You are on page 1of 19

1.

Pendahuluan

Etnik adalah merujuk sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama,ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesame mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak lansung membahagikan masyarakat dengan kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza. Pembahagian kumpulan tersebut juga secara tidak lansung terjadinya kepada pembahagian golongan atau kumpulan masyarakat.

Hubungan etnik yang baik sangat perlu dalam kalangan masyarakat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa dan etnik. Persoalannya hubungan etnik perpaduan dan integrasi amatlah penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian etnik.

Merujuk kepada pembahagian kepada kumpulan dan golongan masyarakat, pembahagian kumpulan dan golongan ini menyebabkan terjadinya suatu perkara yang paling penting dalam kehidupan masyarakat iaitu konflik kelas. Konflik kelas ini berperanan penting dalam kehidupan masyarakat kepada setiap golongan dan kumpulan masyarakat yang berbeza.

Bagi membincangkan topik mengenai konflik kelas ini, terlebih dahulu terdapat beberapa istilah yang boleh membantu bagi memahami dengan lebih jelas perbincangan dalam tajuk ini. Bagi permulaan penerangan, dalam topik ini akan membincangkan tentang definisi dan sejarah di mana tercetusnya idea konflik kelas. Perbincangan mengenai konflik kelas ini akan mengambil beberapa contoh negara demokrasi seperti Malaysia untuk dijadikan contoh kepada perbincangan ini dan kesan konflik kepada pembangunan negara. 1

2.0

Definisi Konflik Kelas

Bagi menerangkan dengan lebih jelas maksud dan definisi istilah konflik kelas ini, beberapa huraian mengenai topik ini dapat diperjelaskan dengan beberapa fakta bagi menerangkan apa yang dikatakan dengan konflik kelas.

Merujuk kepada perkataan konflik, perkataan ini secara amnya berasal dari perkataan Latin iaitu con yang membawa maksud bersama dan fligere yang membawa maksud perlanggaran. Dalam erti kata lain, secara sosiologinya perkataan konflik ini bermaksud sebagai satu proses sosial antara individu atau dua orang atau sekelompok masyarakat di mana salah satu pihak yang berusaha menyingkirkan dan menghancurkan pihak lain atau melakukan sesuatu yang akan menyebabkan sekelompok masyarakat dari kumpulan lain akan berasa tidak berdaya untuk menentang.

2.1

Konflik

Konflik dalam kehidupan sosial bermaksud terjadinya sesuatu perkara yang tidak senang bagi kehidupan sesebuah masyarakat seperti terjadinya perlanggaran kepentingan, perbezaan pendapat dan juga harapan yang mana ia harus diwujudkan dan sebagainya. Ia melibatkan dua pihak atau lebih di mana setiap pihak dapat dikelaskan secara perseorangan, keluarga, golongan kerabat, satu komuniti mahupun dalam sesebuah organisasi sosial, organisasi politik, suku kaum mahupun satu pemeluk agama tertentu yang merupakan pendukung kepada sesuatu ideologi tertentu.

Daripada definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa konflik adalah suatu hasil andaian individu ataupun kelompok yang merasakan wujud perbezaan yang menyebabkan adanya pertentangan melalui idea ataupun kepentingan sehingga perbezaan ini menyebabkan berlakunya keinginan untuk bertindak untuk mempertahankan idea atau kepentingan sesebuah golongan.

2.2

Kelas

Seterusnya di dalam melanjutkan hujahan ini, pendekatan kelas boleh digunakan. Asas kepada pendekatan ini adalah dengan melihat terdapatnya struktur dalam masyarakat berdasarkan pegangan, kuasa dan kedudukan ekonomi. Di dalam pendekatan kelas ini masyarakat dilihat terbahagi kepada dua iaitu kelas pemodal atau bourgeoisie (kapitalis/pemerintah) dan kelas proletariat (pekerja/petani). Kebergantungan golongan proletariat kepada golongan bourgeoisie telah menjadikan mereka golongan yang tunduk kepada golongan bourgeoisie meskipun jumlah mereka jauh lebih ramai. Mengapakan perkara seperti ini boleh terjadi? Ini kerana disebabkan golongan bourgeoisie ini memiliki sumber pengeluarannya sendiri dan matlamat golongan bourgeoisie ini adalah sentiasa mengejar keuntungan, maka mereka amat cenderung dilihat menggunakan konsep eksploitasi dan pemerasan dalam merealisasikan matlamat tersebut dan mengekalkan status-quo kepada golongan proletariat.

