You are on page 1of 37

TOPIK:

PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN
Definisi Konsep
 R & D merupakan satu pelan bertindak yang
ditumpukan kepada penyelidikan untuk mendapat
penemuan baharu (pengeluaran) yang lebih efektif
dan berkesan ke arah mempertingkatkan
pertumbuhan negara.
negara
 R & D merupakan unsur pembangunan negara
yang penting-pemangkin.
 R & D terdiri daripada 4 peringkat, iaitu asas,
pembangunan, aplikasi dan pemasaran.
 R & D kebangsaan adalah untuk memajukan
negara berasaskan sains dan teknologi selain
meningkatkan pengeluaran negara.
Tahap-tahap R & D
Penyelidikan Asas Penyelidikan mencipta sesuatu

Penyelidikan Mencipta sesuatu berorientasikan


Pembangunan pembangunan

Mengaplikasikan hasil untuk


Aplikasi Hasil sesuatu kegunaan

Memasarkan hasil sama di dalam


Pemasaran atau luar negara
Isu-isu Semasa
 Negara maju seperti Jepun, AS, memberi
perhatian khusus kepada R & D dengan
menyalurkan peruntukan besar daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) cth: 1985,
Jepun menggunakan 2.6 % KDNKnya untuk
tujuan R & D.
 Hanya pada tahun-tahun 1970-an, kerajaan
Malaysia lebih memberi tumpuan kepada
program R & D.
 Cth: dalam Rancangan Malaysia ke-6, RM600
juta diperuntukkan untuk kegiatan R & D.
 Selaras dengan cabaran Ke-6 Wawasan 2020
agar masyarakat saintifik dan progresif, berdaya
cipta dan berpandangan jauh dapat diwujudkan.
 Di bawah bajet tahun 2006, Peruntukan R & D
sebanyak RM868 juta disediakan di bawah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
 Skim Geran R&D akan memberi tumpuan kepada
bioteknologi, advanced manufacturing, advanced
materials, ICT, nanoteknologi dan sumber tenaga
alternatif, termasuk solar, bagi menggalakkan
inovasi dalam kalangan syarikat tempatan dan
ciptaan produk baru.
Sejarah R & D
 Sejarah organisasi penyelidikan di Malaysia
bermula dengan tertubuhnya Institut Penyelidikan
Perubatan pada tahun 1900.
 Secara keseluruhannya organisasi penyelidikan di
Malaysia terbahagi kepada 4:
i) Organisasi penyelidikan di bawah Akta Parlimen
Malaysia: Institusi Penyelidikan Getah
Malaysia(RRIM), Institut Piawaian dan Penyelidikan
Perindustrian Malaysia(SIRIM), Institut Piawaian
dan Pembangunan Pertanian Malaysia(MARDI),
Institut Penyelidikan Kelapa Sawit
Malaysia(PORIM) dan Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia(FRIM).
ii) Agensi penyelidikan di bawah Jabatan
kerajaan seperti Institut Penyelidikan
Perubatan(IMR), Unit Tenaga Nuklear(UTN)
dll.
iii) Organisasi Penyelidikan di pusat-pusat
pengajian tinggi.
iv) Organisasi penyelidikan sektor swasta
seperti milik SHELL, PROTON, TELEKOM,
MATSUSHITA, MOTOROLA dll.
Bidang
 Bioteknologi-MARDI, UPM
 Teknologi Bahan-Tenaga Nasional
Berhad(TNB), Piawaian dan Penyelidikan
Perindustrian Malaysia(SIRIM)
 Teknologi Maklumat-Institusi Sistem
Mikroelektrik Malaysia(MIMOS), Institut
Teknologi Maklumat Asia Pasifik(APIIT)
 Pencemaran Alam-Pusat Penyelidikan Alam
Sekitar
Institusi Penyelidikan Dan
Pembangunan Di Malaysia
 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN)
 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
 Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR)
 Kulim Hi-Tech Park (KHTP)
 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
 Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)
 Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)
 MIMOS Berhad (MIMOS)
 Lembaga Getah Malaysia (MRB)
 Malaysian Science and Technology Information Centre (MASTIC)
 National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM)
 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
 SIRIM Berhad (SIRIM)
 Taman Teknologi Malaysia (TPM)
ISI-ISI

