You are on page 1of 20

PENGENALAN

Perang bukanlah satu perkara yang asing kepada kita dalam melihat sejarah manusia
semenjak dahulu kala. Dalam pengkajian sejarah, peperangan merupakan satu subjek yang sering
dapat dilihat samada dari awal ketamadunan manusia sehinggalah pengkajian sejarah zaman
moden. Perang merupakan satu keadaan di mana pertentangan berlaku dalam kalangan lebih
daripada satu pihak. Dunia telah memperlihatkan beberapa siri peperangan yang berlaku dalam
skala yang kecil sehinggalah peperangan yang meletus dalam skala mega sehingga melibatkan
lebih daripada dua pihak. Antara peperangan besar yang pernah berlaku dalam peradaban
manusia ialah Perang Salib yang berlaku di Eropah antara Islam dan Kristian selain daripada
perang Dunia 1 dan 2 yang melibatkan kuasa Paksi dan Berikat yang melibatkan beberapa buah
negara seperti German, Itali, Britain, Soviet Union, Jepun dan sebagainya.

Perang Dingin
Penulisan ini akan menyebutkan perihal sebuah perang yang berlaku selepas perang
Dunia ke-II iaitu Perang Dingin. Perang Dingin merupakan perang yang telah meletus dalam
jangka masa yang panjang antara dua kuasa besar pada ketika itu iaitu Amerika Syarikat dan
Soviet Union yang juga digelar sebagai Russia pada hari ini selepas kekalahan pihak Jerman.1
Berbanding peperangan lain yang bersifat fizikal, Perang Dingin merupakan perang yang
melibatkan pertentangan ideologi antara Amerika Syarikat yang lebih beroientasikan
Kapitalisme

dan Soviet yang berteraskan ideologi Komunisme. Peperangan ini bukanlah

pertempuran yang memperlihatkan pertempuran fizikal samada tentera, jentera dan senjata ,
sebaliknya ianya merupakan perang yang melibatkan negara persaingan dalam penguasaan
teknologi canggih serta persaingan mecari negara-negara sokongan di seluruh dunia.2
Kawasan Asia Tenggara merupakan antara kawasan yang terlibat secara lansung dalam
Perang Dingin yang berlaku ini. Antara negara yang telibat dalam perang Dingin di Asia

Zheng Yag Wen, Hong Liu & Michael Szony. 2010. Cold War in Asia: Battle for Hearts and Mind. Brill. Boston.
Hlm 15
2
_________. 2015. The Cold War (1945-1989). Centre Virtuel de la Connaissance surl Europe. Hlm 3

Tenggra adalah negara Vietnam, Filipina, dan Indonesia.3 Faktor utama yang membawa kepada
keterlibatan negara-negara ini ialah faktor penyebaran ideologi Komunisme yang agak meluas di
sekitar Asia Tenggara selepas Perang Dunia kedua. Antara negara yang menerima secara lansung
ideologi Komunisme ialah negara Vietnam, Indonesia sehinggalah ke Malaysia.

Komunisme
Komunisme merupakan sebuah ideologi yang diasaskan oleh seorang ahli falsafah
berbangsa German yang bernama Karl Marx.4 Serta merupakan sebuah ideologi politik
berdasarkan tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels yang bertajuk Manifest der
Kommunistischen yang diterbitkan pada 21 Februari 1848.5 Hasil penulisan ini menyentuh
mengenai keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat tanpa mengira kelas. Idea ini mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sehingga ianya menjadi sebuah ideologi
yang berpengaruh besar dalam gerakan politik dunia.
Komunisme merupakan sebuah fahaman yang bertentangan dengan prinsip kapitalisme.
Dalam konsep kapitalisme, golongan pemodal sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai
keuntungan pengeluaran dan dilihat lebih kepada bersifat kebendaan semata-mata. Bagi prinsip
komunisme pula, pihak parti atau kerajaan perlu mengambil alih input-input pengeluaran
sehingga menyebabkan tidak terwujudnya golongan pemodal dan pemilikan keuntungan bersifat
peribadi.6 Sistem komunis menyeru golongan pekerja atau golongan bawahan untuk menuntut
hak yang sepatutnya mereka nikmati daripada majikan dengan apa cara sekalipun walaupun
dengan cara mengangkat senjata. Sistem Komunis merupakan sebuah sitem yang dilihat
membela golongan pekerja bawahan daripada terus ditindas oleh pihak majikan dan golongan
bangsawan. Atas dasar inilah, maka bendera parti Komunis menggunakan logo tukul dan sabit
bagi mengangkat martabat golongan pekerja dan rakyat bawahan yang dilihat menceburkan diri
dalam bidang pertanian.

Albert Lau. 2012. Southeast Asia and the Cold War Routledge. Hoboken. Hlm 5.
Michael Burawoy. 200. Marxism After Communism. Theory and Society 29: 151-174,
5
D.W Lovell. Socialism and Communism. Government and Politics Vol II.
6
Ibid
4

Dalam aspek politik, sistem Komunis menekankan kesamarataan hak dalam kalangan
masyarakat atau rakyat. Golongan rakyat diberikan hak yang sama rata, namun begitu mereka
tidak mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan dalam memilih pemberian oleh kerajaan.
Dengan konsep kebersamaan yang berasal daripada perkataaan Community, ianya jelas
menunjukkan bahawa segala pengeluaran adalah dimiliki secara bersama dengan ditadbir oleh
pihak kerajaan atau parti Komunis.7 Konsep ini jelas menunjukkan pertentangan yang agak
ketara antara kedua-dua ideologi utama ini.
Ideologi ini berkembang dengan pesat di sekitar luar Eropah sehingga ke benua Afrika
dan Asia.8 Antara negara awal di Asia yang menerima ideologi Komunis dalam negara mereka
ialah negara China. Negara China menjadi tunjang kepada penyebaran Komunis di sekitar
negara-negara Asia sehingga merebak ke Asia Tenggara. Antara negara Asia Tenggara yang
menerima pengaruh komunis ialah negara di sekitar Indo-China, Singapura, Filipina, Indonesia,
dan Malaysia. Negara-negara yang dinyatakan ini menerima pengaruh Komunis yang agak besar
sehingga tertubuhnya parti-parti Komunis di negara masing-masing. Parti Komunis merupakan
agen utama yang membawa kepada penyebaran ideologi ini ke seluruh pelusuk negara. Di
peringkat antarabangsa, Comintern yang berasal daripada perkataan Communist International
berperanan dalam menyelia dan memantau perkembangan parti-parti Komunis yang wujud di
seluruh dunia. Di peringkat Asia tenggara, antara Parti Komunis yang muncul ialah Parti
Komunis Vietnam, Parti Komunis Indonesia, Parti Komunis Malaya, Parti Komunis Indo-China
serta beberapa buah parti Komunis lain.Walau bagaimanapun, ideologi Komunis ini bukanlah
ideologi nasional bagi negara-negara yang dinyatakan, Cuma ianya membawa pengaruh yang
agak besar sehingga dilihat sebagai ancaman kepada pihak pemerintah seperti Parti Komunis
Indonesia yang menjadi ancaman kepada kerajaan Indonesia 9

Ibid
Mark O. Yeisley. 2011. Bipolarity, Proxy Wars, and theRise of China.. Hlm. 75
9
Lendy Ramadhan. 2012. Konflik Ideologi Ditubuh Partai Komunis Indonesia Periode 1951-1959: Marxis-Leninis
Versus Revisionis Modern. Universitas Islam Negeri Syarifhidayatullah. Indonesia. Hlm 28
8

Perkembangan Komunisme di Vietnam.


