawah.

Encik Meringai ak Tuah Rh Meringai, Sg. Liuk, Balingian, Mukah, Sarawak

46

Jejak Inovasi / Innovation walk

Inovasi

hari

02

Mesin Pemproses Tepung Lemantak


sabtu,22 oktober 2011
Walaupun pada masa kini, penghasilan tepung lemantak telah dijalan pada skala besar di kilang-kilang komersil, namun sejak dahulu lagi penggunaan parang besar untuk mengupas kulit dan kapak untuk membelah keratan batang rumbia berukuran kirakira 1 meter sering digunakan. Mesin yang dihasilkan oleh Hajiah dan keluarganya itu terdiri daripada bahagian pemarut batang rumbia, bahagian pembersihan, bahagian penapisan dan akhir sekali bahagian pemeramam. Saiz mesin ini adalah kira-kira 20 kaki panjang dan 30 kaki lebar. Bahagian pemarut batang rumbia tersebut menggunakan kuasa elektrik untuk beroperasi. Hasil tepung lemantak Puan Hajiah dipakejkan dan dipasarkan dalam bentuk biji sagu, tepung masakan, pelbagai jenis biskut dan kuih buka saja di daerah Mukan malahan di sekitar negeri Sarawak.

estinasi seterusnya ialah di Kampung Tellian Ulu, sebuah perkampungan Melanau yang kaya dengan tumbuhan rumbia.

Semasa rombongan Jejak Inovasi dibawa berkunjung ke rumah keluarga Puan Hajiah Binti Rebi yang terletak di tepi Sungai Tellian bagi melihat secara dekat bagaimana mesin pemproses tepung lemantak beroperasi. Tepung lemantak dihasilkan daripada batang pokok rumbia yang telah melalui sebuah proses yang panjang. Tepung tersebut digunakan untuk membuat sagu dan pelbagai jenis makanan tradisi masyarakat Sarawak. Sebelum enjin dihidupkan, rombongan Jejak Inovasi berpeluang menyaksikan kerja membuang kulit dan membelah dilakukan Puan Hajiah sendiri.

Puan Hajiah binti Rebi Kampung Tellian Ulu, Mukah, Sarawak

Jejak Inovasi / Innovation walk

47

unjungan terakhir kami untuk hari kedua ialah ke Kampung Jebungan untuk menyaksikan penggunaan enjin 3.3 pada bot kayu yang diinovasi bagi tujuan perlumbaan Pertandingan Reggatta. Kunjungan kami diteruskan ke Kampung Jebungan untuk melihat secara dekat inovasi terhadap enjin 3.3 kuasa kuda yang diubahsuai untuk keggunaan bot lumba. Encik Rezza Kamil, seorang pemuda berusia 25 tahun baru berjinak-berjinak dengan kerja pengubahsuaian dua tahun lalu. Enjin sebuah motosikal berjenama terpakai kemudian dibuka untuk diubahsuai sebelum dipasang ke bot terbabit. Menurut Rezza bagi inovasi ciptaannya, pengubahsuaian dilakukan ke atas enjin terpakai yang dibeli dengan harga RM400 hingga RM500 sahaja. Kita tukar karburator terutama rivo block, tukar piston menjadi lubang lebih besar iaitu dari 25 kepada 50. Kami mengambil karboretor daripada mesin pemotong 070. Keseluruhan kos membuatnya adalah sekitar RM2,500, ujarnya.

Kelajuan sesebuah jentera bergantung kepada beberapa elemen iaitu kuasa kuda enjin yang telah diubahsuai, bentuk perahu kerana ianya mempunyai sentuhan kerja berbeza. Saiz kipas dan bentuknya juga memberi kesan ke atas keupayaan dalam menggerakkan bot seperti mana rombongan Jejak Inovasi saksikan di sungai kampung Jebungan pada petang itu. Setakat ini terdapat enam buah bot menggunakan enjin 3.3 kuasa kuda. Sementara sembilan lagi adalah menggunakan enjin pam air dengan keupayaan 6.5 kuasa kuda kesemuanya adalah milik sebuah kelab yang dinamakan sebagai Kelab Perlumbaan Air Asia. Kedua-duanya adalah dalam kategori enjin depan, sentiasa diuji dari masa ke masa.