KEPENTINGAN
Kaedah penyampaian

 Bidang  Kebaikan  Institusi R  Teknologi


&D
 Kebaikan  Bidang  Kebaikan  Bidang
 Teknologi  Teknologi  Bidang  Kebaikan
 Institusi R  Institusi R  Teknologi  Institusi R
&D &D &D
Pembangunan Ekonomi
 R & D menerokai bidang baru yang berpotensi pertumbuhan
ekonomi tinggi termasuk pertanian berkaedah termoden,
bioteknologi, nanoteknologi, sektor pembuatan berteknologi
tinggi untuk memajukan sektor industri dan pembuatan.
 Cth: institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Minyak
Sawit Malaysia (MPOB) dan institusi pengajian tinggi
meneroka dan memajukan secara agresif R&D berkaitan
produk halal memastikan bekalan makanan terjamin dan
meningkatkan eksport makanan.
 PORIM, RRIM, MARDI dan UPM menghasilkan pelbagai
ciptaan baru memalui bioteknologi memajukan sektor
pertanian.
 Cth: R & D dalam bidang pertanian memungkinkan baka-baka
baru getah dan kelapa sawit dihasilkan;
 Cth: baka padi yang bermutu dihasilkan oleh MARDI misalnya
MR 188 dan MR 189 meningkatkan produktiviti.
Sambung……
 Hasil R & D TMK yang berteknologi tinggi juga boleh
disalurkan kepada negara asing dengan pulangan tinggi,
cth: sewa teknologi MEASAT I dan II kepada negara jiran.
 SIRIM(Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian
Malaysia) memastikan keluaran industri Malaysia dapat
menembusi pasaran antarabangsa. Cth: tayar Goodyear,
Dunlop, bateri Century, mesin kira dll.
 Pengimportan barangan asing dapat dikurangkan justeru
mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.
 R & D perladangan hutan memperkenalkan sistem
perhutanan tani sebagai contoh ladang hutan bagi
menangani masalah aliran tunai dan risiko pelaburan yang
tinggi dalam perladangan hutan supaya dapat menarik
lebih ramai pelabur dalam bidang tersebut.
 Mewujudkan sumber-sumber ekonomi baru untuk
pelaburan dan pembangunan ekonomi (new sources of
investment and growth). Cth: mewujudkan ladang hutan
dan ladang herba.
Pendidikan
 Pelbagai R & D tempatan dijalankan bagi mendapat sumber
ilmu pengetahuan yang in situ sesuai dengan sukatan
pelajaran Malaysia.
 Cth :Pusat program penyelidikan dan konservasi tumbuhan di
malaysia seperti aktiviti tinjauan kepelbagaian tumbuhan di
lapangan, kerja-kerja dokumentasi, serta kajian-kajian yang
berkaitan dengan pemuliharaan populasi semulajadi spesies-
spesies yang terancam atau in situ conservation menjadi
sumber pendidikan.
 Cth: Taman Botani Kepong yang merupakan R & D FRIM
dengan peruntukan kawasan seluas 80 hektar atau 200 ekar
mengendalikan penyelidikan dan pendidikan bidang
biodiversiti, botani, hortikultur, lanskap, ekosistem hutan,
rekreasi dan riadah di samping turut menggalakkan
pemeliharaan dan pemuliharaan pelbagai flora serta habitat
tumbuhan di Malaysia.
Sambungan……

