You are on page 1of 2

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, pepatah Melayu ini merupakan

gambaran tepat yang dapat merumuskan mengenai stigma masyarakat Malaysia seolah-
olah memandang sepi produk kraf tangan buatan tempatan. mentaliti masyarakat
Malaysia yang lebih mendewa-dewakan produk kraf tangan moden dan berjenama
antarabangsa, dilihat ancaman terbesar bagi industri kraftangan tempatan. Rentetan
kelesuan permintaan dalam pasaran tempatan ini, telah menyumbang kepada kesuraman
industri kraf tangan negara yang boleh diibaratkan seperti hidup segan mati tak
mahu. Sorotan daripada kesuraman iklim ekonomi dunia yang kian meruncing dewasa
ini, industri kraf tangan negara bergelut untuk terus bernafas. memburukkan lagi
keadaan dikala industri kraftangan negara dilihat terumbang-ambing untuk kekal
bertahan. Kerajaan seakan-akan terlepas pandang akan potensi industri ni. Apa yang
lebih membimbangkan ialah pengusaha kraf tangan tempatan bukan sahaja terdesak
untuk mencari peluang perniagaan malah terpaksa berdepan masalah permintaan
domestik yang kurang memberangsangkan. Senario ini jelas sekali mengecewakan banyak
pihak. Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlulah mencari formula atau mekanisme
berkesan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.

Dalam usaha memajukan industri kraftangan di Malaysia, kerajaan melalui agensinya


telah berusaha untuk mempromosikan industri kraf tangan di peringkat antarabangsa.
Pihak kerajaan perlu melakukan pelbagai inisiatif termasuk promosi yang diadakan
melalui kempen-kempen, pakej-pakej pelancongan dan percutian di Malaysia. Dengan
majunya industri pelancongan, secara tidak langsung perusahaan kraf tangan akan
semakin menggalakkan kerana di mana ada gula di situ ada semut. Selain itu, pihak
kerajaan boleh memberi peluang kepada pengusaha industri kraf tangan untuk
mengkomersialkan hasil keluaran mereka. Pihak kerajaan juga boleh memberi pinjaman
kewangan kepada mereka yang mengusahakan industri kraf tangan. Industri kraf tangan
membuka banyak peluang pekerjaan apabila permintaan hasil kraf tangan meningkat
seperti batik memerlukan pengeluaran yang banyak. Dengan itu, pihak kerajaan dapat
membantu meningkatkan industri kraf tangan untuk terus berkembang maju.

Selain itu,peranan media massa amat penting dalam usaha kita mengekalkan industri
kraf tangan ini. Media massa bertanggungjawab mempromosikan industri kraf tangan
kepada seluruh warga Malaysia. Sejajar dengan kepesatan arus pemodenan, peranan
media massa dalam usaha mengekalkan indusrti kraf tangan amat penting sekali. Media
massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang,
maka media ini memegang amanah mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang
keunikan barangan kraf tangan. Contohnya rancangan yang dipaparkan di TV1 iaitu
kesenian kraf tangan Malaysia menunjukkan penghasilan kraf tangan dari segi
pembuatan, penyediaan dan pelbagai lagi proses perusahaan membuat barangan kraf
tangan. Selain itu, wartawan rancangan Majalah 3 juga tidak ketinggalan melaporkan
kepelbagaian seni kraf tangan seperti seni anyaman, seni ukir kayu, seni sulaman,
hasil kraf tembikar dan perusahaan membuat barangan logam. Oleh itu, peranan media
massa menerusi promosi hasil kraf tangan sememangnya tepat kerana kewujudan media
elektronik sebagai medium untuk mempromosikan kraf tangan adalah selari dengan gaya
hidup moden generasi muda pada alaf baru ini. Lagipun, kebanyakan rakyat Malaysia
mempunyai televisyen di rumah masing-masing.