Dua blok dunia terbentuk iaitu blok kapitalis iaitu Amerika Syarikat dan blok komunis
iaitu Soviet Union telah menyebabkan pengaruh ideologi mereka tersebar ke Asia Tenggara.
Kedua-dua negara kuasa besar ini cuba menyebarkan ideologi mereka agar dapat menjamin
kekuasaan mereka di rantau asia. Pembentukan blok ini dapat dilihat di rantau Asia Tenggara
dalam perang Vietnam. Kedua-dua kuasa besar ini saling bersaing untuk memastikan negara
yang berpihak kepada mereka menang dalam peperangan tersebut dan menyebarkan ideologi
mereka ke Asia Tenggara. Mereka melibatkan diri dalam beberapa siri peperangan di Asia
Tenggara dengan memberikan bantuan ketenteraan dan kewangan untuk memastikan kawasan
atau negara sekutu mereka menang dalam peperangan.
Perang Vietnam yang berlaku pada tahun 1957 hingga 1975 yang melibatkan Vietnam
Utara dan Vietnam Selatan. Perang Vietnam ini merupakan sebahagian daripada perang kubu
ideologi besar iaitu Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Hal ini demikian kerana perang ini
dikenali juga sebagai perang Indocina yang merupakan bagian daripada Perang Dingin. Republik
Vietnam iaitu Vietnam Selatan dan Republik Demokratik Vietnam iaitu Vietnam Utara saling
berperang yang di sokong oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Korea Selatan, Thailand,
Australia dan Filipina bersekutu dengan Vietnam Selatan manakala USSR ( Union of Soviet
Socialist Republics ) dan Tiongkok menyokong Vietnam Utara merupakan negara komunis.10
Pada tahun 1945, Ho Chi Minh menjadi presiden setelah Vietnam Utara diisytiharkan sebagai
Democratic Republic Vietnam North. Peperangan antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan
berlaku setelah Vietnam Selatan diisytiharkan sebagai Republik Vietnam maka Vietnam Utara
telah mula menggerakkan aktiviti komunisnya di wilayah selatan ini berlaku pada tahun 1959
perang Indochina.11
Pemisahan Vietnam berlaku kerana semasa Persidangan Geneva, Amerika Syarikat dan
Vietnam Selatan tidak bersetuju untuk mengadakan pilihanraya umum di Vietnam pada tahun
1956. Amerika Syarikat sebenarnya, bersetuju dengan idea persidangan perdamaian sebaliknya
menentang sebarang unsur yang berkaitan dengan Komunis terutama berkaitan dengan idea
10

Akhmad Iqbal. 2010. Perang Perang Paling Berpengaruh Didunia. Jogjakarta : jogja bangkit publisher. Hlm : 99
Olsen. Mari. 2006. Soviet-Vietnam relations and the role of, China 1949-64 changing alliances. London :
Routledge. Hlm.1
11

pembahagian Vietnam kepada dua bahagian.

12

Vietnam Selatan di bawah pemerintahan Ngo

Dinh Diem yang menerima bantuan dari Amerika Syarikat juga tidak ingin mengadakan pilihan
raya tersebut. Hal ini demikian kerana beliau menganggap sesiapa yang menerima pembahagian
Vietnam secara tentera dengan melepaskan sebahagian daripada Vietnam kepada komunis
dianggap sebagai pengkhianat.13 Kegagalan Vietnam selatan mengadakan pilihan raya umum
pada tahun 1956 telah menyebabkan Vietnam utara yang diketuai oleh rejim komunis iaitu Ho
Chi Minh telah melancarkan kempen militeri bagi menentang Vietnam Selatan supaya dapat
bersatu membentuk satu negara semula. Dalam mencapai matlamat ini, kerajaan Hanoi telah
menyelusup masuk ke Vietnam selatan sejak bulan Mei 1959 dengan menubuhkan kumpulan
Pengangkutan 559. Kumpulan ini mengendalikan hal ehwal penyusupan ketenteraan ke Vietnam
selatan melalui kawasan Banjaran Teuong Son bersempadan dengan Laos dan Kampuchea
dengan membekalkan sokongan ketenteraan kepada Barisan Pembebasan Kebangsaan ( National
Liberation Front ) di Vietnam Selatan agar dapat menggulingkan kerajaan Saigon. Oleh itu,
penyusupan ketenteraan dilakukan melalui laluan darat yang dikenali sebagai Laluan Ho Chi
Minh yang digunakan untuk menghantar tentera dan alat kelengkapan ringan ke Vietnam
Selatan. Pada tahun 1959, Amerika telah menyedari bahawa laluan Ho Chi Minh kejayaan bagi
Vietnam Utara dalam aktiviti penyusupan ketenteraan ke Vietnam Selatan ia merupakan
ancaman Tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan yang beroperasi di Vietnam Selatan. Oleh
itu, Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan mengambil langkah menyekat kegiatan penyusupan
tersebut.14
Peperangan ini secara tidak langsung telah menjejaskan hubungan antara Amerika
Syarikat dan Soviet Union. Hal ini demikian kerana Amerika Syarikat telah campur tangan
dalam penyebaran komunisme di Vietnam kerana mahu menghalang penguasaan komunis di
Asia Tenggara. Pada tahun 1961, Presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy telah
memberikan sokongan daripada segi ekonomi dan ketenteraan kepada Vietnam Selatan. Hal ini
demikian kerana Amerika Syarikat takut ancaman komunis di asia tambahan China dan Korea

12

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Terengganu: Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd.
Hlm.228
13
Philippe Devillars.1988. Sejarah Indo China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Ruhanas
Harun (Terj). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 352-353
14
Ong Kui Hua.2002. Laluan Maritim Ho Chi Minh: Penyusupan Ketenteraan ke Vietnam Selatan Sepanjang
Perang Vietnam, 1959-1975. Jati. (7). Hlm : 150