 R & D dalam bidang pendidikan membolehkan sistem


pelajaran Malaysia lebih mantap, cth: Seow Siew Hua &
Tan S.K. Kajian penggunaan pendekatan strategi konflik
untuk mengatasi miskonsepsi dalam sistem nombor
perpuluhan di sekolah rendah di Malaysia Persidangan :
dalam 'Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan
Pembangunan dalam Pendidikan 2000. Indra dan Ng
(Ed.)'Tahun : 2000 Anjuran: Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan. Cth: pelaksanaan PPSMI
 Hasil R & D membolehkan penerbitan bahan maklumat
berbentuk teknikal atau separa-teknikal menerusi
penerbitan buku-buku, risalah, papan tanda/label,
komputer interaktif, bahan audio visual dan sebagainya.
 R & D dalam sektor sains sosial mengaji implikasi
sosioekonomi dan kesan perkembangan sosial yang baik
untuk pendidikan sahsiah rakyat.
Perubatan
 R & D dapat meningkatkan kepakaran tempatan dalam
bidang perubatan.
 Contoh saintis tempatan pensyarah Pengajian Biosains
dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi UKM,
Prof. Dr. Azimahtol Hawariah Lope Pihie menemui
kaedah perubatan herba, Andrographis paniculata
sebagai penawar penyakit diabetes telah berjaya
memenangi pingat emas dalam Pameran Antarabangsa
ke-31, Rekaan, Teknik dan Produk Baru di Geneva,
Switzerland April 2003.
 Profesor Madya Dr. Rusymah Idrus dari Fakulti
Perubatan, UKM telah berjaya memenangi pingat
gangsa dalam Pameran Antarabangsa ke-31, Rekaan,
Teknik dan Produk Baru di Geneva, Switzerland April
2003 dengan kaedah kejuruteraan tisu, mencipta tisu
rawan untuk rawatan trakea.
 R & D bioteknologi memajukan
vaksinasi.
 R & D teknologi Nuklear membawa
harapan baru untuk pesakit-pesakit
kanser-radioterapi.
 Reproduksi dimajukan untuk manfaat
seluruh masyarakat: IVF-bayi tabung
uji.
Pembangunan Sumber Manusia:
Nadi Kemajuan Teknologi Tempatan
 R & D menjadi asas perkembangan teknologi
tempatan yang in-situ dan sesuai untuk kegunaan
tempatan.
 R & D dalam sektor strategi(pemasaran,
pengurusan) merupakan satu program
pengembangan teknologi untuk menjadi asas
sokongan kepada sektor lain.
 R & D meningkatkan perkembangan TMK. Cth:
pelaksanaan MSC menarik pelaburan negara
asing dan menggalakkan pengaliran wang masuk
dari luar negara untuk pembangunan bidang lain.
 R & D membolehkan kajian pelbagai bidang
seperti biologi, kaji bumi, astronomi, fizik dll
menyumbang kepada kemajuan bidang lain.
Contoh lain
 Melalui R & D, Malaysia menghasilkan
‘smart lamp’ atau lampu bijak yang dapat
padam dan nyala secara automatik.
 Cth: Profesor Dr. Ibrahim Abdullah,
pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi
UKM mencipta kayu sintetik dalam
mengkomersialkan hasil getah. (berjaya
memenangi pingat perak dalam Pameran
Antarabangsa ke-31, Rekaan, Teknik dan
Produk Baru di Geneva, Switzerland April
2003)
Pemeliharaan Alam Sekitar
 FRIM mengendalikan aktiviti R & D Peladangan hutan (R &
D bahan tanaman, pengurusan silvikultur, kawalan &
rawatan serangga penyakit dan penyelenggaraan ladang)
demi pemuliharaan alam dan pengeluaran hasil hutan(kayu-
kayan) yang bermutu.
 Penyelidikan dalam sektor perhutanan(asli) memelihara
hutan dan memboleh sistem ekologi dikekal dan
menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan
pembalakan.
 R & D dalam projek kitar semula membolehkan pelbagai
barangan buangan diproses semula demi kebaikan ekonomi
dan pemuliharaan alam.
 Cth: Projek R & D Bahan Binaan Alternatif daripada Sisa
Pertanian (Batang Kelapa Sawit-konsep sisa sifar) oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sambungan……