Oleh kerana golongan bourgeoisie begitu berpengaruh di dalam pentadbiran ekonomi, masyarakat dan politik, maka mereka dilihat tidak mempunyai masalah untuk menjadikan pemerintah negara sebagai alat untuk mendominasi dan menindas golongan proletariat dalam apa jua cara demi memastikan matlamat mereka tercapai. Golongan pemerintah pula amat bergantung kepada golongan bourgeoisie ini kerana merekalah yang mendominasi ekonomi negara dan sering manyalurkan bantuan kewangan kepada pemerintah. Pengamalan ini adalah demi memastikan kedua-dua pihak mendapat kepentingan hubungan baik antara golongan bourgeoisie dan pemerintah tidak dapat dipisahkan. Maka dapat dilihat hubungan yang saling bergantungan ini telah mewujudkan konflik dalam kelas sosial dimana golongan bourgeoisie terus mendapat perlindungan pemerintah negara manakala golongan proletariat pula terus ditindas tanpa sedar oleh mereka.

Antara tokoh yang telah mentafsirkan konsep konflik kelas ini ialah Karl Marx. Berdasarkan pengelasan yang dilakukan oleh Karl Marx, golongan proletariat ini adalah 3

merupakan tulang belakang kepada sistem pengeluaran dalam ekonomi dan golongan ini juga merupakan golongan majoriti dalam sesebuah negara. Hal ini berlaku disebabkan golongan mereka ini tidak mempunyai modal, kilang dan alatan industri dan mereka hanya merupakan golongan petani/pekerja dalam sektor tersebut dimana mereka di gunakan oleh golongan proletariat.

Menurut prespektif kelas, struktur kuasa di dalam sesebuah negara adalah berdasarkan kepada andaian-andaian seperti kewujudan negara liberal demokratik dalam struktur kelas yang jelas, kelas-kelas ini wujud dalam keadaan bertentangan dan berkonflik, pertentangan dan konflik ini tersembunyi atau mungkin tidak disedari oleh golongan rakyat. Peranan negara ialah mengawal konflik ini bagi mengelakkan dominasi kelas pemerintah.

Untuk menjelaskan lagi bagaimana konflik kelas wujud dalam struktur sosial masyarakat. Terdapat teori yang dapat menjelaskan dengan lebih mendalam iaitu dalam Teori Marxisme.

3.0

Sejarah Kewujudan Konsep Konflik Kelas

Konflik Kelas

Konflik kelas merujuk kepada konsep ketegangan, perselisihan atau pertentangan yang wujud di dalam masyarakat kerana kepentingan yang bertentangan yang timbul dari kedudukan sosio ekonomi serta peruntukan yang berbeza antara golongan.

Idea kepada konflik kelas ini dicetuskan oleh Karl Marx melalui Teori Marxism di mana wujud kesedaran kelas atau class consciousness. Kesedaran kelas bermaksud kesedaran sesebuah masyarakat mengenai kepentingan diri dan masyarakat mereka dan juga disekeliling mereka. Kesedaran ini terbentuk dengan mereka mengetahui bahawa mereka adalah kalangan masyarakat yang berupaya dan mempunyai kapasiti dari segi 4

tenaga dan bilangan bagi memperjuangkan segala kehendak mereka. Secara signifikannya, kesedaran kelas ini adalah asas yang paling penting untuk mencetus dan menjayakan sebuah revolusi bagi sesebuah negara. Konflik kelas juga merupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan perasaan dalaman individu terhadap individu lain atau antara kelompok masyarakat dengan kelompok masyarakat lain yang tidak berdasarkan sebarang bukti atau maklumat yang lengkap dan betul. Konflik kelas lazimnya timbul apabila wujudnya khabar angin yang bersifat negatif dalam sesebuah masyarakat terhadap kelompok lain. Konflik kelas yang berlaku akan menyumbang kepada kesan yang negatif yang akan mengancam hubungan dan keharmonian sesebuah kelompok masyarakat. Kewujudan konflik kelas adalah disebabkan kurangnya interaksi serta keengganan menerima dan memahami budaya orang lain atau golongan masyarakat lain. Perbezaan-perbezaan inilah yang akan menyebabkan berlakunya konflik kelas di kalangan masyarakat.

Justeri itu, melalui pemilikan pengaruh kekal dan kuat oleh Karl Marx terhadap sejarah kehidupan manusia. Kekuatan pengaruh keintelektual telah menjadikan fenomena global abad kedua puluh. Hal ini kerana gagasan pemikiran falsafah tidak hanya dijadikan sekadar rujukan ilmiah sahaja, tetapi segala idea dan teori-teori Marxism digerakkan dalam bentuk tindakan yang realistik bersesuaian dengan keadaan semasa.

