You are on page 1of 7

Idea untuk membangunkan pakej Edutourism ini bermula semasa mesyuarat Visit My

Campus pada 10 Januari 2014 oleh Setiausaha Agung Kementerian Pengajian Tinggi. Ini
kerana universiti-universiti tempatan memilik sumber dan kemudahan yang boleh dikongsi
dan dihargai dengan orang awam.

Projek ini adalah sejajar dengan inisiatif ketiga Pusat Transformasi Komuniti
Universiti (UCTC) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu membolehkan
akses kepada kursus-kursus universiti dan kemudahan yang tidak
digunakan sepenuhnya. Pemikiran positif ini kemudiannya dibentangkan dan diluluskan
oleh Ketua Setiausaha Malaysia semasa mesyuarat pra-sidang kemuncak
NBOS pada 17 Julai 2014.

Pakej Edutourism menawarkan anda peluang untuk menggabungkan percutian dengan


berpandukan pengalaman pembelajaran. Anda akan didedahkan dengan set tarikan
unik yang berasaskan pengetahuan yang boleh membawa kepada perubahan positif
dalam persepsi dan sikap. Anda boleh merasa, menyentuh, mendengar, dan melihat
keajaiban ilmu di universiti malaysia.

Inisiatif ini dibawa kepada anda secara khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian Pelancongan dan Budaya, Tourism Malaysia bersama dengan agensi
pelancongan yang terpilih.

Pada masa ini, terdapat hampir 149 pakej yang ditawarkan oleh sembilan (9) buah
universiti dengan kerjasama 20 agensi pelancongan. Akhir kata, mari berseronok sambil
belajar!
Aset semula jadi juga membuka ruang keterlibatan pelancongan kesukarelawanan, terutama
dalam menggalakkan kerjasama 'Komuniti-Universiti', seperti dalam usaha konservasi dan
penambahbaikan kawasan. Penglibatan aktif dan secara langsung komuniti dan masyarakat
setempat yang berganding bahu dengan agensi-agensi kerajaan dalam memantau, melaporkan
dan membanteras aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar merupakan satu unsur
penting dalam menjayakan program ini

 Mengukuhkan imej dan fungsi


 Memberi kepelbagaian
 Menyokong cadangan
 Meningkatkan daya produktiviti
 Pembangunan ini akan memperkemaskan susunatur
 Menerajui penyelidikan dan pembangunan
 Memperkasakan

Contoh:
Kawasan tanah pamah yang rata di kawasan X sesuai dimajukan sebagai kawasan
petempatan baru. Keadaan bentuk muka bumi begini memudahkan kawasan diteroka dan
petempatan baru dibina. Jalan raya dan perumahan mudah dibina di kawasan tanah
pamah kerana kosnya lebih rendah. Dengan adanya petempatan baru (pembinaan
kondominium atau taman perumahan) akan dapat mengimbangi kepadatan penduduk di
kawasan X dan kawasan yang berhampiran. Sebelum ini pola penduduk hanya tertumpu di
kawasan Y.

Kawasan ini dekat dengan pelbagai prasarana. Wujudnya jaringan pengangkutan yang baik
dan ini menjadikan darjah ketersampaian ke sesuatu destinasi lebih baik dan tinggi.
Terdapat juga kemudahan pendidikan (sekolah, taska, kolej dan universiti) dan
kemudahan kesihatan (klinik, hospital). Selain itu, banyak deretan kedai, restoran dan
pasar raya seperti (nyatakan jika ada) yang dapat memenuhi keperluan harian penduduk.
Penduduk tidak perlu keluar atau pergi ke bandar lain untuk membeli-belah.
1. Pembangunan pesat kawasan Bertam sebagai pusat pendidikan.
2. Potensi untuk pembangunan dan perkembangan industri pelancongan di Daerah Perak Tengah
sememangnya wujud dengan adanya pelbagai produk pelancongan dalam bentuk alam
semulajadi, budaya dan sejarah. Pihak berwajib perlu memberi keutamaan kepada
pembangunan industri pelancongan memandangkan ia mampu bertindak sebagai penjana
pendapatan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

