You are on page 1of 16

PEMBENTUKAN ONE STATE, ONE NATION, PERCATURAN KUASA DAN POLITIK

MELAYU 1945-57: FAKTOR DOMESTIK & SISTEMIK

Mohd. Noor Yazid

Pengenalan
Kertas kerja ini akan membincangkan usaha pembentukan sebuah negara bangsa (nation state)
yang bersifat one state, one nation yang berlaku di Tanah Melayu dalam tempoh masa lebih
kurang dua dekad (1945-1957) sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
(1957). Penulis cuba memfokuskan perbincangan kepada percaturan kuasa yang berlaku di
kalangan orang-orang Melayu dengan membincangkan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai
hubungan rapat dengan percaturan kuasa sama ada pertubuhan bersifat politik, sosial/agama dan
ekonomi sifatnya. Dalam membincangkan persoalan ini penulis melihat dua peringkat/ faktor
yang akan dikaitkan dengan perkembangan dan pengaruh terhadap percaturan kuasa yang
berlaku iatu faktor di peringkat domestik (state level) dan juga faktor di peringkat sistemik
(international level). Oleh kerana tempoh masa kajian adalah dalam era tahun-tahun awal
bermulanya Perang Dingin (bermulanya perang ideologi di antara dua blok kuasa utama selepas
Perang Dunia II berakhir) perkembangan politik serta percaturan kuasa yang berlaku adalah tidak
bebas daripada pengaruh yang berlaku di peringkat sistemik (perkembangan politik dan
persaingan ideologi antarabangsa sebagaimana yang berlaku di bahagian lain dunia). Kertas kerja
ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu; bahagian pertama adalah pengenalan
kepada konsep-konsep utama yang berkaitan dengan perbincangan bagi memudahkan
perbincangan (seperti konsep nation, one state, one nation; one state, multiple nations; Perang
Dingin (Cold War); domestic level; systemic level), bahagian kedua membincangkan percaturan
kuasa dan politik Melayu yang berlaku dalam tahun-tahun 1945-57, bahagian ketiga
membincangkan kesannya kepada bentuk negara bangsa yang terbentuk serta hubungannya
dengan faktor domestik dan sistemik dan bahagian akhir adalah rumusan dan kesimpulan.

1
I

Bahagian pertama ini adalah pengenalan kepada konsep-konsep utama yang berkaitan dengan
perbincangan dalam kertas kerja ini bagi memudahkan perbincangan seperti konsep nation; one
state, one nation; one state, multiple nations; Cold War dan persaingan ideologi ; domestic level;
systemic level. Perbincangan mengenai konsep-konsep asas ini difikirkan perlu bagi
memudahkan perbincangan dan pemahaman terutamanya kepada pembaca yang agak baru dalam
bidang ini.

One State, One Nation


One state, one nation adalah merujuk kepada sesebuah negara yang hanya terdiri hanya satu
bangsa (nation) utama yang mendiami dalam sesebuah negara itu yang membentuk kumpulan
yang paling dominan. Ianya juga dipanggil sebagai ‘coherent state’. Negara-negara yang bersifat
begini adalah sangat kecil dalam sistem antarabangsa pada hari ini. Kurang daripada 10 peratus
negara-negara di dunia adalah dikategorikan sebagai ‘coherent state.’ Di antara negara-negara
yang boleh dikategorikan sebagai ‘coherent state’ adalah seperti Jepun, the Netherlands, Norway
dan Denmarks.
One state, one nation pada umumnya lebih membawa kepada darjah kestabilan yang
lebih tinggi berbanding dengan negara yang dikategorikan sebagai ‘one state, multiple nations’.
Bangsa atau kumpulan yang dominan sangat penting dalam membawa kestabilan dalam
sesebuah negara. Semakin besar kumpulan dominan akan mempunyai hubungan yang semakin
positif kepada darjah kestabilan. Sekiranya kumpulan dominan yang agak kecil maka proses
tawar-menawar politik dengan kumpulan kedua menjadi semakin lemah. Kumpulan dominan
yang kecil peratusannya tidak akan dapat memenuhi kepentingan kumpulan dominan dengan
lebih baik dan terjamin dan dan dalam jangka panjang akan melemahkan kedudukan kumpulan
dominan.