Utara lebih kepada ideologi komunis. Misalnya, Amerika Syarikat telah menghantar 100
penasihat tentera dan 400 tentera ke Vietnam. Amerika syarikat juga telah menambah jumlah
tenteranya di Vietnam sehingga menjadi 11,200 orang tentera di Vietnam Selatan bagi mengatasi
pemberontakan oleh Vietnam Utara. Amerika syarikat menggunakan Vietnam Selatan untuk
menghalang fahaman komunis yang dibawa oleh Vietnam Utara terus merebak ke asia tenggara
sebab itu Amerika memberikan bantuan dari segi ekonomi dan ketenteraan kepada Vietnam
Selatan. Begitu juga dengan Soviet Union yang terus-menerus memberikan bantuan ketenteraan
dan ekonomi kepada Vietnam Utara.15 Perang dingin telah mempengaruhi perang di Vietnam
antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Amerika syarikat telah membawa masuk 500 ratus
buah tongkang ke Vietnam Selatan untuk mengawasi laut bagi menyekat proses penyusupan dan
memusnahkan tentera dan peralatan yang dibawa masuk ke Vietnam Selatan tidak berjaya kerana
bilangan ejen Tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan ditangkap tidak sampai satu peratus
daripada jumlah mereka yang pergi ke Selatan. Operasi 3A dijalankan bagi mengebom dua buah
pulau di Vietnam Utara iaitu Hon Me dan Hon Nieu pada malam 30 hingga 31 Julai 1964. Hal
ini demikian kerana mengesyaki dua buah pulau ini merupakan pusat pelancaran penyusupan
laut Tentera Baris Pembebasan Kebangsaan setelah menjumpai stesen-stesen radar di pulaupulau tersebut. Oleh itu, krisis Tonkin yang melibatkan dua kapal Amerika Syarikat diserang
oleh Tentera Laut Vietnam Utara.16
Pada Mac 1965, Amerika Syarikat

telah mula Operation Rolling Thunder dengan

pengemboman Vietnam Utara secara besar-besaran kerana Vietnam Utara telah menembak kapal
pesiar Amerika pada 20 Ogos 1964 di Teluk Tonkin. Tentera Vietnam Selatan menjalankan
Operasi Mengesan dan Membersih (Search and Clear Operation) di wilayah Utara Vietnam
Selatan bagi menyekat aktiviti penyusupan di Vietnam Selatan. Amerika Syarikat dengan Phan
Huy Quat telah menandatangai Decree Number 81 ING pada 27 April 1965 bagi
mempertahankan perairan Vietnam Selatan. Pada tahun 1965, Pasukan Petugas 71 dan Angkatan
Rondaan Laut Vietnam Selatan untuk menghalangi Tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Ke
Vietnam Selatan melalui jalan laut. Operasi Market Time dijalankan bagi mengesan dan
menahan tongkang-tongkang layar atau perahu kecil yang disyaki di sepanjang pantai Vietnam
15

Akhmad Iqbal. 2010. Perang Perang Paling Berpengaruh Didunia. Jogjakarta : jogja bangkit publisher. Hlm : 101103
16
Ong Kui Hua.2002. Laluan Maritim Ho Chi Minh: Penyusupan Ketenteraan ke Vietnam Selatan Sepanjang
Perang Vietnam, 1959-1975. Jati. (7). Hlm :156-157

Selatan. Operasi ini berkesan kerana dapat mengurangkan penyusupan ketenteraan ke Vietnam
Selatan. Satu lagi operasi yang dijalankan iaitu Game Warden yang terdiri daripada Angkatan
Petugas 116 yang dilancarkan pada 18 Disember 1965. Angkatan Rondaan Sungai menggunakan
bot-bot kecil untuk meronda di kawasan delta Mekong, Rung Sat dan kawasan berpaya terletak
di antara Saigon dan laut. Bagi memastikan pengawasan tidak mengalami masalah maka
beberapa pusat pengawasan pantai didirikan di Da Nang, Qui Nhon, Nan Trang, Vung Tau dan
An Thoi. Kapal-kapal khas dilengkapkan dengan radio dan alat komunikasi dibawa masuk bagi
menjalankan tugas pengawasan di pantai tetapi operasi-operasi yang dijalankan tidak berkesan
untuk menyekat penyusupan ketenteraan melalui jalan laut dan jalan darat akhirnya Amerika
syarikat terpaksa melancarkan serangan udara ke atas Vietnam Utara. Pada Mei 1966, Amerika
Syarikat berjaya mengembom empat kemudahan pemindahan alat kelengkapan tentera dan
14,000 buah kapal di kawasan Tentera IV di Vietnam Utara dan kira-kira 600 buah kapal milik
Tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan dimusnahkan di laluan penyusupan baru dari Vinh ke
Thanh Hoa.17
Pada tahun 1968, Amerika Syarikat telah menghantar setengah juta tenteranya ke
Vietnam yang terdiri daripada tentera Australia, Korea Selatan, Filipina dan Thailand
menjadikan keseluruhan tentera adalah 90,000 orang tentera maka tentera Vietnam Selatan
mempunyai sebanyak 1.5 juta orang tentera supaya dapat mengatasi gerakan Viet Cong yang
memiliki kekuatan 400,000 tentera. Kedatangan Amerika Syarikat di Vietnam telah
melancarkan pengemboman di utara membuatkan pasukan komunis dari Vietnam Utara
menjalankan taktik Gerila. Amerika Syarikat yang menyokong Vietnam Selatan terus
melancarkan serangan ke Vietnam Utara. Pada tahun 30 Mac 1972, penyerangan Easter 1972
dilancarkan dari kawasan utara wilayah Quang Tri kerana Vietnam Utara mula menghantar
peralatan berat buatan dari Soviet Union seperti kereta kebal jenis T-54, T-34 dan T76, peluru
SA-2 dan SA-7 dan senapang 130mm melalui laluan darat. Penyerangan Easter 1972
menunjukkan kelemahan dan kegagalan Dasar Vietnamisasi. Pada 27 Januari 1973,
termeterainya perjanjian Paris antara Amerika Syarikat dan Vietnam Utara.18 Pada akhir 1973,
Presiden Nguyen Van Thieu telah mengarahkan tentera Vietnam Selatan merebut dan merampas
17

