You are on page 1of 11

PENDAHULUAN

Parti adalah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi, yang berusaha untuk
memilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu. Dari segi
asal-usul politik, kebanyakan parti politik bermula dengan penubuhan dewan-dewan
perwakilan setelah keruntuhan institusi istana dan gereja sepertimana yang berlaku di
England. Bermula dengan penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telah berkembang
akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah keahlian yang semakin
bertambah. Maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin besar dan mampu
menampung jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti politik dapat dibahagikan
kepada dua yang utama iaitu parti pencadang (Barisan Nasional), yang menyokong penuh
kerajaan dan juga parti pembangkang (Barisan AlternatiI iaitu PAS, DAP dan keADILan).
Parti politik yang wujud dalam pelbagai bentuk seperti di atas adalah satu unsur warisan
penjajahan Barat yang telah diterima oleh hampir semua negara. Selalunya 'parti merupakan
sebuah badan parlimen sementara yang tidak mempunyai organisasi tempatan kerana dalam
banyak keadaan ianya ditubuhkan atas keputusan kerajaan. Sungguhpun dalam sesetengah
keadaan, peranan parti itu hanya untuk memberitahu pemimpin tanpa parti mengenai
perasaan tidak puas hati yang mungkin terdapat di kalangan rakyat tetapi terdapat juga kes
yang menunjukkan bahawa parti tersebut memainkan peranaan yang sama seperti parti politik
yang terdapat di Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun dengan beberapa
pengecualian dapat dinyatakan bahawa sesebuah negara baru itu menerima struktur rasmi
kerajaan berparti walaupun negara tersebut tidak menerima organisasi, proses dan matlamat
Barat.
Pada masa ini masih terdapat negara yang tidak memerlukan atau menunjukkan keinginan
untuk menerima kewujudan parti politik seperti Habsyah, Libya dan Arab Saudi. Kebanyakan
negara yang masih diperintah oleh pemerintah tradisional tidak mempunyai parti
pembangkang yang tersusun secara sah, di mana pemerintah tidak menyanjung tinggi prinsip
penyertaan rakyat dalam kerajaan. Sebahagian negara lain pula pernah mempunyai bentuk
pemerintahan berparti atau yang setaraI dengannya di masa lalu, tetapi sebahagian besar
daripada pemerintahan berparti tersebut diperolehi sama ada melalui rampasan kuasa tentera
seperti di Myanmar, Nigeria, Ghana dan Mali ataupun kerana diperintah oleh seorang
pemerintah yang cukup kuat seperti di Brunei dan Singapura yang mana parti politik
sebenarnya tidak memainkan peranan yang berkesan dalam menentukan dasar kerajaan.
DEFINISI
Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta
agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya
ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu
ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang
lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih
besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.
Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia
yang termaktub di bawah Artikel 21 ~Universal Declaration of Human Rights" UDHR) -
Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti kerajaan yang
menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai mengamalkan
totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat perkembangan parti
pembangkang. Jika politik dideIinisikan dengan berbagai pengertian, maka parti politik juga
ada deIinisi-deIinisinya. Kewujudan parti politik adalah perlu. Segala buah Iikiran , masalah
dan reaksi rakyat terhadap pemerintah akan disalurkan melalui satu badan politik yang juga
disebut sebagai parti politik untuk mewakili mereka. Badan ini berperanan sebagai
penghubung antara pihak pemerintah dan golongan yang diperintah.
K.Ramananthan (1992:190) menyatakan bahawa secara umumnya, parti politik boleh
dideIinisikan sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung untuk menguasai
teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara. DeIinisi parti politik berdasarkan pada
tujuh perkara. iaitu:
(1) Aktor atau watak dalam parti seperti pemimpin parti.
(2) Tindakan atau aktiviti dalam parti.
(3) Tujuan atau sebagai contoh parti untuk menguasai negara.
(4) Lapangan,
(5) Menyenaraikan Iungsi-Iungsi eksekutiI.
(6) Meringkaskan struktur-strukturnya.
(7) Kegiatan yang dimainkan oleh parti.
Sigmund Neuman mendeIinisikan parti politik sebagai organisasi yang bersendi
dengan organisasi politik, masyarakat perantaraan, begitu juga dengan sesiapa yang ada
kaitan dengan kawalan kuasa, kerajaan dan sesiapa yang bertanding untuk mendapat lebih
sokongan daripada kumpulan lain atau kumpulan yang menyimpang pandangannya daripada
yang lain`. Dalam deIinisinya beliau menekankan organisasi di mana organisasi ini direka
untuk menguasai kerajaan dan bertanding dengan kumpulan lain untuk mendapat sokongan.
Carl Friedrich mengatakan bahawa parti politik ialah satu kumpulan manusia yang
menjalankan satu ketetapan tentang keselamatan atau menetapkan pemimpin kerajaan dengan
ketetapan yang lain untuk ahli-ahli politik dalam parti melalui kawalan, pandangan dan
Iaedah yang memberikan kebaikan`. Joseph La Palombara dan Myron Weiner menekankan
satu organisasi yang mementingkan kestabilan dan penekanan meneruskan kestabilan
pirnpinan. Roy Macridis pula mengatakan parti politik sebagai alat untuk mendapatkan
kuasa. DeIinisi Leon Epstein hampir sama dengan deIinisi Giovani Sartori. Kedua-dua
mereka menekankan kumpulan politik yang ada pilihanraya. DeIinisi mereka terlalu simple
dan tidak menyatakan bahawa parti itu dapat bergabung atau tidak.
Sementara itu, Joseph Schumpeter yang dikenali sebagai antagonis dalam kepentingan
awam telah memberikan deIinisi mengenai parti politik yang dikatakan memerlukan
kecekalan untuk mendapatkan kuasa bagi mendapat Iaedah politik;
party is a group whose members propose to act in concert in the competitive
struggle for power.... Party and machine politicians are simply the response to the
fact that the electoral mass is incapable of action other than in a stampede, and
they constitute an attempt to regulate political competition exactly similar to the
corresponding practice of a trade association.
(Schumpeter 197:283)
Semua deIinisi ini berteraskan konsep demokrasi yang sering diutarakan dalam sistem politik
Dunia Barat. Bagi al-Imam al-Mawdudi (1968:33), demokrasi Barat berasaskan pandangan
majoriti tetapi dalam penggubalan undang-undang, hanya segelintir kecil daripada mereka
yang terlibat. Mereka mewakilkan kedaulatan mereka kepada orang lain. Wakil-wakil inilah
yang berkuasa memaksa rakyat dengan memisahkan nilai-nilai akhlak daripada corak
kehidupan yang lain. Melalui pemisahan ini, wakil-wakil yang terpilih mudah
menyelewengkan kuasa dan menipu rakyat. Namun kenyataan ini bukanlah bererti al-
Mawdudi menolak system demokrasi secara total. Bagi beliau, sistem pemerintah Islam
gabungan serta jalinan antara teokrasi dan demokrasi. Dalam kitabnya, 'Political Theory oI
Islam, beliau menegaskan bahawa prinsip sistem negara Islam ialah teokrasi (ketuhanan). Ini
kerana teokrasi dapat menerima dan mengiktiraI 'The Divine Commandments are the civil
laws dan Allah mempunyai kuasa mutlak ke atas negara dan kerajaan