2
One State, Multiple Nations
One state, multiple nations adalah merujuk kepada sebuah negara yang terdiri daripada dua atau
lebih bangsa atau kumpulan yang agak dominan yang dapat dibezakan dengan jelas. Hampir 90
peratus daripada negara-negara dunia adalah terdiri daripada kategori ini di mana dalam negara
tersebut terdapat dengan jelas kumpulan yang berbeza dengan kumpulan bangsa utama.
One state, multiple nations ini mempunyai hubungan yang lebih positif dengan
ketidakstabilan politik. Keadaan akan menjadi lebih jelas di negara-negara sedang membangun
yang agihan dan kadar pembangunan ekonomi yang berada ditahap yang rendah. Perasaan tidak
puashati terhadap dasar-dasar oleh kumpulan dominan akan membawa kepada gabungan
beberapa kumpulan bukan dominan yang akhirnya akan lebih mengukuhkan kedudukan mereka.
Dua atau lebih kumpulan dalam sebuah negara akan membuka ruang kepada berlakunya
ketidakstabilan politik.

Cold War (Perang Dingin) dan Persaingan Ideologi


Perang Dingin adalah merujuk kepada persaingan ideologi dan persaiangan kuasa di peringkat
antarabangsa di antara dua blok yang terbentuk selepas berakhirnya Perang Dunia II. Struktur
kuasa yang terbentuk adalah bersifat bipolar iaitu hanya dua kuasa utama (iaitu Amerika Syarikat
dan Soviet Union) yang wujud. Struktur yang mula terbentuk mulai akhir tahun 1940-an adalah
sangat berbeza dengan struktur kuasa yang wujud dalam tempoh masa sebelum berakhirnya
Perang Dunia II. (sebelum Perang Dunia kedua berakhir struktur kuasa adalah bersifat
multipolar, iaitu terdapat lebih tiga kuasa utama dalam struktur politik dunia). Struktur dan
persaingan kuasa ini mempengaruhi tindakan dan keputusan state di sebahagian besar dunia
mulai akhir tahun 1940-an dan sehingga berakhirnya Perang Dingin 1989/1991. Tidak banyak
negara yang terkecuali daripada persaingan kuasa komunis-sosialis dan demokrasi-kapitalis ini.

Domestik Level
Domestik level adalah merujuk kepada faktor-faktor yang terdapat dalam sesebuah negara yang
mempengaruhi sesuatu tindakan dan keputusan yang berlaku. Ini termasuklah struktur dan
komposisi penduduk, tahap pencapaian ekonomi, taraf hidup, pencapaian pendidikan, struktur
budaya, pentadbiran, struktur politik dan seumpamanya. Dalam konteks Tanah Melayu domestik

3
level ini mempunyai pengaruh tertentu dalam membincangkan percaturan dan kuasa politik
Melayu selepas perang dunia II.

Sistemik Level
Sistemik level adalah merujuk kepada perkembangan serta srtruktur yang berlaku di peringkat
antarabangsa yang mempengaruhi tindakan dan keputusan sesebuah state dalam sistem
antarabangsa. Perubahan yang berlaku di peringkat antarabangsa akan mempengaruhi apa yang
berlaku di peringkat state atau domestic level. Misalnya perubahan struktur politik antarabangsa
daripada yang bersifat multipolar kepada bipolar (seperti yang berlaku mulai akhir tahun 1940-
an) telah mempengaruhi kebanyakan state dalam sistem antarabangsa ketika itu. Tindakan dan
keputusan sesebuah state dapat dilihat perbezaanya di mana tindak-tanduk dan keputusan adalah
berbeza daripada apa yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum berakhirnya Perang Dunia II
ketika struktur politik dunia bersifat multipolar.

II

Percaturan Kuasa dan Politik Melayu yang berlaku dalam tahun-tahun 1945-57
Perjuangan orang-orang Melayu menentang British bagi mendapatkan kemerdekaan bukannya
bermula dengan apa yang berlaku dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia II, khususnya
penentangan UMNO terhadap penubuhan Malayan Union 1946, tetapi jauh lebih awal daripada
itu. Usaha itu bermula sebaik sahaja pihak British mula memasuki Tanah Melayu pada akhir
ababd ke-19. Bagi memudahkan perbincangan dalam kertas kerja ini, tumpuan diberikan
perkembangan yang belaku dalam tahun-tahun selepas Perang yang mana perkembangan ini
memberi kesan langsung kepada rupa bangsa negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu
(Malaysia kemudiannya) yang terbentuk pada hari ini. Apa yang berlaku dalam sedekad lebih
sebelum merdeka itu mempunyai hubungan yang rapat dengan corak negara bangsa yang
terbentuk pada hari ini.
Jika membaca buku-buku aliran pemikiran British (dan golongan yang pro-British)
perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu bermula dengan jelas oleh UMNO yang bermula dengan
penentangan terhadap Malayan Union yang dibentuk oleh British. Setelah UMNO berjaya