Salah satu sumbangan besar yang dilakukan oleh Karl Marx adalah konsep perjuangan kelas yang menjadi pemangkin kepada golongan proletariat untuk bangkit mempertahankan hak dan kebebasan mereka dari terus menjadi kuda tunggangan golongan bourgeoisie.

Konsep Historical Materalism dan Dialectic Materialism merupakan ideologi utama yang melahirkan konsep antara kelas, hubungan antara kelas dan perjuangan kelas dalam gagasan pemikiran teori Marxism. Karl Marx telah meneliti sejarah manusia dari dua bentuk aspek iaitu yang pertama, faktor ekonomi yang memaparkan rangkaian tahap perkembangan ekonomi manusia meliputi kaedah-kaedah pengeluaran produk keperluan hidup dalam menentukan segala

perubahan kehidupan manusia (A. Z. Abidin 1968: 46) dan factor yang kedua adalah faktor sosial kerana Karl Marx menggambarkan sifat semula jadi manusia yang suka bergaul dalam kalangan masyarakat. Namun, faktor sosial tersebut tidak lengkap tanpa berhubung.

Melalui Teori Marxism, Karl Marx berpendapat bahawa pengelasan yang dilakukan merupakan kumpulan asas sosial yang mengheret konflik masyarakat di dalamnya dan memberi kesan kepada perubahan subskruktur ekonomi mereka. Lantaran itu, hanya satu kelas yang mampu mengenal pasti kepentingannya di dalam masyarakat secara menyeluruh melalui revolusi-revolusi yang telah berlaku sebelum ini. Kenyataan Karl Marx tersebut menggambarkan sejarah golongan manusia diwarnai oleh perjuangan atau pertarungan antara kelompok-kelompok manusia. Karl Marx sendiri mengakui perjuangan kelas atau revolusi yang tercetus bukan bermula sebagai satu kelas masyarakat, tetapi ia berfungsi sebagai wakil kepada masyarakat bagi mengemukakan tuntutan dan manfaat bersama semua ahli dalam golongan masyarakat.

Dalam sistem kapitalis, golongan ini sentiasa dieksploitasi dan dipergunakan oleh satu lagi golongan lain dengan pelbagai syarat-syarat tertentu dalam kehidupan bermasyarakat dan juga di dalam sistem ekonomi negara.

Karl Marx telah membahagikan tiga kelas utama dalam struktur masyarakat kapitalis iaitu kelas buruh upahan, kelas kapitalis dan kelas pemilik tanah, tetapi struktur tersebut masih belum kukuh walaupun wujud usaha kelas pertengahan untuk menghapuskan jurang pemisah antara kelas-kelas tersebut.

Walau

bagaimanapun,

perkembangan

struktur

industri

kapitalis

hanya

memperkenalkan dua jenis kelas sahaja iaitu kelas bourgeoisie dan kelas proletariat. Maka kesannya, semua kelas buruh upahan akan diklasifikasikan sebagai kelas proletariat, manakala kelas kapitalis dan pemilik tanah pula mewakili kelas bourgeoisie. Namun kedua-kedua kelas bourgeoisie tersebut terpaksa berhadapan dengan persaingan

sengit dalam mengaut keuntungan dan kekayaan, lantas mereka yang tewas akan diletakkan di posisi kelas proletariat.

Berdasarkan kenyataan di atas, kedua-dua kelas tersebut iaitu kelas proletariat dan bourgeoisie memiliki fungsi sosial yang berbeza-beza. Berdasarkan Teori Marxism juga, golongan yang menindas proletariat ini adalah dari golongan yang dikenali sebagai bourgeoisie dan golongan bourgeoisie ini sering mengeksploitasi golongan proletariat kerana mereka mempunyai modal, kilang-kilang serta jentera dan mereka mampu membeli tenaga buruh proletariat, iaitu dengan menggaji golongan proletariat untuk bekerja di bawah pemerintahan ekonomi golongan bourgeoisie.

Hal ini berlaku adalah kerana golongan proletariat tidak berkemampuan dan oleh itu mereka dibeli oleh golongan bourgeoisie untuk menjalankan proses pengeluaran mereka bagi menjana kemajuan ekonomi demi kepentingan mereka.

Justeru itu, Karl Marx menyifatkan sejarah manusia adalah sejarah pertentangan antara kelas yang menindas dan kelas tertindas. Kadang kala pertentangan tersebut dapat dilihat secara tersembunyi, tetapi adakalanya berlaku secara terbuka.

