You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan

negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat, demokrasi ialah pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya.

Negara-negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi seperti Malaysia, Thailand, Britain,

India, Australia dan sebagainya. Sistem pemerintahan dan pentadbiran selepas merdeka adalah

berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Terdapat dua corak pemerintahan

demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah

tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri. Malaysia mengamalkan

Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada

tahun 1957. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Perlembagaan Malaysia

menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Pindaan

perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik

semasa. Melalui pemerintahan berbentuk demokrasi, Malaysia menjalankan pilihan raya setiap

lima tahun sekali untuk memilih pemimpin negara melalui undian yang mendapat jumlah yang

tertinggi. Hal ini kerana melalui pilihan raya yang dijalankan, rakyat mempunyai hak untuk

memilih pemimpin yang mereka merasakan layak untuk mentadbir negara. Rakyat diberikan

kebebasan untuk memilih pemimpin tanpa sebarang hasutan atau paksaan daripada pihak yang

tidak bertanggungjawab. Kuasa diberikan sepenuhnya kepada rakyat berdasarkan sistem

demokrasi ini. Oleh itu, rakyat perlu mendaftarkan diri sebagai pengundi untuk memilih

pemimpin yang sepatutnya mempunyai hak untuk mentadbir sebuah negara yang maju dari aspek

politik, sosial dan ekonomi.


2.0 HUJAH MENYOKONG WARGANYA MEMPUNYAI KEBEBASAN POLITIK SEMASA

PILIHAN RAYA

Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan

memberikan hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin negara melalui pilihanraya yang

dijalankan dalam tempoh lima tahun. Pilihanraya ialah proses memilih wakil rakyat untuk

memerintah sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan. Rakyat mempunyai kebebasan

berpolitik semasa pilihanraya dijalankan dalam tempoh yang diberikan. Oleh itu, terdapat hujah-

hujah yang menyokong perkara ini dengan memberikan peluang kepada rakyat berpolitik semasa

pilihanraya.

2.1 Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.

Sistem pilihan raya mula diperkenalkan pada tahun 1955 dan terus diadakan setiap lima

tahun sekali sehingga kini. Melalui pilihanraya, rakyat diberikan peluang untuk memilih

pemimpin yang adil untuk memerintahkan sesebuah negara. Undian yang dipilih adalah

berdasarkan majoriti atau undian yang tertinggi untuk menggubal sebuah kerajaan. Pilihanraya

yang dijalankan tidak mengira kaum dan semua rakyat Malaysia boleh mengundi mengikut

syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku masalah

perkauman kerana mengutamakan kaum melayu sahaja untuk mengundi dalam pilihanraya yang

dijalankan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah

sama di sini undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2

memperuntukan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab

agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Perlembagaan Persekutuan ini menunjukkan bahawa

semua rakyat di Malaysia mempunyai hak masing-masing dan mereka perlu mengundi untuk
memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

Keputusan yang dikeluarkan melalui pilihan raya adalah berdasarkan undian yang telah di pilih

oleh rakyat. Jadi keputusan tersebut perlu dipersetujui oleh semua pihak untuk mengelakkan

daripada berlaku masalah dalam negara.

2.2Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan

Negara yang mengamalkan demokrasi akan menjalankan pilihan raya untuk memilih

pemimpin dalam negara tersebut berdasarkan undian rakyat. Semasa pilihan raya dijalankan,

rakyat mempunyai hak untuk bersuara, berpolitik dan berpersatuan untuk menyokong bakal

pemimpin yang mereka pilih. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan

kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.

Namun demikian, parlimen boleh mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan,

ketenteraman awam atau moral. Perkara ini menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-

perkara sensitif seperti hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi. Melalui pilihan raya, rakyat dibenarkan untuk berpersatuan atau menubuhkan

persatuan sendiri. Persatuan yang dipilih oleh rakyat adalah hak masing-masing untuk

menyokong mana-mana calon yang terpilih. Kempen pilihan raya hanya dijalankan semasa

pilihan raya dijalankan untuk memelihara keselamatan rakyat. Di Malaysia, kempen pilihan raya

dikawal secara ketat dan kebebasan untuk bersuara dihadkan pada bentuk tertentu sahaja tetapi

rakyat masih diberikan peluang untuk bersuara. Hal ini adalah untuk mengelakkan perpaduan

kaum daripada daripada diganggu da menghalang majlis-majlis perjumpaan dan perhimpunan

politik daripada menjadi tidak terkawal dan menganggu keamanan, keselamatan dan

ketenteraman awam.
2.3 Mengekalkan kestabilan negara

Pilihanraya yang dijalankan memberikan kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Apabila pilihan raya diadakan, rakyat bebas untuk berpolitik pada ketika itu sama ada secara

langsung mahupun tidak langsung. Perjalanan semasa pilihan raya dijalankan telah diaturkan

oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham

antara parti politik dalam Malaysia. Rakyat seharusnya mempunyai etika politik semasa pilihan

raya supaya sepanjang pilihan raya dijalankan tidak menghadapi masalah sehingga mengugat

keselamatan negara. Pilihan raya yang diadakan akan lebih teratur dan negara dapat

mengekalkan kestabilan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Akta Keselamatan Dalam

Negeri 1960 telah digubal dan bertujuan untuk menyekat mana-mana pihak daripada melakukan

perbuatan yang boleh memudaratkan keselamatan, ekonomi dan moraliti mana-maa tempat

dalam Malaysia. Penubuhan akta ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat melakukan

perarakan politik secara haram semasa pilihan raya dijalankan. Rakyat yang ingin keluar

mengundi juga akan berasa lebih selesa dan selamat apabila keselamatan mereka terjamin tanpa

sebarang permasalahan yang berlaku. Sekiranya rakyat bebas berpolitik pada setiap masa,

perkara ini akan mengugat keselamatan negara dan kestabilan negara kerana rakyat

berkemungkinan akan membuat perkara yang melanggar undang-undng. Apabila negara

mengamalkan sistem demokrasi dan menjalankan pilihan raya, hal ini akan memberikan kesan

yang positif dalam negara. Rakyat bebas untuk berpolitik semasa pilihan raya sama ada ingin

berkempen, mengundi dan sebagainya. Hak akan diberikan sepenuhnya kepada rakyat untuk

memilih pemimpin yang berkaliber, adil, tulus dan amanah. Oleh itu, rakyat mempunyai

kebebasan berpolitik semasa pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.


RUJUKAN

Rashid A. Rahman. (1994). Perjalanan piliha raya Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Ahmad Muhammad Ibrahim. (1992). Sistem undang-undang di Malaysia. Selangor: Dewan


Bahasa dan Pustaka
Hasnurul Mohamed. (2013, Mei 5). Suruhanjaya Pilihan Raya pertahankan penggunaan dakwat
kekal. Utusan Online, 12.
Kamus Dewan. (Edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Fauzi Othman. (2003). Penyertaan politik masyarakat dalam pilihan raya. Tesis PhD.
Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like