4
menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948,
kedudukan UMNO semakain kuat dan menonjol sehinggalah berjaya mendapatkan kemerdekaan
daripada pihak British pada 31 Ogos 1957. Seolah-olah tidak ada pihak lain/parti-parti politik
atau mana-man pertubuhan lain yang juga turut berjuang mendapatkan kemerdekaan Tanah
Melayu daripada penjajah British. Buku-buku sejarah kita khususnya di peringkat sekolah rendah
dan menengah tidak banyak menyentuh gerakan dan usaha mencapai kemerdekaan, selain
daripada apa yang dilakukan oleh pihak UMNO. Aktiviti perjuangan menentang penjajah British
dan gerakan mencapai kemerdekaan oleh PKMM tidak banyak dibincang dengan mendalam dan
sepatutnya dengan realiti dunia sebenar yang berlaku dalam sejarah perjuangan kemerdekaan.
Saya tidak begitu bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh sarjana atau mereka yang sealiran
atau pro-British ini. Masih ada banyak pihak sebenarnya yang berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu selain daripada UMNO, bahkan lebih awal daripada penubuhan
UMNO orang-orang Melayu telah bergerak menentang penjajah British. KMM dan PKMM
kemudiannya kurang di bincangkan. Apa yang berlaku sebagaimana yang didakwa dan
diperbesar-besarkan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh UMNO iaitu tahun-tahun selepas
Perang Dunia II dengan pengenalan satu corak pentadbiran yang tidak melindungi hak raja-raja
dan kepentingan orang-orang Melayu. UMNO pada asalnya bukan berjuang bagi mencapai
kemerdekaan, tetapi berubah kemudian apabila puak yang dikatakan ‘kiri’ (PKMM dan badan-
badan yang berkaitan) berjuang dengan matlamat mencapai kemerdekaan. Ini dapat dilihat
bahawa slogan awal UMNO bukannya “merdeka” tetapi “Hidup Melayu”.
Dalam membincangkan perkembangan politik Melayu dan perjuangan kemerdekaan
selepasa Perang Dunia II saya lebih suka membahagikannya kepada sekurang-kurang dua
kumpulan yang berjuang iaitu: pertama golongan ‘nasionalis radikal’ dan golongan yang
‘moderate.’ 1 Secara kasarnya dikatakan bahawa nasionalis radikal ini tidak mendapat kerjasama
pihak British, manakala golongan moderate ini lebih diterima oleh pihak penjajah kerana ciri-ciri
kepimpinan yang lebih sederhana/lebih bertolak-ansur dan lebih disukai oleh pihak British. Ini
berlaku ada hubungan dengan faktor domestic dan sistemik yang sedang berkembang dalam
politik serta persaingan antarabangsa semasa ketika itu.

1
Istilah moderate dan radikal ini sebenarnya tidaklah begitu tepat dalam semua keadaan,
cuma bagi memudahkan perbincangan dan membezakan dua kumpulan perjuangan ini, ianya
digunakan dalam kertas kerja ini. Kedua-dua istilah ini boleh lagi didebatkan dengan panjang
lebar.

5
Perjuangan dan Aktiviti Golongan Nasionalis Radikal & Golongan Moderate
Golongan radikal ini adalah merujuk kepada golongan yang tidak mendapat/bekerjasama dengan
pihak penjajah British. Golongan ini bukannya semua beraliran dan fikiran komunis, tetapi juga
yang berfahaman nasionalis, sosialis dan aliran agama Islam. Tetapi analisis mudah pihak British
adalah semua golongan ini dikategorikan sebagai golongan kiri yang condong kepada perjuangan
komunis. Ini selaras dengan corak percaturan kuasa politik antarabangsa yang sedang
berkembang di seluruh dunia ketika itu. Istilah ‘komunis’ ini juga dikaitkan dengan kepentingan
faktor domestik di mana bagi orang Melayu istilah komunis banyak dikaitkan dengan ciri-ciri
yang negatif sifatnya. Dengan istilah dan kategori mudah ini (komunis) pihak British dengan
mudah dapat menyekat golongan ini daripada mendapat sokongan dan simpati bangsa Melayu.
Di antara yang dikategori dalam golongan ini adalah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. PKMM mendapat sokongan daripada
tokoh-tokoh aliran nasionalis, sosialis dan agama (tetapi ditentang oleh elit Melayu yang pro-
British). Tak dapat dinafikan bahawa PKMM mempunyai hubungan rapat dengan golongan
komunis-sosialis. Di antara pemimpin utama PKMM adalah Dr. Burhanudin Helmy, Ishak Haji
Muhammad, Abdullah C.D., Ahmad Boestaman dan juga ustaz Abu Bakar Al-Baqir. PKMM
mendapat sokongan yang pesat daripada sebahagian besar rakyat biasa dan
bergabung/membentuk cabangnya dengan berbagai pertubuhan, di antaranya: Angkatan Pemuda
Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BATAS), Jabatan Kerja
Malaya (JKM), Hizbul Muslimin, Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Gerakan Buruh Melayu
se-Malaya, Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU), Pembela Tanah Air (PETA),
Majlis Agama Tertinggi se-Malaya (MATA) dan lain-lain lagi pertubuhan seperti Kesatuan
Opera Malaya dan Persatuan Pemandu Teksi. Maklumat ringkas mengenai tahun penubuhan,
perkembangan dan pimpinan utama adalah seperti dalam jadual di bawah.
 

