You are on page 1of 2

Menabung merupakan satu amalan proaktif berlandaskan kesedaran seseorang untuk membuat

persediaan bagi menjamin masa hadapan yang cerah. Pada zaman moden ini, menyimpan wang
di bank merupakan cara yang efektif untuk memastikan wang tabungan disimpan dengan
selamatnya berbanding dengan menyimpan wang secara konvensional di rumah. Ada juga
segelintir individu yang membuat tabungan melalui skim pelaburan yang menjanjikan dividen
yang tinggi. Hakikatnya, menabung perlu dijadikan amalan untuk membantu kita menghadapi
kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sumber: Internet

Petikan di atas menyatakan bahawa amalan menabung menjadi amalan kebanyakan masyarakat
kini. Amalan mulia ini perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat sama ada golongan dewasa
mahupun golongan kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memupuk
amalan mulia ini dalam diri anak-anak.

Huraikan peranan ibu bapa untuk membudayakan amalan tersebut dalam kalangan anak mereka.

Isu lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini bukan lagi satu isu baharu. Masalah ini
mendapat perhatian apabila ada warga asing di negara ini terutamanya yang berstatus pelarian
tidak mengendahkan undang-undang negara kita. Keadaan itu mendesak kerajaan untuk
melaksanakan Ops Benteng bagi mengekang pendatang asing tanpa izin daripada menyusup
masuk ke dalam negara melalui lorong tikus sama ada melalui jalan darat mahupun jalan air.

Sumber: Sinar Harian Online

Petikan di atas menerangkan bahawa isu pendatang asing tanpa izin yang masuk ke negara kita
telah banyak mendatangkan masalah sama ada kepada masyarakat mahupun kepada negara.
Kemasukan mereka ke negara kita jika tidak dibendung pasti menimbulkan pelbagai kesan
negatif, sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Jelaskan kesan-kesan tersebut.

Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia (Kraf Tangan Malaysia) mencapai nilai jualan
sebanyak RM481.1 juta pada tahun ini setakat Oktober lalu yang dijana oleh 5,091 usahawan
tempatan. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan bahawa industri kraf tangan telah
mewujudkan peluang pekerjaan kepada seramai 10,416 tenaga kerja dalam pelbagai bidang
kraf tangan. Perkembangan positif industri ini memberi limpahan ekonomi kepada sektor
perkhidmatan, pengangkutan, dan pembekalan sekali gus menyumbang kepada pendapatan
negara.

Sumber: Berita Harian Online

Industri kraf tangan seperti anyaman bakul, ukiran tangan, dan penghasilan pelbagai permainan
tradisional seperti pembuatan wau bukan sahaja dapat memajukan sektor pelancongan, malahan
mampu menjadi kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan seseorang.

Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan golongan
belia menceburi bidang tersebut.

You might also like