Pada pandangan sarjana seperti Carl J. Friedrich, parti politik adalah sekelompok manusia
berorganisasi secara stabil dengan tujuan merenut atau mempertahankan penguasaan terhadap
pemerintahan bagi pimpinannya partinya dan berdasarkan penguasaan ini memberi manIaat
kepada anggota partinya yang bersiIat adil atau material.
Dalam sistem demokrasi, parti adalah elemen utama untuk menjalankan proses pilihanraya.
Sistem parti boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu sistem satu parti, sistem parti
dominan, sistem dua parti dan sistem banyak parti. Sistem satu parti kebanyakan terdapat di
negara yang mengamalkan pemerintahan totalitarian. Dalam negara totalitarian kiri iaitu
komunis cuma satu parti sahaja wujud dan dibenarkan di negara tersebut. Sebagai contoh, di
Republik China, Korea Utara dan Cuba.
Selain itu, sistem parti dominan merupakan situasi terdapat sistem banyak parti tetapi Cuma
satu parti sahaja yang menang atau sentiasa memenangi pilihanraya dan memerintah negara.
Di antara negara-negara yang terdapat satu parti dominan ialah Malaysia, India (parti
dominannya ialah Parti Kongres), Mexico (Institutional Revolutionary Party) dan lain-lain
lagi.
Sistem banyak parti merupakan situasi dimana terdapat banyak parti yang berjaya
menghantar wakilnya sehingga memenangi pilihanraya dan tidak terdapat parti yang
memenangi majoriti serta berjaya membentuk kerajaan. Atas Iaktor ini, sering diwujudkan
kerajaan campuran bagi negara seperti ini. Sebagai contoh, negara yang mengamalkan sistem
ini seperti Denmark, Holland, Itali, Brazil dan Belgium.