 KEBUDAYAAN TEMPATAN

Kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah
satu cabaran bagi industry pelancongan. Pada era globisasi ini, terdapat ramai
remaja mengabaikan kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat.
Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan kerana
pelancong-pelancong ingin merasai dan mengetahui kebudayaan tradisi negara
yang tidak ada di negara lain. Antaranya adalah seni silat, tarian tradisional, pakaian
tradisional dan banyak lagi yang semakin dilupakan oleh anak muda. Jika tidak
diwarisi oleh anak-anak muda ketika ini keunikan sesebuah negara akan hilang yang
membawa kepada kurangnya pelancong yang akan datang ke negara tersebut.

HALANGAN DAN CABARAN IKS LUAR BANDAR


a. Masalah modal dan pembiayaan
IKS biasanya sukar mendapatkan pinjaman modal daripada institusi kewangan. Hal ini
kerana pengeluaran IKS adalah berskala kecil dan terhad. Bank kurang berminat
memberi pinjaman kerana IKS tiada cagaran. Usahawan IKS juga sukar mendapatkan
bekalan secara kredit daripada pembekal jadi mereka akan menghadapi masalah
pusingan modal. Kebanyakan sumber modal IKS adalah daripada tabungan pengusaha
sendiri , sumbangan ataupun pinjaman daripada saudara-mara dan kawan-kawan.

b. Produktiviti dan teknologi yang rendah


Usahawan IKS menggunakan mesin yang ringkas dan berteknologi rendah oleh sebab
itu barang yang dihasilkan juga terhad. Pengurusan tidak cekap, teknologi ketinggalan
zaman, kurang inovasi menghalang perkembangan IKS

Ada antara pengusaha IKS yang masih menggunakan teknologi lama dan enggan
menghantar pekerja untuk latihan atau berkursus akibatnya tiada peningkatan
kemahiran di kalangan pekerja untuk meningkatkan produktiviti.

c. Penggunaan tenaga kerja yang kurang berkemahiran juga mengakibatkan barang


yang dihasilkan tidak seragam dan kurang bermutu.
IKS tidak mampu menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada perkhidmatan yang lebih
baik berbanding dengan syarikat yang lebih besar berupaya mengaji pekerja
berdasarkan pengalaman, kemahiran dan kelayakan pemohon.

d. Masalah pengurusan syarikat


Biasanya usahawan IKS tidak mengamalkan pengkhususan sepenuhnya dan akan
melakukan pelbagai kerja sendiri dengan dibantu oleh ahli keluarga dan beberapa orang
pekerja. Usahawan IKS biasanya tiada kemahiran dan kurang pengalaman dalam
pengurusan syarikat. Pengurusan yang kurang bersistem ini menyebabkan syarikat tidak
dapat mencapai tahap pengeluaran dan kecekapan optima.

e. Majoriti pengusaha IKS taraf pendidikan mereka rendah dan tidak mengamalkan
prinsip pengurusan moden dalam struktur pentadbiran mereka. Mereka masih
mengamalkan cara tradisional dalam pengurusan IKS.

f. Kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah


Pembekal yang menjual bekalan mentah secara kredit juga mengenakan pelbagai syarat
untuk dipatuhi oleh pengusaha IKS. Pengusaha sukar mendapatkan bahan mentah
bermutu pada harga yang rendah. Ada juga bahan mentah yang diperlukan tiada
dipasaran negara menyebabkan mereka terpaksa mengambil barang import. Harga
bahan mentah import yang tidak stabil turut mendatangkan masalah kepada pengusaha
IKS . Kadang-kala IKS terpaksa membayar harga bahan mentah lebih tinggi daripada
industri besar.

g. Modal yang kecil juga tidak memungkinkan pengusaha IKS untuk membeli dan
menyimpan stok yang banyak , jadi bekalan stok selalu terputus akan mengakibatkan
proses pengeluaran terganggu.