Ong Kui Hua.2002. Laluan Maritim Ho Chi Minh: Penyusupan Ketenteraan ke Vietnam Selatan Sepanjang
Perang Vietnam, 1959-1975. Jati. (7). Hlm : 157-158
18
Wiest, Andrew. 2003. The Vietnam War 1956-1957. New York : Routledge. Hlm.57

wilayah yang dikuasai oleh Vietnam Utara di Vietnam Selatan. Oleh itu, tindakan beliau telah
mencetuskan penentangan antara kerajaan Saigon dan Kerajaan Revolusi Sementara pada tahun
1974 kerana Kerajaan Hanoi berhasrat untuk menyatukan semula Vietnam dan membentuk
Republik Vietnam.19
Pada Januari 1975, Vietnam Utara telah melancarkan penyerangan terakhir secara besarbesaran ke atas Vietnam Selatan berdasarkan Kempen Ho Chi Minh. Berdasarkan kempen
tersebut maka bot-bot dan kapal-kapal digunakan bagi membawa alat kelengkapan tentera, dan
makanan dari Vietnam Utara ke Vietnam Selatan bagi diagihkan ke kawasan tertentu. Laluan
Maritim Ho Chi Minh semasa tahun 1965 hingga 1972 semasa Amerika Syarikat melancarkan
serangan udara terhadap Vietnam Utara maka laluan ini dijadikan sebagai laluan alternatif selain
daripada laluan darat Ho Chi Minh bagi menghantar peralatan tentera yang besar dan berat
kepada Tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan semasa Kempen Ho Chi Minh pada tahun
1974 higga tahun 1975.20 Pada 30 april 1975, Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat telah
dikejutkan kerana kota Saigon jatuh ke tangan Vietnam kerana Vietnam Utara berjaya
menyusup ketenteraan masuk ke Vietnam Selatan telah menyebabkan Vietnam Selatan ditakluki
oleh Vietnam Utara melalui jalan laut. Oleh itu, negara Vietnam yang akhirnya dikuasai oleh
Vietnam utara yang disokong soviet union manakala dipihak Vietnam selatan yang disokong
oleh Amerika Syarikat mengalami kekalahan.21

19

Ong Kui Hua.2002. Laluan Maritim Ho Chi Minh: Penyusupan Ketenteraan ke Vietnam Selatan Sepanjang
Perang Vietnam, 1959-1975. Jati. (7). Hlm :159
20
Ibid. hlm : 160
21
Ibid. hlm: 105-106

Perkembangan Komunisme di Filipina


Filipina merupakan Negara di Asia Tenggara yang menerima pengaruh komunisme
terutamanya selepas berlakunya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939 hingga tahun 1949.22
Gerakan komunis di Filipina bermula dengan kebangkitan masyarakaat petani yang berbekalkan
semangat Comintern yang ditubuhkan pada 29 Mac 1942. Gerakan komunis ini menular dalam
masyarakat Filipina selepas berlakunya ketidakpuasan hati terhadap pemerintah serta penjajah
yang menjajah Filipina.23 Selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 , pengaruh komunis
telah mencapai kemuncak apabila wujudnya kumpulan komunis yang memperjuangkan
agendanya dengan melakukan pelbagai aktiviti penentangan di Filipina. Semasa pemerintahan
Presiden Marco, Filipina berada dalam keadaan yang tidak stabil . Situasi ini telah mendorong
penubuhan gerakan komunis di Filipina.24 Permulaan kepada pergerakan Komunis di Filipina ini
bermula dengan penubuhan Partido Kommunistang Pilipinas (PKP). Pertubuhan PKP telah
ditubuhkan oleh Crisanto Evangelista.25 PKP telah membawa ideologi komunis dengan mencari
peluang untuk mempengaruhi golongan petani dan rakyat Filipina .26
Walau bagaimanapun , dalam usaha PKP mengukuhkan kedudukannya , PKP telah
bergabung pula dengan Pertubuhan Aguman Ding Maldang Talapegobra (AMT) (Persatuan
Buruh dan Petani ). Pertubuhan ATM ini diketuai oleh Pedro Abad Santos . 27 Selepas itu, Pedro
Abad Santos telah menubuhkan parti Sosialis di Pampanga. Pergerakan ATM ini ditubuhkan
bertujuan untuk memperbaiki nasib para buruh dan meningkatkan pendapatan petani dan buruh.
PKP dan ATM telah bergabung untuk mengukuhkan pergerakan komunis di Filipina di bawah
satu nama iaitu PKP sebagai gerakan utama.28 PKP merupakan gerakan komunis awal yang
menentang pendudukan Jepun di Filipina. Pelbagai langkah telah diambil oleh pemimpin PKP
bagi menentang pengaruh Jepun di Filipina . Antaranya, pemimpin PKP beranggapan bahawa
kedudukan mereka di Filipina perlu dikukuhkan apabila rata-rata dari mereka berpengang pada
22

Mark Sandle .2012.Communism. United Kingdom : Pearson Education Limited . Hlm 2-5.
Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina (Jilid II) : Filipina Semenjak Serangan British.
Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 442
24
Sterling Marcos . 1996. Dinasti Marcos : Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina . Jakarta :Pustaka Jaya . 3-4.
25
Thomas A. Anderson. 1915. The Military Service Institution of the United States. New York. Oxford University
Press. Hlm 34.
26
Sterling Marcos . 1996. Dinasti Marcos : Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina . Jakarta :Pustaka Jaya . 5.
27
Taylar R.J. 1896. True Story of the Philippine Revolution. Manila : University Of Philippine. Hlm 56.
28
Jesus B. Lava .2002. Memoirs Of a Communist : Dr. Jesus B. Lava . Philippines :Anvil Publishing Inc. Hlm 11-12.
23