Sistem dua parti merupakan kerelevanan kewujudan parti tersebut disamping adanya parti-
parti lain. Ini bermakna hanya dua parti sahaja yang memenangi pilihanraya dan berjaya
membentuk kerajaan. Di antara negara yang terdapat sistem dua parti ialah Amerika Syarikat,
Britain dan New Zealand. Di britain, dua parti yang sering bertukar ganti memerintah negara
tersebut ialah Parti Buruh dan Parti KonservatiI. Di Amerika Syarikat pula, dua parti utama
ialah Parti Republikan dan Parti Demokrat yang menjadi parti yang mendominasi setiap kali
pilihanraya diadakan yang akan menjadi Iokus esei ini.
ARISAN NASIONAL
Pada 30 Ogos 1972 iaitu sehari sebelum perayaan Hari Kebangsaan, istilah 'Barisan
Nasional buat kali yang pertama telah digunakan oleh Tun Razak Hussein dalam ucapan
beliau melalui radio dan televisyen. Beliau menyatakan bahawa pembentukan Barisan
Nasional di kalangan parti-parti politik adalah bertujuan untuk bekerjasama bagi menghadapi
masalah negara. Istilah ini memperihalkan rangkaian perjanjian kerajaan campuran yang
akhirnya akan membentuk 'Barisan Nasional sebaik sahaja perjanjian kerajaan campuran
antara Perikatan dan PAS ditandatangani. Barisan Nasional telah didaItarkan dengan
rasminya sebagai sebuah Persekutuan parti politik pada 1 Jun 1974. Tun Razak memberitahu
Perhimpunan Agung UMNO ketika itu bahawa penubuhan Barisan Nasional adalah
merupakan kemuncak strategi politik pada tahun 1970-an dan rakyat pula dapat lebih
menyedari akan susunan politik baru tersebut. Kewujudan Barisan Nasional adalah berpusat
pada strategi politiknya demi mengurangkan persaingan politik supaya tenaga dan punca
keluaran yang ada dapat digembelengkan untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Malahan kompromi di kalangan berbagai kaum diperlukan untuk mengurangkan perbezaan
politik yang jelas. Pembangkang Melayu juga perlu diajak menyertai kerajaan supaya mereka
berkecuali. Oleh itu, strategi kerajaan campuran adalah untuk mengesahkan cara pendekatan
UMNO dan mengurangkan kritik serta persaingan politik. Secara realitinya, terdapat
beberapa perbezaan yang wajar diberi perhatian. Antaranya termasuklah hal berkenaan
UMNO yang mempunyai keunggulan yang lebih ketara dalam Barisan Nasional daripada
dalam Perikatan. Seterusnya parti komponen Barisan Nasional adalah terdiri daripada
beberapa buah parti dan bukan bersiIat perkauman semata-mata. Lebih-lebih lagi, kelompok
kaum telah diwakili oleh lebih daripada sebuah parti dalam Barisan Nasional. Sejak
pilihanraya kebangsaan yang pertama, suatu sistem parti yang unggul telah wujud di
Malaysia. Perikatan dalam Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan campuran kekal yang
tersusun telah menguasai proses politik. Dalam Barisan Nasional, UMNO kerap kali dikenali
sebagai parti yang paling berkuasa dan berpengaruh sehingga pemimpinnya yang
menentukan haluan parti dan dasar kerajaan. Pembentukan Barisan Nasional sebenarnya
adalah untuk menggantikan perikatan yang telah dibentuk sejak pilihanraya pertama pada
1959. Perikatan terdiri daripada tiga buah parti yang berakarumbikan kaum Melayu, Cina dan
India. Ketiga-tiga parti tersebut dikenali sebagai United Malay National Organization
(UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC).
Mereka telah Berjaya memenangi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang
dipertandingkan. Strategi yang diamalkan oleh mereka adalah bertanding mengikut kawasan
yang mencirikan majoriti kaum tertentu. Namun begitu, MCA dan MIC pernah bertanding di
kawasan majoriti orang Melayu kerana sikap bertolak ansur daripada UMNO yang telah
dikekalkan sehingga sekarang (Ahmad, 1996: 91). Pembentukan Barisan Nasional telah
mengizinkan kemasukan parti-parti baru antaranya PAS, PPP, GERAKAN, SUPP, Parti
Pesaka Bumiputera dan Perikatan Sabah pada awal tahun 1974 semasa mendaItar sebagai
parti yang sah (Wariya 1987: 67-68). Walau bagaimanapun, Barisan Nasional hanya benar-
benar wujud semasa pilihanraya pada bulan Ogos 1974 dengan persetujuan untuk
menggunakan dacing sebagai simbol bagi menggantikan simbol kapal layar. Antara parti
yang menyertai Barisan Nasional termasuklah UMNO, MCA, MIC, PGRM, PPP, LDP,
AKAR, SUPP, SANP, PBRS, PDS, SAPP, PBB dan PBDS. Terdapat beberapa objektiI
penubuhan Barisan Nasional yang menjadi pegangan utama setiap ahli. Barisan Nasional
ditubuhkan atas dasar untuk membela dan memelihara penyatuan dan keharmonian Barisan
Nasional, perjuangan demi pembangunan jiwa dan duniawi serta mengekalkan Islam sebagai
agama Persekutuan tetapi agama lain boleh dianuti oleh kaum lain dalam keadaan yang aman
dan harmoni serta menyokong penggubalan Rukun Negara, perjuangan demi pencapaian
sosial dan akhir sekali menggalakkan hubungan yang erat antara parti. ObjektiI-objektiI ini
perlu dipatuhi oleh setiap ahli dan parti yang menjadi anggota BN. Jika terdapat ahli atau
parti yang melanggar prinsip-prinsip asas tersebut maka akan mereka dibuang keahliannya.

