You are on page 1of 25

Analisis PR

Soalan 9

PENGENALAN

Pada 9 Mei 2018 yang lepas, negara Malaysia telah mencipta satu sejarah yang baharu
khususnya dalam garis masa politik negara iaitu tumbangnya kerajaan Barisan
Nasional yang telah memerintah selama lebih 60 tahun. Pemerintahan kleptokrat yang
dibayangi dengan pelbagai skandal seperti 1MDB, Jho Low, isu FELDA,
penyelewengan Tabung Haji dan berbagai lagi skandal lain menjadi katalis kepada
kejatuhan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kerajaan pimpinan Najib Razak dijatuhkan dan ditumbangkan melalui revolusi


senyap yang disertai oleh rakyat marhaen khususnya. Proses peralihan kuasa kepada
kerajaan baharu Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir juga berlangsung
dengan aman walaupun dilihat ada pihak cuba merencatkan proses pendemokrasian
pada malam tersebut apabila keputusan pilihan raya umum diumumkan lewat malam.

Dengan keputusan ini, hasrat Perdana Menteri sebelumnya, Najib Razak untuk
menjadikan UMNO terus berkuasa untuk seribu tahun lagi terpadam jauh lebih awal,
UMNO menuruti jejak langkah parti-parti dominan yang lebih awal jatuh dari tampuk
kekuasaan seperti Parti Kuomintang Taiwan(KMT), Parti Liberal Demokratik (LDP)
Jepun dan Institutional Revolutionary Party (PRI) di Mexico.

Dari sudut positif, dapat dilihat bahawa walaupun terdapat khabar menyatakan
bahawa Najib Razak akan menggunakan Majlis Keselamatan Negara sebagai tembok
untuk kekal berkuasa, nyatalah ianya hanya politik persepsi semata-mata. Proses
pendemokrasian yang berlangsung pada hari tersebut dijalankan dengan aman dan
tertib serta mengikut lunas perlembagaan yang ditetapkan. PRU-14 menjadi rekod dan
memperlihatkan kepada dunia bahawa kepimpinan negara bertukar daripada sebuah
blok kerajaan yang dilihat sukar ditumbangkan kepada pakatan pembangkang yang
mencapai titik temu iaitu menjatuhkan pemerintahan kleptokrat Najib Razak. Ini
adalah hasil daripada amalan demokrasi yang subur di Malaysia.

Melalui tugasan ini, penulis akan cuba merungkaikan ciri demokrasi yang
terdiri daripada peranan pembangkang, pilihanraya umum, kebebasan media hak
pengamal demokrasi dan partisipasi politik masyarakat sivil sebagai medium untuk
menyuburkan demokrasi khususnya di Malaysia. Penulis juga akan mengambil
beberapa contoh negara lain yang mempunyai proses pendemokrasian yang baik dan
demokratik.

EPISTEMOLOGI DEMOKRASI

Demokrasi merupakan kata pinjaman yang berasal daripada perkataan Greek iaitu
demos dan kratos yang bermaksud pemerintahan oleh rakyat. Walaubagaimanapun,
penggunaan sebenar perkataan tersebut adalah menjangkaui dan lebih luas berbanding
definisi tersebut (Klein et al, 2011). Definisi demokrasi iaitu pemerintahan oleh rakyat
bukanlah bermaksud hanya mana-mana rakyat yang boleh memerintah, tetapi ianya
juga membawa maksud bahawa rakyat yang menjalankan pemerintahan tersebut
hendaklah terdiri daripada kalangan yang berintegriti dan kepatuhan yang tinggi
terhadap tugas yang dipangku.

Lane (2003) mendefinisikan demokrasi sebagai sistem instituisi yang mentadbir


sesebuah negara serta dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran seperti ekonomi,
sosial dan politik. Dari segi ekonomi, demokrasi merujuk kepada pasaran bebas yang
menentukan penawaran, permintaan dan keperluan. Manakala dari sudut sosial, ianya
membahaskan tentang hak asasi manusia iaitu penyertaan dalam proses
pendemokrasian dan dari segi politiknya, demokrasi cuba untuk ditafsirkan melalui
pengaplikasian tatacara yang baik khususnya dalam sistem berkerajaan (Good
Governance).

Sebuah lagi tafsiran terhadap demokrasi ialah merujuk kepada sebuah sistem
yang mempunyai proses pendemokrasian tersendiri iaitu pilihan raya, demonstrasi,
hak bersuara dan lain-lain bagi membolehkan transisi demokrasi seperti perubahan
rejim berlaku secara aman, prinsip majoriti dalam pembuatan keputusan, perlindungan
terhadap hak kebebasan, perlaksanaan pemerintahan yang baik serta masyarakat yang
komited terhadap perubahan dan saling berkompromi (Mainwaring & Perez-Linan,
2012)

Persoalan bagaimana demokrasi itu mampu disuburkan menjadi pertanyaan


kerana demokrasi itu sendiri tidak mampu untuk berdiri dengan sendirinya. Dalam
konteks bagaimana Malaysia melihat demokrasi, Bridget Welsh (1996) dalam
tulisannya Attitudes Toward Democracy In Malaysia menyatakan bahawa terdapat
dua jenis soalan diajukan iaitu pilihan paksa atau pilihan secara terbuka iaitu penilaian
secara berasingan. Kriteria Welsh dalam melihat proses pendemokrasian di Malaysia
ialah politik dan hak sivil, partisipasi politik, pertandingan parti politik dan prestasi
aktor politik yang bertanding. Menurut Welsh lagi, jika keempat-empat kriteria ini
dapat dipenuhi oleh masyarakat sesebuah negara sama ada rakyat, parti politik dan
kerajaan-pembangkang, maka nilaiannya adalah proses pendemokrasian di negara
tersebut berlangsung dengan baik.

Di Malaysia, corak pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja


Berperlembagaan telah diamalkan sejak tahun 1957. Antara ciri-ciri proses
pendemokrasian di Malaysia ialah mempunyai Perlembagaan yang merupakan
undang-undang tertinggi dan menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara
kerana telah terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Seterusnya, Raja
Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam perlembagaan Malaysia makna kata Yang Di-pertuan Agong perlu bertindak
berdasarkan Perlembagan Malaysia. Parlimen juga salah satu ciri-ciri demokrasi di
Malaysia apabila Parlimen menjadi badan perundangan bagi kerajaan persekutuan
yang bertanggungjawab membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di
seluruh negara serta meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan
kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan serta meluluskan hasil-hasil cukai baharu.

Ciri seterusnya ialah amalan pilihan raya iaitu proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah sama ada pada peringkat negeri mahupun persekutuan yang proses
pemilihannya dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
sistematik. Selain itu, kuasa pemerintahan Malaysia juga ciri demokrasi yang wujud
dengan amalan konsep pengasingan kuasa apabila kuasa pemerintahan dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan
kehakiman. Ciri demokrasi di Malaysia seterusnya ialah parti-parti politik yang
merujuk kepada sekumpulan orang dengan pelbagai ideologi politik tetapi bersatu
bagi mencapai malamat bersama melalui perjuangan untuk mendapatkan kuasa. Ciri
terakhir demokrasi di Malaysia ialah kebebasan asasi yang terbahagi kepada dua
bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat (Hadijah, 2019).