h. Persaingan dalam pemasaran barang

i. Pasaran IKS adalah terhad hanya bergantung kepada pasaran domestic untuk
memasarkan barang maka perkembangan IKS juga akan terbantut. usahawan IKS juga
tidak mempunyai cukup modal serta kepakaran untuk membuat promosi secara besar-
besaran, jadi maklumat tentang barang yang dikeluarkan tidak dapat disebarkan ke
merata tempat, terutamanya kepada pasaran luar negara. Usahawan IKS terpaksa
bersaing sesama sendiri kerana kebanyakan mereka hanya tertumpu kepada pasaran
tempatan sahaja. Hal ini kerana usahawan IKS kurang berpengalaman untuk menerokai
pasaran asing dan kurang berkemampuan dalam mempromosikan keluaran mereka..

j. Masalah penempatan dan lokasi

k. Masalah hubungjalin dengan industri berat


Kualiti barangan dan produktiviti yang rendah menjejaskan hubungan IKS
dengan industri besar., walaupun IKS adalah industri sokongan kepada industri berat
namun sikap sesetengah industri berat lebih suka mendapatkan komponen dari industri
berat sendiri atau daripada anak syarikat mereka Ini disebabkan kadang kala kegagalan
IKS memenuhi kontrak seperti mana yang dikehendaki oleh industri besar. kegagalan
memenuhi kontrak akibatnya IKS lagi mendapat subkontrak daripada industri
berat.Industri berat mahu memastikan bekalan yang mereka perolehi mengikut
standard dan berkualiti serta menjamin bekalan yang diperolehi tidak terputus. Apabila
keadaan ini berterusan ia akan menjejaskan hubungan dan usahasama industri IKS dan
industri berat, kerana salah satu tujuan penubuhan IKS ialah sebagai pelengakap kepada
industri berat.
l. Terdapat IKS menjalankan operasi di kawasan yang tidak mempunyai infrasuktur
yang mencukupi untuk menjimatkan kos .Industri IKS boleh dijalankan di kawasan
bandar, pinggir bandar atau berhampiran sumber bahan mentah, asalkan memenuhi
syarat dan kos yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, disebabkan jumlah modal
yang terhad, ada pengusaha IKS yang menempatkan premis mereka di kawasan yang
tidak dibenarkan seperti di kawasan perumahan , di tanah rizab kerajaan, dan
sebagainya. Terdapat juga pengusaha IKS mengubahsuai kediaman mereka untuk
dijadikan premis perniagaan. Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada
pengusaha tetapi juga kepada penduduk setempat khususnya jiran tetangga
· kekurangan modal menghadkan kemampuan memasarkan produk.
· kekurangan kepakaran dalam pemasaran dan kualiti barang rendah.

LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN


INDUSTRI PELANCONGAN

Walaupun industri ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilihat telah mengugat jumlah
kedatangan pelancong dan penjanaan hasilnya sepanjang tahun 2014, namun usaha keras yang
dimainkan oleh Kementerian Pelancongan terutamanya melalui Tourism Malaysia, telah
meningkatkan keyakinan pelancong dari lain-lain negara selain Cina, untuk terus memilih
Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka. Data terkini yang dikeluarkan oleh “Tourism
Malaysia”, sehingga Disember 2014, mencatatkan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia
telah meningkat sebanyak 6.7 peratus menjadi seramai 27.4 juta pelancong.

Langkah yang pertama ialah melengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan
perhubungan di negara kita. Sebagai contoh, keretapi laju (ETS) adalah salah sebuah projek
pengangkutan yang berkaitan dengan bidang pelancongan ini. ETS yang jauh lebih laju
daripada keretapi biasa dapat menarik pelancong untuk menaikinya untuk menuju ke destinasi
berjarak jauh di Malaysia. Ia dapat menjimatkan masa para pelancong dan masa tersebut boleh
digunakan untuk melakukan aktiviti pelancongan. Selain dari ETS, kemudahan bot ataupun
feri dapat menarik bilangan pelancong untuk mengunjungi pulau-pulau peranginan yang
terdapat di Malaysia ini. Contohnya, perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi telah dinaiktarafkan
dengan feri yang boleh membawa penumpang dengan kenderaan ke pulau tersebut. Jadi, ia
lebih memudahkan pergerakan para pelancong kerana mereka tidak perlu untuk menyewa
kenderaan lagi ketika berada disana (Johan M., 2015).