Berhubung dengan kelas tertindas iaitu kelas proletariat, Karl Marx menegaskan bahawa senario pengeksploitasian terhadap mereka telah melahirkan unsur antagonisme kelas yang merangsang keinginan untuk bebas dari belenggu penindasan. Keinginan tersebut kemudiannya menjadi daya penggerak utama kepada mereka untuk membentuk sistem masyarakat sosial yang baru. Lantaran itu, sekiranya mereka berjaya menguasai kuasa-kuasa produktif, maka hubungan sosial pengeluaran sedia ada tidak lagi mampu mewujudkan kerjasama antara kedua-dua model kelas tersebut.

Kelas tersebut akan mendesak kepada perubahan struktur sosial melalui cara kekerasan dan kekejaman seperti perampasan kuasa secara revolusi. Ini kerana Karl Marx mengharapkan golongan proletariat menjadi kelas penguasa apabila berjaya merampas 7

kedudukan golongan bourgeoisie dan memusatkan segala alat-alat produksi di bawah genggaman kelas proletariat.

Namun begitu, model kelas masyarakat baru yang bakal didirikan oleh kelas proletariat bukanlah bercirikan sistem kelas sosial feudalisme dan kapitalis yang wujud sebelumnya. Sebaliknya, kebebasan yang dikecapi oleh kelas proletariat hanya diimplementasikan untuk menghapuskan semua kelas masyarakat di dalam negara tersebut. Masyarakat tanpa kelas yang diperjuangkan oleh mereka merupakan titik permulaan kepada lenyapnya jurang pemisah antara kelas masyarakat dan kuasa pengeluaran akan jatuh ke tangan rakyat.

Sementara itu, permusuhan dan persengketaan antara kelas bourgeoisie dan proletariat hanya disifatkan sebagai perjuangan satu kelas menentang satu kelas yang lain hingga membawa kepada ungkapan tertinggi daripada jumlah revolusi.

4.0

Ciri-ciri Konsep Konflik Kelas

Teori dan ciri-ciri konsep dalam konflik kelas yang dihasilkan ini adalah berasal dari idea Karl Marx yang dimanifestasikan hasil daripada penulisan beliau dan Engels. Menurut teori ini terdapat 4 perkara atau ciri-ciri asas yang perlu dikuasai. Ciri-ciri bagi teori dan konsep inilah yang akan menerangkan idea sebenar perjuangan Karl Marx dan kesemua ciri ini perlu difahami dengan baik.

Terdapat beberapa ciri yang dapat diperlihatkan oleh melalui Teori Marxism. Ciri yang pertama ialah pengeksploitasian kelas. Menurut asas ini, Karl Marx menyatakan tentang bagaimana pengeksploitasian antara masyarakat dan kelas yang berbeza ini berlaku. Hal ini dilihat oleh Karl Marx sebagai perkara utama bagi kapitalisme dan perdagangan bebas.

Dalam kapitalis, keuntungan kapitalis dapat dikecapi dengan perbezaan antara hasil pengeluaran dengan kos pengeluaran yang merangkumi kos tenaga buruh. Dalam konteks ini dapat diperlihatkan bahawa semakin rendah kos pengeluaran semakin rendahlah kos tenaga buruh yang diperlukan. Hal ini kerana kapitalis adalah berasaskan pembayaran yang diberi kepada pekerja yang mana nilainya adalah lebih rendah dari nilai barang yang dihasilkan. Perkara ini menunjukkan betapa rendahnya nilai manusia yang dikawal oleh golongan yang berkepentingan dalam ekonomi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh gologan kaya atau yang berkuasa. Ciri kedua yang diperkenalkan oleh Marxist ini adalah berkenaan base dan superstructure. Base dan Superstructure ini adalah merupakan istilah yang digunakan untuk memahami sesuatu konsep. Istilah tersebut juga merupakan gambaran oleh Karl Marx mengenai kehidupan dalam masyarakat. Idea Karl Marx ini juga cuba memberi gambaran bahawa terdapat kaitan antara dua golongan yang berbeza ini. Penjelasan berikut adalah merupakan takrifan sebenar istilah base dan superstructure ini dan mengenai hubungkaitnya. Istilah Base menurut Karl Marx adalah kesedaran masyarakat sosial terhadap sesuatu isu yang meliputi semua aspek kemanusiaan. Superstructure pula ditakrifkan sebagai suatu institutusi yang wujud sama ada institusi politik mahupun perundangan. Teori Marxism ini memperlihatkan bagaimana kesedaran yang akan mewujudkan sesebuah institusi yang bergerak. Hal ini kerana mereka melihat bahawa base hanyalah sekadar organisasi sosial yang cuma mampu berfikir dan berubah itu hanya dapat berlaku melalui sebuah badan yang berorganisasi iaitu superstructure atau institusi tadi. perkara ini, kita dapat mengetahui bahawa base dan