Inovasi

Enjin Bot 3.3/6.5 Kuasa Kuda


sabtu,22 oktober 2011

hari

02

Encik Rezza Kamil Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak

48

Jejak Inovasi / Innovation walk

Inovasi

hari

03

Mesin Pemproses Nibong


Ahad,23 oktober 2011

Menurut pengusahanya, Encik Saidin Bin Rahman,nibong merupakan sejenis kayu yang kurang digemari oleh masyarakat setempat kerana kesukaran untuk membelahnya, apatah lagi tiada mesin untuk memotong dan memproses nibung dengan menghasilkan panel yang sama saiz setelah diproses. Masa yang beliau ambil untuk menghasilkan mesin ini adalah sembilan bulan dan ia terdiri daripada enam buah mesin yang berlainan. Kata Saidin, beza nibong dengan papan ialah dari segi urat di mana nibung mempunyai urat yang sangat keras yang tidak mampu diolah atau dipotong oleh besi dengan mudah. Kita harus pisahkan weak point kayu tersebut bagi mengatasi kekerasan ujarnya sambil menegaskan bahawa mesin ciptaan beliau telah berjaya melakukan tugas tersebut. Mesin ini diilhamkan daripada mesin pemotong kayu balak yang sebenar semasa beliau bertugas sebagai pekerja di kawasan pembalakan. Beliau mendapati bahawa mesin tersebut tidak begitu efektif dan esien, ini adalah kerana penggunaan bilah pemotong perlu digantikan bagi setiap batang balak yang dipotong. Ini memerlukan kos yang tinggi. Oleh yang demikian, mesin pemotong kayu nibong ciptaan Saidin dapat mengatasi masalah ini. Untuk beroperasi, mesin ini memerlukan kuasa elektrik sebanyak 30 voltan. Mesin ciptaan Saidin telah dipatenkan dan didaftarkan di MyIPO. Usaha mendaftarkan paten tersebut mengambil masa 5 tahun dan akhirnya permohonan beliau telah diluluskan oleh MyIPO pada 15 Ogos 2011. Nibong yang sudah diproses sesuai untuk dibuat perabot, kraftangan dan hiasan dalaman, selain lantai dan siling.

atu lagi ciptaan anak jati Sarawak yang cukup menarik ialah penciptaan mesin memotong dan memproses kayu nibong bagi menghasilkan perabot dan lantai di Kampung Teh Oya, Dalat.

Encik Saiden bin Rahman Kampung Teh Oya, Dalat, Sarawak

Jejak Inovasi / Innovation walk

49

Inovasi

hari

03

Mesin Lesung Elektrik


Ahad,23 oktober 2011

i Kampung Seberang Daerah Dalat, para Penjejak Inovasi menemui Encik Dod Bin Nabat yang menghasilkan lesung elektrik untuk menumbuk beras.

Mesin tersebut yang diinovasikan pada tahun 1992 berjaya menggantikan penggunaan tenaga manusia untuk menumbuk beras sejak turun-temurun. Dengan penggunaan lesung elektrik ini, beras ditumbuk sehingga halus tidak lagi memakan masa dan tenaga. Menurut Dod, idea beliau tercetus selepas menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia yang memaparkan cara penggunaan lesung kaki untuk menghancurkan beras. Dari situlah beliau mendapat idea untuk menukar kaedah lama dengan menggunakan mesin yang lebih cekap dan digerakkan oleh motor sambil dijana oleh tenaga elektrik. Lesung atau alu yang digerak oleh motor itu diperbuat daripada kayu belian direka khas agar bersambung ke bahagian penekan yang disangkut dengan spring buaian bayi. Pergerakan itu dilakukan oleh sebuah motor dijana oleh tenaga elektrik. Tatkala mesin itu beroperasi, penyelia hanya perlu melakukan pantauan di sebelahnya termasuklah meletakkan tudung khas bagi mengelak beras daripada tumpah apabila ia sudah cukup halus serta sedia untuk diagihkan ke proses seterusnya. Secara purata mesin lesung elektrik ini dapat menghasilkan tepung beras sebanyak kira-kira 10 kilogram dalam masa 1 jam 15 minit. Berbanding penggunaan tenaga manual, dahulu segantang atau 3.5 kg beras tidak dapat dilaksanakan dalam masa sejam dua. Ini bermaksud, keupayaan mesin lesung elektrik adalah hampir 10 kali ganda lebih tinggi. Malahan di samping kegiatan itu, bengkel juga memberi perkhidmatan kepada penduduk sekitar yang menyewa mesin itu bagi menumbuk beras bagi dibuat kelupis contohnya. Melalui khidmat sedemikian pengguna dikenakan RM1.50 bagi setiap kg beras ditumbuk.

Encik Dod bin Nyabat Kampung Seberang, Dalat, Sarawak

50

Jejak Inovasi / Innovation walk

You might also like