prinsip Tempat paling aman untuk orang-orang komunis bersembunyi adalah di samping
musuh taktik yang digunakan oleh pihak PKP ini menyebabkan Jepun memerlukan banyak
masa dan waktu untuk menangkap para pemimpin kedua-dua gerakan ini.29
Pada tahun 1947 , di bawah kepimpinan Lava , kepimpinan PKP telah disusun semula
dan Lava dilantik sebagai ketua PKP. Pergerakan komunis bermula apabila pihak PKP
mengeluarkan surat edaran kepada masyarakat di Pampanga bagi tujuan membentuk pasukan
tentera . Ketenteraan pasukan ini memulakan operasi di kawasan Luzon Tengah . 30 Salah satu
kumpulan tersebut dipimpin oleh seorang wanita yang bernama Felipa Culala iaitu ketua untuk
pertubuhan komunis Pambansang mga Magbubukid sa pilipinas (KPMP) di Pampanga. Pasukan
KPMP ini telah menyerang Jepun di Mandili, Candaba pada 13 Mac 1948. Peristiwa ini
menyebabkan berlaku kematian 30 hingga 40 orang tentera Jepun. 31 Akhirnya, telah berlaku
masalah kekurangan makanan di kota-kota besar dan wilayah-wilayah utama yang dikuasai oleh
tentera Jepun. Keadaan ini berlaku apabila pihak PKP bergabung dengan pergerakan agrarian di
Luzon Tengah dan gabungan ini seterusnya telah membentuk satu organisasi militer yang kuat di
Filipina iaitu yang dikenali sebagai pergerakan komunis Hukbalahap pada 29 Mac 1942.32
Pergerakan komunis Hukbalahap ialah singkatan bagi Hukbong Bayan Laban Sa Hapon
atau dalam bahasa Melayunya bermaksud Tentera Rakyat Menentang Jepun.33 Biasanya
pergerakan komunis disebut dengan singkatan Huk. Pergerakan komunis ini ditubuhkan untuk
memperbaiki kehidupan dan keadaan golongan petani dan pekerja.34 Pihak pengadilan Tertinggi
Filipina menyatakan bahawa pergerakan pertubuhan komunis ini adalah haram dan keadaan ini
telah menyebabkan Hukbalahap melakukan penentangan .35 Pergerakan komunis Hukbalahap ini
bukan sahaja bergerak di Manila malahan juga hingga ke Luzon Tengah. Biasanya pergerakan
Hukbalahap ini giat menjalankan aktivitinya di Luzon Tengah iaitu di wilayah Pampanga. 36

29

Alvarez Guerra. 1899. Philippine Socials. London : Harper and Brothers. Hlm 67.
Alfredo B. Saulo. 1969. Communism in the Philippine. Manila : Ateneo De Manila University. Hlm. 39.
31
Hernando J. 1946. Betrayal in the Philippines. New York. : A.A. Wyn Inc. Hlm 77.
32
Jesus B. Lava .2002. Memoirs Of a Communist : Dr. Jesus B. Lava . Philippines :Anvil Publishing Inc. Hlm. 54.
33
Eduardo Lachica. 1971. Hukbalahap: Philippine Agrarian Society in Revolt. Manila : Solidaridad Publishing House.
Hlm 56.
34
Micheal A.Ball. 1998. Defining Success in the War on Terrorism : A Monograph. Kansa : United States Army
School Of Advance Military Studies. Hlm 19.
35
Ibid .Hlm 32-33.
36
Ibid. Hlm 34.
30

10

Penubuhan Tentera Rakyat Anti-Jepun telah mendapat sokongan padu daripada golongan
petani yang bertujuan untuk menyingkirkan Jepun di Filipina dan membantu perkhidmatan
perisikan Amerika Syarikat serta menyusun strategi menamatkan pemerintahan Jepun. Walau
bagaimanapun gerakan tentera Hukbalahap tidak dapat mengusai Filipina apabila Amerika
Syarikat kembali menguasai Filipina pada September 1945. Semasa pilihan raya umum 1946,
Hukbalahap bertanding dalam pilihan raya tersebut. Luis Taruc berjaya memenangi kerusi
Dewan Perwakilan tetapi beliau dilarang memasuki Dewan Perwakilan oleh Manuel Roxas,
Presiden Filipina.37
Seterusnya, dalam pilihanraya Komanwel Filipina yang diadakan pada 23 April 1946
telah membuka mata banyak pihak apabila pemimpin Hukbalahap iaitu Luis Taruc yang berasal
dari Pampanga dan Jesus Lava dari Bulacan telah terpilih menjadi ahli dewan rendah Kongres.
Namun begitu, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil tempat di dalam Kongres kerana
bantahan yang dibuat terhadap kedua-dua pemimpin Hukbalahap ini yang sering dilabelkan
sebagai individu yang banyak menimbulkan masalah di Filipina. Tentangan dilakukan oleh pihak
yang kalah semasa pilihanraya Kongres tersebut. Akhirnya, peristiwa ini telah membangkitkan
rasa kebencian pihak Hukbalahap terhadap kerajaan terutamanya pemerintahan Roxas.
Kesannya, Luis Taruc dan Lava telah melancarkan serangan bersenjata terhadap angkatan tentera
kerajaan.38
Keadaan ini membimbangkan Roxas dan menyebabkan Roxas telah merayu kepada pihak
Hukbalahap supaya meletakkan senjata mereka dan hidup secara aman bersama-sama dengan
rakyat Filipina yang lain. Bagi memuaskan hati pihak Hukbalahap, Roxas telah membentuk satu
pertubuhan berkaitan pemulihan pertanian dan dimasukkan di dalam Akta Republik No.34 yang
telah dipersetujui pada 30 September 1946.39 Namun begitu, pergerakan Hukbalahap tetap
meneruskan hasrat mereka untuk menyerang pihak kerajaan dengan menggunakan lambang
warna yang pelbagai dengan adanya gambar tukul dan sabit sebagai logo untuk serangan
bersenjata yang dilakukan oleh pergerakan Hukbalahap ini.40 Selain itu, pihak Hukbalahap turut

37

Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist:Dr. Jesus B. Lava. Hlm. 141


Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina (Jilid II) : Filipina Semenjak Serangan British.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .Hlm 442.
39
Ibid.
40
Ibid.
38

11

mengadakan pungutan cukai, melaksanakan upacara nikah dan mengadakan sekolah-sekolah


latihan komunis di wilayah-wilayah tertentu yang banyak terdapat pengaruh komunis.
Perpecahan dalaman akibat perbezaan ideologi dan persaingan kepimpinan parti dalam
Partido Komunistang Pilipinas (PKP) yang menyebabkan penubuhan Parti Komunis Filipina.
Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Jose Maria Sison dan revolusioner muda
yang lain di Central Luzon. Seperti Sison, kebanyakan ahli-ahli kumpulan politik adalah belia
berpendidikan dari kelas menengah yang tidak puas hati dengan kerajaan. Ideologi Parti
Komunis Filipina sebahagian besarnya diambil daripada komunisme China Mao Tse Tung dan
revolusi pertanian model, tidak seperti PKP yang berorientasikan Soviet.41 Sison telah
mengkritik dasar tunduk dari Filipina ke Amerika Syarikat dan menggambarkan negara itu
sebagai semifeudal dan mempunyai masyarakat semikolonial. Tentera revolusi dianggap sebagai
satu-satunya cara untuk menggulingkan kerajaan Amerika Syarikat, rakyat bebas dari penindasan
mereka, dan melaksanakan revolusi demokratik rakyat.42
Selepas pembangunan semula Parti Komunis Filipina (CCP) pada 26 Disember 1968,
CCP telah membentuk pula Tentera Rakyat Baru (NPA) pada 29 Mac 1969 di bawah bimbingan
tertinggi Pemikiran Mao Tse Tung dan Marxisme-Leninisme.43 Tentera Rakyat Baru (NPA)
telah diwujudkan sebagai sayap bersenjata bagi organisasi politik Parti Komunis Filipina
(CCP).44 Parti Komunis Filipina juga sedang menjalankan gerakan pembetulan dalam semangat
belajar daripada kesilapan lalu demi mengelakkan kesilapan di masa hadapan dan
menyembuhkan penyakit untuk menyelamatkan pesakit. Begitu juga dengan tentera rakyat
untuk menjana semula revolusi demokratik rakyat terhadap imperialisme Amerika Syarikat,
feudalisme dan kapitalisme. Dari tahun 1969 hingga tahun 1975, Republik Rakyat China telah
memberikan sokongan penting kepada Tentera Rakyat Baru. Pada awalnya keahlian NPA
hanyalah seramai 60 orang dari Pejuang Merah yang bersenjata. NPA ditubuhkan adalah untuk