6
Pertubuhan  Tarikh  Pimpinan/ketua  Tarikh 
penubuha
diharamk

an 

Angkatan  Pemuda    Ahmad Boestaman  18  Jun 


Insaf (API)  1948 
Barisan  Tani  Malaya  7 Julai 1947  Musa Ahmad   
(BATAS) 
Angkatan  Wanita    Shamsiah Fakeh  18  Jun 
Sedar (AWAS) 
1948 

Jabatan Kerja Melayu  1946  Alimin,  Abdullah   


CD,  Rashid  Maidin 
dan  Kamaruzaman 
The. 
Hizbul Muslimin  17  Mac  Ustaz  Abu  Bakar  18  Jun 
1948  Baqir,  Ustaz  Abdul 
1948 
Rab,  Dr. 
Burhanudin  al‐
Helmy  &  Kiyai 
Masyur Azahari. 
Gerakan  Angkatan    Abdul Aziz Ishak &   
Muda (GERAM)  A. Samad Ismail. 
Gerakan  Buruh    Abdullah CD  1946 
Melayu se‐Malaya 
Pan  Malayan  1947  Gunapathy,   
Federation  of  Trade  Abdullah  CD  dan 
Union  Chen Lu 
Pembela  Tanah  Air  18 Jun 1948     
(PETA)  (bila  PKM 
diharamka
n) 
Majlis  Agama    UstazAbu  Bakar  al‐  
Tertinggi  se‐Malaya  Baqir 
(MATA) 
 

7
Dalam tahun 1947 Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memperkuatkan perjuangan menuntut
kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Melayu/bukan Islam yang
akhirnya membawa kepada pembentukan PUTERA-AMCJA pada 22 Februari 1947. Gabungan
PUTERA-AMCJA adalah terdiri daripada badan/parti politik berikut:
 

PUTERA  (dibentuk  pada  22  AMCJA  (ditubuhkan  pada  22 

Februari 1947)  Disember 1946) 
1. Malay  Nationalist  Party  (Dr.  1. Malayan  Indian 
Burhanudin Helmy)  Congress/MIC (John Thivy) 
2. Angkatan  Pemuda  Insaf  2. Malayan  Democratic 
(API) (Ahmad Boestaman).  Union/MDU (John Eber) 
3. Angkatan  Wanita 
3. New  Democratic  Youth 
Sedar/AWAS (Shamsiah Fakeh) 
League/NDYL 
4. Gerakan  Angkatan  Muda/ 
GERAM  (Abdul  Aziz  Ishak  & 
4. Malayan  People’s  Anti 
A.Samad Ismail)  Japanese  Ex‐Comrades 
5. Barisan  Tani  Malaya/BATAS  /MPAJECA 
(Musa Ahmad)  5. PAN‐Malayan  Federation 
6. Majlis  Agama  Tertinggi  se‐ of Trade Union/PMFTU 
Malaya  (MATA)  (Ustaz  Abu  Bakar 
Al‐Baqir). 

Sumber: http://geopractice.blogsome.com/2010/05/22putera-amcja-1947/ (dilayari pada 8


Oktober 2010).