Langkah yang kedua adalah dengan penganjuran pelbagai acara dan juga karnival. Karnival
pelancongan adalah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan sesebuah negara ke mata
dunia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) bertanggungjawab
dalam merangka karnival ini. Dalam karnival seumpama ini, banyak perkara diketengahkan
seperti tempat-tempat menarik, kepelbagaian makanan dan juga kebudayaan masyarakat yang
pelbagai kaum. Terdapat juga pakej-pakej pelancongan yang kompetitif disediakan kepada
masyarakat antarabangsa. Selain daripada membuat karnival, KPKM telah membuat projek
pelancongan. Dalam projek ini, terdapat sukarelawan pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku
(MM2H), pelancongan pelajar, pelancongan pendidikan, agro-pelancongan dan pelancongan
sukan.

Langkah yang ketiga ialah melalui Tourism Malaysia (TM). Tourism Malaysia telah banyak
membuat program yang industri pelancongan. Terdapat pelbagai industri seperti agensi
pernaigaan, perlesenan dan pendaftaran pelancongan, industri konvensyen dan pameran dan
persatuan pelancongan dan agensi seperti Arkib Negara Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara, Istana Budaya dan Jabatan Muzium Malaysia yang bernaung dan
berkolaborasi di bawah TM ini. TM telah menjalankan pelbagai kempen demi meningkatkan
pelancongan di Malaysia. Kempenkempen seperti ‘Malaysia Truly Asia, ‘Cuti-Cuti 1Malaysia
Dekat Je’, ‘Tahun Melawat Malaysia’ dan ‘Malaysia years of festival’ (MyFEST) dapat
memperkenalkan keunikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia ke masyarakat
seantero dunia. Keunikan yang ditawarkan ini dapat menaikkan jumlah kedatangan pelancong
ke negara kita saban tahun.

Langkah yang keempat adalah dengan memperkenalkan produk pelancongan baru yang dapat
menarik minat pengunjung dari negara asing. Kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan
diri dalam program inap desa iaitu menyediakan lebih banyak ‘homestay’ untuk dihuni oleh
para pelancong. Selain itu, musim buah-buahan yang hanya terdapat di negara ini seperti
durian, mempelam, manggis dan sebagainya turut dihebahkan kepada pelancong asing supaya
mereka dapat menikmati keenakan buah-buahan tersebut dan seterusnya menjadi buah mulut
mereka untuk terus datang ke Malaysia pada musim-musim tertentu. Biasanya pelancong luar
mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, peluang untuk
memperkenalkan budaya dan kesenian di Malaysia yang pelbagai dan unik ini terbuka sangat
luas (Malia J., 2013).

BANGUNAN HIJAU
Monograf PLANMalaysia@Melaka | 28

Reka bentuk bangunan dan penggunaan bahan binaan unit-unit kediaman perlu mengambil kira kriteria-kriteria
penggunaan teknologi dan amalan hijau. Ciri-ciri penerapan teknologi hijau dalam pembangunan dan pembinaan
perumahan adalah meliputi:
Pencahayaan dan aliran angin semulajadi – reka bentuk tingkap, pintu dan bumbung yang membenarkan
pencahayaan secara maksimum.
Reka bentuk bumbung yang membolehkan pelepasan haba – penyejukan rumah secara semulajadi dan
mengurangkan penggunaan tenaga.
Kitar semula air hujan – penyediaan tangki pengumpulan/ penuaian air hujan (rain water harvesting).
Pemasangan lampu LED (light-emitting diode).
Penyediaan tong sampah khusus bagi pengasingan bahan buangan mengikut kategori.
Memperbanyakkan penanaman pokok di kawasan pembangunan perumahan

menekankan kepada pembentukan usahawan berdaya saing, rantaian bekalan produk yang
kukuh serta memupuk kerjasama antara pihak swasta dan komuniti dalam memacu aktiviti
ekonomi bagi menjana pendapatan yang tinggi kepada komuniti luar bandar menjelang tahun
2020. RTP memberi tumpuan bagi menarik pelaburan swasta untuk mempertingkat aktiviti
ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan serta menyediakan kemudahan

You might also like