1. Peranan Pembangkan

Berdasarkan konsep demokrasi yang begitu mesra rakyat dan konseppembangkang


yang memperlihatkan peranan parti minoriti yang bukan sahaja untuk mengkritik
dasar-dasar parti pemerintah, tetapi turut menyediakan program alternatif, maka kita
dapat memahami bahawa pembangkang mempunyai peranan besar dalam amalan
demokrasi. Untuk memghidupkan amalan demokrasi di negara sedang membangun,
pembangkang hendaklah menyedari bahawa mereka bukanlah ‘pembangkang’ yang
akan mengkritik, menolak, membantah dan menentang semua dasar kerajaan.
Sebaliknya, pembangkang perlu memainkan peranan positif dalam pembangunan
negara.Tidak menjadi kesalahan apabila parti-parti pembangkang mengkritik sistem
pilihanraya yang tidak adil dan menyalahkan sistem di atas kekalahan mereka, tetapi
menjadi sesuatu yang janggal apabila pembangkang tidak memainkan peranan yang
progresif di dewan perundangan. Ahli-ahli badan perundangan yang menang dalam
pilihan raya harus sedar bahawa mereka adalah sebahagian daripada kerajaan dalam
maksud badan perundang sebagai salah satu cabang pemerintahan. Kerana itu,
walaupun sebagai pembangkang mereka mesti berfikiran sebagai seorang negarawan,
bukan seorang yang ‘terlalu kiri’ untuk tidak menerima apa sahaja dasar kerajaan.
Kematangan ahli-ahli perundangan pembangkang akan membantu meningkatkan
keyakinan rakyat terhadap sebuah kerajaan alternatif yang berdisiplin.

a. Pembangkang Sebagai Kerajaan Alternatif

Institusi pembangkang bukan sahaja penting tetapi sangat dihormati di Barat.


Ketika pemimpin kerajaan kita menuduh pembangkang sebagai "pembangkang tak
berguna", "agen asing", "anti pembangunan" dan sebagainya, di Barat, pembangkang
disebut "His Majesty's Opposition" menggambarkan kemungkinan pembangkang
sebagai kerajaan menunggu (government in-waiting). Ini bermakna pembangkang
sebenarnya mempunyai peranan yang besar untuk mengimbangi kuasa kerajaan bagi
membolehkan ia mengambil alih kerajaan atau dilihat oleh rakyat sebagai berpotensi
menjadi kerajaan. Konsep kerajaan alternatif diterima baik di Barat, di mana
pembangkang sendiri memainkan peranan sebagai "bakal kerajaan" melalui kabinet
bayangan (shadow cabinet) dan ahli-ahli parti pembangkang yang begitu aktif
menangani isu-isu rakyat untuk diangkat ke parlimen. Persoalannya, setakat mana
pemahaman ahli-ahli perundangan pembangkang terhadap fungsi ini dan
kecenderungan untuk memainkan peranan sebagai kerajaan alternative? Bagaimana
pula peranan ini boleh dimainkan? Pembangkang mesti peka terhadap isu-isu semasa
(bukan hanya isu tertentu seperti agama) terutama perkara yang dibangkitkan di
dewan perundangan. Sikap reaktif dan responsif terhadap perkembangan semasa akan
mewujudkan pemimpin berwibawa dan pengundi bermaklumat (k-voters) yang akan
mengurang pengaruh kerajaan dan membuka ruang kepada kerajaan menunggu. Isu
utamanya, pembangkang bukan sahaja harus mampu mengambil alih kerajaan
daripada kerajaan semasa (government of the day), tetapi juga dilihat oleh rakyat
sebagai berkemampuan untuk berbuat demikian.

b. Pembangkang Sebagai Pembuat Undang-Undang

Walaupun pembangkang sering dianggap berada di luar kerajaan, tetapi


hakikatnya pembangkang adalah sebahagian daripada struktur kerajaan apabila ia
berada dalam dewan perundangan. Di sini, pembangkang boleh berperanan sebagai
pembuat undang-undang, mengangkat isu-isu rakyat kepada kerajaan, mengawal
perbelanjaan negara dan menyiasat isu-isu kontraversi. Tetapi, apakah peranan ini
telah dimainkan secara aktif oleh ahli perundangan pembangkang? Selain menyertai
perbahasan-perbahasan ada beberapa fungsi yang jarang dimainkan iaitu: i) Hubungan
'di belakang tabir' (behind the scene) dengan pihak kerajaan; ii)Perbincangan dengan
Jawatankuasa Rang Undang-undang. Kedua-dua aspek ini bukan sahaja penting, tetapi
sangat berkesan dalam penggubalan undang-undang

c. Pembangkang dan Masyarakat Sivil

Selain berpernan di dewan perundangan, tidak dinafikan penglibatkan aktif


pembangkang bersama masyarakat sivil akan meningkatkan kekukuhan demokrasi.
Soal hubungan pembangkang dengan media, hubungan terus (direct contact) dengan
rakyat, dengan NGO dan dengan 'opinion leaders' sangat berharga kerana kita boleh
memahami kehendak rakyat dan dapat menyalurkan maklumat secara berkesan
kepada rakyat. Program-program kemasyarakatan atau perjumpaan-perjumpaan
politik dengan rakyat amat penting untuk dilaksanakan oleh pembangkang kerana ia
akan berfungsi sebagai penyubur demokrasi. Begitu juga peranan pembangkang
terhadap media massa sama ada bercetak, elektronik atau lisan ia amat ampuh untuk
membentuk pemikiran masyarakat sivil. Soal usaha parti pemerintah untuk menyekat
kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara menjadi isu yang penting di negara
sedang membangun. Kerana itu, pembangkang mesti lebih proaktif dalam mendekati
rakyat. NGO dan ‘opinoin leader’ boleh dianggap sebagai pihak yang berkesan dalam
komunikasi politik pembangkang jika mereka benar-benar dimanfaatkan.

2. Pilihan Raya Yang Bebas

Salah satu proses pendemokrasian ialah pilihan raya umum. Bentuk pemerintahan di
Malaysia iaitu demokrasi berparlimen memerlukan kaedah pilihanraya dan
pengundian untuk menentukan keabsahan kuasa pemerintah. Pilihanraya umum atau
kecil menjadi kayu ukur keabsahan pemerintah kerana ianya adalah atas mandat
daripada rakyat (Hussain, 1987). Melalui pilihan raya juga, rakyat secara tidak
langsung menentukan dasar pemerintahan dan pentadbiran negara.

Semenjak pilihan raya pertama selepas merdeka pada tahun 1959 sehingga
pilihan raya ketiga belas pada tahun 2013, hanya Barisan Nasional yang menang dan
menguasai Kerajaan Pusat. Siri pilihanraya pertama sehingga PRU-13
memperlihatkan pihak oposisi hanya menfokuskan untuk menafikan majoriti dua
pertiga Barisan Nasional dan bukannya untuk merampas kuasa pemerintahan (Ghazali
Mahyudin, 2006). Keadaan itu hanya berubah selepas tahun 2016 yang
memperlihatkan penjajaran semula politik berlaku di Malaysia.

Proses pendemokrasian seperti pilihan raya ini adalah aspek yang kompleks
kerana melibatkan pelbagai lapisan masyarakat serta masing-masing mengundi
berdasarkan pertimbangan yang tidak sama antara satu sama lain. Kriteria pengundian
yang dilihat oleh para pengundi biasanya merangkumi parti, manifesto dan calon yang
bertanding.

Menyentuh tentang calon yang bertanding, proses ini terbuka kepada semua
rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan seperti berumur 21 tahun ke atas,
bermastatutin tetap di Malaysia dan sebagainya mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian, golongan wanita juga tidak terkecuali menyertai pilihan raya
yang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia (Ghazi & Aidit, 2010).