Gabungan PUTERA-AMCJA menggubal Perlembagaan Rakyat dalam tahun 1947 yang


terdiri daripada 10 fasal. Perlembagaan ini tidak diterima pihak British dan juga oleh elit Melayu
yang pro-British. Di antara aktiviti yang dilakukan pihak PUTERA-AMCJA adalah mogok
seluruh Tanah Melayu (dikenali sebagai HARTAL) yang berlangsung pada 16 September 1947.
Pada hari itu semua kegiatan ekonomi tidak dilakukan. Ini menunjukkan gabungan ini
mempunyai pengaruh yang besar bagi massa dan secara tidak langsung mampu menggugat
kedudukan pihak British. Bagi mengatasi masalah ini pihak British berkerjasama dengan elit-
Melayu yang pro British dengan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaasaan Melayu Bersatu
(PERKEMBAR/UMNO). Pihak British tidak menerima desakan PUTERA-AMCJA dengan
menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA, sebaliknya memberi

8
kerjasama dan memenuhi permintaan golongan elit-Melayu yang dikatakan bersifat ‘moderate’
iaitu UMNO dengan menggantikan Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu pada Februari 1948. Dato’ Onn Jaafar telah diiktiraf oleh British sebagai pejuang
Melayu dan berjaya menarik sokongan raja-raja dan orang-orang Melayu. Perjuangan PUTERA-
AMCJA yang disifatkan oleh British sebagai radikal disekat oleh pihak British dengan
mengharamkan pertubuhan itu pada 18 Jun 1948. Gabungan parti-parti politik Melayu dan bukan
Melayu ini akan mampu membentuk satu gabungan yang kuat bagi memenuhi tuntutan jika tidak
dihapuskan segera.
Darurat diistiharkan pada Jun 1948 dengan alasan menentang kegiatan komunis dengan
menggunakan ‘preventive detention’ iaitu tahanan tanpa bicara yang kemudiannya
dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ramai anggota PUTERA-
AMCJA ditangkap dibawah ISA termasuklah Ustaz Abu Bakar Bakir iaitu pemimpin Majlis
Agama Tertinggi se-Malaya (MATA). Selepas daripada dharurat diistiharkan dan parti-
parti/pertubuhan yang dikatakan radikal ini di haramkan, golongan kiri menjadi semakin lemah
dan politik dan perjuangan kemerdekaan dikuasai oleh golongan yang moderate dan pro-British.
Ramai juga golongan agama menganggotai UMNO sebelum golongan agamaini berpisah dengan
penubuhan sebuah parti Islam dalam tahun 1951 (Parti PAS yang wujud sehingga ke hari ini).
Faktor domestik dan situasi antarabangsa telah mempengaruhi tindakan dan percaturan kuasa
yang sedemikian coraknya.

III

Bahagian ketiga ini akan membincangkan bentuk percaturan kuasa yang berlaku dan kesannya
kepada bentuk negara bangsa yang terbentuk serta hubungannya dengan faktor domestik dan
sistemik. Perbincangan akan cuba menghubungkaitkan dengan faktor yang berlaku bukan sahaja
di peringkat domestik tetapi juga apa yang berlaku di peringkat politik antarabangsa dan
percaturan kuasa antarabangsa iaitu persaingan kuasa di antara dua blok kuasa iaitu demokrasi
kapitalis (pimpinan Amerika Syarikat dan Negara-negara sekutunya) dan komunis-sosialis
(Soviet Union dan Negara-negara sekutunya) yang bermula dalam akhir tahun-tahun 1940-an di
sebahagian besar dunia.

9
Perkembangan politik dan bentuk percaturan kuasa yang berlaku di Tanah Melayu dalam
tahun-tahun 1945-57 (dan seterusnya) adalah mempunyai hubungan yang rapat dengan
perkembangan politik dunia yang bersifat bipolar (dua kutub kuasa) yang berlaku di seluruh
dunia. Apa yang berlaku di Tanah Melayu adalah sebahagian daripada siri percaturan politik dan
persaingan merebut kuasa yang berlaku di seluruh dunia. Perkembangan politik dan percaturan
kuasa di negara-negara yang disenaraikan di bawah mempunyai hubungan dan dapat
menjelaskan apa yang berlaku di Tanah Melayu dalam tahun-tahun selepas perang, khususnya
perkembangan 1945-1957:
1. Perang Vietnam I (1946-1954) dan Perkembangan politik dan pengaruh komunis
selepas perjanjian Geneva 1954. Kebangkitan besar-besaran dan sokongan meluas
penduduk golongan petani luar Bandar terhadap perjuangan komunis pimpinan Ho Chi
Minh dalam usaha menentang penjajahan Peranchis. Gerakan ini Berjaya mengalahkan
Peranchis dan Amerika Syarikat dalam tahun 1954 dengan perjanjian damai Geneva
1954. Sebuah Negara komunis, Vietnam Utara telah terbentuk dengan membahagikan
Vietnam kepada dua pada garisan sempadan 17 darjah Utara.

