You are on page 1of 1

KONSEP KELAS MENENGAH

Konsep kelas menengah merupakan sebuah konsep yang universal serta tidak hanya terbatas

kepada satu konsep sahaja. Namun demikian perbincangan mengenai kelas menengah ini

dibincang dalam dua teori yang dikemukakan oleh tokoh dari Barat iaitu Karl Marx dan Max

Weber. Teori yang dikemukakan oleh Karl Marx ini tidak menekankan tentang kelas

menengah kerana beliau lebih menekankan sistem kelas kapitalisme yang menerangkan

tentang satu hubungan kelas yang ketara antara gologan ‘borjuis’ dan ‘proletariat’. Manakala,

tokoh sosiologi iaitu Max Weber lebih menekankan bahawa faktor ekonomi tidak harus

dirujuk sepenuhnya dalam menentukan sesuatu kelas akan tetapi ia juga perlu merujuk akan

faktor-faktor yang berlainan misalnya kedudukan dalam sesuatu pasaran dan pemilikan

harta.1 Beliau juga menegaskan bahawa terdapat golongan kelas menengah dimana mereka

menikmati kehidupan melalui kemahiran, harta dan kebolehan yang dimiliki.

Terdapat juga tokoh-tokoh Malaysia yang membincangkan tentang konsep kelas menengah

ini. Salah satunya iaitu Syed Husin Ali yang menegaskan bahawa terdapat perubahan besar

dalam masyarakat di Tanah Melayu selepas datangnya British. Beliau menegaskan bahawa

masyarakat kampung yang telah menerima akan perubahan ekonomi, pentadbiran serta

pengaruh pendidikan telah mengubah struktur masyarakat kerana masyarakat sudah

mengambil inisiatif untuk terlibat dengan pekerjaan yang selain daripada aktiviti pertanian.

Oleh hal yang demikian, situasi sebegini telah mendukung terhadap sebuah kemunculan kelas

yang baharu iaitu kelas menengah terdiri daripada guru-guru, imam masjid, ketua kampung,

kerani dan penghulu.2

1
Anthony Gidden & David Held (1982). Classes, Power and Conflict: Classical and Contemporary Debates,
London: Macmillan Education, h. 2-7.
2
Syed Hussin Ali (1964). Social Stratification in Kampong Bagan: A Study of Class, Status, Conflict, and Mobility
in a Rural Malay Community, Singapura: Malaysia Printers Limited, h. 143-149.

You might also like