41

E.San Juan. (1994). Allegories of Resistance: The Philippines at The Threshold of The Twenty-first Century. Quezon
City: University of The Philippines Press. Hlm. 112.
42
William Case. (2002). Politics in Southeast Asia:Democracy or Less. Hlm. 213.
43
Sterling Marcos. (1996). Dinasti Marcos: Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina. Jakarta: Pustaka Jaya. Hlm.
300.
44
William Case. (2002). Politics in Southeast Asia:Democracy or Less. Hlm. 219.

12

meneruskan konflik yang berpanjangan tentera yang akhirnya akan menggulingkan kerajaan
Filipina dan menggantikannya dengan sebuah negara komunis.45
NPA telah menjalankan dua misi utama. Pertama, mereka telah menyasarkan pelabur
asing dan syarikat-syarikat milik asing. Kedua adalah dengan melakukan pembunuhan terhadap
rakyat Filipina yang anti kepada Tentera Rakyat Baru. Mereka mensasarkan ahli-ahli politik
Filipina, pegawai keselamatan, dan ahli-ahli media. Antara sebab NPA melakukan misi tersebut
adalah mereka beranggapan bahawa kerajaan Filipina akan melakukan penindasan secara besarbesaran kepada masyarakat dan NPA. Perlembagaan Parti menjelaskan bahawa jalan revolusi
bersenjata adalah satu-satunya jalan untuk rakyat Filipina untuk mengambil dan membebaskan
diri mereka dari pemerintahan eksploitasi dan menindas imperialisme Amerika Syarikat,
feudalisme dan kapitalisme birokrat. Ini pendirian asas Parti yang mengiktiraf peranan besar
tentera rakyat dalam revolusi Filipina. Perjuangan bersenjata adalah bentuk utama perjuangan,
tentera rakyat adalah bentuk utama organisasi dalam revolusi demokratik rakyat.46
Tentera Rakyat Baru telah berjaya mencapai kemenangan besar di bawah kepemimpinan
Parti Komunis Filipina dengan menjalankan perang gerila yang luas dan intensif, melaksanakan
reformasi tanah dan membina asas massa. Kemenangan mereka disebabkan oleh penyertaan dan
sokongan yang berterusan daripada rakyat yang menghargai tentera revolusi dan berjuang untuk
kemerdekaan dan sosial mereka sendiri.47 Pejuang dari Tentera Rakyat Baru tidak takut akan
kesusahan atau kematian dalam memperjuangkan hak, kepentingan negara dan demokrasi rakyat
Filipina yang menentang kapitalisme, monopoli asing dan mengeksploitasi kelas tempatan.
Selain itu, mereka juga mahu menyumbang kepada perjuangan revolusi proletariat biasa dan
rakyat dunia untuk pembebasan mereka daripada imperialisme dan untuk merealisasikan
sosialisme dan komunisme.48

45

E.San Juan. Allegories of Resistance: The Philippines at The Threshold of The Twenty-first Century. Hlm. 110.
Ibid. Hlm. 104-105.
47
Ibid. Hlm. 95.
48
William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. Hlm. 214.
46

13

Perkembangan Komunisme di Indonesia


Di Indonesia, konflik ideologi yang berlaku dalam dua dekad pertama era kemerdekaan
sebagai sebuah kuasa nasionalisme dalam membentuk asas ideologi Republik Indonesia yang
baru merdeka memerlukan masa yang agak lama bagi Indonesia menjalinkan hubungan dengan
negara luar. Pengaruh kuasa pemerintahan Belanda di Indonesia telah berlaku selama 350 tahun.
Pada akhir abad keenam belas, Belanda buat pertama kalinya telah datang ke Indonesia bagi
melebarkan sayap kekuasaan mereka di negara tersebut. Namun, setelah kedatangan Jepun di
Indonesia, kuasa kolonial Belanda telah berjaya digulingkan pada tahun 1942.49
Amerika Syarikat telah memberikan sokongan kepada Belanda di Indonesia. Hal ini
demikian kerana, Amerika Syarikat menganggap bahawa para pemimpin nasionalis Indonesia
adalah golongan komunis yang lebih berpengaruh kepada Blok Komunis yang berideologi kiri.50
Pada tanggal 31 Julai 1946, semasa Komando Pasukan Inggeris di Asia Tenggara menyerahkan
wilayah Indonesia kecuali wilayah di kepulauan Jawa dan Sumatera kepada Belanda, Belanda
telah bertekad untuk tetap mempertahankan wilayah tersebut di bawah kekuasaannya. Pada akhir
tahun 1946, Belanda akhirnya telah berjaya mendapatkan kembali wilayah bekas koloninya.
Ketika Barat menghadapi komunis dalam Perang Dingin, pro-Barat di Indonesia dan umat Islam
yang lain telah berusaha untuk melawan kuasa pengaruh komunis. Walau bagaimanapun, setelah
kuasa komunis mula luntur, maka kaum pro-Barat mula memihak dan menyokong pula kepada
golongan yang berhaluan kiri.51
Ideologi yang membawa pengaruh berhaluan kiri telah mula memasuki Indonesia pada awal
abad ke-20 dan pada tahun 1924, Parti Komunis Indonesia (PKI) telah pun ditubuhkan. Walau
bagaimanapun, akibat berlakunya pemberontakan yang dilakukan oleh PKI pada bulan Disember
1924 menyebabkan berlakunya penindasan oleh kerajaan kolonial. PKI sudah tidak wujud lagi
pada tahun 1927, namun parti ini masih muncul semula pada dua puluh tahun kemudiannya.
Pada akhir tahun 1948, Republik Indonesia telah menghadapi serangan yang hebat daripada
tentera Belanda. Pada ketika itu jugalah, Parti Komunis Indonesia (PKI) mula aktif dan
mencabar kepimpinan nasionalis bukan komunis yang diketuai oleh Presiden Soekarno dan naib
49