2. Perang Saudara China 1949-persaingan di antara Mao Tse-tung dan Chiang Kai Shek
yang membawa kepada kemenangan Mao dan pembentukan Republik Rakyat China
(Tanah Besar China) dan Republik China (Taiwan). Perjuangan ini Berjaya dengan
sokongan kuat dan menyeluruh daripada golongan petani dan penduduk luar Bandar.
Republik Rakyat China komunis Berjaya dibentuk dalam bulan oktober 1949. Golongan
Kuomintang, pimpinan Chiang Kai-shek membentuk kerajaan Republik China (Taiwan)
dengan sokongan Amerika syarikat, manakala Mao Tse-tung membentuk China Komunis
dengan sokongan kuat Soviet Union. Perjanjian 30 tahun China-Soviet yang ditanda
tangani dalam tahun 1950 mengukuhkan lagi kedudukan sebuah negara komunis baru di
Asia.

3. Peristiwa Madium di Indonesia 1948. Walaupun gerakan ini gagal mencapai


matlamatnya tetapi mempunyai beberapa implikasi. Gerakan komunis di Indonesia tidak
mati, tetapi berlaku perubahan strategi mulai awal tahun 1950-an dibawah pimpinan
Aidit. Amerika Syarikat melihat bahawa Indonesia di bawah pimpinan Sukarno-Hatta

10
tidak memihak kepada komunis. Ini telah memberikan sokongan Amerika kepada
Indonesia dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Belanda. Amerika Syarikat
menyokong kemerdekaan Indonesia pada Disember 1949. PKI terus menjadi sebuah parti
yang sah dalam politik Indonesia dan Berjaya menjadi salah sebuah parti politik yang
mendapat sokongan besar dalam pilihanraya umum Indonesia 1955. PKI adalah salah
sebuah parti yang mendapat sokongan besar iaitu 16% selain daripada PNI, Masjumi dan
Nahdatul Ulama. Sekiranya parti komunis tidak disekat/diharamkam berkemungkinan
PKM juga akan mendapat sokongan besar seperti yang berlaku di Indonesia.
Pengharaman PKM 1948 mungkin didasarkan oleh implikasi ini.

4. Perkembangan politik di Semenanjung Korea & Perang Korea 1950-1953.


Semenanjung Korea dipisahkan kepada Korea utara dan Korea Selatan pada garisan
lintang 38 darjah utara. Korea Utara dipengaruhi Soviet Union, manakala bahagian
Selatan oleh Amerika Syarikat. Pihak komunis tidak berpuashati dengan pembahagian ini
dan berusaha bagi menguasai seluruh Semenanjung Korea. (Ini mungkin sebahagiannya
ada hubungan dengan pihak Amerika Syarikat tidak memenuhi tuntutan Soviet Union
supaya Jepun dibahagikan kepada dua iaitu Jepun Utara dan Jepun Selatan sebagaimana
Semenanjung Korea). Pertembungan yang berlaku di Semenanjung Korea membawa
kepada konflik yang berpanjangan yang bermula dengan Perang Korea 1950-1953.

5. Percaturan politik di antara parti-parti komunis dan bukan komunis di Poland dalam
tahun-tahun 1945-47-serta tindakan Soviet Union terhadap parti/pemimpin bukan
komunis (Stanislaus Mikolajczyk yang tidak menyokong komunis dipaksa meletak
jawatan dan dibuang negeri). Soviet Union bertindak menyokong parti-parti komunis
bagi berkuasa di Poland.

6. Perkembangan politik di Hungary 1945-46: golongan bukan komunis dilucutkan kuasa


dengan kekerasan oleh Soviet Union-dan akhirnya membentuk kerajaan boneka kawalan
Soviet Union di Hungary.

11
7. Perkembangan politik di Rumania 1945-47:King Michael dipaksa meletak jawatan dan
dibuang negara, golongan bukan komunis dipecat daripada jawatan kerajaan secara
paksa-golongan komunis kemudiannya berjaya menguasai Rumania dalam tahun 1947
dengan sokongan kuat Soviet Union.

8. Perkembangan politik di Czechoslovakia dalam tahun-tahun 1945-1948; Sebelum


Perang Dunia kedua Czechoslovakia adalah sebuah democratic state. Dalam pilihanraya
1946, golongan komunis hanya memenangi 38% daripada keseluruhan undi-sebuah
kerajaan campuran dibentuk (parti komunis dan bukan komunis). Golongan komunis
dengan sokongan kuat daripada Soviet Union mewujudkan ketidak-stabilan dalam negeri
seperti mengadakan tunjuk perasaan yang ganas yang sukar dikawal oleh pihak polis dan
akhirnya golongan komunis merampas kuasa pada 25 Februari 1948. Dua minggu
kemudian (10 Mac 1948) Jan Masaryk seorang pemimpin bukan komunis dijumpai mati
kerana jatuh melalui tingkap pejabatnya-pihak komunis mendakwa Jan Masaryk
membunuh diri (tetapi dipercayai dia ditolak jatuh daripada tingkap pejabatnya oleh
golongan komunis).