 Taman Botani Kepong di bawa FRIM menjadi pusat koleksi


terbesar tumbuh-tumbuhan endemik, yang terancam dan
hampir pupus contohnya kumpulan tumbuhan di bawah
program konservasi cites (convention on international trade
in endangered species of wild fauna and flora).
 R & D membolehkan pencarian tenaga alternatif seperti
tenaga suria, hidroelektrik, biojisim giat dijalankan demi
menjamin “Kesinambungan Pembangunan”.
 Cth: R & D ‘diesel baru’ oleh SIRIM dan Biofuel berasaskan
minyak sawit oleh PORIM menjadi harapan pembangunan
berterusan negara kita.
 Cth: R & D oleh Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear
Malaysia(MINT).
Cth lain:
 PETRONAS Research & Scientific Services Sdn
Bhd (PRSS), menjalinkan kerjasama strategik
dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
bagi projek penyelidikan rawatan pencemaran
hidrokarbon petroleum.
 R & D ini mengkaji rawatan pencemaran
hidrokarbon petroleum menggunakan kaedah
bioremidiasi.
 Kaedah ini menggunakan bakteria jenis konsotia
mikrob bertujuan merawat bahan pencemar seperti
petroleum yang mampu mengelakkan pencemaran
kepada alam sekitar.
Meningkatkan Taraf Hidup
 R & D dalam bidang perubatan dan farmakologi
meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
 Contoh: penemuan mesin pengimbas seperti MRI,
CAT, dll merevolusikan perubatan.
 Penciptaan pelbagai kemudahan pengangkutan
memudahkan pergerakan dan segala pengurursan
rakyat. Cth: LRT, Komuter, Monorail dll.
 Penciptaan alat-alat komunikasi seperti telefon
bimbit, komputer dll mengeratkan hubungan
sesama manusia.
Isi-isi Lain:
 Meningkatkan Perkembangan Sumber
Manusia Tanah Air
HALANGAN-HALANGAN
Kekurangan Pakar
 Banyak pelajar tidak minat dan kurang mahir dalam
sains dan matematik menyebabkan ijazah aliran
sains tidak cukup untuk keperluan pasaran.
 Malaysia kehilangan tenaga mahir ke luar negara
akibat tarikan luar.
 Ramai saintis Malaysia kurang berminat dalam
bidang R & D.
 Kualiti keintelektualan dan profesional dalam
bidang R & D tidak mencukupi memenuhi
keperluan dan kita terpaksa mengimport pakar-
pakar dari negara maju seperti Jerman dan Jepun.
 Pengambilan sumber manusia/pekerja asing
merugikan negara.
Polisi Kerajaan
 Kelemahan dalam pelantikan dan pengiktirafan
kepakaran golongan profesional seperti
doktor(terutama ijazah luar negara) dll menyebabkan
pengaliran kepakaran ke luar negara.
 Kesengetan dalam bantuan kewangan dan insentif
menyebabkan pihak swasta kurang terlibat dalam
projek R & D.
 Persoalan tentang ganjaran Hak Cipta dan Hak Milik
Ciptaan melemahkan inspirasi saintis tempatan untuk
membuat R & D.
 Dasar penswastaan dan pensyarikatan tidak
dilaksanakan secara sepenuhnya dalam bidang R & D
di Malaysia.
Masalah Kewangan
 Kebanyakan projek R & D melibatkan
jumlah modal yang besar, cth: penyelidikan
nuklear dan satelit.
 Syarikat kecil tidak mampu melaksanakan
usaha R & D tanpa sokongan kerajaan atau
pihak lain.
 Selain modal, kos pelaksanaan dan
pengendalian setiap projek R & D memakan
perbelanjaan yang amat tinggi.
 Kos kepakaran yang sangat tinggi.
Sambutan Masyarakat
 Isu cetak rompak melemahkan semangat
para saintis untuk terus berusaha.
 Sikap masyarakat bahawa barangan import