Kepentingan penubuhan Barisan Nasional boleh dilihat melalui beberapa sudut. Sistem
politik di negara Malaysia telah banyak menerima pengaruh daripada pihak kolonial. Pada
masa itu, penggabungan antara pertubuhan-pertubuhan kaum tidaklah begitu kuat. Hal ini
telah memberi peluang kepada pihak kolonial untuk menindas penduduk tempatan. Daripada
pengalaman tersebut, sudah tentu panduduk tempatan mendapat pengajaran yang paling
berharga. Kemudian, parti Perikatan pula muncul sebagai pembela nasib penduduk tempatan.
Lantaran itu, penubuhan Perikatan pada masa itu mendapat sokongan yang kuat daripada tiga
kaum terbesar di Tanah Melayu. Selepas itu, Barisan Nasional pula mengamalkan konsep
yang sama. Akan tetapi, penubuhan Barisan Nasional mempunyai sedikit perbezaan. Barisan
Nasional bukan lagi sebagai payung pelindung kepada kemajuan kaum tetapi memainkan
peranan dalam mengurus konIlik perkauman. Golongan Melayu sebagai penguasa dalam
bidang politik menghadapi masalah untuk memperolehi kekuatan ekonomi. Sebaliknya, kaum
Cina yang kebanyakannya terdiri daripada golongan peniaga mempunyai kedudukan
ekonomi yang kukuh tetapi tidak mendapat kuasa politik yang sebenar. Perbezaan dan
keinginan kedua-dua kaum ini telah mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi satu
titik hitam dalam sejarah Malaysia. Sehubungan itu, penubuhan BN yang meliputi pelbagai
kaum dapat menjadi jambatan kepada hubungan yang erat di kalangan ahli dan
menyelesaikan konIlik tanpa perlunya pertumpahan darah. Barisan Nasional dalam konteks
perpaduan kaum telah mencatatkan kejayaan dalam pilihanraya dan memegang pucuk
kepimpinan sejak kemerdekaan.