Pengharaman parti-parti yang dikategorikan sebagai kiri atau radikal adalah usaha pihak
British bagi menyekat kebangkitan parti-parti ini yang telah mula mendapat sokongan daripada
sebahagian besar masyarakat Melayu. Jika perkembangan dan sokongan orang-orang Melayu
terhadap parti-parti kiri (yang ada hubungan dengan komunis-sosialis ini) akan menyusahkan
dan lebih menyukarkan British membendungnya pada masa hadapan. Keadaan akan menjadi
lebih sukar jika golongan Melayu luarbandar khususnya para petani yang menjadi majoriti
penduduk Tanah Melayu pada masa itu tertarik dan memberi sokongan kepada kepada
pergerakan komunis–sosialis. Apa yang berlaku kepada pertubuhan Barisan Tani se-Malaya
(BATAS) pimpinan Musa Ahmad misalnya, yang mula mendapat sokongan para petani Melayu
luar Bandar akan menyukarkan pihak British membendungnya apabila kesedaran petani Melayu
ini benar-benar kuat. Sokongan kuat para petani Vietnam terhadap perjuangan komunis pimpinan
Ho Chi Minh dalam tahun-tahun yang sama selepas Perang Dunia II (1945-1954) telah
menyukarkan pihak Peranchis dan kemudiannya Amerika Syarikat mengalahkan gerakan
komunis-petani luarbandar ini yang mana akhirnya pihak Amerika Syarikat terpaksa mengaku

12
kalah kepada pihak komunis dalam tahun 1954. Tamatnya Perang Vietnam pertama 1954 dengan
menandatangai perjanjian Geneva 1954 dengan mengiktiraf kewujudan Negara komunis pertama
di Asia Tenggara (Negara komunis Vietnam Utara 1954). Perjuangan komunis di Vietnam yang
disokong kuat oleh petani luar bandar ini tidak terhenti pada tahun 1954. Pilihanraya umum
seluruh Vietnam yang dijanjikan/yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu Amerika
Syarikat dan komunis Vietnam Utara (pimpinan Ho Chi Minh) yang akan diadakan dalam masa
dua tahun selepas perjanjian Geneva 1954 tidak dapat diadakan. Ini kerana pihak Amerika
Syarikat mendapati bahawa jika diadakan pilihanraya maka golongan petani luar bandar yang
telah diresapi dan dipengaruhi kuat oleh komunis akan memihak kepada komunis. (akhirnya
seluruh Vietnam dikuasai komunis melalui peperangan dalam tahun 1975).
Sokongan golongan petani luar bandar ini juga berlaku di tanah besar China dengan
kemenangan Mao-Tsetung dalam tahun perang saudara China 1949. Keadaan yang sama juga
berlaku di Indonesia di mana mulai awal tahun 1950-an PKI pimpinan Aidit mendapat sokongan
kuat daripada golongan petani di sebahagian besar pulau Jawa. Dalam pilihanraya Provinsi 1957,
PKI adalah parti politik yang paling kuat pengaruhnya di Pulau Jawa. Kedudukan PKI dikatakan
lebih kuat pengaruhnya daripada parti PNI pimpinan Sukarno dalam tahun-tahun selepas 1957 di
pulau Jawa. Dalam tahun 1961 ketika lawatan presiden Soviet Union ke Indonesia, Nikita
Khrushchev yakin bahawa Indonesia bakal menjadi sebuah Negara komunis melalui pilihanraya.
Tindakan pihak British mengharamkan parti PKM, PKMM dan semua badan-badan serta
pertubuhan yang berkaitan dalam tahun 1948 adalah bagi menyekat perluasan pengaruh
komunis-sosialis di kalangan masyarakat di Tanah Melayu. Dengan peristiharan Dharurat dan
penangkapan besar-besar pemimpin golongan radikal, gerakan komunis-sosialis srta badan-
badan yang menyokongnya dapat disekat daripada terus berkembang.