lebih bermutu berbanding dengan hasil
tempatan.
 Cth: perisian tempatan(software) yang
berpotensi seperti Nalinam (Pemproses
perkataan Bahasa Tamil) serta Vbuster
(virus scanner), seolah-olah dipinggirkan.
 Masyarakat kurang pengetahuan dan kuang
yakin terhadap hasil R & D tempatan.
LANGKAH-LANGKAH
Dasar-dasar Kerajaan
 Dasar cukai kerajaan ke atas barangan berteknologi tinggi
dikurangkan.
 Cukai keuntungan syarikat R & D perlu dikecualikan.
 Dasar perlantikan kaki tangan golongan profesional
ditimbang semula.
 Galakan pihak swasta dengan pelbagai bantuan insentif
seperti ganjaran kewangan, gelaran kehormat dll, cth:
sektor perindustrian menerima peruntukan R & D hampir
RM180 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-6.
 Rancangan Malaysia Ke-lapan, kerajaan akan
memberikan insentif kepada Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk
diterapkan dalam bidang pertanian.
 Kerajaan telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Bahan
Termaju(AMREC) pada tahun 1996 untuk kerja R & D
khasnya dalam bidang industri, termasuk industri polimer.
Sistem Pendidikan Negara
 Penekanan terhadap mata pelajaran Sains dan
matematik dalam sistem pendidikan Malaysia.
Cth:PPSMI-pengajaran dan pembelajaran sains
dan matematik dalam bahasa inggeris.
 Perkembangan ko-kurikulum diselaraskan dengan
R & D, cth: kelab reka cipta , pertandingan robotik
dll supaya daya kreativiti dan inovatif dipupuk.
 Kaedah-kaedah R & D diterapkan dalam mata
pelajaran mahupun peringkat menengah, cth:
statistik dan methodologi.
 Mempertingkatkan intake bagi jurusan sains bagi
universiti tempatan.
 Peruntukan kewangan bagi projek-projek R & D di
peringkat universiti.
Pemperkasakan Undang-
undang
 Akta Hak Paten dan Reka Cipta perlu
diperketatkan bagi melindungi setiap hak
cipta.
 Hukuman dan akta ketat diperlukan untuk
memastikan R & D seseorang atau
sesebuah syarikat menjadi miliknya.
 Kegiatan cetak rompak dan meniru hasil
intelek harus disekat.
 Cth: Cetak rompak perisian di Malaysia
akan dapat dikawal dengan lebih rapi
dengan Akta Hak Cipta 1987(Pindaan
1997).
Kesedaran Masyarakat
 Kesedaran masyarakat(individu mahupun
syarikat) terhadap bidang R & D harus
ditingkatkan seperti di kalangan negara
maju Jepun, Jerman dll.
 Kesedaran tentang menghargi hasil ciptaan
tanah air perlu ditanam.
 Sikap mengutamakan teknologi dan
barangan import harus dialih melalui
kempen “Utamakan Barangan Buatan
Malaysia”.
 Kempen perlu dilaksanakan untuk
menginsafkan golongan ini tentang
kepentingan berkhidmat untuk tanah air.
PENUTUP
 Usaha kerajaan yang serius
merupakan asas galakan kemajuan R
& D selaras dengan matlamat
Wawasan 2020 tentang masyarakat
kreaktif, inovatif dan progresif.
 Rakyat juga harus memberi sokongan
sewajarnya dalam semua usaha ke
arah tersebut.
Soalan:
 Kepentingan R & D dalam aspek
pembangunan negara:
1. Meningkatkan ekonomi negara
2. Mningkatkan taraf kesihatan rakyat
3. Memelihara & memulihara alam sekitar
4. Pembangunan sumber manusia
5.
Soalan:
 Kegiatan Penyelidikan dan
Pembangunan (R & D) merupakan
kemestian untuk kemajuan sesebuah
negara khasnya dalam dunia global
yang penuh persaingan. Bincangkan
kepentingan R & D dalam konteks
pembangunan negara.

You might also like