Melalui pengamatan penulis, pilihan raya ini merupakan proses


pendemokrasian yang akan mencabar dinamika politik sesetengah aktor politik. Hal
ini demikian kerana, kita dapat melihat bahawa dalam pilihan raya yang diadakan,
sesetengah aktor politik akan mencuba untuk menawarkan janji dan harapan yang
lebih baik buat pengundi. Semasa dalam tempoh ini, rakyat akan menilai manifesto
dan janji parti politik mana yang lebih baik dan penilaian itu akan diterjemahkan
dalam bentuk undian. Pilihanraya akan membolehkan pengundi untuk menggunakan
haknya untuk menilai dan memilih parti politik mana yang dirasakan boleh membawa
suara rakyat ke peringkat lebih tinggi. Inilah yang menjadikan pilihanraya sebagai
proses pendemokrasian yang mampu menyuburkan amalan demokrasi.

Walaubagaimanapun, setelah 13 kali pilihanraya diadakan sejak tahun 1955,


timbul keraguan bahawa pemerintahan atau kerajaan di Malaysia tidak dapat
ditumbangkan oleh pembangkang. Oleh itu, wujud deduksi bahawa demokrasi di
Malaysia hanya bersifat penyamaran sahaja (Mujibu Abd Muis, 2009). Hal ini
demikian kerana, apabila dinyatakan bahawa pilihanraya itu sebagai ciri penting
demokrasi, tidak bererti bahawa setiap rakyat berpeluang menggunakan kuasa mereka
sebagai pemilih atau pengundi. Maksudnya di sini ialah tidak semua rakyat dalam
sesebuah negara itu secara automatiknya layak dan dituntut oleh undang-undang untuk
keluar mengundi pada masa pilihanraya diadakan kerana partisipasi politik itu adalah
berbeza dan rakyat boleh memilih sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak
(Hussain Muhamed, 1987)

Dalam konteks proses pendemokrasian negara di Asia Tenggara, dapat dilihat


beberapa negara turut mengambil model demokrasi daripada negara Barat. Contoh
jelas dapat dilihat pada proses pendemokrasian yang ada di Filipina. Amalan
demokrasi Filipina yang berpaksikan Perlembagaan Amerika Syarikat jelas
dipraktikkan di negara tersebut. Proses pendemokrasian iaitu pilihan raya yang
diamalkan pasca Perang Dunia Kedua memperlihatkan persaingan sistem dua parti
iaitu antara Parti Nacionalista dan Parti Liberal. Dalam tempoh tersebut, Parti
Nacionalista, yang membawa ideologi pemahaman nasionalis sering mendahului
persaingan pilihanraya dan sering menduduki tampuk pentadbiran di Istana
Malacanang. Dalam tempoh tersebut juga pada tahun 1935 hingga tahun 1972, pilihan
raya dijalankan di Filipina bebas daripada campur tangan dan kawalan pemerintah
tetapi sepanjang tempoh tersebut juga, pilihan raya di Filipina sering berakhir dengan
tragedi (Zaini Othman, 2006).

Proses pendemokrasian seperti pilihanraya memberi kebebasan kepada pemilih


khususnya rakyat untuk memilih dan mengambil bahagian secara tidak langsung
dalam pembuatan keputusan kerajaan. Namun, hak untuk tidak mengundi atau
memilih juga merupaka satu proses pendemokrasian yang terdapat dalam pilihan raya.
Hujah hak untuk tidak mengundi menggunakan konsep kebebasan menyuarakan
pendapat, yang juga prinsip asas demokrasi, adalah termasuk juga kebebasan untuk
tidak menyuarakan pendapat (Shamrahayu, 2018)

Sekiranya begini, penulis berpendapat bahawa hak yang berlebihan seperti


prinsip kebebasan yang dijamin oleh demokrasi tidak seharusnya dilebarkan sehingga
menikam mati demokrasi itu sendiri. Walaupun terdapat kelemahan tertentu dalam
sistem demokrasi seperti demokrasi hanya mementingkan jumlah atau kuantiti bukan
kualiti dan tiada penapisan dalam kriteria pemilih, (kecuali tapisan umur, seperti had
umur mengundi tertentu), demokrasi diterima oleh sejumlah besar negara.

3. Kebebasan Media

Penyertaan dalam sistem pemerintahan telah lama dilihat sebagai tonggak dalam
demokrasi (Arnstein, 1969). Lebih-lebih lagi, masyarakat yang benar-benar
demokratik bergantung pada masyarakat yang cakna akan isu semasa sehingga
mampu membuat pilihan politik. Hal ini demikian kerana, akses kepada maklumat
bukan hanya merupakan hak atau kebebasan rakyat, tetapi juga merupakan prasyarat
demokrasi itu sendiri (Joseph, 2005). Dalam perkara ini, media memainkan peranan
penting dalam memberdayakan serta menyampaikan maklumat kepada rakyat
khususnya pemilih agar berpartisipasi dalam politik.

Melalui saluran media, senario yang berlaku dalam ruang lingkup tempatan
boleh menjadi global dengan cepat. Manakala, apa yang berlaku di peringkat global
dapat diterapkan dan disampaikan kepada tempatan. Hal ini menjurus kepada
penyebaran demokrasi. Peranan media yang menyebarkan demokrasi di seluruh dunia
wajar dipuji (Castells, 2010).
Habermas (1989) menyatakan pentingnya kadar sedia saluran komunikasi iaitu
merupakan kaedah utama penyertaan masyarakat dalam politik. Hal ini demikian
kerana, kadar sedia saluran komunikasi atau media yang tinggi membolehkan individu
untuk berinteraksi dengan kelompok masyarakat umunya. Penyediaan saluran media
yang objektif dan bersifat impartial akan membolehkan maklumat disalurkan dengan
betul dan integriti. Peranan media penting dalam menentukan hala tuju sesebuah
negara. Media dikatakan sebagai medium yang menghubungkan kerajaan dengan
rakyat. Media boleh menjadi perantara kepada kerajaan untuk menyiarkan dasar-dasar
seperti menjelaskan Program Tranformasi Negara agar rakyat dapat memahami serta
bersikap terbuka terhadap dasar-dasar pembangunan negara. Malah, di pihak rakyat,
media masa membolehkan rakyat memberi reaksi dan mengemukakan pandangan
terhadap dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan. Negara demokrasi memerlukan
media yang bebas untuk menyampaikan informasi kepada rakyat dan mengawal
tingkah laku pemerintah (Yahya, 2017). Takrifan bebas disini adalah media tidak
dikawal selia oleh pemerintah atau kerajaan dan bersifat non-partisan.

Salah satu fungsi media dalam proses pendemokrasian telah dirancang oleh
bekas Presiden Republik Indonesia, Suharto iaitu dengan mempromosikan ideologi
nasional Indonesia ketika zaman pentadbiran beliau. Dengan kata mudah, media
menjadi agen penyebaran maklumat kepada warganegara yang mampu menstabilkan
tatanan sosial politik.

Dalam bab yang berjudul “Why Don’t We Call Journalists Political Actors?”,
Cook (1998) menyatakan bahawa wartawan telah bekerja keras untuk meyakinkan
orang ramai bahawa profesion wartawan ini bukanlah aktor politik. Kewartawanan
cuba untuk memberi pemahaman kepada rakyat bahawa mereka adalah non-partisan
dan memberi maklumat yang demokratik kepada semua. Wartawan juga adalah
sebagai agen kestabilan ketika berlakunya perubahan politik yang akan dilakukan
demokratik. Beberapa contoh berlaku di Asia seperti peranan media baharu dalam
menyampaikan propaganda anti-Najib Razak pada tahun 2018, peranan media dalam
menjatuhkan rejim Marcos di Filipina tahun 1986 dan lain lain lagi.

Media sosial berperanan sebagai alat proses pendemokrasian yang paling


berpengaruh dalam sistem demokrasi kerana media sosial menyediakan ruang umum
bagi rakyat untuk menzahirkan penyertaan politik mereka secara bebas dan tanpa
sebarang tekanan. Perkara ini menjadikan media sebagai salah satu sistem politik yang
disebut sebagai Politik Media (Pharr, 1996). Politik media merupakan sebuah sistem
yang boleh dibandingkan dengan sistem lain seperti politik legislatif, politik birokrasi
serta politik parti.