Berdasarkan

superstructure ini adalah saling bergantung dalam aspek kehidupan seharian. Karl Marx juga sering menggunakan contoh pengeluaran sesebuah produk dalam penghasilan sesebuah barangan asas. Namun begitu, perkara ini tetap sama dengan kedua-duanya iaitu sesuatu yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam mempelopori kehidupan. 9

Ciri seterusnya adalah berkenaan dengan kesedaran kelas atau class consciousness. Kesedaran kelas bermaksud kesedaran sesebuah masyarakat mengenai kepentingan diri dan masyarakat mereka dan juga disekeliling mereka. Kesedaran ini terbentuk dengan mereka megetahui bahawa mereka adalah kalangan masyarakat yang berupaya dan mempunyai kapasiti dari segi tenaga dan bilangan bagi memperjuangkan segala kehendak mereka. Signifikannya kesedaran kelas ini adalah asas yang paling penting untuk mencetus dan menjayakan sebuah revolusi.

Ciri yang terakhir bagi Teori Marxism ini ialah kesedaran palsu masyarakat atau false consciousness Beliau menghuraikan tentang kesedaran palsu dan bagaimana perkara ini diterapkan dalam masyarakat. Menurutnya lapisan masyarakat superstructure telah menggunakan kekayaan dan kekuasaan mereka untuk memberi kesedaran palsu kepada masyarakat. Dengan cara ini, masyarakat bawahan dipergunakan oleh golongan atasan tentang keadaan ekonomi, status kehidupan masyarakat dan lainlain dengan menyembunyikan kebenaran sebenar. Konflik kelas dalam masyarakat plural bukan kerana wujudnya perbezaam kaum, tetapi ia merupakan perbezaan kelas. Manakala Karl Marx telah mencadangkan mencari jalan penyelesaian konflik dalam masyarakat melalui cara revolusi bersenjata dan berdarah oleh golongan proletariat ke atas golongan bourgeoisie.

Hanya dengan cara ini, masyarakat dapat ditenangkan supaya mereka merasakan bahawa pembangunan dan kesenangan dapat mereka kecapi melalui sistem kapitalis walhal mereka mendapat keuntungan yang terlalu sedikit berbanding golongan yang mempergunakan mereka iaitu golongan masyarakat superstructure tersebut. Golongan ini bertindak hanya untuk kepentingan individu dan masyarakat mereka dengan mengaut segala keuntungan yang ada. Bagi masyarakat yang kurang peka dan prihatin, inilah perkara tidak baik yang sering menimpa mereka.

10

Melalui pendekatan teori ini, kita dapat mengetahui bahawa tujuan sebenar Karl Marx ialah untuk menyedarkan masyarakat yang terkonkong dan dieksploitasi berdasarkan kedudukan mereka. Karl Marx membawa teori ini melalui kesemua ciri-ciri ini hanya dengan satu matlamat akhir iaitu untuk membangkitkan kesedaran rakyat bawahan bahawa mereka sering ditindas oleh masyarakat atasan. Demikianlah juga dengan idea dan perjuangan Marx untuk menghapuskan kelas masyarakat dan membawa satu konsep kesamarataan.

5.0

Perbincangan Dikalangan Sarjana Mengenai Konflik Kelas

Perbincangan antara sarjana menganai konflik kelas merupakan sesuatu hujah yang menarik untuk difahami. Terdapat beberapa tokoh sarjana yang telah mendefinisikan maksud-maksud yang tersirat dan tersurat dalam topic konflik kelas ini. Antara hujah yang dinyatakan oleh sarjana-sarjana tersebut dapat ditakrifkan sebagai maksud konflik kelas.

De Dreu Gelfand (2008) mendefinisikan bahawa konflik merupakan proses yang bermula ketika individu atau kelompok mempersepsi terjadinya perbezaan atau pertentangan antara dirinya dengan individu atau kelompok yang lain mengenai minat dan sumber daya, keyakinan, nilai atau lain-lain lagi.

Robbins (2001) pula mendefinisikan bahawa konflik dapat terjadi ketika usaha suatu kelompok dihambat oleh kelompok lain sehingga kelompok ini mengalami tekanan dalam golongan masyarakat mereka.

Kondalkar (2007) telah menyatakan bahawa konflik merupakan ketidaksetujuan antara dua atau lebih individu atau kelompok yang mana masing-masing individu atau kelompok tersebut mencuna untuk boleh diterima pandangannya atau tujuannya oleh individu atau kelompok yang lain.