Di samping itu, sekolah juga merupakan salah satu organisasi bagi memajukan
industri kraf tangan. Pihak sekolah haruslah mendedahkan kepada para pelajar dengan
lebih mendalam lagi tentang kesenian kraf tangan supaya industri kraf tangan tidak
ditelan zaman. Sebagai contoh pihak sekolah menganjurkan pameran dan mengadakan
pertandingan hasil kraf tangan, secara tidak langsung pelajar akan terdedah dengan
industri kraf tangan. Hal ini kerana pelajar masa ini lebih cenderung memilih
barangan moden dan berjenama. Pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab warisan
yang lebih menerapkan kesenian kraf tangan. Dengan adanya kelab-kelab sebegini
industri kraf tangan tidak lenyap ditelan zaman. Secara tidak langsung, pelajar
dapat menonjolkan bakat yang terpendam dan kreativiti mereka untuk menghasilkan
kraf tangan mengikut imaginasi serta acuan mereka sendiri akan terlaksana.
Seterusnya, perihal masyarakat dewasa ini, suka akan barang yang mempunyai reka
bentuk moden. Hal ini menyebabkan barangan tradisional khususnya barangan daripada
hasil kraf tangan di Malaysia semakin dipandang lesu oleh segenap lapisan
masyarakat. masyarakat seharusnya mengetepikan persepsi negatif terhadap hasil
kraftangan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Masyarakat itu sendiri perlulah
memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap industri kraf tangan dengan cara
membeli barangan tradisional seperti bakul anyaman, wau, hasil ukiran tangan dan
hasil sulaman. Dengan cara ini akan menaikkan lagi taraf industri kraftangan di
negara kira. Masyarakat haruslah melibatkan diri dalam industri kraf tangan itu
sendiri dengan cara mengadakan atau menubuhkan kelas serta kelab yang melibatkan
industri kraf tangan di Malaysia. Justeru, jelaslah bahawa komitmen di kalangan
pelbagai lapisan masyarakat diperlukan dalam usaha memartabatkan lagi industri kraf
tangan di negara kita.

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jelas menunjukkan bahawa untuk
mendapatkan sesuatu yang membuahkan hasil , seseorang itu haruslah mencari
inisiatif bagi memberi nafas baru terhadap usaha mereka. Dalam nada pendekatan lain
ini juga, sebenarnya seseorang individu dapat mendimensikan industri kraf tangan
mengikut acuan dan dinamik mereka sendiri. Hal ini , secara tidak langsung dapat
mengangkat martabat industri kraf tangan negara ke satu tahap yang lebih
membanggakan. Dalam hal ini, pengusaha kraf tangan perlulah memvariasikan corak,
nilai estetika dan keaslian produk kraf tangan yang dihasilkan bagi menjana
pertumbuhan industri kraf tangan negara. Selaras itu, usaha bersepadu ini dilihat
sebagai formula yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan yang
dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan khasnya di peringkat
antarabangsa. Selain itu, pengusaha kraf tangan haruslah bijak mencari peluang dan
platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat
domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha kraftangan mengaplikasikan pendekatan
global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah saru hari nanti
produk kraf tangan negara mampu duduk sebaris dengan produk kraftangan
antarabangsa, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Tuntasnya
pengusaha karaf tangan haruslah lebih berinisiatif dan kreatif dalam
memanipulasikan teknologi ICT agar industri kraftangan dapat bersaing secara
kompetitif di peringkat global.

Konklusinya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan lagi
industri kraf tangan di Malaysia. Semua pihak tidak harus memandang sebelah mata
terhadap industri kraf tangan ini dan lebih malang lagi terdapat segelintir
masyarakat yang menganggap industri kraf tangan seperti hidup segan mati tak mahu.
Oleh itu , marilah sama-sama kita berganding bahu menyedarkan masyarakat yang
dibuai mimpi dalam arus pemodenan dunia pada hari ini. Jelaslah bahawa kraf tangan
merupakan inisiatif bagi menyelamatkan ekonomi negara dan sekali gus akan tercapai
hasrat Malaysia yang ingin menjadikan negara maju menjelang wawasan 2020. Sekiranya
terdapat kerjasama daripada semua pihak, kesenian kraf tangan yang diwarisi
daripada nenek moyang kita ini pasti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Peribahasa biar mati anak jangan mati adat seharusnya dijadikan prinsip hidup
masyarakat agar dapat menjayakan usaha yang suci murni ini bagi mengekalkan
industri kraf tangan yang kita warisi turun temurun.

You might also like