Terdapat tiga aktor dalam politik media iaitu ahli politik, wartawan dan
individu yang mempunyai kepentingan khusus. Bagi ahli politik, politik media
merupakan platform mereka bagi mendapatkan sokongan massa tanpa perlu turun ke
lapangan. Wartawan pula menggunakan sistem politik media ini sebagai wadah untuk
membuat penulisan yang mampu menarik perhatian pengundi khususnya semasa
tempoh pilihanraya umum. Penulisan tersebut juga diumpamakan sebagai penulisan
bebas dan signifikan. Manakala bagi masyarakat, politik media diperlukan bagi
mengawasi aktor-aktor politik bagi memastikan mereka menjaga akauntabiliti sebagai
wakil rakyat kawasan. Ketiga-tiga indikator tadi menjadi punca ketegangan antara
pelaku-pelaku tersebut. Ahli politik menginginkan wartawan sebagai agen penyebaran
berita yang memperlihatkan sisi kerajaan yang baik namun ada sesetengah saluran
media tidak mahu dilihat menjadi saluran berita kerajaan. Masyarakat juga dilihat
lebih mempercayai berita yang memberi tajuk provokatif (Patterson, 1993).

Media dapat ditakrifkan sebagai titik temu daripada pelbagai konflik yang ada
dalam masyarakat. Kesinambungan antara kerajaan, media dan politik serta masalah
tempatan dan antarabangsa akan menjadi perkara yang kontroversi sekiranya tidak
ditangani dengan baik (Koike, 2002). Teori media sebagai alat demokrasi ini diambil
daripada teori Habermas (1997) iaitu tentang konsep media yang menjadi lingkungan
awam sekali gus ruangan sosial untuk masyarakat sivil yang demokratik berbincang
secara terbuka mengenai permasalahan politik. Selagi wujudnya permasalahan politik
dalam masyarakat, maka peranan media akan berkembang sebagai alat propaganda
kerajaan atau sebagai medium perbincangan rasmi rakyat sesebuah negara (Bernett,
1998).

Politik media juga merupakan proses pendemokrasian adalah atas hujah


bahawa media cenderung dijadikan alat propaganda kerajaan atau alat kempen parti
pembangkang. Dalam hal ini, pemegang taruh akan dilihat berjaya dalam sistem
politik sekiranya berjaya menggunakan media untuk menjadi medium penyampaian
maklumat agenda parti-parti politik. Sebagai contoh, di negara Thailand, media
elektronik digunakan oleh pemerintahan negara sebagai agen penyampai maklumat
kepada rakyat dan dianggap sebagai servant of the state.

Penulis merasakan dalam konteks Malaysia pula, penggunaan media sebagai


alat politik kerajaan diistilahkan sebagai politik lama. Kemunculan media sebagai alat
propaganda kerajaan bermula sewaktu Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri
keempat sehinggalah pasca PRU-14. Ketika itu, Berita Harian dilihat menyampaikan
berita yang mengangkat imej kerajaan dan memburukkan tata kelola pembangkang di
beberapa buah negeri pembangkang khususnya isu air di Selangor.

Namun begitu, selaras dengan kemunculan media baharu dan media


elektronik, proses pendemokrasian melalui media telah menjadi wadah kepada
penyuburan demokrasi. Hal ini demikian kerana, pasca PRU-12 2008 memperlihatkan
kemunculan blogger dan saluran YouTube yang menyalurkan agenda-agenda
reformasi yang cuba dibawa oleh pembangkang. Penulis sendiri sering melayari laman
web TranungKite.com sewaktu ketika dahulu. Sehingga kini, beberapa wadah berita
rasmi milik parti politik bukan kerajaan diakses oleh rakyat keseluruhannya seperti
Harakah (PAS), Malaysia Dateline (Amanah), Suara Keadilan milik PKR dan portal
MalaysiaKini yang dilihat neutral dalam hal penyampaian berita.

Perkara ini merupakan perkembangan baik kepada penyuburan demokrasi. Hal


ini adalah disebabkan oleh kebebasan media yang juga merupakan proses
pendemokrasi mendapat tempat dalam kalangan pemerintah dan rakyat. Kerajaan
khususnya di Malaysia pasca PRU-14 semakin memahami dan telah melonggarkan
kekangan ke atas kebebasan media. Media diberikan kebebasan dan menjadi salah
satu aktor politik yang melaksanakan proses semak dan imbang dasar dan hala tuju
instituisi kerajaan. Oleh itu, kebebasan media dalam melakukan dan menyampaikan
maklumat serta informasi kepada massa merupakan salah satu proses pendemokrasian
yang mampu menyuburkan demokrasi.

4. Hak Kebebasan Pengamal Demokrasi

Sebagai seorang pengamal demokrasi di Malaysia semua warganegara yang berdaftar


mempunyai hak untuk memilih wakil yang akan mewakili kawasan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri. Hal ini, kerana dalam sistem demokrasi memerlukan
kesepakatan rakyat untuk memilih sebahagian orang yang akan memerintah dan
mengatur urusan mereka dan apabila proses pemilihan ini dilakukan secara bersama
maka rakyat akan terhindar daripada memilih seorang pemimpin yang tidak mereka
kehendaki dan sistem yang menindas mereka.

Demokrasi adalah sebuah sistem yang mempunyai undang-undang


berprosedur iaitu mengkhususkan kewibawaan seseorang untuk membuat keputusan
secara kolektif melalui sistem yang menjamin penyertaan yang maksima bagi para
pemegang taruh (aktor politik). Antaranya ialah hak kesamarataan, kepentingan
golongan majoriti, jaminan kelompok minoriti yang diperbincangkan mengikut lunas
Perlembagaan negara agar keputusan yang memuaskan hati semua pihak dapat dicapai
(Azzam Tamimi, 2001).

Akhirnya, semua perkara tersebut telah diterjemahkan oleh rakyat Malaysia


yang berdaftar dalam pilihan raya ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu dengan
12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi yang berdaftar telah keluar memilih
perwakilan bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Jelaslah bahawa demokrasi telah memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan
tamadun manusia daripada aspek keilmuan, pemikiran, akhlak, ketenteraan dan
pemerintahan apabila sistem ini telah memberikan hak kebebasan memilih pemimpin,
hak bersuara dan hak mengundi kepada rakyat berbanding dengan sistem yang lain.
(al-Ansari, 1980)

Aktor politik yang memenangi pilihanraya juga mempunyai hak untuk


membentuk kerajaan. Inilah salah satu komponen penting proses pendemokrasian iaitu
setelah berjaya menang pilihanraya yang merupakan proses pendemokrasian, maka
pembentukan kerajaan juga perlu dilakukan bagi melengkapkan algoritma demokrasi
itu sendiri. Hal ini, telah dibuktikan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 tanggal 9
Mei 2018 apabila ianya menjadi sejarah dalam dunia politik dunia umumnya dan di
Malaysia khasnya kerana berlakunya proses transisi kuasa daripada kerajaan lama
kepada kerajaan baharu secara lancar tanpa sebarang kesulitan. Apabila semua ini
berlaku jelaslah menunjukan bahawa rakyat Malaysia kini bukan sahaja menghormati
keputusan PRU-14 dengan hati terbuka dan sebulat suara membentuk kerajaan baharu
malah, lebih matang dalam menjunjung dan mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi
tulen (Hadijah, 2019).
Kebebasan memilih yang telah diberikan kepada rakyat sebagai pengamal
demokrasi telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberikan mandat kepada
gabungan parti pembangkang sekali gus menamatkan pentadbiran era Barisan
Nasional (BN) menguasai Kerajaan Persekutuan yang dulunya dianggap sukar
dikalahkan sehingga mentadbir Malaysia secara berterusan selama 60 tahun tetapi
selepas PRU ke-14 akhirnya terpaksa akur dengan kehendak dan pilihan rakyat.
Barisan Nasional telah mengikuti jejak langkah parti politik seperti Parti Indian
National Congress di India dan Parti Golkar di Indonesia yang telah lama hilang
monopoli penguasaan politik di negara masing-masing malah sekali gus meletakkan
Pakatan Harapan yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad mencipta sejarah dalam arena politik dunia apabila dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia buat kali kedua pada umur 92 tahun iaitu ketua kerajaan tertua di
dunia (Periasamy, 2018).