11

Pernyataan di atas adalah merupakan antara pernyataan dan definisi yang telah ditakrifkan oleh beberapa sarjana yang mengkaji mengenai konflik kelas ini.

6.0

Pengamalan Konsep Kepada Masyarakat

Dalam konteks kehidupan masyarakat. Pembahagian masyarakat kepada kelaskelas sosial adalah berdasarkan tahap kekayaan atau kekukuhan ekonomi sahaja. Walau bagaimanapun Karl Marx berpendapat bahawa sesebuah kelas atau struktur sosial itu dapat dikelaskan dengan berdasarkan hubungan mereka dengan kaedah pengeluaran dan pembuatan. Hal ini menunjukkan bagaimana Karl Marx melihat bahawa kelas itu mampu diubah atas dasar keupayaan, kapasiti atau bilangan majoriti dan ini mampu menggerakkan satu perubahan struktur masyarakat dan ini yang cuba dijelaskan bahawa revolusi boleh berlaku dengan timbulnya kesedaran kelas.

Namun begitu disebabkan golongan bourgeoisie ini mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah, maka kesedaran kelas itu agak tenggelam disebalik kesedaran palsu yang berjaya dimainkan oleh mereka. Karl Marx menyatakan bahawa kelas-kelas tersebut juga merupakan kumpulan asas sosial yang mengheret konflik masyarakat di dalamnya dan memberi kesan kepada perubahan substruktur ekonomi mereka. Lantaran itu, hanya satu kelas yang mampu mengenal pasti kepentingannya di dalam masyarakat secara menyeluruh melalui revolusi-revolusi yang telah berlaku sebelum ini.

Secara umumnya, konsep konflik kelas yang diutarakan oleh Karl Marx telah diterjemahkan dalam sistem ekonomi kapitalis. Jurang perbezaan antara dua kelas inilah yang menjadi punca kepada perjuangan dan pertentangan antara kelas-kelas sosial yang lain . Tidak dinafikan, perkembangan masyarakat seringkali dikaitkan dengan taraf kelas iaitu satu kelas sentiasa berada di posisi bertentangan dengan kelas-kelas yang lain dan mengalami perpecahan dan kemudiannya akan membentuk dua kelompok golongan yang saling berbalahan. (McLellan 1977: 222). 12

7.0

Pengaruh Konsep Kepada Hubungan Etnik

Sejarah teori kelas mempunyai kaitan dengan sejarah sistem fuedalisme di mana struktur masyarakat mempunyai kelas-kelas tersendiri. Jika sistem feudal ini hanya melihat golongan Raja adalah golongan tertinggi dengan diikuti golongan bangsawan dan rakyat jelata yang paling rendah dalam sistem demokrasi juga mempunyai kelas terutamanya negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Contohnya negara-negara di Asia secara umumnya terkenal dengan kesetiaan sosial mereka terhadap adat dan nilai budaya yang diamalkan dalam negara tersebut. Salah satu nilai sosial yang amat kuat malah masih lagi diamalkan hingga ke hari ini ialah nilai sosial yang menekankan tanggungjawab individu terhadap kumpulan masyarakat yang terdapat dalam golongan mereka.

Di negara Asia juga khususnya Malaysia, masyarakatnya tidak digalak mengamalkan kebebasan individu kerana ianya dianggap boleh meruntuhkan nilai sosial dan masyarakat yang ada. Malah dalam kebanyakan kehidupan sosial masyarakat Asia, kebebasan individu diandaikan sebagai satu nilai yang boleh mengundang kekacauan sosial terhadap kesepaduan masyarakat, manakala fahaman individualisme dianggap pula mengandungi nilai mementingkan diri sendiri yang juga boleh meruntuhkan sesuatu struktur sesebuah masyarakat itu sendiri. (Pye 1985).

Dalam konteks nilai sosial tersebut, wujud dan lahirnya hubungan yang bersifat penaung-dinaung. Istilah penaung-dianung ini adalah merujuk kepada golongan bourgeoisie sebagai penaung dan golongan proletariat sebagai dinaung. Dari istilah ini telah wujud konflik kelas dalam masyarakat tanpa sedar. Individu yang berkuasa dalam semua aspek kehidupan iaitu yang mengawal ekonomi berusaha membentuk dan melahirkan seramai mungkin pengikutnya sendiri. Hubungan sosial yang berasaskan 13

penaung-dinaung ini adalah struktur yang asas dalam aspek politik sesebuah negara, ekonomi dan sosial di kebanyakan masyarakat Asia Tenggara.