Malaysia pada mulanya ialah negara yang mempunyai sistem pelbagai parti. Namun
demikian, apabila pilihanraya pertama diadakan pada tahun 1959, wujud pakatan antara tiga
parti pelbagai kaum iaitu UMNO, MCA dan MIC untuk bernaung di bawah Parti Perikatan.
Pakatan ini telah berjaya memenangi kerusi secara majoriti di peringat Parlimen sehingga ke
pilihanraya 1969. Parti perikatan ini kemudiannya telah digantikan dengan gabungan
pelbagai parti lebih besar yang dikenali sebagai Barisan Nasional. Sehingga pilihanraya ke
duabelas, Barisan Nasional terus-menerus menerajui pemerintahan negara. Sementara di
pihak parti pembangkang pula kadangkala wujud gagasan atau pakatan bersama bagi
memberikan saingan kepada Barisan Nasional dalam amalan sistem berparti. Walau
bagaimanapun, pakatan ini kerap menemui kegagalan akibat daripada perbezaan yang ketara
dari aspek ideologi dan dasar perjuangan. Antara pakatan yang pernah wujud termasuk
contohnya seperti:-
i). Barisan Sosialis (pilihanraya 1959, 1964),
ii). Barisan Rakyat (pilihanraya 1969, 1974),
iii). Harakah Keadilan Rakyat HAK (pilihanraya 1986),
iv). Gagasan Rakyat (pilihanraya 1990),
v). Angkatan Perpaduan Ummah,
vi). Gagasan Rakyat (pilihanraya 1995) dan
vii). Barisan AlternatiI (pilihanraya 1999).
viii) Pakatan Rakyat (pilihanraya 2008)





ULASAN
Walaupun telah wujud pakatan di setiap kali pilihanraya, namun untuk dilabelkan sebagai
negara yang mengamalkan sistem dua parti masih boleh dibincangkan lagi. Hal ini
terutamanya apabila pakatan yang ditubuhkan sering berubah-ubah atau dirombak mengikut
isu dan situasi semasa. Keadaan ini mungkin berbeza sekiranya dibandingkan dengan yang
terlaksana di Amerika dan Britain apabila sistem dua partinya telah wujud secara kekal pada
setiap kali pilihanraya dilangsungkan.











Rujukan
Mayo, Henry B. 1960. An Introduction to Democratic Theory, New York : OxIord
University Press.
Ball, A.R. 1993. Politik dan kerafaan moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
K.Ramanathan.1988. Konsep asas politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lively Jack. 1975. Democracy.New York.St Martin Press.
Yates. W. Ross.1967.Democracy in United State.Chicago. Randy Mcnally.
Susser, B. 1995.Political Ideology in The Modern World. Massachusetts:Allyn & Bacon.
K.Ramananthan, C.B. 1992. Konsep Asas Politik. Cetak ulang. Kula Lumpur. Penerbit:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joseph Lapalombara and JeIIery Anderson.1992. Political Parties. Dlm. John Paynter, M. E.
Hawkesworth, Maurice Kogan (pnyt.) Encyclopedia of government and politics, hlm.
393-394. Penerbit: Publisher Routledge.

Al-Mawdudi.1968. Na:horiyah al-Islam al-Siyasiyah, Dimasyq. Penerbit: Dar-al-Fikr.

Maurice Deverger. 1972. Party Politics and Pressure Groups. A Comparative Introduction,
Robert Wagoner (trans.). Penerbit: Nelson, London.

You might also like