You are on page 1of 1

Soalan esei

1. Bincangkan bagaimana gempa bumi boleh berlaku di sesuatu kawasan.


2. Adakah gempa bumi boleh berlaku di Malayisa, bincangkan.
3. Bagaimana jenis-jenis batuan boleh wujud dalam teori tektonik keping..
4. Bincangkan bagaimana luluhawa boleh mempengaruhi kegagalan cerun.
5. Bagaimanakah teori tektonik keping dapat dikaitkan dengan perkembangan bentuk-bentuk
muka bumi pada masa sekarang.
6. Bincangkan pertembungan sempadan-sempadan tektonik keping dan bagaimana bentuk-
bentuk muka bumi baru dihasilkan akibat pertembungan tersebut.
7. Bincangkan bagaimana ahli geomorfologi boleh mentafsirkan sejarah pembentukan
geomorfologi bumi di sesuatu kawasan.
8. Huraikan proses geomorfik mengawal geomorfologi bumi pada skala yang besar.
9. Huraikan bagaimana iklim memberi kesan terhadap evolusi landskap bumi.
10. Huraikan faktor pencetus kepada berlakunya aliran debris (debris flow) dan berikan TIGA
contoh bagaimana aktiviti manusia meningkatkan frekuensi dan magnetiud peristiwa ini.
11. Huraikan bagaimana peranan manusia terhadap terhadap pembentukan sistem geomorfik
bumi.
12. Mengambil contoh zon bahaya geomorphik tempatan, terangkan bagaimana ia memberi
kesan kepada manusia, dan mengapa aktiviti tertentu perlu dihadkan di Kawasan tersebut.
13. Bagaimana kejadian lubang benam boleh berlaku di sesuatu Kawasan. Bincangkan.
14. Dengan mengambil LIMA contoh kejadian kegagalan cerun yang berlaku Malaysia,
Bincangkan mekanisma bagaimana ia berlaku faktor-faktor yang menyebabkan kejadian
tersebut serta impak terhadap manusia dan alam sekitar
15. Dengan mengambil LIMA contoh kejadian kegagalan cerun yang berlaku SELAIN Malaysia,
Bincangkan mekanisma bagaimana ia berlaku faktor-faktor yang menyebabkan kejadian
tersebut serta impak terhadap manusia dan alam sekitar
16. Bincangkan perbezaan diantara kegagalan cerun dan Hakisan
17. Landskap bumi yang terhasil sekarang disebabkan oleh proses geomorfologi bumi pada
waktu yang lepas. Bincangkan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Sekurang-
kurangnya LIMA contoh.
18. Huraikan perbezaan di antara tenaga eksogenik dan endogenik dan bagaimana tenaga-
tenaga ini mempengaruhi pembentukan geomorfologi bumi. (25 Markah)

You might also like