Penyertaan politik juga merupakan proses pendemokrasian ialah apabila


transisi kerajaan diadakan dengan aman dan baik seperti yang dilakukan oleh Barisan
Nasional menyerahkan kerusi kerajaan kepada pakatan pembangkang yang mendapat
mandat daripada rakyat. Menurut Malike Ibrahim (2012) perubahan dan gelombang
baharu yang berlaku memperlihatkan wujudnya anjakan paradigma dalam kalangan
rakyat ke arah budaya politik baharu yang sukar diramal khususnya dalam kalangan
pengundi untuk menyokong mana-mana parti mahupun calon yang bertanding.
Akhirnya, dengan undi majoriti, pemilihan seorang perwakilan mengikut bahagian
dan wujudnya penyertaan pelbagai parti setiap pihak mempunyai peluang yang sama
untuk memperolehi kemenangan apabila dikatakan bahawa “kerajaan rakyat, oleh
rakyat, untuk rakyat” kerana kuasa rakyat atau kuasa popular yang akan menentukan
segala-galanya tanpa sesiapapun mampu menafikannya. Maka mana-mana pihak yang
berjaya mendapat sokongan rakyat akan terpilih untuk jangka masa 5 tahun. Strategi
untuk mendapatkan sokongan itu tentulah salah satunya melalui manifesto pilihan
raya yang diketengahkan oleh semua pihak yang bertanding.

Proses pendemokrasian menerusi penyertaan politik ini diteruskan lagi dengan


hak menukar kerajaan. Hal ini demikian kerana, rakyat berhak untuk mendapatkan
sesuatu yang terbaik daripada negara dan perkara tersebut akan dapat direalisasikan
pada PRU-14 atau pun rampasan kuasa secara demokratik (revolusi) daripada
penguasa zalim dan autokratik.

Revolusi secara umumnya ditakrifkan sebagai perubahan terutamanya dalam


sistem pemerintahan, politik dan sosial sesebuah kerajaan atau negara melalui jalan
kekerasan dan radikal. Perubahan yang dituntut pada kebiasaannya berlaku secara
menyeluruh dan mendadak. Sejarah dunia menyaksikan beberapa revolusi besar
pernah terjadi seperti Revolusi Amerika (1783), Revolusi Perancis (1789), Revolusi
Bolshevik di Russia (1917), Revolusi Iran (1979) dan beberapa siri bantahan awam di
negara-negara di Amerika Latin dan Eropah Timur. Kesemua revolusi yang
dinyatakan telah berjaya mengubah landskap politik dan sosial di negara-negara yang
terbabit. Peristiwa Arab Spring dilihat sebagai suatu revolusi di mana rakyat marhaen
bangun menentang penguasa zalim dan autokratik sehingga berlakunya pertukaran
pucuk pimpinan negara hasil dari bantahan awam secara besar-besaran (Irwan, 2018).

Di Tunisia, Mesir, Bahrain dan Maghribi, bantahan awam dianggap berlaku


secara aman memandangkan rakyat tidak mengangkat senjata untuk menjatuhkan
regim. Walaubagaimanapun, tindakan protes yang dilakukan sudah memadai untuk
melumpuhkan sistem pentadbiran negara apabila bangunanbangunan kerajaan seperti
pejabat kementerian, penjara, sekolah dan universiti terpaksa ditangguhkan operasi
akibat kekacauan yang berlaku. Sementara di Syria, Libya dan Yaman, bantahan yang
pada mulanya disifatkan aman telah bertukar kepada pemberontakan bersenjata
sehingga mengheret negara-negara tersebut ke kancah perang saudara.

Dalam konteks Mesir, pada tanggal 25 Januari 2011, ratusan masyarakat Mesir
telah berkumpul di Dataran Tahrir yang terletak di tengah-tengah bandar Kaherah.
Demonstrasi tersebut dilihat tidak reda dan semakin tegang walaupun sudah
berlangsung selama 18 hari. Penentangan terhadap rejim Hosni Mubarak semakin
berlanjutan dan menjadi teruk. Akhirnya, pada tanggal 11 Februari 2011,
pemerintahan diktator Husni Mubarak berjaya ditumbangkan (Ashraf, 2017). Pidato
daripada bekas Presiden Mesir itu ditayangkan di stesen televisyen milik negara
sejajar dengan pengundurannya. Tumbangnya beliau mengakhiri pemerintahan kuku
besi yang berlangsung dari tahun 1980 hingga tahun 2011 iaitu selama 31 tahun.
Proses pendemokrasian di Malaysia dapat dilihat semasa PRU-14 tahun 2018
apabila kerajaan sudah memerintah selama 61 tahun telah ditumbangkan hasil
penyertaan rakyat dalam usaha untuk menukar kerajaan. Parti UMNO/Barisan
Nasional yang telah menjadi kerajaan ditumbangkan kerana rakyat melihat bahawa
salah laku pentadbiran Datuk Seri Najib sudah sampai ke kemuncaknya. Ditambah
lagi dengan rakyat sudah muak dengan praktik amalan politik lama dalam landskap
politik Malaysia. Pelbagai janji dan usaha yang dilakukan oleh UMNO/Barisan
Nasional untuk meraih undi rakyat, namun pelbagai skandal dan salah laku yang
dilakukan oleh pemimpin tertinggi UMNO/Barisan Nasional menjadi alasan rakyat
menolak parti tersebut.

Penentangan atau penolakan tersebut sebenarnya bermula pada tahun 1999 lagi
iaitu pada PRU-10 apabila Barisan Nasional pada ketika itu gagal mempertahankan
hegemoninya dengan kehilangan undi majoriti kepada pakatan pembangkang ketika
itu. Signal kejatuhan Barisan Nasional jelas dapat dilihat pada tahun 2016 apabila Tun
Dr Mahathir kembali ke kancah politik tanah air dan mewujudkan Deklarasi Rakyat
bersama pimpinan pembangkang yang lain juga merupakan musuh politiknya suatu
ketika dahulu. Deklarasi Rakyat yang ditubuhkan itu merupakan satu cubaan Tun Dr
Mahathir untuk melibatkan rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan rejim Barisan
Nasional (Junaidi, 2018).

Kemuncak kepada tatanan politik baharu itu memperlihatkan penubuhan Parti


Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir. Selaras
dengan itu, PPBM menyertai Pakatan Harapan yang dilihat sebagai blok
pembangkang yang kuat serta mampu untuk mencabar hegemoni Barisan Nasional
untuk PRU-14 ketika itu. Pelbagai strategi telah direncakan oleh Pakatan Harapan
antaranya ialah menjadikan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai calon Perdana
Menteri sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. Langkah itu dilihat sebagai usaha
untuk menarik undi khususnya daripada golongan muda dan strategi itu berjaya
kerana majoriti anak muda menyokong Pakatan Harapan (Takiyuddin, 2018).