13
IV

Kesimpulan
Tahun-tahun akhir 1940-an adalah tempoh penting dalam percaturan kuasa dan politik di antara
komunis-sosialis dan demokrasi-kapitalis di seluruh dunia akibat daripada struktur kuasa yang
berlaku di peringkat dan di seluruh dunia. Ini dapat menjawab soalan seperti: “Mengapa baru
pertengahan 1948 pihak British baru menyedari bahaya pergerakan komunis?” Sedangkan parti
komunis telah mula bergerak di Tanah Melayu sejak tahun-tahun 1930-an lagi. Apa yang
berlaku di Tanah Melayu, iaitu corak percaturan kuasa dalam tahun-tahun 1945-57, mengapa
pihak British menentang golongan radikal/kiri (seperti PKMM dan cabang-cabangnya seperti
BATAS, API, AWAS dsbg) serta tuntutan PUTERA-AMCJA adalah dipengaruhi oleh faktor
perkembangan semasa domestik dan juga percaturan kuasa semasa di peringkat antarabangsa.
Sokongan British kepada golongan moderate adalah bagi membentuk satu golongan majoriti
yang anti komunis-sosialis. Bangsa Melayu yang menjadi kumpulan majoriti di Tanah Melayu
(tidak termasuk Singapura) mesti dikawal supaya memihak kepad British. Sekiranya berlaku
gabungan Melayu dengan bukan Melayu akan memberikan satu kekuatan kepada Komunis-
Sosialis dan melemahkan pihak British. Pihak British bersetuju memenuhi beberapa tuntutan
bangsa Melayu dalam membina negara bangsa agar kedudukan British dan ideologi demokrasi-
kapitalis dan kepentingan British di Tanah Melayu terpelihara. Dengan bertambah kuatnya
golongan moderate dan sokongan bangsa Melayu kepada golongan yang pro-British ini telah
mempengaruhi bentuk negara bangsa yang terbentuk. Perlembagaan Persekutuan 1948 adalah
asas penting Negara bangsa Melayu. Adakah asas-asas itu bertambah subur dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957. Adakah hak-hak utama Melayu dan falsafah pembinaan Negara bangsa
berasaskan one state, one nation masih dilindungi dan dipertahankan? Adakah pemimpin-
pemimpin kini benar-benar faham falsafah sebenar perjuangan dan terus berjuang atau telah
berlaku perkara disebaliknya?

Program Hubungan Antarabangsa


Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah
susuhaila2003@yahoo.co.uk

14
Rujukan
Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin & Nazarudin Zainun (eds.), Nasionalisme dan Revolusi
di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah, USM Pulau Pinang: Penerbit USM.

Ahmat Adam, 2007, ‘Perlembagaan Rakyat: Upaya Kaum Non-Melayu dan Kelompok Kiri
Melayu Membina Nasion Malaya yang Multirasial,’ HISTORIA: Journal of Historical Studies,
vol. viii, no. 2 (disember 2007), hal. 119-140.

Amstutz, Mark, R., 1999, International Conflict and Cooperation: An Introduction to World
Politics, Boston: McGraw-Hill.

Boyle, Peter, G., 1993, American-Soviet Relations: From The Russian Revolution to The Fall of
Communism, London & New York: Routledge.

Brown, Michael, E. (ed.), 1993, Ethnic Conflict and International Security, Princeton, N.J. :
Princeton University Press.

Cheah Boon Kheng, 2002, Malaysia: The Making of a Nation, Singapura: Institute of Southesat
Asian Studies.

Connor, Walker, 1994, Ethnonationalism; The Quest for Understanding, Princeton, N.J.:
Princeton University Press.

_____________, 1993, ‘Beyond Reason: The Nature of the Ethnonational Bond,’ Ethnic and
Racial studies, vol. 16, Julai 1993.

_____________,1972, ‘Nation-Building or Nation-Destroying,’ World Politics, vol. 24, April


1972.

Faiza Zainudin, 2008, ‘Tak Faham Sejarah Punca hubungan Etnik Renggang,’ Berita Harian, 12
Jun 2008.

Mohamed Noordin Sopiee, 2005, From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Unification in The Malaysian Region 1945-1965 (second edition), Kuala Lumpur: Univesity
Malaya Press.

Mohamed Salleh Lamry, 2006, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi:
Penerbit UKM.

Mohd. Noor Yazid, 2008, ‘Menyelusuri arah tujuan Negara selepas 51 tahun merdeka: Adakah
kita sedang menuju kepada pembentukan ‘one state, one nation’ atau ‘one state, multi nation?’,
Berita Harian, 12 September 2008, hal. 26 & 35.

Mohd. Noor Yazid, 2008a, ‘Merenung Sejarah di sebalik Penubuhan Persekutuan Malaysia,’
Berita Harian, 16 September 2008, hal. 33.

15
Raduan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani, 2007, Ulama dalam Sorotan Perjuangan
Kemerdekaan,Batu Caves: MHI Publication.

Ramlah Adam, 2005, Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam, 2003, Burhanudin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam, 1998, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

16

You might also like