Lau Albert. 2012. Southeast Asia and the Cold War. New York : Routledge. Hlm.134.
Baskara T.Wardaya. 2008. Indonesia Melawan Amerika (Konfik Perang Dingin 1953-1963). Indonesia :
Galang Press. Hlm.33.
51
Agus Sudibyo. 2001. Politik Media & Pertarungan Wacana. Indonesia : Gudang Penerbit. Hlm.316.
50

14

presidennya iaitu Mohammad Hatta.52 Terdapat juga beberapa organisasi politik dan ideologi
yang lain turut dikembangkan di Indonesia iaitu parti sekular-nasionalis atau dikenali sebagai
Parti Nasional Indonesia (PNI) yang mana parti ini diketuai oleh Soekarno dan Parti Sosialis
Indonesia (PSI).53 Konfrontasi Indonesia dengan Belanda mengenai Irian Barat berakhir dengan
kemenangan Indonesia dan perdamaian antara kerajaan Belanda dengan kerajaan Indonesia.
Amerika Syarikat telah menjalankan program pemulihan ekonomi Indonesia yang disebut
sebagai Dekon (Deklarasi Ekonomi) oleh Soekarno.
Kerajaan Indonesia telah mengambil tindakan yang tegas bagi mengatasi masalah
pemberontakan komunis di Madiun pada 18 September 1948. Di negara China misalnya,
kemenangan gerakan Kuomintang telah memaksa Amerika Syarikat untuk beralih tumpuan
Perang Dingin dari Eropah ke Asia Tenggara. Pro-Soviet Musso turut mencabar kekuasaan
Soekarno bagi pimpinan negara dan mengumumkan kerajaan Barisan Nasional yang baru.
Penyokong PKI telah mengambil alih kawasan-kawasan yang strategik di Madiun iaitu di Jawa
Timur. Presiden Soekarno juga telah menggesa orang ramai untuk memilih beliau sendiri atau
Musso dalam memegang pucuk pimpinan negara. Namun, dalam masa yang sangat singkat,
rampasan kuasa komunis telah pun dihancurkan oleh golongan militer di Indonesia. Bertitiktolak daripada itu juga menyebabkan ramai pemimpin komunis yang telah terbunuh termasuklah
Musso.54
Meskipun Indonesia dilihat begitu sukar untuk mencapai kemerdekaan negara, akan tetapi
perjuangan yang dilakukan oleh mereka merupakan suatu wadah penyumbang kepada nilai
semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat bangsa. Pada awalnya, Indonesia amat
menghargai atas apa yang telah dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat, namun Indonesia
akhirnya telah mendesak Belanda bagi mengiktirafkan kemerdekaan di Indonesia.55 Ketika
berlakunya pemberontakan Musso, PKI telah meluaskan pengaruhnya dengan melakukan stigma
pengkhianatan di Indonesia. PKI amat memusuhi golongan Muslim kerana golongan tersebut
menganggap bahawa PKI itu sendiri adalah merupakan komunisme yang sangat berpengaruh

52

Lau Albert. 2012. Southeast Asia and the Cold War. New York : Routledge. Hlm.135.
Ibid. Hlm.134.
54
Ibid. Hlm.140.
55
Ibid.hlm.140.
53

15

pada masa itu di Indonesia.56 Golongan Muslim di Indonesia berasakan bahawa munculnya PKI
di Indonesia mengancam mobiliti sosial kehidupan masyarakat.
PKI ini sebenarnya merupakan komunisme yang tidak diiktiraf oleh kerajaan di Indonesia
dan disebabkan oleh hal yang demikian, PKI ini telah tewas dalam demokrasi berparlimen di
Indonesia antara tahun 1950 hingga 1957. Parti yang begitu dominan telah didominasi oleh Parti
Masyumi Islam dan Parti Nasionalis Sekular (PNI). Konflik ideologi yang berlaku ini
sememangnya bertitik-tolak juga daripada kesan Perang Dingin yang berlaku pada sebelum ini
yang melibatkan antara kuasa-kuasa komunis dan anti-komunis. Namun, konflik politik yang
terjadi di Indonesia ini begitu kompleks kerana wujud pelbagai ideologi yang berbeza-beza
seperti modernis dan tradisionalis, nasionalisme sekular, komunisme dan sosialisme.57

56
57

Ibid.hlm.137.
Ibid.hlm.137.

16

SEATO
Persetujuan yang dicapai Geneva memberikan Barat - Amerika Syarikat khususnya masa yang berharga di mana untuk membina satu 'perisai' anti-komunis di tanah besar Asia
Tenggara. Asas strategi pertahanan ini adalah perjanjian keselamatan kolektif mewujudkan
Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dan pada akhir 1954, yang terikat bersama-sama
dalam pakatan ini adalah Amerika Syarikat, Australia, Perancis, New Zealand, Pakistan, Filipina
, Thailand dan United Kingdom. Kepentingan perjanjian ini menjadi kekunci sebenar strategi
Amerika di rantau itu iaitu pertama hubungan rapat Thai-Us yang telah ditubuhkan semasa
Perang Dunia Kedua. Kedua, dasar membina 'kubu' anti-komunis di Laos, walaupun syaratsyarat Persidangan Geneva yang menjangkakan Laos sebagai zon neutral dalam Perang Dingin
dan akhirnya usaha untuk meningkatkan rejim anti-komunis yang berdaya maju di Vietnam
Selatan.

PERSIDANGAN MANILA DAN SEATO


Perkembangan yang mendorong ke arah pembentukan SEATO sudah banyak
dibincangkan.58 Pakatan itu adalah cabang Asia Tenggara dalam jaringan pakatan-pakatan
ketenteraan yang merentasi dunia yang telah didirikan pentadbiran Eisenhower untuk menyekat
perluasan komunisme. SEATO telah ditubuhkan sebagai reaksi kepada kekalahan Perancis di
Vietnam dan Penyelesaian Geneva yang menyusulinya pada Julai 1954. Namun, Amerika
Syarikat telah membantah tindakan pihak Perancis berunding dengan pihak komunis Vietnam
dan juga memandang penyelesaian Geneva itu sebagai kekalahan serius bagi pihak Barat.
Sehubungan itu, beberapa minggu sebelum Persidangan Geneva bermula, pentadbiran
Eisenhower kelihatan sudah bersiap sedia untuk campur tangan ketenteraan di Vietnam, tetapi ia
telah dielakkan kerana sebahagian besar ahli Senat dan ahli kongres Amerika Syarikat enggan
menyokong resolusi campur tangan di Vietnam tanpa penglibatan pihak British. Akan tetapi,
tidak lama selepas Persidangan Geneva, Setiausaha Negara Dulles berjaya mendorong