Ironinya, walaupun kedua-dua Muhammad Morsi dan Pakatan Harapan telah


melaksanakan reformasi atau pembaharuan setelah berjaya memenangi pilihanraya
secara demokratik, namun akhirnya kedua-dua aktor politik itu (Morsi & PH) gagal
mempertahankan kedudukan masing-masing. Setelah memerintah selama 13 bulan
(Morsi) dan 22 bulan (Pakatan Harapan), akhirnya kerajaan yang dipilih secara
demokratik digulingkan oleh aktor politik yang lain melalui Kudeta Tentera (Mesir)
dan Langkah Sheraton (Malaysia). Persamaan ini menujukkan bahawa Mesir dan
Malaysia sebenarnya mempunyai polemik politik yang sama walaupun mempunyai
sistem politik berbeza. Namun begitu, perkara ini merupakan satu proses
pendemokrasian yang boleh menyuburkan demokrasi. Walaupun dilihat dari segi etika
salah, tetapi dari sudut demokrasi dan perundangan, ianya tindakan yang dibenarkan.
Transisi kuasa berlaku hasil daripada ketidakpuasan hati sesetengah ahli parlimen
terhadap Anwar Ibrahim.

Perubahan amalan politik juga merupakan salah satu aspek demokrasi. Politik
lama boleh dipecahkan kepada beberapa dimensi. Pertama, politik lama menuntut
kepada suatu nilai yang menekankan penghormatan, kesetiaan dan
kebertanggungjawaban terhadap autoriti serta menekankan aturan dan kawalan sosial.
Menerusi pandangan ini, politik lama membentuk suatu budaya yang dilihat sebagai
sesuatu yang terbaik apabila seseorang mentaati perintah atau arahan daripada pihak
pemerintah berbanding melaksanakan kemahuan sendiri. Kedua, politik lama lebih
bersifat "penutupan minda" iaitu mengikut budaya serta norma masyarakat yang
konservatif. Ketiga, politik lama juga dilihat sukar untuk menilai perubahan dari sudut
positif dan amat berhati-hati dalam menghadapi perubahan (Hinbusch, 2015).

5. Partisipasi Masyarakat Sivil

Kajian sarjana pada tahun 1980-an dan 1990-an menunjukkan hubungan antara
masyarakat sivil dengan proses pendemokrasian (Franco, 2001). Kebanyakan kajian
tersebut menyatakan pertumbuhan ekonomi, nilai budaya dan peranan elit
mempunyai hubungan dengan proses pendemokrasian. Walaubagaimanapun, proses
pendemokrasian di Malaysia, Singapura dan Thailand dilihat tidak terbuka serta
proses politik di negara tersebut tidak demokratik walapun pertumbuhan ekonominya
pesat (Thompson, 2007). Penemuan ini dikukuhkan lagi dengan kajian Leftwich
(1993) yang mendapati negara-negara ekonomi tinggi seperti Singapura dan Brunei
tidak terdorong kearah sistem yang lebih demokratik.

Dalam konteks perkaitan masyarakat sivil dengan proses pendemokrasian,


sesetengah sarjana menyatakan bahawa kaitannya adalah rapat sekali. Hujahnya ialah
masyarakat sivil terbentuk selepas proses pendemokrasian iaitu wujud ketika proses
transisi menuju demokrasi (O’Donnell & Schmitter, 1986). Namun begitu, dalam
artikel Civic nation, civil society, civic religion tulisan Bryant (1995) menyatakan
masyarakat sivik terbentu sebelum proses pendemokrasian berlaku. Bryant
menghujahkan sedemikian kerana melihat pada akhir tahun 1980-an, beberapa negara
Eropah Timur runtuh disebabkan oleh tuntutan yang kuat diajukan oleh masyarakat
sivil (Wellhoer, 2005). Ini bererti masyarakat sivil berperanan sebagai agen dalam
proses pendemokrasian yang berlaku di sesetengah negara.

Masyarakat sivil juga berperanan dalam menentukan kuat atau lemahnya


demokrasi di negara demokratik. Hal ini demikian kerana, peranan masyakarat sivil
adalah untuk menjaga kualiti badan kehakiman, pemerkasaan parti politik, pembelaan
hak rakyat miskin dan menjaga akauntabiliti pemerintah (Putnam, 1995). Penulis
menyimpulkan bahawa masyarakat sivil memainkan peranan semak dan imbang
seperti badan legislative mengawal eksekutif dan sebaliknya.

Oleh itu, dapat dilihat peranan masyarakat sivil adalah sebagai agen
pendemokrasian. Sekiranya masyarakat sivil ingin berpartisipasi dengan maksimum
dan efektif, maka perlu dibentuk organisasi sivil dalam masyarakat iaitu melalui
pertubuhan, kumpulan pendesak atau organisasi bukan kerajaan. Organisasi sivil
haruslah: (i) dioperasikan secara demokratik, menghormati unsur pluralisme dan
perbezaan organisasi; (ii) organisasi sivil juga harus mengajukan setiap agenda
organisasinya dalam konteks semangat demokrasi agar mampu memberi kesan
politik terhadap kerajaan supaya lebih telus; dan (iii) organisasi sivil mestilah
juga saling bekerjasama sesama mereka dalam mewujudkan kesepaduan tenaga
untuk mendesak kerajaan bagi bersetuju merundingi tuntutan mereka. (Stepan, 1998).

Dalam membincangkan masyarakat sivil sebagai agen pendemokrasian, wujud


dua teori. Pertama, perspektif teori yang berhujah bahawa sistem politik tidak
semestinya digerakkan oleh kumpulan masyarakat sivil yang bukan politik sifatnya
(Keane 1988:98). Kes gerakan pendemokrasian yang diketuai oleh gereja Katolik di
kebanyakan negara di Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil, Chile serta Peru
memperlihatkan bahawa kejayaan gerakan tersebut adalah hasil daripada strategi
politik yang diatur oleh elit politik yang berada di belakang gereja Katolik untuk
menentang rejim autoritarian yang sedang memerintah (Oxhorn 1992:32). Contoh
ini menggambarkan bagaimana dalam proses pendemokrasian, masyarakat sivil
berjaya memainkan peranannya sebagai masyarakat politik.

Dalam melihat hubungan antara masyarakat sivil dengan gerakan


pendemokrasian, perspektif teori yang pertama ini menakrifkan organisasi masyarakat
sivil sebagai sebuah organisasi politik yang diuruskan secara berkelompok ataupun
berpersendirian, iaitu tidak mendapat bantuan sama ada bersifat kewangan
ataupun bukan kewangan daripada kerajaan. Mengikut huraian ini, organisasi
masyarakat sivil tidak boleh bertindak secara sendirian untuk mengubah sebuah rejim
yang autokratik tetapi mesti menjalinkan kerjasama dengan masyarakat politik.
Ini boleh dilihat dalam kes perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO Bersih pada 9
Julai 2011 untuk mendesak Suruhanjaya Pilihanraya bertindak sebagai sebuah badan
yang bebas dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini (Agus, Salleh & Leo,
2011). Perhimpunan Bersih tersebut tentunya tidak berjaya jika ia tidak mendapat
kerjasama dan sokongan dari masyarakat politik yang tidak puas hati dengan kerajaan.
Ini menunjukkan jalinan kerjasama antara masyarakat sivil dengan masyarakat politik
amat penting bagi memastikan gerakan pendemokrasian yang dirancang mencapai
kejayaan.

