You are on page 1of 2

NEGARA BANGSA

AMALAN DEMOKRASI
Amalan demokrasi diambil daripada modaliti liberal dalam teori IR
mengikut kesesuai sesebuah negara. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya konflik melalui pengundian, rundingan, kompromi dan
pengantaraan dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, amalan demokrasi ini
digunakan sebagai alat menyelesaikan rangka kerja politik yang boleh diterima
dan dipersetujui oleh semua pihak dalam sesebuah negara tersebut.
Malaysia juga menggunakan amalan demokrasi iaitu sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan. Sistem ini memerlukan penglibatan
rakyat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran nagara manakala Raja-raja
melayu menjadi lambing kesetiaan rakyat. Sistem demokrasi berparlimen dan
raja berperlembagaan ini membolehkan rakyat bebas memilih pemerintah iaitu
wakil rakyat melalui pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Pelaksanaan
pilihan raya dapat mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
Seterusnya, sistem demokrasi di Malaysia mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Ciri yang pertama ialah perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-
undang tertinggi negara yang menjadi bukti dokumen rasmi negara. Hal ini
kerana dalam perlembagaan terkandung segala peraturan dan prinsip yang
menjadi penduan kepada kerajaan untuk melaksanakan pentadbiran negara. Ciri
yang kedua adalah raja berpelembagaan iaitu sistem pemerintahan beraja yang
mengikut peruntukan pelembagaan Malaysia. Ciri ketiga adalah kuasa
pemerintahan. Kuasa pemerintahan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Badan Perundangan, Bdan Pelaksanaan dan Badan kehakiman. Pengasingan
kuasa ini dapat mengelakkan berlakunya pembolotan kuasa. Ciri yang keempat
ialah pilihan raya. Pilihan raya merupakan proses pemilihan wakil rakyat untuk
menjadi pemerintah di peringkat persekutuan dan negeri. Pilihan raya amat
penting kerana merupakan asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ciri yang
terakhir ialah parti-parti politik. Di Malaysia terdapat banyak parti polik bagi
memperjuangkan dan melaksanakan ideologi masing-masing.
BAHAGIAN III: “CONGRUENCY BIAS” DAN PERHUBUNGAN
SISTEM TEORI IR
Di dunia hari ini, setuiap negara yang kecil atau besar mempunyai
kekeuatan dan kelemahan masing-masing. Kekuatan negara boleh diukur
melalui sainstifik negara mengikut pelbagai pentunjuk yang sesuai mengikut
ideal negara masing-masing.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang kecil mempunyai kekuatan
dan kelemahan tersendiri. Sebagai contoh kekuatan Malaysia ialah mempunyai
sistem politik yang stabil. Hal ini dikatakan sedemikian kerana walaupun di
Malaysia mempunyai pelbagai parti politik yang memperjuangkan ideologi
setiap bangsa, rakyat Malaysia menjalankan politik secara sihat dan tidak
menyebabkan berlakunya perang saudara. Malaysia juga mempunyai rakyat
yang perpaduan yang kuat. Hal ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum
seperti melayu, cina, india dan pelbagai suku kaum sabah dan serawak.
Masyarakat Malaysia saling menghormati adat dan budaya kaum masing-
masing supaya dapat mengekalkan keharmonian antara kaum.
Seterusnya, Malaysia mempunyai 14 negeri yang dipisahkan oleh
sempadan negeri masing-masing malah sabah dan serawak dipisahkan oleh
sempadan laut. Hal ini menimbulkan beberapa masalah kerana pemerintahan
berpusat atau persekutuan berada di semenanjung Malaysia. Antara masalah
yang timbul ialah isu kerakyatan bagi masyarakat bajau laut. Mereka dikatakan
tidak mempunyai taraf kerakyatan yang sah atau tidak mempunyai dokumen.
Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh menuntut apa-apa hak istimewa
sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh kanak-kanak masyarakat bajau laut
tidak boleh mendapatkan hak Pendidikan mereka. Hai ini membuktikan bahawa
wujudnya ‘congruecy bias’ di Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah
mencari jalan penyelesaian baju menangani isu ini supaya kes pelarian dalam
negara dapat diselesaikan.

You might also like