You are on page 1of 3

JELASKAN KESAN-KESAN PERANG DINGIN YANG MELIBATKAN DUA BUAH KUASA

BESAR.

PENDAHULUAN

1. Perang Dingin telah berlaku sejak tahun 1947 di antara dua kuasa besar dunia iaitu
Amerika Syarikat dan Rusia.
2. Konflik antara dua kuasa ini telah melibatkan negara-negara seluruh dunia. Kedua-
dua kuasa besar ini telah menggunakan pelbagai pendekatan diplomatik, ekonomi,
politik, dan psikologi untuk bersaing antara satu sama lain.
3. Perang Dingin ini telah menimbulkan pelbagai kesan ke atas dua kuasa besar ini.

ISI-ISI UTAMA

KESAN POLITIK:

1. Pembentukan pakatan tentera


 Amerika Syarikat telah membentuk pakatan tentera yang dinamakan Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara atau NATO (North Atlantic Treaty Organization pada
tahun 1949.
 Di antara negara Eropah yang menyertai NATO ialah Britain, Perancis, Jerman
Barat dan Itali.
 Sementara itu, Rusia pula menubuhkan Pakatan Warsaw (Warsaw ialah ibu
negara bagi Poland). Pakatan ini telah disertai oleh semua negara di Eropah
Timur. Di antaranya ialah Poland, Hungary dan Jerman Timur.
 Jelaslah bahawa, pembentukan pakatan tentera merupakan kesan akibat
berlakunya Perang Dingin pada sebelumnya.

2. Perlumbaan dalam bidang peralatan ketenteraan


 Kedua-dua negara tersebut telah bersaing menghasilkan peralatan senjata.
Misalnya dalam menghasilkan bom hidrogen. Pada tahun 1950, Presiden
Amerika Syarikat iaitu Harry Truman mengumumkan bahawa Amerika Syarikat
sedang menghasilkan bom hidrogen.
 Amerika Syarikat telah berjaya dalam ujian meletupkan bom hidrogen di
Kepulauan Mashall padan tahun 1952.
 Sebagai tindak balas, Rusia telah mengumumkan negara mereka juga telah
berjaya melakukan ujian bom hidrogen pada tahun 1953.
 Tegasnya, keadaan ini menunjukkan bahawa kedua kuasa besar mula
melakukan perlumbaan dalam bidang peralatan ketenteraan sebagai persiapan
untuk berperang secara fizikal pada bila-bila masa.

3. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)

 Penubuhan Pakatan tentera antikomunis yang dikenali sebagai SEATO


 SEATO merupakan pertubuhan keselamatan yang pertama ditubuhkan antara
kuasa-kuasa Barat dan Asia bagi menjamin keselamatan Bersama.
 Ditubuhkan pada tahun 1954 untuk membendung kemaraan pengaruh komunis
ke Kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara.
 SEATO memberi tumpuan bagi menyekat peluasan pengaruh China komunis ke
Asia Tenggara dan menteteramkan pemberontakan komunis di Asia Tenggara

Kesan Ekonomi:

4.Sistem ekonomi liberal dan kapitalis

 Sistem ekonomi liberal dan kapitalis tersebar ke seluruh dunia dan diterapkan oleh
negara-negara berkembang di kawasan Eropah Barat iaitu Asia, Afrika, dan Amerika.
 Sistem ekonomi sosialis–komunis juga diterapkan oleh negara-negara yang
beraliran dengan Blok Timur.
 Amerika Syarikat merupakan negara pemegang modal dan kredit bagi negara-
negara yang baru merdeka di kawasan Asia-Afrika.
 Sementara itu, Soviet sebagai kekuatan besar Blok Timur menerapkan Molotov Plan
untuk membantu pembangunan negara-negara Eropah Timur.

Kesan Sosial:

5.Ilmu pengetahuan dan teknologi

 Perang Dingin membawa impak positif dalam bidang Ilmu Pengetahuan dan
Teknologi dengan adanya penemuan-penemuan baharu seperti komputer, Internet
dan pengangkutan
 Selain itu, perlumbaan teknologi luar angkasa masa juga membawa perkembangan
pengetahuan astronomi bagi peradaban manusia.
KESIMPULAN:

1 Kedua-dua kuasa besar ini telah menjadi negara kuasa dunia yang kuat dalam era
selepas Perang Dingin.
2 Persaingan di antara Amerika Syarikat dan Rusia juga memberi kesan kepada
negara lain di dunia.

You might also like