Hujah perspektif teori kedua—masyarakat sivil wujud sebelum


terbentuknya rejim demokratik—adalah bersandarkan kepada hubungan timbal balik
antara kestabilan sosial dengan kuasa kerajaan. Perspektif ini berhujah masyarakat
sivil muncul akibat daripada kegagalan kerajaan menjalankan tugas dan
tanggungjawab sosiopolitiknya terhadap masyarakat umum. Dan kerajaan juga
gagal mewujudkan dasar sosial, ekonomi dan politik yang kondusif ke arah
merealisasikan kesejahteraan masyarakat serta demokrasi sejati. Demokrasi yang
terbentuk hanyalah demokrasi terhad daripada model demokrasi liberal; undang-
undang dilaksanakan hanya untuk kepentingan pemerintah, mengekalkan
keharmonian kaum, kestabilan politik, sosial dan keselamatan bagi meyakinkan
pelabur memanamkan modalnya sahaja. Sistem politik seperti ini tidak
menggalakkan peranan masyarakat sivil, melainkan kroni kerajaan sahaja.
Akibatnya muncul protes masyarakat sivil yang menuntut hak-hak demokrasi yang
sejati (Agus, Salleh & Leo, 2011).
Situasi seperti ini berlaku di Malaysia. Sejak krisis ekonomi pada tahun
1997, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) muncul menyuarakan
ketidakpuasan hati mereka tentang sekatan berlebihan yang dikenakan oleh
kerajaan ke atas mereka. Kumpulan masyarakat sivil ini melakukan tuntutan dan
desakan dengan pelbagai cara yang selaras dengan perlembagaan dan undang-
undang negara iaitu dialog, lobi, forum, ceramah, seminar, rundingan dan
propaganda. Bagaimanapun, kerajaan menganggap tindakan NGO ini sebagai
punca yang boleh menjejaskan kestabilan sosial dan politik serta menjejaskan
keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Oleh sebab itulah,
kerajaan menuntut NGO dan kumpulan masyarakat sivil ini supaya bertindak
dalam lingkungan parameter demokrasi yang dibenarkan oleh undang-undang
negara. Jika tidak, seperti apa yang berlaku semasa gerakan reformasi dan
demonstrasi yang dianjurkan oleh masyarakat sivil, tangkapan dan penahanan akan
dilakukan oleh kerajaan.

CABARAN DALAM DEMOKRASI

Cabaran dalam demokrasi adalah masih wujud ketidakadilan dalam sistem


kehakiman. Krisis kehakiman yang berlaku sejak tahun 1988 menjadi titik permulaan
ketidakadilan dalam sistem kehakiman di mana wujudnya skandal yang membabitkan
badan berkenaan. Badan kehakiman ditubuhkan oleh Perlembagaan Malaysia
merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab dalam isu-isu bagi menegakkan
undang-undang. Justeru itu, adalah menjadi peranan bagi badan berkenaan untuk
bersumpah secara terbuka tanpa mengamalkan ketidakadilan dalam setiap tugas
mereka ke arah kehidupan sejahtera. Hal ini demikian kerana ketidakadilan yang
berlaku akan membawa ke arah kerosakan kepada institusi perundangan negara yang
sekaligus akan mencemarkan imej baik negara serta memberi noda kepada konsep
demokrasi negara. Sehubungan dengan itu, sebarang niat dalam mempengaruhi badan
berkenaan perlu diberi perhatian agar kebebasan kehakiman secara adil dan saksama
serta efisien dalam menegakkan undang-undang terpelihara sesuai dengan peruntukan
Perlembagaan Malaysia.

Seterusnya, wujud sikap menfitnah dalam politik. Sikap begini menjadi


cabaran yang terus mencetus bayangan ketakutan dalam setiap individu. Hal ini sudah
pastinya menjadi persoalan setiap lapisan masyarakat kerana pada umumnya kita tahu
bahawa sistem politik adalah satu ciri khas dalam sistem demokrasi berparlimen
Malaysia yang berfungsi menjadi penggerak kepada pentadbiran kerajaan. Dalam
dunia berpolitik sememangnya kita diberi kebebasan. Namun demikian, kepentingan
diri dan pemikiran yang dibelenggu emosi dan sentimen menjadikan badan politik ini
sentiasa fitnah menfitnah dan melaga-lagakan isu-isu panas terutamanya sentimen
perkauman, dan ini secara langsung menjadikan mereka terus lupa akan
tanggungjawab sebenar mereka. Malah lebih teruk lagi isu fitnah memfitnah ini
dipandang remeh oleh kebanyakan individu meskipun kita tahu fitnah ini merupakan
satu jenayah sivil dibawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan
denda dan penjara maksimum 2 tahun ataupun kedua-duanya sekali jika disabit
kesalahan. Lantaran itu, secara teorinya pemimpin bertanggungjawab dalam
menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat, dan ini secara tidak langsung
menjadikan isu-isu peribadi tidak sepatutnya dijadikan modal dalam menjatuhkan
mana-mana pihak, sebaliknya sebagai individu yang matang dalam demokrasi nilai
kebijaksanaan dengan jalan pemikiran yang rasional dan dapat diterima umum
dijadikan modal dalam memenangi hati rakyat.

Penyalahgunaan kuasa dalam sistem politik juga salah satu cabaran dalam
demokrasi yang matang. Amalan tadbir urus yang baik dalam sistem politik kini di
ambang situasi yang perlu diberi fokus oleh ramai individu bagi memerangi
penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli politik dalam menerajui pentadbiran
negara. Penyalahgunaan kuasa ini perlu diberi perhatian sewajarnya dalam usaha
membela nasib rakyat dan mengetepikan soal kepentingan diri. Meskipun rakyat
kurang memberi tumpuan kepada soal penyalahgunaan kuasa dalam kalangan
pemimpin, namun dalam soal ini, nilai intregriti dalam seseorang pemimpin penting
untuk membina erti demokrasi yang matang dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian
kerana pucuk pimpinan kerajaan yang sihat menjadi asas kepada pembentukan sebuah
tampuk pemerintahan yang diimpikan oleh unsur perbezaan dalam Malaysia.
Sehubungan dengan itu, kemelut kepada berlakunya jenayah korporat ini memberi
nafas dan pemikiran yang baharu kepada setiap lapisan individu dalam menangani
krisis penyalahgunaan kuasa dalam sistem politik ke arah negara demokrasi yang
matang demi generasi pada masa akan datang.
Penggunaan media sosial yang berat sebelah mewujudkan cabaran dalam
demokrasi yang matang. Jalan pemikiran yang berasaskan emosi dan sentimen
membuka peluang kepada individu yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan
isu-isu yang tidak sepatutnya melalui media sosial atas kepentingan diri sendiri.
Pemikiran yang kolot menjadikan ramai individu terjebak dalam penggunaan media
sosial yang salah, dan lebih parahnya apabila tiada tindakan setara yang dikenakan
terhadap pesalah. Dalam aspek ini, kita ambil contoh kepada isu perkauman dan juga
agama. Rata-ratnya saban hari kita melihat banyak isu-isu yang melibatkan nilai
perkauman dan agama dimuat naik di media sosial, sebagai contoh isu dalam kalangan
umat Islam dan umat Kristian. Saban tahun, isu berkenaan menjadi topik hangat dalam
media sosial dimana individu yang tidak berfikiran terbuka mengkritik dan
menyebarkan fitnah demi kepentingan diri. Lebih buruk lagi sehingga ada pihak yang
menjadi dalang dalam isu berkenaan. Dalam pada itu, kita tahu dan lihat secara fizikal
seandainya kritikan berlaku terhadap agama Islam, maka dengan serta mertanya
individu yang mengkritik akan dijatuhkan hukuman. Perlembagaan Malaysia secara
umumnya telah memperuntukkan agama rasmi negara iaitu agama Islam, namun
demikian agama lain-lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, dan sebagainya juga boleh
dianuti dibawah peruntukan Perlembagaan Malaysia selagi ianya tidak menyalahi
mana-mana undang-undang dan peraturan yang terbentuk. Namun demikian, jika
agama lain seperti agama Kristian dikritik oleh individu tertentu, dimanakah nilai
keadilan dalam media sosial yang menjadi kebanggaan kepada kita sebagai sumber
ketiga untuk bersuara mendapatkan hak asasi? Dimanakah pihak berkuasa yang
sepatutnya bertanggungjawab untuk membela hak kesamarataan ini?. Berfikirlah
secara ilmiah dalam soal ketidakadilan dalam media sosial.