58

Laszek Buszynski, 1983. SEATO: The Failure of An Alliance Strategy (Singapore: Singapore University
Press. Hlm. 26

17

penubuhan SEATO. Pada 8 September 1954, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Australia,
New Zealand, Pakistan, Thailand dan Filipina telah menandatangani Perjanjian Manila.
Thailand
Pada tahun 1954, Thailand menyertai SEATO. Apabila Sarit menjadi Perdana Menteri,
Amerika Syarikat melihat beliau sebagai orang kuat yang sesuai dengan kuasa untuk bertindak
dengan tegas, seiring dalam kepentingan mereka. Amerika Syarikat memutuskan untuk
menjadikan Bangkok sebagai ibu pejabat serantau untuk pelbagai aktiviti.59 Pasca Perang Dunia
Kedua Thailand menyediakan semangat anti-komunis bahawa Amerika Syarikat dapat melawan
komunis, namun ia gagal dibina di Laos atau Vietnam Selatan. Amerika Syarikat menyediakan
jaminan bagi Thailand dalam rangkaian perjanjian pertahanan SEATO dan yang lebih penting,
disokong rejim dengan tentera yang besar dan bantuan pembangunan.

PERSIDANGAN BANDUNG
Kebanyakan makalah mengenai Persidangan Bandung 1955 telah memberi pujian kepada
Presiden Sukarno sebagai tokoh yang telah mengilhamkan persidangan itu. Berkarisma dan
menawan, watak Presiden Sukarno sememangnya telah mendominasi persidangan itu semasa ia
berlangsung. Yang sebenarnya, idea untuk persidangan itu telah diilhamkan oleh Perdana
Menteri Ali yang mengusulkan buat pertama kali dalam mesyuarat bersama perdana-perdana
menteri dari Sri Lanka, India, Pakistan, Myanmar dan Indonesia di Colombo pada April 1954.
Dalam mesyuarat itu, Ali mencadangkan satu persidangan besar di peringkat yang tertinggi bagi
negara-negara merdeka di Asia dan Afrika untuk menggalakkan pengenduran ketegangan Perang
Dingin di dua buah benua itu dan juga bertindak sebagai jentera untuk memperjuangkan antikolonialisme di Asia dan Afrika.
Pada mulanya, Jabatan Negara Amerika Syarikat cenderung untuk mempengaruhi sekutu
Amerika dan negara yang lain yang mesra dan yang telah dijemput ke persidangan supaya tidak
hadir. Akan tetapi, selepas pertimbangan dengan wajar dan berunding dengan pihak kerajaan
British, pentadbiran Eisenhower mula yakin yang dia telah silap untuk menghalang persidangan
59

T. Nicholas. 1999. The Cambridge history of Southeast Asia. United Kingdom: University of Cambridge. Hlm. 113

18

itu. Memandangkan persidangan itu tetap akan diadakan, maka adalah penting bagi Amerika
Syarikat memastikan wakil-wakil yang berwibawa dari negara-negara probarat yang telah
dijemput akan menghadirinya. Amerika Syarikat sekarang berharap untuk menjatuhkan atau
mengambil alih persidangan itu dengan menyediakan resolusi-balas untuk wakil-wakil yang
berkenaan. Oleh kerana hanya dua daripada tiga puluh buah negara peserta itu komunis, maka
objektif Amerika di Bandung disasarkan kepada anasir-anasir yang tidak komited dalam
kalangan negara neutralis dan negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. Objektif ini
adalah untuk menangkis dengan berkesan tuduhan daripada pihak komunis, dan mendorong
tanggapan afirmatif terhadap Dunia Bebas serta matlamat dan pencapaian Amerika Syarikat.
Atas cadangan Setiausaha Dulles, Majlis SEATO yang bermesyuarat di Bangkok pada bulan
Februari 1955, berharap persidangan di Bandung Indonesia itu akan meneruskan matlamat untuk
memastikan negara-negara bebas akan kekal bebas.
Jabatan Negara Amerika Syarikat amat khuatir Bandung mungkin akan menjadi
demonstrasi anti-Amerika dan anti-Barat; tetapi ini tidak terjadi. Setiausaha Dulles kemudiannya
memberitahu dalam mesyuarat kabinet bahawa Jabatan Negara pada mula-mulanya khuatir
persidangan itu akan di dominasi oleh Zhou Enlai dan Nehru, tetapi ternyata adalah yang
sebaliknya kerana telah dikuasai oleh kumpulan negara-negara Asia yang proAmerika yang
menaruh kepercayaan pada berkawan dengan Barat. Hasil yang positif daripada persidangan itu
disebabkan kemampuan negara-negara Asia yang pro Amerika untuk kerja berpasukan dan
menyelaras strategi-strategi yang sangat memuaskan walaupun tiada pemimpin di kalangan
mereka menikmati prestij seperti Zhou. Oleh sebab itu, negara-negara ini telah mempelajari
semangat berdikari dan keyakinan diri yang baru yang akan membawa manfaat kepada dunia
bebas pada masa depan.

19

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah dilihat rentetan kepada perkembangan komunisme di Asia


Tenggara yang melibatkan tiga buah negara yang utama telah banyak memaparkan peristiwaperistiwa penting berkaitan komunisme. Pergerakan dan perkembangan komunisme ini pula
seiring dengan Perang Dingin yang berlaku antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Peristiwa
ini memperlihatkan bahawa pergerakan komunisme ini memberi banyak kesan terhadap semua
negara yang terlibat. Kedinginan duah buah negara yang terlibat dalam persidangan Geneva
contonhnya sehingga berlakunya pemisahan Vietnam memperlihatkan kuasa-kuasa besar yang
sukar untuk bersatu kerana perbezaan ideologinya. Keadaan ini jugalah yang telah mencetuskan
kepada siri penentangan dan peperangan yang berlaku yang akhirnya membawa kepada
kekalahan dipihak Vietnam di bawah sokongan Amerika Syarikat. Namun, ianya tidak terhenti
setakat itu apabila Amerika Syarikat sehingga kini dikenali sebagai sebuah negara kuasa besar
yang sangat sukar di runtuhkan. Sejak perang dingin yang berlaku ini juga, dunia diliht hanya
memberi dua pilihan iaitu kapitalisme dan komunisme. Komunisme di bawah pemerintahan
Soviet Union mula tumbuh namun seiring dengan kehancurannya pada tahun 1991. Telah
banyak Negara komunis meninggalkan ideologinya namun masih ada beberapa buah negara
yang mempertahankan idelogi tersebut sehingga kini.

20

You might also like