Situasi sosial yang diasaskan daripada nilai-nilai tersebut mempengaruhi tingkah laku politik di kebanyakan negara di Asia Tenggara. Dalam kalangan masyarakat yang kuat berpegang kepada konsep penaung-dinaung ini, persaingan politik hampir tidak kelihatan. Ini kerana kesetiaan politik adalah aspek yang amat dituntut oleh setiap kelas bourgeoisie daripada golongan proletariat. Malahan aspek ini juga dikekalkan selepas kebanyakan negara Asia Tenggara mencapai kemerdekaan. Amalan demokrasi diwujudkan semata-mata untuk tujuan perhiasan bagi menggambarkan sikap keterbukaan golongan bourgeoisie terhadap golongan proletariat.

8.0

Penilaian Terhadap Konsep

Konsep Teori Kelas

Teori kelas yang juga dikenali sebagai Teori Marxism menganggap teori pluralis tentang negara bersifat neutral adalah ibarat permainan semata-mata kerana menyembunyikan satu realiti yang membahagikan masyarakat kepada kelas-kelas yang bertentangan dan bertujuan untuk mempertahankan kuasa kelas pemerintah serta sistem hak milik perseorangan.

Engels pula berpendapat bahawa negara yang terbentuk adalah mengikut proses evolusi masyarakat dari zaman batu hingga ke zaman moden. Proses ini telah menukar struktur masyarakat daripada primitive kepada kompleks yang melibatkan perubahan peranan masyarakat. Jika dahulu masyarakat berkonflik kerana inginkan perlindungan tempat tinggal, makanan, namun pada zaman sekarang konflik yang berlaku adalah lebih dari itu.

14

Masyarakat inginkan perlindungan serta tempat tinggal yang lebih selesa dan serba lengkap, makanan yang berkhasiat dan mempunyai pelbagai pilihan serta pendidikan yang dapat menjamin peluang pekerjaan dan juga kemudahan infrastruktur yang serba lengkap serta canggih dan lain-lain lagi. Keadaan ini lebih ketara apabila manusia telah dipekenalkan kepada sistem pemilikan hak milik persendirian dan mereka yang dapat mempertahankan harta mereka adalah dilihat berkuasa dalam menentukan aturan hidup bermasyarakat dan secara tidak lansung menindas kelas bawahannya untuk terus golongan ini berkuasa.

Golongan bourgeoisie ini juga secara langsung membentuk kelas atasan menjadi lebih berkuasa dalam menentukan aturan hidup dan tidak hairanlah mengapa kelas ini sanggup melakukan apa-apa sahaja khususnya menggunakan kuasa negara untuk mengekalkan struktur kuasa yang ada demi menjaga kepentingan dan hak mereka.

Dapat dilihat betapa pentingnya peranan ideologi pemerintah dalam menentukan struktur ekonomi yang bukan semata-mata dipaksakan ke atas rakyat tetapi diakui dan diterima oleh rakyat dengan rela hati dan paling penting adalah dalam keadaan tidak sedar.

Bagi mengawal konflik kelas ini, kelas dominan kapitalis mempengaruhi negara supaya menjaga kepentingan golongan kapitalis dan terus menekan golongan bawahan. Sesebuah negara yang memerlukan modal untuk tujuan pembangunan terpaksa akur dengan kehendak golongan ini dan dengan kuasa yang ada jugalah golongan bourgeoisie ini mempengaruhi negara untuk mengekalkan struktur sosial yang ada.

Terdapat takrifan mengatakan bahawa negara adalah sebuah institusi yang melindungi dan mengekalkan status-quo yang membolehkan kegiatan ekonomi kapitalis berjalan lancar. Selain itu negara juga dikatakan sebagai arena konflik kelas dan kaum dan negara adalah sebagai alat kelas bourgeoisie. Dalam erti kata lain bermaksud, negara bukan berkecuali, tetapi adalah alat kepada kelas bourgeoisie ini. 15

Suatu perkembangan dan pembangunan negara mundur juga dikatakan terus bergantung kepada negara maju dari segi modal, teknologi dan pasaran walaupun selepas penjajahan di negara tersebut telah tamat. Maka antara jalan keluar dari kemelut ini adalah dengan memutuskan jalinan perhubungan serta pergantungan di antara negara mundur dan maju.

Justeru itu, terdapat persoalan yang perlu dijawab supaya kita tahu apakah yang akan menyebabkan masyarakat di Malaysia seolah-olah hilang kesedaran tentang berlakunya konflik kelas antara mereka.

Pertama, kesetiaan rakyat kepada pemimpin negara ini disebabkan rakyat secara majoriti terdiri daripada golongan kelas bawahan yang berpendapatan rendah sudah tentu akan mengharapkan sokongan kewangan dan bantuan keperluan hidup dari kerajaan. Maka sebagai balasan, rakyat ini haruslah menumpahkan taat setianya kepada kerajaan/ pemerintah tersebut.