Kepelbagaian kaum mewujudkan unsur perbezaan yang tinggi dalam lapisan


masyarakat dan ini menjadikan wujudnya segelintir masyarakat yang tidak berfikiran
terbuka seperti katak bawah tempurung menjadi cabaran dalam demokrasi yang
matang. Globalisasi ini menjadikan pemikiran setiap individu juga perlu berubah
sejajar dengan perubahan masa kerana idea pemikiran yang baharu merancakkan lagi
pertumbuhan negara ke arah negara yang lebih maju. Bagaimanapun, idea-idea baharu
demikian sering mendapat kritikan daripada golongan belia berumur kerana idea
berkenaan dianggap tidak logik digunakan dalam menerajui struktur pentadbiran
negara. Sebagai contoh, generasi muda penggerak kepada kemajuan negara dan ini
menjadikan ramai belia muda cuba untuk memberi pendapat dan pandangan masing-
masing dalam berkongsi idea bagi kerjasama dalam kemajuan negara, namun
demikian apabila wujudnya individu yang berfikiran seperti katak bawah tempurung
ini, maka ia secara langsung menjadi batasan kepada belia muda untuk bersuara.
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
merupakan menteri belia yang banyak menyuarakan pendapat belia dalam politik
negara, namun demikian beliau dihina dan digelar “budak” dan “cucu”oleh golongan
yang berfikiran katak bawah tempurung. Isu berkenaan hangat diperkatakan dalam
kemelut halangan politik dalam membawa politik baharu bagi wajah baharu politik di
Malaysia. Sikap bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan individu tanpa
mengira umur menjadi titik tanda permulaan kepada kemajuan negara kerana peranan
dan sumbangan masing-masing amat diperlukan dalam mewujudkan demokrasi yang
matang.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sememangnya proses demokrasi yang terdiri daripada peranan


pembangkang, pilihanraya umum yang bersih, kebebasan media, hak sebagai
pengamal demokrasi dan partisipasi masyarakat sivil menjadi wadah penyubur kepada
sistem demokrasi di negara demokratik. Agen-agen katalis pendemokrasian ini
memainkan peranan masing-masing yang penting dalam sistem semak dan imbang
kerajaan yang demokratik.

Proses pendemokrasian yang berlaku juga tidak wajar disekat dan dihalang.
Hal ini demikian kerana, survival sistem demokrasi di negara yang demokratik
bergantung pada kelancaran proses pendemokrasian mengambil tempat dalam sistem
politik negara. Usaha untuk menghalang atau merencatkan proses pendemokrasian itu
hanya akan menjadikan sistem demokrasi itu terhapus dan akan mewujudkan sistem
autokrasi yang zalim dan jumud.
RUJUKAN

Avritzer, A. 2004. Civil society in Latin America: uncivil, liberal and participatory
models. Dlm. M. Glasius, D. Lewis & H. Seckinelgin (pnyt.). Exploring Civil
Society: Political And Cultural Contexs, 53- 60. London: Routledge.

Baker, G. 2002. Civil Society And Democratic Theory: Alternative Voices. London:
Routledge.

Barraclough, S. 1985. The dynamic of coercion in the Malaysian political process.


Modern Asian Studies 19(4): 797-822.

Bryant, C. 1995. Civic Nation, Civil Society, Civil Religion. Cambrigde: Cambridge
University Press.

Burrage, M. 2008. Class Formation, Civil Society And The State. New York: Palgrave
Macmillan.

Celichowski, J. 2004. Civil society in Eastern Europe: growth without engagement.


Dlm. M. Glasius, D. Lewis & H.Seckinelgin (pnyt.). Exploring Civil Society:
Political And Cultural Contexs, 71-79. London: Routledge.

Chandhoke, N. 1995. State and civil society: exploration in political theory. London:
Sage Publication.

Cohen, J.L., & Arato, A. 1992. Civil Society And Political Theory. Cambridge:
Massachussetts Institute of Technology Press.
Denny J. Ali. 2001. Democratization From Below: Protest Events And Regime
Change In Indonesia 1997-1998. Disertasi PhD, Ohio State University.

De Lue, S. 1997. Political Thinking, Political Theory And Civil Society. Boston:
Allyn & Bacon.

Diamond, L. 1994. Rethinking Civil Society: Toward Democratic Consolidation.


Journal of Democracy 5(3): 151-159.

Dreano, B. 2004. In Paris, the global place is no longer Saint Germain des Prés: civil
society and the France debate. Dlm. M.Glasius, D.Lewis & H.Seckinelgin
(pnyt.). Exploring Civil Society: Political And Cultural Contexs, 93-100.
London: Routledge.

Franco, J.C. 2001. Elections And Democratization In The Philippines. New York:
Routledge.

Funston, J. 1999. Malaysia: a fatefull September. Southeast Asian Affairs 1999: 165-
184. Gellner, E. 1994. Conditions Of Liberty: Civil Society And Its Rivals.
London: Hamish Hamilton.

Gomez, E.T. (pnyt.). 2004. The state of Malaysia: Ethnicity, Equity And Reform.
London: RoutledgeCurzon.

Gramsci, A. 1971. Selections From The Prison Notebooks. New York: International
Publishers. Hall, J.A. 1995. Civil Society: Theory, History And Comparison.
Cambridge: Polity Press.

Harvey, R. 1978. Portugal: Birth Of A Democracy. London: MacMillan. Hegel,


G.W.F. 1977. The Philosophy Of Right. Terj. T.M. Knox. Oxford: Oxford
University Press.

Huntington, S.P. 1991. The Third Wave: Democratization In The Late Twentieth
Century. Oklahoma: Oklahoma University Press.

Jesudason, J.V. 1995. Statist Democracy And The Limits To Civil Society In
Malaysia. Journal of Commonwealth & Comparative Politics 33(3): 335-356.

Keane, J. (pnyt.). 1988. Civil Society And The State. New York: Verso
Trentmann, F. 2004. The Problem With Civil Society: Putting Modern European
History Back Into Contemporary Debate. Dlm. M. Glasius, D. Lewis & H.
Seckinelgin (Pnyt.). Exploring Civil Society: Political And Cultural Contexs,
26-35. London: Routledge.

Varshney, A. 2002. Ethnic Confict And Civic Life. New Haven: Yale University
Press.

Waisman, C.H. 2006. Autonomy, Self-Regulation Dan Democracy: Tocquevillean-


Gillnerian Perspectives On Civil Society And The Bifurcated State in Latin
Amerika. Dlm. Richard Feinberg, Carlos H. Waisman & Leon Zamosc. Civil
Society And Democracy In Latin Amerika, 17-34. New York: Palgrave
Macmillan.

Weiss, M.L. 2001. The Politics Of Protest: Civil Society, Coalition-Building, And
Political Change In Malaysia. Disertasi Phd., Yale University.

Weiss, M.L. 2003. Malaysian NGO: History, Legal Framework And Characteristic.
Dlm. M.L. Weiss & Saliha Hassan (Pnyt.). Social Movement In Malaysia: From
Moral Communities To Ngos, 17-44. London: Routledgecurzon.

Wellhoer, E.S. 2005. Democracy, Facism And Civil Society. Dlm. S. Roßteutscher
(Pnyt.). Democracy And The Role Of Associations: Political, Organizational
And Social Contexs, 19-45. London: Routledge.

You might also like