Keduanya ialah, peranan media masa kini terlalu mengangkat golongan pemerintah dengan mengeluarkan berita-berita tentang sumbangan kerajaan kepada rakyat sedangkan itu merupakan tanggungjawab yang harus dilaksanakan pemerintah walaupun rakyat tidak memilih mereka. Melalui cara tersebut, maka rakyat akan melihat bahawa pemerintah amat menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat dan haruslah berterima kasih kepada kerajaan.

Ketiganya adalah berkenaan dengan parti politik. Di Malaysia khususnya, parti politik adalah parti yang berasaskan kaum. Tujuan ini untuk memastikan kedudukan pemimpin ini sentiasa mendapat sokongan rakyat, maka ditiupkan konflik melalui perkauman sehingga melahirkan rasa benci antara satu kaum dengan kaum yang lain. Walaupun pada awalnya rakyat sedar tentang kewujudan kelas, namun ianya tenggelam disebabkan isu perkauman yang dimainkan oleh pemimpin sesebuah parti politik 16

tersebut. Justeru,

rakyat kembali menyokong kepada pemimpin parti bagi

memperjuangkan hak mereka.

Konflik kelas secara ini telah diutarakan oleh konstruksi konflik etnik kerana wujud manipulasi isu etnik yang dimainkan oleh golongan pemerintah sekaligus mengaburkan mata dan minda rakyat tentang konflik kelas yang sebenar berlaku. Dapat dilihat sejak Malaysia merdeka isu-isu seperti hak kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, kedaulatan institusi Di Raja dan serta rizab simpanan tanah untuk melayu sering menjadi isu hingga kini sedangkan perkara tersebut telah dijelaskan dan telah dimuktamadkan melalui Perlembagaan Persekutuan di Malaysia.

Sekiranya konflik kelas ini masih tidak dapat dikawal oleh golongan pemimpin, keselamatan negara juga turut terjejas di mana akan berlakunya rusuhan seperti peristiwa 13 Mei 1969. Selain itu juga kesan konflik kelas terhadap negara yang sedang membangun juga boleh menyebabkan pelabur-pelabur dari luar negara akan mengambil tindakan tunggu dan lihat sebelum melabur kerana jika konflik kelas ini tidak diselesaikan dengan berkesan, ianya akan memberi kesan yang buruk terhadap perniagaan mereka kelak.

9.0

Kesimpulannya

Kefahaman tentang istilah dan konsep konflik kelas membolehkan kita mendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam. Secara tidak langsung, pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru untuk memupuk keharmonian dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Yang lebih penting, dengan memahami perkara-perkara tersebut secara ilmiah, kita dapat merealisasikan dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan memupuk nilai-nilai murni dan mengelakkan tingkah laku negatif.

17

Secara sedar atau tidak, konflik kelas sememangnya berlaku di dalam kebanyakan negara di Asia Tenggara kerana elemen kelas sosial yang kuat. Namun begitu kejayaan seperti negara Jepun menangani konflik dilihat sebagai satu kejayaan bagi sesebuah negara membangun. Konflik kelas yang berlaku antara golongan bourgeoisie dan proletariat tercetus apabila tiada keseimbangan ekonomi dan penindasan yang dilakukan oleh golongan atasan.

Negara yang mempunyai hubungan autonomi berupaya malaksanakan matlamat pembangunan dengan memenuhi kehendak golongan proletariat juga. Kemuncak kepada konflik kelas ialah apabila golongan proletariat ini mula sedar adanya jurang di antara kelas atasan dan kelas bawahan di mana kelas atasan sentiasa mengeksploitasi mereka.

Oleh yang demikian, sifat-sifat ini akan menghasilkan sikap rakyat yang lebih memahami terhadap budaya masyarakat lain ke arah pembinaan generasi bangsa Malaysia yang bersatu padu.

18

10.0

Rujukan

Chew Hock Thye (1979), Masalah Perpaduan Nasional, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

Edward W.Said (2008),(terjemahan oleh Shamsiad Md. Said), Budaya dan Imperialisme, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Jomo K.S (1991), Masyaralat Malaysia: Cabaran Sosio Ekonomi, INSAN, Kuala Lumpur

Milne, R.S dan Diane K.Mauzy (1992), Politik dan Kerajaan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Paimah Atoma, Mohd Azmir Mohd Nizah dan Latifah Abdul Latiff, Hubungan Etnik, Edisi ke-2, Universiti Sains Islam Malaysia,Bandar Baru Nilai, 2001.

19

You might also like